
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Sy xboleh move..on..sy xmampu sy xkuat…pkahwinan ptama gagal kerna suami tlibat dgn dadah…akhirnya kami bpisah….sy xpnah ingin bcinta atau drkati mana2 lelaki tp seseorg lelaki ini mngambil sy d saat sy masih lg truma dgn pkwinan ptama…sy sllu fobia lari tgh tido sy akan minpi suami pukul mcm sy sllu kna pukul sy akan lari lari sjauh mna pun shga tjumpa seorg lelaki yg slmatkan sy d saat sy hadapi smua tu..pd awalnya sy xingin bcinta dgnnya kerna dia suami org…tp lma kelamaan dgn khdupan dia juga sdri slma 6tahun bkawin isteri xmahu tgal skli…bkali sy tolak cinta dia tp dia usaha dptkan sy slma kami bsama isteri dia mcm biasa cl xpnah msj jauh skli tnya kbar suami..mkn pakai suami xpnah d peduli…ye dia plan nk kawin dgn sy….dlm masa sy sy d uji dgn.bkas suami melarikan smua ank…dgn syarat nk ank kna kbali bsamanya…sy dan lelaki yg baru berusaha matian dptkan smula ank alhdllah allah bpihak pd sy…hpir 2tahun akhirnya hbgan kami d kthui isteri dia….dgn sklip mata smua brubah…dia ckp dia mnyesal dgn sikapnya dan ingin suaminya mngalkan sy…tp….apa yg amat mnyedihkan….mngapa pkara ini berlaku….mngapa dgn senangnya dia mngalkan sy dan bhgia kerna isteri dia dh sedar ksilapannya..dua tahun lalui sglanya tp mngapa bila mereka sdri dan berpaling seolah aku tiada hati dan perasaan…malah isteri dia spat bgth aku yg aku xda nilai skadar penumpang…apakah aku dperlakukan dgn sekejam ini….apa salah aku apa dosa aku….aku juga mpunya hati dan perasaan…mana jji dia jika satu masa isteri dia sedar dia xkn mngalkan aku ataupun isterinya….aku xmampu move on kerna aku tlh cuba mngalah tp aku masih gagal tuk tidak mngis lg kerna pbuatan mereka suami dan isteri….yaallah bantu la aku…kerna aku bnyak tgjwp kpda ank ank nenek yg bsarkan aku…
Kadang kita kena mengalah sebab tahu itu takdir yang Tuhan peruntukkan untuk kita.
Tapi kita perlu tetap bertahan dan berusaha untuk yang lain, sebab yakin Tuhan takkan sia-siakan setiap doa dan kesabaran.
Tq
Hati memang sangat sedih dan sukar untuk melupakan orang yang pernah kita cintai walaupun kita telah berjumpa dengan jodoh yang baru… Tetapi diri dan hati perlu bersabar dan redha menerima ketentuan daripada Allah swt. Saya pernah bercinta dengan kekasih lama dalam tempoh masa 5 tahun sejak dari zaman university. Selepas tamat belajar, saya tekad kumpul duit untuk nikahi dia. Tapi sedang saya bersungguh2 kumpul duit hantaran, akhirnya dia minta hubungan kita diputuskan. Masa tu Allah je yg tahu bertapa sedihnya hati ini. Tetapi Allah hadiahkan orang lain dalam hidup saya dan saya bersyukur telah berkahwin dgn orang tersebut. Walaupun telah berkahwin, tetapi kenangan lama tetap sukar dilupakan walaupun kesalahan kekasih lama telah lama dimaafkan… luka dihati mungkin boleh sembuh, tetapi parut dihati tak kan pernah hilang… walaubagaimanapun hidup perlu diteruskan dan perlu move on dgn kehidupan sekarang.
Ya, menghapuskan cinta pertama memang mustahil.
Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya.
Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.
Tapi tiada yang mustahil.
Jadikan masa silam sebagai kenangan.
Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.
Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.
Sangat bermanfaat
Alhamdulillah :-)
seandainya perasaan tu boleh dia rasa pasti dia akan mengerti .
Sy kenal dia dah lama. Dan dy bercinta dgn dia lebih 4 tahun. Daripada zaman belajar lagi. Dan sy berniat nk menjadikan dia yang halal bagi sy. Tp…. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan :’)
Akhir tahun ni dia akan berkahwin dgn ex dia. Ya Allah. Sy tak tahu macam mana nk move on. Sy terlalu sayang dia. Sangat sangat…. Sy tak boleh brhnti fikir pasal dia. Sakitnya hati ni ya Allah. Ya Allah kau kuatkan lah hatiku ini… Kau tabahkanlah hati ku ini… :'(
Bersabarlah banyakkan berdoa.memng sakit nk lalui tapi minta lah pada Allah jangan tinggal solat 5 waktu..
Jangan betulkan kenangan. Betulkan diri.
Agar nanti ada ruang dan peluang untuk diterima oleh orang lain, di tempat lain, pada suasana yang lain.
Saya butuh ahli psikolog
Untuk mngetahui prasaan saya sekarang
Tentu semua karena seseorang
#By phone saya harap begitu
Saya pacaran sudah setahun lebih tapi setiap x cowok ku mengenal wanita lain dia pasti jatuh cinta dan pasti inginkan berpisah dengan saya..padahal selama ini saya sudah banyak berkorban untuk dia harga diri uang waktu dll hanya ku habiskan untuk bersama dia tapi mengapa jadi begini ..sedangkan saya tidak bisa jauh dari dia krna sudah terbiasa sama” tapi kenapa dia lebih memilih wanita lain yg baru ia kenal
Harus bagaimana aku skrang??
Sy sudah berkeluarga dn memiliki usaha kuliner mempunyai karyawan lawan jenis dn sering bersama menciptakan rasa antara kami terlebih sy dn suami lg mencoba bertualang cinta dgn menghadirkan orang ketiga akhirnya sy suami dn karyawan sy menjalin hubungan percintaan yg direstui oleh suami sy pada awalnya tp lama kelamaan timbul rasa cemburu dihati suami sy apalah daya sy sulit melupakan dia yg terlanjur sudah melakukan hubungan bertiga terlarang ini …akhirnya suami sy memecat karyawan sy dgn alasan akan bertobat dn karyawan sy pun ikhlas akan bertobat jg dn pulang ke ortunya tp sy yg merasa kehilangan krn sy terlanjur cinta dgn nya dn sy pun tdk mau kegilangan suami sy dn anak2 sy alhamdulilah sy akan belajar untuk melupakan semua ini dgn ber ikhtihar kepada allah dn perbanyak istigfar insyaallah sy bisa
saya bercinta dengan seseorang yang ada pekerjaan bagus dan memang kami kenal hampir 6 bulan dan berbincang ke arah perkahwinan. 2 bulan pertama hubungan kami okey, tetapi lama-kelamaan semakin renggang dan kami jarang berhubung. saya berbaik sangka mungkin dia sibuk dan saya memahami jika tidak berhubung. tetapi setelah lama saya bertanya ke mana arah tuju kita, dia kata anggap kita tak ada jodoh. saya ditinggalkan tanpa sebab saya sendiri tidak tahu, dan saya bertanya pada dia sebab apa. dia jawab sebab diri dia sendiri. so? saya tak faham apa maksud sbb diri sendiri. sekarang ni dah 3 minggu kami putus tetapi saya masih tak dapat move on lagi. semakin saya lupakan semakin kuat ingatan saya padanya. apakah yang perlu saya lakukan.
situasi sama macam saya, baru kenal hampir 6 bulan. and sekarang ni dah sebulan putus. sepanjang perkenalan dia sgt baik. lepastu merancang nk bertunang, dan dia setuju. tiba2 dia berubah hati ckp dia tidak bersedia dan tinggal kan saya mcm tu je. susah nk move on sb satu office :(
Saya menyukai seseorng yg pcc dia juga punya pcar… Aq tw seglax ttg dia dan pcarx. Aq terima semua itu… Tp dgn berjlnx waktu rasa cemburu dan marah karena tak adilnya waktu bikin aq mjdi sensi. Dan krn ke tidak sukaanku itu, pcarku agak menjauh dariku. Beberapa kali dia ngajak putus.. Tp aq tak mau kehilngan dia, aq syank sma dia. Tp aq berfkir… Knp aq hrs memaksakan orang tuk slalu bersamaku sdgkn dia sudah tk ingin bersamaku. Apa yg hrs ku lakukan. Di sisi lain aku tak mw kehilngan dia… Di sisi lain aq merasa rendah krn memaksakan dia tuk bersmaku.
Kisah kita sama kak…… Saya pun begitu saya ga tau kalau dia sudah punya pacar yg sudah bertahun…. Dan dia memilih pacarnya
Sy baru broke up setelah 3tahun bercinta.. Selama 3 tahun, x pernah gaduh, x pernah ada masalah.. Sy berikan Yang terbaik utk dia.. Ketika dia xcden patah tangan, seminggu kat hospital sy Yang jaga, tak da seorang pun family dia Yang datang.. Dia seorang yg ada kerja bagus tapi tiap bulan x cukup duit.. Tiap bulan pinjam dgn sy, dia ckp siapa lagi tmpt dia minta tolong time susah klu bukan sy.. So tiap bulan juga sy bagi duit.. Mmg masa minta ckp pinjam tapi x perna bayar.. Sy ok sebap sy yakin yg dia bakal husband sy.. Sy terlalu sygkn dia, terlalu percayakan dia.. Dia seorang yg x hensem, x romantik, pendiam, pemalu.. Sy terima kekurangan dia sebap sy nak kn seorang yg setia.. Sy percaya dgn perwatakan dia, dia seorang yg setia.. Tapi semua tu hanya sia2.. Apa yg sy dapat tinggal kenangan.. Parents dia jodohkan dia dengan anak kenalan mereka.. Sy Tanya knpa x pertahankan hubungan kita.. Sedangkan dia cakap dia masih sygkn sy Cuma x sangup lukakan hati parents.. Sy ckp zaman sekarang tak ada istilah dijodohkan.. Kalau syg perjuangkan sy.. Last2 dia cakap dia terima perempuan tu sebap perempuan tu kerja sebagai nurse.. 3tahun yg sia2, kebaikan, kesetiaan yg sia2.. Now sy buntu.. Ini semua berlaku secara tiba2, tiada angin tiada ribut.. Tiba2 jadi mcm ne.. X tau nak bagi tau family mcm mna.. Sy malu.. I really need a counselling.. Kadang2 terasa give up on life.. This is not my first time dicurangi.. Tapi da 3Kali.. Sy tertanya2.. Kenapa tiap Kali bercinta sy dicurangi? Sedangkan sy sudah buat yg terbaik…
Solat.. Minta petunjuk.. Sy tau mmg susah utk kita lupakan org yg kita cintai, lg2 dh byk berkorban utk sidia.. Tp kena kuat dan percaya, suatu hari akan berakhir semua ni.. Allah itu adil, xkan biarkan hambanya menderita.. Anggap ini ujian dr nya kerana kita terlalu leka dgn cintakan org lain dari cintakan Allah.. Percaya suatu hari nanti kebahagian akan muncul dan kamu akan lebih tenang.. Kena byk bersabar dan kena sentiasa igt dunia ini hanya sementara yg kekal hanya akhirat kelak.. Jgn sia2 kan masa yg ada dgn menangisi sidia.. Pasti itu bukan jodoh kamu.. Akan muncul juga seseorg yg lebih baik dan kamu pasti akan sgt2 mencintai org lain.. Cuma kena sabar uyk tunggu masa itu akan tiba..
Saya baru berumur 14 tahun dan saya suka dia dah 4 tahun masuk tahun 2019 saya suka dia sejak darjah 5 tapi nak buat macam mana dia tak suka saya masa tu kulit saya hitam lah macam arang.Saya cuba untuk buat dia suka saya pada tahun ni iaitu 2019 saya makin putih dan saya sekelas dengan dia.Dia kata saya tak berbau wangi,saya beli perfume untuk buat dia suka saya.Kawan ii cakap move on lah dia tak nak kat kau, saya kata,aku akan tunggu dia sampai bila ii.Kawan ii saya semua salah sebab bila saya nak move on dia datang lamar saya jadi kekasih dia.Kawan ii saya semua terkejut.Jadi pura ii move on dan dia akan jatuh cinta sendiri dengan kita.Jadi berusaha lah untuk dapatkan cinta orang yang kita cintai tu jangan cepat nak move on.
Saya telah pun berkahwin hampir 12 tahun..Tetapi masih belum melupakan ex bf yang mana lelaki tersebut masih juga belum melupakan saya sementelah saya adalah his 1st love..dan dia juga masih belum berkahwin walaupun umur sudah hampir melewati akhir 30an.Alasan, masih tak dapat lupakan saya dan rasa sayang itu masih ada..walaupun saya tau berhubung semula dgn exbf mengundang dosa yg maha besar, tapi iman saya ter amat lemah..Kami hanya berhubung melalui whatsapp dan perbualan hanya lebih kepada seorang kawan..Saya akui masih juga sayangkan dia dan saya sangat ingin keluar dari belenggu perasaan ini kerana perasaan bersalah terhadap suami kian menebal. Semoga Allah beri saya hidayah dan petunjuk agar lupakan dia buat selama-lamanya..Langkah di atas hanya applicable kepada saya dengan mengingati Allah shj..selainnya tidak works sebab no phone dia sejak 15 tahun lalu pun masih kekal dalam ingatan..Allahu..beri aku petunjuk ya Allah..
Hampir 9 tahun saya menanti dia. Kejap putus kejap sambung. Dan akhirnya dia bertunang dengan org lain 31mac ritu. Bertapa remuknya hati sy. Dah seminggu sy xtenang teringatkan dia. Xmakan. Sy tye dia kenapa bertunang dgn org lain sedangkan sy gtaw dia sy nak bertunang akhir tahun ni. Dia lgsg xbls. Hancur betul hati ni..bertapa xkuatnya sy terima kenyataan..?
ye.. kenyataan memang perit.. andai nya dia sayang kan awk.. dia mesti tak akan buat keputusan macam tu.. so cuba terima kenytaan untuk apa awk fikir tentang dia.. sedangkan dia dah buang awak.. andai awk trfikir tetang dia.. cuba seboleh mungkin alih kan fikiran awak pada benda lain.. tak kira apa pun.. memang susah.. tapi cuba juga.. lama2 awak akan boleh sebab tu juga yang saya buat.. insyaallah..
Baik. Terima kasih. Doakan saya..
Saya berkawan dgn dia hampir 13 tahun tanpa ada masalah.. Dia seorang uztaz.. Sampai diakhir bulan mac ni, saya menerima dugaan dan ujian apabila persahabatan kami tak direstui ibu dia, sy terima nota hanya menerusi whatsapp dari abg dia yg mengatakan ibu dia tak suka saya.. Terdiam sya.. saya tak sangka ini yg terjadi.. Dia terus tinggalkan saya begitu je.. Saya menangis smpai mata saya kabur tak nampak.. Hanya Allah yg tahu.. Hari² sy berdoa minta petunjuk dan kekuatan bagi saya.. ??? sya tak tahu lagi bagaimana cara utk saya teruskan kehidupan.. Saya tak ramai kawan, family juga smua sibuk.. Saya keseorangan.. Hanya ada Allah dgn saya.. ?????
Bangkitlah saudari.. Allah sentiasa ada dgn orng2 yg sabar.. tidak Allah turunkan ujian melebihi kemampuan hambanya.. saudari kuat. Saya yakin.. banyakkan zikir, buzykn diri,
Bertabahlah….
Sy sudah berkahwin hampir 12thun skrng sy lagi dalam maslah rumah tangga kerana silap kami bersama,tetapi suami memilih untuk tinggal dan melupakan saya..tapi sy boleh lupakan dan buang semua perasaan tapi hanya perasaan rindu sahaja yg membuat kan sy selalu lemah dan tak ada kekuatan..minta pandangan sedikit..skrng sy hanya hidup dengan bayangan dia sahja..sy betul2 tak kuat..mcm2 dalam fikiran ni..
sakit rasanya bila llaki yg kita syg ada prmpuan lain.. andai dapt diundurkn msa aku xnk knl dia..
Snsib…..cmne dh bisa lupkan si dia ke? Bisa tunjuk cara agar lupkn nya
setuju..
Kisahku kami sdh saling nyaman bahkan saling sayang apapun terbuka tdk ada yg di tutup” i setiap detik menit waktu selalu kasih kabar selama 2 th baik” saja… Tp suatu saat saya menanyakan hubungan ini mau gimna apakah dia serius setiap aku bertanya itu dia cuman melihat saja tdk ada respon sm sekali mlh di alihkan ke pembicaraan lain namun di lain waktu aku bertanya lg bagai mana hubungan ini dia kembali tdk merespon, dia hanya bilang sepatah kata dia akan menikahiku tp tunggu waktunya jodoh tdk akan kmna apa maksud dr kata itu?… Aku malu aku iri sama teman sm sodara mereka udh bahagia sdngkan aku hnya di atas ketidak pastian…. Akhirnya memutuskan utk tdk komunikasi lg smua di blok tp knp melupakan itu susah semakin ku berusaha melupakannya semakin ku tersiksa.
Sy baru berpisah dengan kekasih setelah 6 taun bersama. Banyak kenangan yg kami lalui. Banyak masa kami luang bersama. Sekarang tak mcm dulu lagi. Dy dah lupakan sy tapi sy masih teringatkan dy “) macam mana sy nak lupakan dy “)
cuba lah tips tu.. insyaallah kot.. saya pun masih mencuba untuk lupa kan dia.. lebih baik lupa kan orang yang dah takde rasa sayang pada kita.. kalau kita tetap ingat pun takde kesudahan yang baik.. malah kita yang lebih rasa sakit sendiri.. cekal kan hati kuat kan semangat.. insyaallah kita boleh..
bertabahlah
3 tahun berpisah dn smpai skrg aku teringatkan dia. Tapi bila aku dah boleh lupakan dia.. Aku dah tak pikir pasal dia.. Ada pulak yg dtg bgtau dia dah kawen… Allahu rasa sedih tulah..ylaa dah 3tahun tapi aku masih ingtkn dia..tpi bila aku dpt tau dia dh kwen baru aku persan yg aku ni bodoh sbb ingatkn org yg langsung tk pikir psal aku.. Haishhh tkkn lah nk kena tggu 3tahun lg bru bolh lupakn istri org tu kot… Nayaa nih.. Hahaa tk dak lah aku ok ja cuma terasa sikit ja ylaa dia langsung tk bgtau aku….apa2 pon aku hrap suami dia jga dia dgn baik.. Kena bnyk sbar dgn perngai dia yg mcm budk2 tu.. HAHA #JemMmmmmm
yup.. sakit.. sedih.. pedih.. kuat kan hati.. insyaallah..
perit rasanya