7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Sy muslim.xbf sy bkn muslim.kmi bcinta 8tahun.sy syg dia bgitu jg dia.cnta kmi thalang sbb agama.sy sdih sangat2..kmi xblh khwin.d sbb kan agama.smpi skrg sy tingat2 dia rndu dia…hati sy sakit sbb xdpt hdup dgn dia…knangan tlalu bnyk bsama dia..sy bngung.sdih.mnangis.xdpt hdup dgn dia..smoga allah kuatkn hati sy tuk hdapi dhgan ini….

    Reply
    • sometimes you have to let go, see where fate flow, and give up things you want most in order to see what God already plan for you.

      there are things we don’t understand but we have to keep on praying.

      we don’t always get what we want. but we still can make other choices, do things, and feel okay about it.

      Reply
  2. saya sayang dia…tapi ntah mengapa akhir” ini sifatnya sedikit aneh pada saya dan membuat saya merasakan hal lelah akan semua itu…saya akan melalkukan apa yang dai ingin kan saat ini saja selebihnya biar allah swt yg mengatur dan membolak balikkan hati saya dan dia.

    Reply
  3. saya sayang dia. tapi, dia cuma mahu jadikan saya kawan dia. kawan tapi mesra. dia sudah curi hati saya. sentuh saya. saya sudah sepenuhnya bagi seluruh jiwa raga saya, hati saya dgn dia tapi dia layan saya mcm sampah. mcm mana sy mau lupakan dia kalau setiap saat, detik, masa dia sahaja yang bermain dalam fikiran saya. saya bertepuk sebelah tangan. tolong saya. saya buntuh. saya sayang dia sangat2. apa sahaja yang dia inginkan saya akan turuti. saya sanggup d perbodohkan oleh dia supaya dia tidak tinggalkan saya. kenapa saya mempunyai nasib yg begitu malang ini. tolonglah saya… saya betul2 memerlukan tangan untuk bangkit semula.

    Reply
    • There must be something more to live than crying over something that was not meant for you.

      Bangun teruskan hidup!

      Just believe that Allah always gives something good to us.
      even if it’s not good now, it will be good soon enough.

      Reply
  4. Sy sendiri melalui bnda ni. Apa yg saya buat, biasakan diri buat solat tahjjud.. solat hajat dan taubat. Jaga solat 5 waktu. Meluahlah semua apa yg kita pendam dgn Allah..beban yg kita rasa berat tu, bila kita yakin Allah segalaNYA, beban tu takkan kita rasa lagi :) sabar, Allah uji tanda Allah syg.. masa akn terus berlalu.. insyaAllah kesakitan tu akn da kesembuhan dan kebahagiaan akn dtg.. jgn bersedih lama sgt okey ?

    Reply
  5. Saya ada soalan.. Macam mana kita nak ubah diri dari baik kepada yg lebih baik.. Maksud saya bila kita buat baik tapi org pijak kepala tapi sy still sabar so macam mana nk still sabar walaupun hati ni sakit hmm.. Hope admin atau saudara yg baca ni tolong sy hmm

    Reply
    • Jangan hadkan sabar tersebut.
      Tapi jangan pula sehingga kita diperbodohkan.

      Bersederhana dan bertegas untuk perkara yang betul dan katakan salah pada sesuatu yang salah.

      Reply
    • Aminn

      Apa pun yang jadi, Allah selalu memerhati dan menjaga. dekatkan diri pada-Nya, inshaAllah kita akan baik-baik saja.

      Reply
  6. Bg sy cara paling mudah dan cepat adalah dgn mengerjakan solat hajat 12 rakaat. Lakukan selama 7 hari berturut. Mgkn pd yg tak biasa permulaan amat berat tetapi satu-satunya cara menghilangkan kesedihan di hati. Percaya lah. Slps melakukan solat ini anda akn rsa lebih tenang …

    Reply
    • Banyakkan berdoa agar diberi kekuatan dan petunjuk.

      Kadangkala kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan.
      Kita lebih perlu mengutamakan pertimbangan akal.

      Soal perasaan biasanya akan berlalu dengan berjalannya waktu

      Reply
  7. Terima kasih diatas perkongsian. Masih berjuang untuk bangkit setelah ditinggalkan. Yakinlah..
    “When Allah bring you to it, He will bring you through it”..
    He knows the best.
    Semoga kita sama2 kuat dalam menjalani kehidupan didunia ini.
    Semoga kita sentiasa tabah dan sabar menerima ujian dariNya. Aminn..

    Reply
    • InsyaaAllag semoga dikuatkan hati menempuh kehidupan.

      Segala apa yang terjadi, pasti ada hikmah.
      Future, who knows. It could be wonderful.

      Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita

      Reply
  8. Allahuakhbar…mmg perit utk meneruskan kehidupan…ibarat jiwa mati, badan melara…rasa hati kosong…kalau la ada seseorang yg boleh jd kaunselor dan bg semangat setiap masa dan hari, mungkin sedikit sebanyak membantu utk pulihkan semangat…hanya Allah tempat mengadu…dah hampir sebulan, tp masih belum boleh move on sbb hati ni yakin dia masih menyayangi…cuma dia terpaksa putuskan atas sebab2 yg dia xnk ceritakan…dia buat keputusan dlm keadaan marah…apapun aku redha dgn ketentuan Allah…aku berharap Allah hadirkan pelangi selepas hujan…semoga Allah tabahkan dan kuatkan hati ini utk teruskan kehidupan…aamiinnn

    Reply
  9. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan kami kesempatan untuk melupakan orang yg kita cintai terlalu over selainNya. Memang Allah SWT tidak suka jika kita berlebihaan mencintai makhluk nya Allah ccembru soal itu. Terimakasih banyak atas informasi nya min. Sangat bermanfaat sekali

    Reply
  10. Pada mula nya sy dpt melupakan dia..ttpi yg pelik nya mengapa memori tu dtg blk..sedangkn sy tau dia da bhgia..Sy sentiasa berdoa pada Allah..agar melupakn dia…sy x nk ganggu kehidupan bhgia dia..sy akan cube berusaha lagi tuk melupakn nya dgn dekatkn diri sy pada Allah..jalan Allah…in sha allah ..Aamiin

    Reply
  11. Jgn sedih bile dtinggalkn.. ade org yg lg teruk ujiannya.. pandang ke hadapan bangun utk diri sendiri kerana tiada siapa yg blh mngubah nasib kite mlainkn diri sendiri.. walau terkadang prasaan down tu ade tapi itulah yg bt kite jadi kuat & tabah.. kegagalan harini x bermakna kite akn gagal slamenya.. tajamnya doa org yg traniya.. senjata kite slpas berusaha adlh doa serta brtawakkal setelah itu.. In Shaa Allah kite akn peroleh ketenangan, kebahgiaan & kjayaan dgan izin dri Allah S.w.t

    Reply
  12. Terkadang cinta itu bisa membuat kita lupa segalanya..tanpa kita sadari mash ada orng tua dan kluarga yg menyayangi kita melebihi apapun..cinta yang berlandaskan hawa nafsu itu tdak akan pernah abadi pasti endingnya akan berakhir dengan kekecewaan ..untuk itu jangan terllu mencintai seseorang melebihi cinta kita pada Rabb sang maha pemilik hati.
    Allah cemburu dengan hambaNya yang menduakanNya untuk itu Allah memberikan kekecewaan kepada kita agar kita bisa lebih dekat denganNya..Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya..jadi tetap khusnudzon jngn pernh sekali kli menengok ke belakang karna masa lalu sudah usai…tingkatkan kualitas diri kita dan insya salah yg baik akan datang menghampiri kita … so buat kalian yang masih gagal move on dari mantan ayo bangkit jngn terus terusan terpuruk …karna diluar sana masih bnyak yg menunggu yg jauh lebih baik ..??

    Reply
    • Apa pun yang jadi, Allah selalu memerhati dan menjaga. dekatkan diri pada-Nya, inshaAllah kita akan baik-baik saja.

      Yang terlepas dari kita itu mungkin bukan yang terbaik.

      Kerana yang terbaik itu tak boleh diganti. Terima kehilangan inshaallah akan ada yang lebih baik berganti. Sabar.

      Reply

Leave a Comment