
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Pengen bahagia seperti semula
Sulit untuk melupakanya sulit di lupakan
Memang sulit melupakan seseorang yang kita syg, sulit sekli, bhkan hampir tidak bisa, tapi coba deh baca surah Al isra ayat 32, dan an Nur ayat 30- 31
Mudah2an bisa belajar dari situ.
assalamualaikum.. setelah hampir setahun kami putus.. saya masih tak mampu melupakan nya.. semua perkara seperti baru semalam terjadi.. mungkin saya terlalu memilih untuk hidup dalam kenangan.. takut kehilangan dia.. sayang nak buang phone number dia.. selalu stalk.. kadang2 dia ada call dan chat.. tu semua buatkan saya masih mengharap.. dan saya tak tahu kenapa dia call or chat saya.. bila saya bertekad nak lupakan dia.. dalam sehari dua pasti dia akan call or chat.. buatkan kenangan tu segar selalu.. tapi bkn selalu.. sebulan sekali or 2 bulan sekali.. sebab tu saya masih tersangkut dalam kenangan.. sedangkan dia dah boleh move on.. tapi saya masih duduk dalam kenangan.. saya tak boleh tidur bila fikirkan dia.. baru malam tadi saya mampu untuk buang phone no dia.. dah lama saya cuba buang tapi tak mampu.. kekuatan tu datang bila fikir sampai bila saya perlu jadi begini.. tersangat perit.. tak ada kesudahan hidup.. harap awak semua doa kan yang terbaik buat saya.. dan boleh lupakan dia..
Assalam sy diceraikn dgn talak 3 dan ianya sgt perit utk sy lalui kehidupan kini..stiap masa sy trbyangkn bekas suami dan merasa diri berslah atas penceraian ini. Kami berselisih fham dan dia trlalu mrah lalu melafazkn dlam kdaan tidak sngaja dan kini sama2 menyesalinya namun sudah tiada jlan utk kami brsama dan ibubapa mminta sy utk meneruskn khidupan baru.. ada seorg lelaki ingin msuk mminang sy dan sy sudah trima.. ttapi smakin dkat dgn tarik bertunang..ingatan sy kpd bekas suami sgt2 kuat shingga jiwa dy mmberontak tp sy istighfar sy lawan..sy solat minta ptunjuk Allah.. sy lemah..ahli kluarga minta sy buat istikharah spaya sy mmbuat kputusan yg btul. Kalian doakn sy ya.. smoga ap yg trjadi ini menguatkn sy utk trus hidup dan mmbesarkn putriku yg wajahnya persis ayahnya. Smoga kita smua dlam lindunganNya ?
Aku baru putus pdhl udh 3th dan aku udh nabung buat ngelamar dia , tp aku diputisn karena katanya udh gak nyaman sama aku , aku terlalu mengatur2 dan sekarang dia sudah dekat dngan laki2 lain dan disini saya msih berharap kepada dia karena orang tuanya mendhkung saya , bagaimana solusinya , tolong doain biar aku bisa cpat lupa :( stiap hari kalau ke ingget cman bisa nangis , bingung harus bagajmana :( marj bertukar solusi 089506751019 wa saya . Saya laki²
Aku pacaran 6tahun, dan kandas gtu aja tanpa ada alasan apapun yg harus membuat kita berpisah, sampai sekarang gabisa aku lupakan???
Sama ka , bolehlah kita saling tukr pikiran . Ini kak no wa saya 089506751019
Boleh
wa kak
??sukarr..namun harus ditempuhh
terpaksa lalui.. walaupun tak mampu
Kena kuat..
Ntahlah.
Rizal❤
Hubungan 3 thn putus tengah jalan ya sekarang kejadiannya susah move one?
Dan insya allah sekarang aku bakal lulus sekolah…yang baca ini aku minta doanya ya supaya bisa lulus dengan nilay yang sempurna terimahasih❤
Kalo butuh curhat boleh ya hubungin watsaap aku 083816333142
Perkongsian yg sgt bermanfaat.saye baru je putus beberapa hari.terasa susah sgt2 hati ini.tapi bile baca artikel ni.seperti ada semangat dgn tiba2.terimakaseh.sgt bermakna sekali.
Terima kasih atas nasihat
Terima kasih sudi berkongsi pengalaman dan nasihat yang berguna!
Assalamualikum wr.wb
Sya adalah seorang janda anak satu
Saya kenal sma seseorang ..dia duda anak satu,baik juga sopan orangnya..pa lagi sama orang tua sya…
Dia berpisah dengan mantan istrinya karna sang mertua dan mantan istri gak bisa nerima pekerjaan yg dia punya waktu itu..yang hanya sebatas bekerja sbg sopir bus
Pertma kali dia kerumah…dia langsung bilang lau mau membawa orang tua nya untuk melamar sya….
Akhirnya keluarga kami sepakat untuk menerima dia…dan sepakat untuk menikah..
Py gak lama kemudian..dia brubah sikap,jrang telpon,ternyata mantan istrinya menghubungi dia lagi..
Dan meminta rujuk kembali…
Akhirnya dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan kami…
Hati Saya begitu sakit mendengar semuanya..
Saya hanya bisa mendoakan dia bahagia dg keluarga kecilnya sekarang…
Assalamualaikum sy seorang ibu pada 3 org ank.. Sy ingin melupakan suami sy walau di sudut hati sy amat mencintainya tapi kami sudah saling menyakiti yg mungkin sudah tidak bisa saling memaafkan. Begitu perit rasanya. Sungguh susah melupakannya. Sy tidak boleh menerima kenyataan pahit dan slalu terhegeh2 cari dia padahal jumpa dia pun tak boleh juga bs menyelesaikan masalah.tlg bagi nasehat sy biar boleh melupakan dia dan jalani hidup secara wajar tanpa ingat pada dia sedikit pun. Saat ini hati rasa sakit…. Perih…. Tapi bayangan dia tak boleh pergi .mcm cara dah cuba sampai tak boleh tidur. Sy buat Keeja kuat tapi tak juga hilang ingatan padanya. Sy ingin bekerja dgn tenang tanpa adanya bayangan nya.
Betul tu,
Saya ada berkenal dengan seorang insan, baik orangnya…
kenal di game dan terus ke ws, dia seorang yg sangat menjaga privacy diri, nama penuh dia pun saya tak tau, pelikkan? Saya sedar makin lama kenal, makin timbul sesuatu perasaan yang lain, yang tak pernah ada, jadi saya mengambil keputusan utk jauhkan diri dripda dia, saya tak tau sama ada , dia faham atau tidak, kenapa saya jauhkan diri daripada dia, sebab lelaki ni kadang lambat kan? Susahnya itu, hanya Allah yang tahu, kadang saya rasa bodoh, sbb susah nk melupakan orang yg saya tak pernah lihat… Menyukai seseorang yang saya tak pernah jumpa… saya tengah cuba buat semua perkara itu, doakan saya kuat!
Cinta 10 tahun putus tengah jalan, sakitnya hanya aku saja yang faham. . .
In Shaa ALLAH saya akan lulus ujian ini, sapa yang baca ini minta tolong DOA untuk saya agar saya LULUS ujian ini.
Terima Kasih. . .
P/s; Momot itu adalah nama panggilan manja dia dekat aku. (aku laki)
Amin…semoga bisa…doain aku juga yg baru putus.
Sama mcm sy.. 10 taun hancur mcm tu saja. Susah nk move on tp cuba jugak kuatkan diri. Makin dipaksa makin sukar
Betul cakap u Hana, makin di paksa makin sukar. . .
Aamiin..pasti bisa dilalui, selalu berfikir positif, Allah tidak akan memberikan kesulitan tanpa kemudahan
Sy doakan awk lulus ujian ini. Doakan sy jgk.
Subahanallah indahnya katakata yg terakhir itu
Trimakasih bro atas masiha4nya
aku harap satu hr nt kau akn rsa mcmna aku rsa skrg ni.n thanks bnyk2 sbb buat aku syg dkt hg sgt2.
Ya Allah sesak sgt… aku bukn bercinta dgn si dia…
Tapi bila hari2 berwhtspp timbulah persaan yg x diduga…
Si dia aku xtahu lah ade persaan ke tidak…
Bila si dia hilang n diamkan diri saya rasa sesak sgt…
Pedih sgt hati ny…
Sbb bercinta n sayang n suka dgn org yg tiada peraaan kat kita….
Bila nak lupekan semua… ya Allah susah sgt… sbb byk kenangan kot huuhuhuhu……