
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Saya pun sedang terguncang dan mengalami luka yang sangat dalam, rasa penyesalan ini begitu teramat dalam. Dulu Saya berhubungan selama 4 tahun lamanya, semua terasa indah, hati begitu tenang jika didekatnya. namun semua itu berubah ketika ada pihak ketiga yang masuk, dia seperti pedang yang menusuk saya dari belakang dan menghancurkan hubungan saya, saya terlalu emosi dan tidak bisa mengontrol semuanya, kedaan semakin mendesak hingga saya memutuskan untuk mengakhiri hubungan ini. Namun seiiring berjalannya waktu rasa penyesalan atas keputusan saya mengakhiri hubungan ini terus membengkak hampir 2 bulan belakangan ini, saya berusaha untuk merajut kembali dan memperbaiki hubungan dengan dia, namun apalah daya, dia telah memiliki pasangan lain, dan saya pun kecewa mengapa secepat itukah dia melupakan saya?.
Saat saya baca artikel ini ternyata Allah SWT maha tahu, seperti yang disurat Al-Baqarah ayat 216 “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Saya langsung teringat jika Allah SWT memperlihatkan kepada Saya siapa dia, dan apa yang telah saya lakukan itu kemarin itu adalah hal yang benar.
Saya yakin bahwa Allah SWT memiliki rencana yang jauh lebih indah dan akan memberikan seseorang yang jauh lebih baik.
salam, sy ingin brceritakan kisah saya…sy pon baru je putuskan hubungan dgn ssorg yg amat brnilai bg idup sy pada hari ini..kisahnye salah faham, first sy kenal kakak dia yg brnama A, kemudian adikknya B…sy kenal A ni di mase poli lg..sy ad tlong dia dgn byk prkara n tidak brharap blsan pon..kemudian tak lame tu sy kenal B iaitu adikknya…slepas lame kenal dgn B nie sy rse syg n happy sgt bila dgn dia..slalu call, msg, bincang itu ini, luah prsaan klau stress ke ape..kkak nye jgak trima sy dgn adiknye tu smpai pnggil adik ipar..tp skrg smuanya sudah musnah..disbbkan salah faham, iainya trjadi si kakak nye mintak tolong. then sy ckp susah(padahal senang je) tp disbbkan internet slow so ckp la susah. then si kakak ni marah2 sbb xleh tlong dia n ckp “ak dh tlong ko jmpa adik aku, tp time ni ko mls tlong ak”, so sy stress sgt disbbkan hal mcmtu sy cite lah dekat adiknya. then mcmane ntah kakak dia antar chat..”ko ngadu kat adik knp, ko libatkan ak soal stress ko” .. then pade yg same, adiknye hantar msg kat sy “so awk tlong kkak sy disbbkan nk pikat n dekat dgn sy la, then dia ckp jgn brhbung dgn lagi”..sy skrg ni xtau dh nak buat ape, sbb nk lupakan mmg susah sbb trlalu byk kngan yg mmbuatkan sy tringt kat dia..hati sy iklhas sygkan dia dan nk jage dia hingga sy pasang niat utk brtunang dgn dia..tp smuanya dh brakhir..
Saya bru je berpisah ya allah sakit sgt hati nh mkn dy sy y msak bju2 dy sya y bsuh smpai kn kenderaan untk dy pon sy y bli…hmm akhir nye dy tgl kn sy and pergi dkt gurl lain..sya tertanya2 ap slh sy dkt dy..tp fmly dy pon xske kn sy ats sbb jarak sy ngn dy…dy kaya sya plk miskin da tu ank yatim..bru smgu kte org potos stiap ari mngis je sy thu..tp tuhan tu syg kn stiap hmba dy..dy kuat kn hti sy wlaupn sy da xd tmpt nk mgdu.sy xd mak xd ayh sy hnye mgdu kpda tuhan je..hmm smge tuhan trus bntu sy.
assalamualaikum..
rasa sayang yang sangat besar pada pacar kita akan menimbulkan banyak kecurigaan dan keingintahuan terhadapnya..sehingga ketika kita mengetahuinya, tanpa kita sadari hati ini merasa kecemburuan yang sangat besar juga dan menimbulkan tindakan tindakan yang salah dalam sebuah hubungan ketika kita berucapkata yang menyebabkan perpisahan antara aku dan dia.
terima kasih telah hadir dalam kehidupanku dan aku akan mengenangmu sekuat dan semampuku..
Salam. Saya pom susah nk lupekan org yg sy suke.. org tu dh tolak sy dgn cara baik. Sy pom terima dgn redha, tp hati masih xblh nk lupekan. Mcm2 sy buat utk lupekan. Tp hati masih lagi suke. Mungkin doa sy kpd Allah masih lg kurang. Sekian.
Sy sedih mmbce stiap luahan dri stiap org yg mnglmi mslh yg sme.betul ckp semua.
bukan mudah nk lupakn org yg byk buat kite brubah.setiap hari msti akan brhubung dengan si dia.ke mane sje kite pergi,msti akn trngt knagn brsame die.dan tipu la klu kite tidak mnangis dsbbkn stiap ppshn yg trjdi.dan sy nk bgthu, cnta ALLAH adalah cnta yg kekal berbnding cinta mnusia.jd kita hrus truskn khdupan utk matlamt yg sbnr kite dihidupkan atas muka bumi ini.insyallah,jodoh itu ada..tidak tahu cpt atau lmbt.
Huu..sedihnya baca pasal cinta tak direstu ni.
Haisy..saya pulak..tak tahulah nak kata apa, cinta jarak jauh ke? Cinta dalam hati?
Dialah first love ever yang memang true love, tak pernah ada perasaan macam tu pada orang lain. Tiba-tiba dapat tahu dia pun suka saya, memang suka sangatlah.
Kitorang kawan mesej2 je masa tu, lama dah. Tapi tiba-tiba je lost contact cam tu je, sebab biasanya pun bukan kerap sangat pun mesej2.
Tapi sampai sekaranglah hati saya masih kat dia. Entah dia bawa pergi mana tah, saya pun tak tahu.
Pernah cuba lupakan dia. Tapi tak dapat.
Last2, saya doa jelah, moga-moga dia adalah jodoh saya.
Saya anggap ni peluang untuk kami perbaiki diri kot.
Tak salah kan?
Mungkin ada orang lain lebih baik?
Mungkin. Tapi soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa kan?
Saya tak nak pura-pura dengan orang lain. Nanti orang tu jugak yang sakit hati. Kesian.
Cuma sekarang memang saya tengah cari jalan supaya tak teringat kat dia sangat. Huhu.
Pada saya sibukkan diri tu memang berkesan.
Kata seorang ustaz ni, bila kita berjalan, hati kita duduk diam, bila kita duduk diam, hati kita berjalan.
TriMaksih smuanya
Saya pernah cuba, alhamdulillah berjaya. Memang tak mudah nak lupakan insan yang pernah buat kita bahagia. Tapi itulah hakikat yang harus kita terima. Kita mungkin dah merancang segala yang menarik, tapi tanpa kita tahu Allah ada rancangan yang paling menarik dan indah untuk kita. Bila sampai seru, kita pasti akan jumpa dengan orang yang Allah dah tetapkan untuk kita. Apa yang perlu kita buat adalah sabar. InsyaAllah masanya akan tiba.
saya pernah bercinta dulu, lalu saya jadikan pengajaran. setiap insan yang hadir menagih cinta. segera saya hindari, tak mahu lagi berbagi hati pada yang belum halal.. sebab perkara yang menyakitkan hatinsaat bpisah bukan mudah untuk di ubati..apa yang penting, bercinta selepas nikah dan sentiasa memperbaguskan diri. itula cara mdekati jodoh dan membetulkan silap dulu.
Assalamualaikum admin..terima kasih krana mengongsikan tips2 mcm ni..sya x tau mcm mne nk cerita psal msalah cinta ni,sbb sya pernahberkapel..mulanya saya gembira tapi disudut hti yg lain hti sya sntiasa tkut pd Allah setiap kli sya bersama dgn dia dan rsa bersalah pd mak ayah.last2,sya x dpt lg than prasaan bersalah tu,saya mintak dkt dia yg sya nak putus.mulanya mmg sedih sbb hati ni dh sygkn dia.tp bila ingat Allah,sya trus kata ‘Allah msih sygkn aq,biar la aq bercinta lpas kawin,lebih slamat,lebih gembira.’lpas tu,saya dpt snyum blik mcm dulu.
saya pun salah seorang yang sedang mengalami kekecewaan .
Assalamualaikum admin..terima kasih atas perkongsian..
sebenarnya saya juga mengalami situasi yang sama seperti anda..nukilan ini saya tulis untuk meluahkan apa yg terbuku di hati ini…
saya xmampu menerima dia disebabkan tidak mendapat restu dari ibu saya..
walau pun pada mulanya amat perit utk saya terima hakikatnya kerana saya sgt sayangkan dia, tapi saya juga tidak mampu utk kecewakan ibu saya…bagi saya jika saya tidak mendapat restu org tua, saya xkan teruskan hubungan saya dgn dia..namun, jauh di sudut hati saya sentiasa berdoa supaya dibukakan pintu hati ibu saya utk terima dirinya…mungkin memakan masa tapi saya sentiasa berharap dan berdoa.. saya cuba melupakan dia dgn cara menyibukkan diri dgn kerja dan belajar supaya saya x ingat kenangan2 saya dengan dia… saya juga mohon pada Allah supaya diberikan petunjuk…
hampir dua tahun berlalu saya teruskan kehidupan saya dengan cara begini..
satu hari, saya dapat satu berita gembira (bagi saya la pada masa tu)… ibu saya telah lembut hati utk terima siapa pun pilihan saya tanpa meletakkan syarat..saya pun merasakan ini masa yg sesuai utk saya berbaik dgn si dia yg masih saya sayang…walau pun saya jarang hubunginya, saya masih ingat kata2nya dulu yg dia xkan cari org lain selagi saya belum sah menjadi milik sesiapa…saya berpegang pada katanya dan berharap supaya saya masih ada jodoh dengannya.
saya hubunginya..namun, kini saya sedar dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti dulu.. dia minta saya cari pengganti lain dan dia kata xmampu untuk terima saya semula.. mulanya berbagai alasan yg dia berikan namun akhirnya dia mengaku sebenarnya dia sudah ada pengganti saya..dan dia xdapat terima apa yang berlaku dulu…saya sangat sedih ketika itu dan rasa terlalu kecewa..tapi saya sedar puncanya juga dari saya…
namun setelah beberapa bulan saya muhasabah diri, saya redha akan ketentuan tuhan..mungkin dia bukan jodoh saya..saya hanya mampu merancang tapi perancangan Allah swt lebih sempurna…mungkin inilah petunjuk yang Allah berikan kepada saya supaya saya mampu melupakannya dengan lebih tenang.. saya yakin Allah akan berikan jodoh yang terbaik untuk saya dan saya doakan semoga si dia bahagia dengan kehidupannya kini…dan semoga Allah berikan saya kekuatan untuk melupakan dia dan beri saya peluang untuk berbakti kepada orang tua terlebih dahulu…
Inshaa Allah…
Salam…sy juga mengalami bbrp kli pnglm putus cinta…dr cinta yg mengkhayalkn, cinta yg mmbuat sy smkn rapat kpd Allah, jga x kekal.. Smoga Allah mmberi kkuatan pd seangkatan dgn sy utk kita hadapi smuanya…amin…
Asslamualaikun…
Sy xthu nk luahkn rsa sdih dan khilngn nie.. sy rsa sngt serba slh , krna perpisahn ini brlku d sbbkn sy.. sy trllu syngkn dy smpaikn sy mnta pts.. hnya sbb sy inyin dy mmjuk sy.. tp tndkn sy slh.. sy amt mnyyangi dy.. nmun dy tdak lg dpt mmaafkn sy.. sy hrp sy dpt lupk dy.. wlaw iany sangt2 prit bg sy.. dy xthu k.. sy sayangkn dy sngtt… kmna sy prgi.. air mta ni msty nk jatuh..
Allah kuatkn hamba mu nie..
Yg sering berbuat silap..
Assalamuaiaikum wr wb.. Udah setahun lebih hati ne tersiksa dan tdk bsa melupakannya, dya menikah dgn orang lain, dan bgaimna melupakannya? Sedangkan setiap hri ketemu n kulyah dgnnya, dya seorang dosen.. Dya seblum nikah mendekatiku, aq ngk tw dya sdh punya tunangan, dan saya sangat mencintainya, dya telah membohongiku..
Semoga panduan ini mampu mengurangkan rasa kecewa diri ini. Ya Allah, baru ku sedar cintaku padanya melebihi cintaku padaMu. Sungguh berdosa diri ini. InsyaAllah…aku akan terus nekad untuk melupakannya.
sedikit pembetulan mungkin, Tips yang ke 2, Surah Ar-Rad – ayat ke 28 :))
terima kasih atas tips yang dikongsikan~ Alhamdulillah perkongsian yang bagus.
Terima kasih admin ats sharingnya…ternyata ad yg jauh lbih truk dr apa yg sy alami.dan ad jg yg sma persis kes dgn sy..walaupn hmpir 7 bln mnjalin hbngn dgn c dia.tp perasaan syg sy kpadanya bgtu sukar sy mo lenyapkn dr hti sy..sy slalu bertnya pda dri sndri.knpa suma ne terjadi..mcm2 cara sy perbuat.nmun knangan lalu xmenginzankn sy mlupakn dirinya..mngkn suda takdir tdk menyatukan hbngn ne kn…dn kpa tips anda (admin) terima kasih sgt2x….
Bnar2 d ajarkan oleh Allab untuk mgnrungkan harapan hnya padaNya…
setelah berpisah sy mlai dptnarik pelajaran hikmah…..bhwa aq harus sabar dn mnggu waktunya..aq mgalami hal tak jauh berbeda…smga Allah mmberi qsuami yg terbaik dr sisiNya kelak..amiin..