7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. 14/02/2020 berakhir. da 4 tahun kami kenal. sya xmampu nak ckp ap2 selain air mata mengalir.. cinta jarak jauh perit nya. Buntu. Sya xde kawan nk share.. cuma dy yg sya ada.

    Reply
  2. Saya rasanya mau mati kalau2 harus melupakan dia,bahkan saya coba ingat2 hal2 yang buruk2 tentang dia belum juga rela untuk melupakan dia.setiap hari nangis kalau ingat dia,selalu berdoa biar bisa lupa dia tapi tampaknya doaku belum menembus langit?.saya sudah seperti orang hilang akal,sering melamun dan lupa apa yang harus saya kerjakan.

    Reply
  3. sy bercinta almost 5 tahun lepastu putus, lepas 3 tahun dia kembali .. dan kini kami bersama semula dah nk hampir 2 tahun. tapi kami diuji lagi dgn issue yang sama iaitu ego.. dan nak rancang nk kahwin, dia senyap je.. apa yg patut sy buat ?

    Reply
    • Ego. ..setiap seseorg mesti da ego dlm diri sendiri.. tp kalau ingin nak bersama seseorg yg Kita syg..buanglah ego Tu jauh ²….

      Kalau Kita Terlalu ikut ego Kita ini .. akn rugi Dan malah akn terjadi apa yg Kita tak inginkn

      Salah seseorg jadilah air…. Sebb air ini akn nmpk lebih tenang .. Drpda api

      Reply
  4. Saya ingin share pengalaman saya….saya sudah ada pasangan tapi jauh. jadi nya saya bertemu dngn sesorang yang sentiasa menemani saya di sini… lama kelamaan dari kawan jadi sayang tetapi saya x mampu lagi untuk melepaskan pasangan yg jauh..pada masa yang sama sayang semakin kuat dengan pasangan dekat ini…akhirnya kita terpaksa berpisah kerana saya tak daoat mmbuat kputusan untuk memili dia…saya masih bersama pasangan jauh….sata terpaksa melupakan yang psngan dekat ini yang selalu menemani saya sepnjang waktu..saat sakit saat sedih…ya allah kuat kan lah ku…air mata x dpat dibendung…saya tiada tempat untuk mngadu melainkan sang pencipta

    Reply
  5. Kte dh plan nk khwen snyp2 tpi sy tkut sy cma bsa brdoa smga allah bri jln yg baik2 skrg sy xtau nk kngsi cte ni gn spe sbb sy xde kwn yg bleh di prcya skrg ni ?

    Reply
  6. Kte dh 2thn brsm tpi smpai skrg msih brsm mnggu ni dia akn khwen gn plihan ibu nye sy xtau p yg sy hrus buat btul ke sy hrus khilangn dia kte sm2 msih syg wlaupn dia khwen dia akn ttp nk jua jlkn hbgn ini tpi sy tkut kdpn nye klo istri dia tau mcm mne?

    Reply
  7. Saya tidak mempunyai kawan untuk bercerita, saya hanya mampu melwan perasaan dan berdiam diri.
    Pasangan saya merasakan saya adalah negative vibe.
    Betul ayat2 dalam penulisan di atas. Mugkin Allah tarik rasa nikmat itu supaya kita kembali kepangkal jalan.
    Mungkin hari ini adalah pngakhiran buat kami.
    Kita hanya merancang, Dia yg tentukan.

    Reply
  8. mampukah lupakan org yg kita da anggap kawan baik merangkap org plg paham kita.?kita beriya terasa kosong tnpa dia.sdgkan dia tiada sebarang tanda perlukan kita.sakit tu terasa disudut hati paling dalam.

    Reply
  9. Sy dgn dia ok je,baru dlm 8 bhlan knal bgitu lah..ok ja hubungan kami..tpi sy ni x prnh bsuka bcinta sma siapa2..diala yg prtama..tpi sy ni kenis takut dipermain2kan..sy tw dia jenis jujur,baik,peramah,smua dia kawan..tpi sy takut nnti bila sda kmi bpisah nnti dia tersuka prmpuan lain kan hati manusia ni berbolak balik..jdi sy ambil kputusn sndiri mw lupakan dia,sbb sy tahu skiranya dia jodoh sy,dia x akan kemna2..allah ttp akan prtemukan,insha allah..ksian dia,lpsni klw dia ada cewe lain,jeles laini sy..hahaha tpi biarla..awal bah mw bcinta2 ni..lgipun dia ni jnis yg pandai,dia fokus klw blajar..jdi dia ada cita2 tinggi..dia jga prnh bcinta satu kali..sy kenal dia msa sy masuk f6 d smka bulan 5 2019 dan mula disitulah dia mengurat..hahhaha lawak jga dia ni..sy harap yg baik2 akan berlaku,biarlah brjauhan sbb sy dpt spa8 nursing jdi bpisahlah kami..sy harap walaupun lps ni x btegur,x bjumpa,x bchat, walaupun dia sda ada cewe dia msa kmi bpisah..sy harap suatu hari nnti kmi bjumpa dan barulah btul2 serius dlm hubungan? skrg mw capai dulu cita2

    Reply
  10. Assalam. Saya nak share saya punya pengalaman. Saya bercinta dengan dia dari tahun 2017 then putus pada hujung tahun 2018 sebab kantoi dengan saya dia nak tunang dengan orang lain. Saya tinggalkan dia that time sampai la saya ada pengganti dia. But she came back to me even dah bertunang sebab katanya tunang dia tak layan dia macam mana saya layan dia and dia kata dia sayang saya lebih daripada tunang dia tu. But saya tak kisah pasal dia cakap tu sebab kalau betul dia sayang saya kenapa tunang dengan orang lain? Tapi dia try hard nak dapat saya time tu sampai segala harapan dia bagi kt saya, saya tinggalkan gf saya time tu dah kembali pada dia balik. Perkara pertama saya mintak lepas dah kembali kt dia ialah putuskan pertunangan. Tapi dia tak buat2 sebab takut sangat katanya nanti family malu la apa la. Satu hari dia cakap ngn saya yg dia dah cakap ngn bapak dia yg dia taknak kawen ngn tunang dia. Saya macam tak percaya. Satu hari dia menghilang. Memang taknak jumpa saya. Sampai satu masa saya stalk fb bapak dia nampak la kad kawen dia. Ya Allah. Sedih tak terkata time tu. Dia ws saya just cakap dia mintak maaf je. Kini dia dah jadi isteri orang. Baru je nikah sabtu itu hari. Hidup saya menang sangat sunyi sekarang. Apa yg saya boleh buat hanyalah berdoa kepadaNya.

    Reply
  11. knp tiap kali kita nak cerita kat org mesti yg x nk tau,sakit tu mmg sakit tpi perit bila tau c dia ada yg lain

    Reply
  12. aslm,.. sy ada nak shre dkt sni sy ada mslh dgn bf dlm bhgan km bgitu indh pnuh dgn kbhgian km jnji km akn bljr sm” kerja sm” dn bina hbgan yg baik d msa hdpan. tp hr ni sy dah hncurknya sndri sbb sy langr jnji apa yg dia ckp jgn cht sm org lain jgn jwb pggiln org lain smpi satu sm dia tnya kpda sy dia kta hbgan ni sia” sbb sy x jaga prsaanya sedngkn sy cm anggp kwn dn sy tipu dia sy buat klshan tu brulang kali dan x de plung trhir …dan dia minta sbuah prpishn nmun sy tidk mau sy pujuk dia smula dn ingin brusbh dia ckup baik utk sy biar jhtnya sy tp hti sy x prnh brubh utk dia sy brush untk prbetulkn keadaan sy dh cintkn mti sy x tau nak buat mcm mn prsaan ni… apa sy ptut buat untuk hbgan sy ? skirnya dia kmbali tp sy risau sy ckp sy akn brubh jdi baik ego dgn layn org lain ckup dia .dia prlukn msa dlm sethun utk smbuhkn lukanya..tp sy risau htnya yg brbah bgtu cpt dn mmbenci sy

    Reply
  13. ASALAMUALAIKUM…lain sikit kisah sy
    bercinta dgn lain agama..pada awal nya kmi sebagai kwn..bila lama kelamaan timbul rasa syg…dri awal kenal mmg dia dah cerita sudah ada gf bulan 2/2020 nak kawin.dia seorang yg jujur ..tpi mslah skrg sy pulak yg susah nk move on.apa yg perlu sy buat skrg???BUNTU,,,,DAH CUBA UNTUK BUANG JAUH2 TAPI SUKARNYA?

    Reply
  14. Kami bru kenal setahun tp sgt close sgt2 dan skrg ia smkn renggang d sbbkn sy yg xmengikut segala khendak nya . Kite mmg d jadikn brpsg2an jd peel pon xsame . Mgkn sy xsmpurna utknye xprnh llus utk berubah untk nye shgga die mngmbl kptsn utk brpsh , tp sy msh d takuk yg lama walopon tau hati berkata mcm2 tp sy xmmpu tnpnya die bnyk mengubh dri sy. Shngga die trpkse korban kn hati perasaan nye demi sy tp sy tau ia nya keterpaksaan . Ape perlu sy buat demi kebaikan utk dua2 pihak. Hati saya xsekuat yg terukir di bibir.????

    Reply
  15. Kami kenal sewaktu kerja sama2 .. walaupun baru kenal kami rasa selesa antara satu sama lain .. kami mula2 berkawan selama beberpa bulan n dia serius dgn saya dan terus ajak kawin dgn saya tp saya muda lagi 18 thun dia 23 tahun jdi setelah berbincang kami rancg nak kawin masa saya berumur 20 tahun … satu hari dia dapt panggilan polis .. dia suruh saya tunggu dia n saya tunggu dia selama 4 bulan .. lepas 4 bulan tiba2 dia chat saya kata yg dia mintak maaf sgt2 sebb tak boleh teruskan hubungan sebb dia nak fokus kpada keluarga dia .. dan dia suruh saya fokus beljar n serahkan kpd takdir jika kami ada jodoh kami akan brtemu balk . Alhamdulillah tiada kebencian yg saya rskn dgn keputsn tu wlaupun jujur perit saya redha dgn ketentuannya .. sesungguhnya Allah sebaik baik prancg untuk kita ..

    Reply
    • Takdir Allah tu never too late, never too soon.

      In the moment we love, we cry, we laugh, we hurt, our right, our wrong, selalu ada pengajaran. Jalani hidup apa adanya.

      Reply
  16. Assalamualaikum teman2 hanya berbagi cerita, yang saya yakini kalau dia yang terakhir ternyata salah. Mungkin ini teguran dari Allah … untuk tak berharap kepada makhlukNya melainkan hanya kepadaNya.
    Bismillah … tetap semangat

    Reply

Leave a Comment