7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Assalam.. hubungan kami hampir 3 tahun.. masalah kami hadapi dimana masing2 dah berubah.. saya dan dia selalu bertengkar. hampir setiap hari bergaduh.. Tapi kami x putus cuma rasa nak give up tu ada. satu hari kami gaduh smpai satu tahap sy terpaksa block dia sebab kata2 dia buat sy sakit hati.. tipulah hati x syg dan rindu.. beberapa hari dh x contact.. saya harap suatu hari hubungan kami sedia kala.. ada komitmen, komunikasi dan kesabaran dalam hubungan ni.. harap jg kemanisan hubunagn spt mula2berCINTA.. rindu sgt.. saya search utk ‘move on’ ni pun sbb asyik teringatkan dia tapi klo berhubung sekali pun benda tetap sama.. hari2 gaduh. penat.. ‘)

    Reply
    • 0143663726.. Chatlah sy, masalah kits sma sja.. Maybe kta ble sma2 kongsi pndgn, kongsi msalah.. Nma sy asyarah

      Reply
  2. sya kenal die hampir 3 tahun..8hb .10 2019 die blik ke lombok.utk brtemu kluarga..sya benarkan sbb pasni kami boleh brhubung melalui wtsp n fb…rupanya smpai je dikampung..anknye telah ambil hset die..dan buang semua nk yg ade
    sedih hati sya..sudah seminggu kami x dpt brhubung..sya x tentu arah …rasa rindu ..sedih setiap hr.tu je yg sya dpt buat..nagis.nagis.nagis.smbil menyebut nama die…
    sya x sngka lepas kan die blik pastu ini semua akn trjd..sedihnye ati..rasa kosong idup..sellu die lh tmpat utuk saya mengadu susah senag saya…
    sayavkuatkan semagat utk lupakan die..tp sudah 7 hr..x leh lupakn lg…byak kenangan yg die tinggalkan..sedihnye

    Reply
  3. Tpi si posisi cewek nya ber dekatan tidak jauh lah..psti ttep kan waloupun sudh di hps semua nya juga pasti bkl ttep teringat lagi…
    Coba gmna solusi nya.

    Reply
  4. Saya dah pacaran 6tahun lamanya. Ortunya tidak suka sama saya karena hasutan orang luar yang tidak benar tentang saya. Bertahun-tahun berjuang ,dia ngajak pergi ,dia minta dihamili dluan sampe 2x tapi saya hiraukan karena dlu saya yakin bakal dapat restu dari ortunya. Pda akhirnya dia tidak sanggup dan memutuskan hubungan dengan saya tpi dengan alasan yang tidak jelas dan itupun hanya selang waktu setengah jam…Sebelum minta putus gak ada msalah apapun. Stelah 1minggu putus dia pacaran dngan lelaki yang slama dua tahun terakhir slalu menggangu hubungan saya. Dlu dia slalu bilang kalo ada sesuatu ,si ini ganggu begini2 dan prinsip saya “tamu gak bakal masuk kalau yang punya rumah tidak mengijinkan kecuali dipaksa atau didobrak. dan stlah 1bulan putus dengar kabar dia sudah tunangan.

    Reply
  5. Ass

    Posisi saya persis seperti anda hidup dg cinta tetapi tidak d restui,kdg sy myalahkan diri sy sendiri kenapa saya smpai saat ini nerima kepahitan itu,krna suami sy pernah menceraikam sy tetapi stlh skian 3bln terpisah akhirnya rujuk tnpa spngathun kluarga msing2 , kdg sya mrsa bdosa kdg sy juga mrsa tersakiti knp suami sy tidak brsaha kpd kluarga agar hub ini tidak Egois,karena saya ingin bahagia apabila d terima mertua dan ad ikatan,apakah saya salah dg harapan ‘berumah tangga normal’
    Apakah ini kodrat saya yg tidak d anggap sama sekali,saya punya persaan sy punya impian,
    Tapi impian itu sdh mulai tenggelam.
    Mulaai hilaang

    Mohon pencerahannya guys
    ?
    By emelda

    Reply
    • restu ortu berat. Saran saya kalau masih saling mencintai berjuang ,tpi kalau sudah tak ada jalan mending mundur. Saya 6tahun pacaran tak dapat restu akhirnya gagal juga .

      Reply
  6. assalamualaikum. saya sedang mengalami fasa di mana saya sedang ingin melupakan bekas kekasih saya. selama ni saya ditipu oleh dia, saya cuba menjadi yg terbaik tetapi dia lebih memilih untuk bersama org lain. selama saya dengan dia, hidup saya seperti dikongkong dan saya sedar saya berada dalam hubungan yg toksik. tapi disebabkan sayang , saya teruskan juga hubungan dgn dia. tapi sekarang, saya dengan dia dah berpisah sbb dia memilih org lain berbanding saya yg sanggup berkorban utk dia. sedih tu n sakit hanya Allah ja yg tahu. tapi saya yakin perancangan Allah itu adalah yg terbaik. saya akan cuba ikut tips2 yg disarankan ni utk lupakan dia dan kuat dalam hidup. thanks

    Reply
    • Masalah awak sama dgn saya..semoga kita kuat hadapi dugaan ini..semoga kesakitan selama ini diganti dengan kebahagiaan dari Allah..

      Reply
      • Asslammulaikum, sabar lah Della mungkin awk dapat yang terbaik sebelum niw solat jgn tinggal, sy doakan terbaik utk awk

        Reply
  7. Skrg posisi sy seperti anda. Tetapi sy yg ditingglkn krn tdk diretuin oleh ortunya. Seharusny sy menikah 2 bln lg. Klwrga sy sudh tau semua ttp ortuny memutuskan bgtu saja. Sy sgt terluka skrg. Stp sy memikirkan pernikahan sy selalu menangis. Sy sllu fikir knp mereka jahat kpd sy. Skrg sy hanya ingin melupkn dy.

    Reply
  8. Saya pernah berkwan dengan seseorang ni.Pada mulanya aku hnya anggap seperti kwan biasa sebb aku kenal dia pun hnya di media sosial.Dalam beberpa bulan kami kenal dia jumpa aku sebgai kwan.Masa tu lps raya.Dia yg aku anggp kwan tba2 aku syg dia lbh dri kwan.Aku sdr time tu aku dh ada pakwe tpi enthlahh hti aku dh berpaut pada dia sebb keikhlasan dia caring dia macm2 lah tntng dia.Tapi….lpas 2 3 kli kami kluar dia mnghilangkan diri.Rindu….tipulah kalau aku x rindu dia.Gmba,vdeo dia mash aku simpn.Sampai sekrg aku mash tunggu dia mash mnnti dia.Walaupun kwan2 aku srh aku lupakn dia buang semua tntng dia tapi aku x blh.Sampai skrg ni aku mash cintakan dia mash sygkan dia.Walaupun pada mlanya aku anggp sebgai kwan tapi aku syg dia lebh dri itu.Pada dia yg terbca atau akan baca aku hrp kau akn hdr dlm hdp aku suatu hri nnti jika sebalknya aku doakn kau bhgia dgn org yg kau sygngi.Bahgiakn dia mcm mna kau bhgiakan aku dluu.

    Reply
  9. Saat ini saya sedang mengalami kesedihan yg memdalam. Ini saya alami karena pasangan saya mengalami banyak penyakjt yang mebuat dia berubah dan tidak intens lg menghubungi saya. Dan saya lelah dgn segala pertamyaan yg datang apakah krn sakitnya atau dia ada org lain lg. Dan dia secara perlahan meninggalnan saya.

    Reply
  10. sejak masuk sem baru ni,, chat pun dah jarang sgt. mmg boleh kata sehari tu susah sgt nak chat. dkt ws dia online,tp chat reply lepas dah berjam jam. tp kat ig still update siap like mcm2. lepastu reply ws kata bz td ada class,kdg2 reply chat “baru balik kerja” sbb dia kerja partime. setelah seharian,mlm tu dia akan chat kata nak tidur dulu. so aku pun iya kan jelah. tup2 pkul 3pagi still online lagi.. relay kami dah pergi jauh. wlaupun xlama sgt kenal. bak kata org,love at first sight kan..mmg selesa sgt dgn dia taktahu kenapa. mngkin aku je kot yg selesa. taktahu lah dia mcm mna. so skrg aku confuse dgn apa yg dia nak sebenarnya.. still panggil aku “syg” tp cara tu mcm tak sayang dah?.lelaki kalau dah dapat mmg tak attracted ke?. apa patut aku buat?? aku tknk lah nampak terhegeh mcm kurang kasih sayang..atau aku patut buat senyap je mcm dia buat kat aku?? dulu bkn main dtg tmpt kerja aku cuba nak mngorat? bila dah bg peluang mcmni pulak aku diperlakukan. sadisnyaa? sakit tahu tak bila tak tahu status relay sndiri ni apa sbnarnya?

    Reply
  11. Memang tidak mudah, apa lagi status, usia n sudah mempunyai anak. Luka yg dlu yg susah payah q hilangkan lagi2 terluka kecewa. Kasih sayank, merasa di tinggikan Drajat status janda q, merasa lengkap seperti puya keluarga ketika sama dia, dia gk pernah malu, dia slalu peka urusn ekonomi atau apa pun, dia bikin nyaman, memberi keyakinan untuk menjadi imam yg baik n membimbing q n anak q dan slalu menghormati status q, slalu mengingatkan untuk ibadah, gk perduli apa kata orang tentang q ia slalu berjuang,dia slalu menemaniku ketika q sakit, meyakin kan q yg blm yakin dengan dia awalnya, dia tetep berjuang walaupun q tau ada yg dirahasiakan.
    Sampai akhirnya q yakin, sayank, nyaman n berharap lebih, q berusaha agar dia dapat pekerjaan yg lebih baik.
    Tapi ketika dia sudah mendapatkan pekerjaan dia mendadak menjauh n memberi alasan. Tidak mendapatkan Restu orang tua karena status,. Sebelumya q pura2 gk tau klo kita gk dpt restu dia tetep berjuang sampai akhirnya untuk Mundur n konsen dengan pekerjaan yg lebih baik yg udah dia dapatkan sekarang. Hancur,
    Hikmah ya untuk laki2 klo kalian tau dr awal, orang tua kalian gk stuju. Jngn suka kasih harapan n memberi nyaman wanita.. sebenernya, orang tua hanya melihat n memberi restu, seburuk apapun pilihan anaknya, karena dia yg ngejalanin, jika itu terbaik untuk anak ya knp gk , seburuk apapun status janda, itu bukan keinginan, dia juga ingin di hargai di sayank diperjuangkan n dipertahankan seperti wanita yg lain nya.

    Reply
  12. Ka saya ingin berbagi pengalaman atau cerita cinta yang sedang saya rasakan saat ini,Saya sudah mempunya pacar sekitar satu tahun lebihh,awal mula saya pacaran emng baik baik saja dan tidak ada permasalahan apapun dengan pacar saya,Tapi kelak pacar saya menghianati saya dgn berdekatnya bersama wanita lain dan sudah dua kali melakukan kesalahan tersebut,Sampai ahirnya saya pun tau permasalahan semua itu melalui ponsel nya,Ketika saya menanyakan apakah benar yg terjadi seperti itu?Dia selalu menjawab Tidak di sertai sebutan Demi Allah.Dan saya pun percaya saja sma apa yg di katakan pacar saya,Nah bagaimana saya harus menghadapi sikap dan prilaku yang seperti pacar saya lakukan sekrng?Apa saya harus berprilaku bodo amat?Tetapi saya sangat menyayangi nya dan ga mau sampe kehilangan dirinya karna sudahh terikat dengan kedua orng tuaa masing masingg.Mhon balasannya kaa???

    Reply
  13. Saya tak mampu nak pandang ke hadapan. Selama ni saya terlampau bergantung hidup dengannya. Tiga tahun dia jaga saya. Makan minum saya. Saya tahu hubungan ni salah tapi saya terlampau sayangkan dia. Sampailah dia give up untuk hadap perangai saya. Saya buntu untuk move on. Hari hari saya selalu ada dia ?

    Reply
  14. Walau berat ttp q jalani dan harus ikhlaskan semogah Allah memberikan jln semua ini??semogah hikmah nya d balik semua ini

    Reply
    • Come rain or shine, lets make every moment counts.
      Don’t dream of the past, it’s over.

      Prepare for the future, it’s coming.

      Reply

Leave a Comment