7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Trimakasih atas saran dan nasehat di atas tulisan ini..kebetulan sy sedang menghadapi ujian ini..sungguh perit sy rasakan..Dulu aku mengenalnya saat ia tak berdaya ditinggal exs dia..sy suport sy sokong bahkan sy bantu sedaya upaya hingga tak sangka akhirnya dia jd kekasih sy dan dia bangkit sukses sy bahagia melihatnya..namun malang saat dia tengah diatas karier sy pula bisnes dan kerja merudum keuangan pun merosot lebih pedih lg bila sy dapat tahu rupanya dia sudah ada org lain selain sy . Saat sy dlam kesusahan dan teruk sy call sms berpuluh tak diangkat dan tak satupun dia balas..sampai lah ada org lain memberitahu sy dia dah berpunya..Allahu hu akbar..sy akan tetap tabah menjalani dugaan ini..inshaallah doakan sy kuat.

    Reply
    • sama la…dulu saya la yg jd pembakar semangat dia utk move on dr kehidupan dia yg da tinggal retak menanti belah…tp bila dia da bole hidup sendiri tanpa family dia, akhirnya saya ditinggalkan…pertuturan berubah menjadi kasar, segala apa yg saya buat semua x kena dan x betul di mata dia…Allahuakhbar…mmg perit rasanya…saya terima semua kekurangan diri dia dan sentiasa maafkan dia…sbb saya betul2 sayangkan dia…tp dia x boleh terima kekurangan diri saya…10thn saya tunggu utk mendekati dia, tp hanya 5 bulan saya dpt rapat dgn dia…saya redha Allah pisahkan kami semula…Allah Maha Mengetahui…

      Reply
  2. Saya ditinggalkan ex wife, yang membawa pergi kedua2 cahaya mata saya. Alasan dia, saya tidak punya masa depan dan dia tak sanggup hidup susah bersama saya. Dia pergi tanpa menoleh ke belakang dan mungkin sedang berbahagia bersama orang lain. Sedangkan saya disini? Masih dlm kegelapan menanti sinar baru. Saya akui, saya tidak boleh selamanya begini. Tapi saat ini saya masih sukar utk keluar dr kegelapan ini. Tolong sy, sesiapa pun. Jika Allah menghantar kalian utk menarik saya dr kegelapan, please do so. Saya perlukan tenaga utk jadi org baru. Dan buktikan pd dia bhawa saya juga mempunyai masa depan yg cerah.

    Reply
    • Bangkitlah bangun istighfar dan taubat. Hidup ini adalah pentas ujian. Hidup ini juga adalah pilihan.
      Teruskan hidup. Bina masa depan.
      Semoga berjaya dan bahagia. Akan sampai satu masa. Tuan akan berterima kasih pada wife. Kerana dia tuan sedar dan bangkit.

      Reply
  3. Kisah rumah tangga sya bgtu menyakitkn. Sya menikah dgn dia udah hmpir mau 5 thun skrng di karuniani ank perempuan umur 3 thun. Dr awl sya hamil suami saya tidak pernh tanggung jwb. Dia slalu menghilang tanpa kbr ternyta krna ada ya wanita lain. Dan empat bulan yg lalu dia pamit mau nenangin diri mau brfkir dan intropeksi dri sya mengijinkan ya krn sya brfikir dgn cra itu dia akn mnyadari kslhan ya dan mau brrubah mnjdi kpla kluarga yg brtanggung jwb dan peduli kpda kluarga ya. Tpi kmren sya dgr dia di kmpung mengaku udah mnjadi duda dan mmpunyai wanita lain di sana. Sya shok mrah kecewa sakit ht sya nyoba tnya bk2 sm suami ga ada jwbn. Sya bcra dgn wanita itu kta dia suami sya bilang ya duda pdhl kmi blm brcerai dan suami sya mmnta sya dan ank sya untuk tdk brhrap lg untuk tdk mengganggu ya lgi. Ksbran ke ikhlsn dan air mta sya slma ini tdk pernh ia hrgai dia bhgia di ats derita kmi rsanya sungguh tdk adil. Tpi apa pun yg terjdi ini adlh khendak dr yg mha kuasa

    Reply
  4. kisah saya.
    Si Dia tak nak lepaskan saya. Bila Saya minta dilepaskan. Si Dia ckap hati Saya Tak kuat nak bertahan dengan apa yang terjadi. Si Dia ckap Saya yang tak mampu nak bertahan bukan nya Dia. Macam2 tuduhan Saya dapat. Si Dia ckap saya ada jantan lain. cakap Saya mempermainkan hati dan perasaan dia. Banyak kali saya cuba buat dia mengalah. Tapi akhirnya Saya juga yang kena. Dengan siapa yang Saya kawan dia akan halang smpai cari orang tu. Saya isteri no. 2 dah dua tahun saya minta dilepaskan. Atas sebab tak nak hati isteri pertama kecewa. Bila saya ugut nak bagitahu isteri dia. dia ugut nak bagitahu keluarga saya.
    Kami nikah tanpa restu kedua-dua belah keluarga. Sampai sekarang keluarga saya tak tahu saya dah nikah.
    saya tinggal dengan keluarga.

    Setiap kali Saya tengok gambar dia, isteri dan dua orang anak dia. Saya takut. Takut sangat akan buat hati isteri dan anak2 dia sakit dan kecewa.

    Bulan 5 tahun nie Saya gugurkan kandung yang usianya 3 Bulan. Semata mata nak buat dia tinggalkan saya. Tapi dia tetap tak nak lepaskan saya.

    Saya buat semua nie kerana Saya tak nak hati isteri dana dua anak dia sakit dan kecewa.

    Saya luahkan apa yang saya pendam. sekarang nie isteri kedua akan dihina, dikecam….

    Reply
  5. Sy menyukai perempuan dr tahun 2013 lalu ..sy mnta nomor hp nya melalui adiknya karna si perempuan jarang sy lihat awalnya dia ngasih sinyal positif tapi lama-lama dia mulai jaga jarak dan hilang begitu saja ..sy coba menegur dan ingin ajak bicara dia hanya diam terkesan sombong .. hingga tahun 2018 ini 2 hari yg lalu sy diberi tau oleh sepupu sy bahwa si cwe nganterin undangan pernikahannya .. pas dengar tubuh sy terasa panas ingin menangis .. ingin rasanya sy mengeluh atas yg terjadi pada saya .. yg ada di pikiran sy sekarang ini apakah calonnya laki2 baik ? Apakah si laki2 tsb bisa bertanggung jawab ? Sy rasa sayalah yg paling tulus mencintainya tapi ALLAH SWT berkehendak lain .. sy menulis ini dengan mata berair .. ya ALAAH jika ini memang skenario-Mu maka jadikanlah akhir cerita yg indah untukku

    Reply
  6. jika situasi anda berpihak kepada situasi cinta, sye pula di pihak prsahabatan. kerana silap saya. tali persahabatan itu putus. biarpun berkali kali sye cuba memperbetulkan keadaan. meminta maaf berkali kali, namun si dia akur memilih untk berdiam diri dan akhirnya hilang tanpa khabar. antara perit kerana putusnya cinta, lagi perit jika kita putus sahabat sebab kita kehilangan org yang kita percaya. Allahu, moga ada hikmah disebalik yang berlaku….

    Reply
      • betul, pandai teka… sye boleh terima dengan hati terbuka dan akan lebih tenang jika sahabat sya itu (lelaki), memaafkan saya. dan saya tak kisah atau mungkin akan lebih tenteram jika dia kata, dia maafkan saya lalu dia menghilangkan diri. jika itu yang berlaku, sye terima dgn hati terbuka. sebab saya tahu dia dah maafkan saya dan perlu ruang serta masa utk bermuhasabah diri. termasuk juga saya….agak terkilan dan kecewa billa situasi ni berlaku. tapi apakan daya, perkara telah pun berlaku…

        Reply
  7. Aku benar2 terperangkap kenangan indah bersama nya..sampai2 aku rasa nya tdak bisa kluar dari zona kenangan manis ituu..

    Berpisah tapi dengan keadaan sma2 syg..sama2 msih berjuang..segala nya di lakukn brsama. .

    Sungguh pahitttt..
    Pahittttt sekali..
    Knyataan yg mngkin tdak bakalan di trima dengan ikhlas…

    Reply
  8. Sy berpisah setelah rumahtangga menjangkau usia 22thun…ya allah hnya tuhan yg tahu bgaimana saya saat ini. Susah sgt nak moveon. Semoga ada sinar baru buat saya.

    Reply
  9. Saya pernah meninggalkan wanita yg saya cintaai..karenaa suatu hal..sehbis ituu saya menyesall dan tidak bisa melupakan kenangan..sudah berbagai cara untuk bisa melupakan tpi gagal trsss
    .penyeselan datang setiap saaat…saranny kak :)

    Reply
  10. Boleh tak saya nak dapat kan number kamu…utk saya meluahkan segalanya dan perlukan nasihat dari kamu…saya sudah bercinta 3 tahun lebih dan baru bertunang sebulan dan baru lepas putus tunang..bekas tunang saya skrg dgn lelaki baru iaitu kwn saya..saya tk kuat..harap saya dpt number kamu tuan blog

    Reply
  11. Sy x mmpu lupakn dia,krn sy sygkn dia lbih dr nyawa sy sndiri…
    Biar la apapun dia nk lakukan pd sy,sy snggup hdup mnderita merana klu itu yg blh mbhgiakn dia…
    Sy tak blh hdup tnpa dia,sy sndiri tak thu knp tp yg sy tau dia la sglanya dlm hdup sy slma 11tahun kami hdup bsama….
    Kalau la hdup kita seindah mimpi,mgkin tak kan ada yg rs kcewa n bsedih…..
    Sy yakin,suatu hari nnti akn ada sinar bhgia utk hdup sy n suami….

    Reply
  12. Begitu sakit apabila ditipu oleh lelaki yg betul2 kita sayg…terima kasih bgy tips yg sangt brguna ..doakan supaya sya dapat lupakan dia dan redha apa yg terjadi …

    Reply
  13. Ya Allah amat teramat sakit memang engkauh pisahkan hamba dengan dia. . Entahlah ini benar benar terjadi dan diluarr skenario kita. Namun Hamba yakin. Ya Allah engkau lah Maha pemberi Kasih sayang dan engkaulah Maha Mengetahui Apa apa yg tidak hamba ketahui. So.. Bangkitt dan haruss ttep semngat insya Allah kalau jodoh pasti dipertemukan kembali. Entah jdi pasangan kembali atau yg terburuk jdi tamu undangan dipernikahan dia :’)

    Reply
  14. ya ALLAH….seandainy SEMUDAH a,b,c just typing jew kan…tp hakikatny… ALLAH sja y tahu…sdgkan sy LELAKI…sptotny KUAT,TABAH hadapi DUGAAN nie.. tika saat sy taip nie dh hmpir 6tahun derita hati nie..! rindu,syg,ingat..pd INSAN tu.. skrg2ny..BERILAH.. 1kesalahan ap yg sy dh buat…! takdir ALLAH..

    Reply
    • Semoga saudara tabah dgn segala ujian,mmg sakit bila kita tpksa bpisah dgn insan yg kita syg…sy tak tau apa mslh saudara dgn insan itu,tp sy doakn di permudahkn segala urusan saudara…

      Reply
  15. saya harap saya mampu setabah awak ..setelah 5 bulan saya berkorban tp sy masih tidak dihargai .semalam kata syg esok pergi lagi .. walaupun kami tidak akhirkan hubungan tp sy ttp juga kena belajar move on sebelum sakit tu akn dtg nty …

    Reply

Leave a Comment