7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Terimakasih atas penjelasannya. Saya akan mempelajarinya, biarkan dengan sendirinya mengalir. Saya benar benar ingin melupakan dia…

    Reply
  2. Hmm hard to forget someone , hmm rindu sangat , :( berdoa yg penting sekali, doakan saya supaya terus kuat , amen … terima kasih

    Reply
  3. Terima kasih untuk perkongsian yg sangat bermakna ni . Doakan saya terus tabah hadapi ujian ni :)) Terima kasih

    Reply
  4. Tengs atas perkongsian.Saya akan cube praktikkan tips yg diberi,doakan sy utk lebih kuat dan positif utk menghadapi situasi ini.

    Reply
  5. Mmg sakit apabila org yg kita syg tinggalkn dgn alasan jmpa yg lain…mudahnya die brubah..saya mngaku sya mnangis dn sharian sya lemah shingga hmpir pengsan krn trlalu taksub dgn cinta diee…bukn mudh sya untk mnerima die..die gigih dn brusaha untk mndptkn cinta sya..dn akhirnya sya bnar2 sygkn die..tp skrg..stelah die mmiliki apa yg die inginkn..die tlah lupa diri..sombong..angkuh..Dan dgn mudhnya die mlepaskn sya…sya redha dgn prpisahan ini krn stiap prtemuan psti ad prpisahan…

    Reply
  6. Salam.. sekarang saya masih dalam proses move on tapi, saya dan ex masih berkawan kalau kita berjumpa mesti dia akan cerita pasal kekasih baru dia, saya dengar tapi pada masa yg sama hati saya sakit.. sebab saya masih Terasa sakit hati nie hubungan kami hampir 5tahun dibina tapi terputus tengah jalan.. Sebb kan org ketiga ex saya sudah curang hampir 2tahun kami patut plan bernikah bulan 12/2017 takrikh yg sama kami putus.. sekarang saya cuba untuk berkawan tapi saya takut masih simpan perasaan tu ?

    Reply
  7. Sekarang nie sye dlm kecenderungan dn buntu dibuatnya…. So kalau ade masa boleh kite jumpa…. Sekian.

    Reply
  8. Shes happy now with someone new. But still ,i cant even move on in my life . I was thinkg baout her all over again even though i knew that shes so happy with her new love ..
    Im happy for you dear H ❤

    Reply
  9. Assallamualaikum… Saya akan menceritakan kisah saya, bukan berarti ingin mengumbar aib saya, sy berpacaran 5 thn dengan seorang laki2,dan singkat cerita, sy tinggalkan laki2 itu, saya menikah dengan orang lain, karena laki2 itu jg mempunyai dua wanita selain sy, sy menikah thn 1997,pernikahan sy pun kandas ditahun 2016,setelah dikarunia 7 ank, tp yg 3 keguguran, yg masih ada 4 ank, sy dikhianati suami sy, selama 19 thn menikah, sy tidak pernah bertemu dengan mantan yg 5 thn pacaran, entah apa rencana alloh swt, singkat cerita, sy dapat no telp mantan sy itu, karena hati sedang galau sy coba telp mantan tsb. Sy pikir ga di respon, ternyata direspon jg, subhanaulloh… Sekarang mantan sy itu sdh jadi capten pilot, sdh beda sekali dengan waktu yg dulu, Tiba2 mantan sy ingin bertemu, alhamdulillah sy dan dia dipertemukan oleh alloh swt, Ternyata dia sdh punya istri dengan 4 ank.
    Singkat cerita sy, akhirnya bercerai dengan suami, dan ke 4 ank pun ikut sy, sy harus menghidupi ke 4 ank sy, meski sy hanya sebagai guru honor, jujur… Cinta pertama sy itu tidak bisa terlupakan tapiiii… Ku pun tidak mau di sebut sebagai PLAKOR, sy harus melupakan dia, meski sulit, karena dia cinta pertama sy,Rahasia AllOh swt, mmng sulit ditebak, entah apa. Maksudnya Alloh swt, mempertemukan sy dan dia, disaat sy sedang terluka yg mendalam.. Kalau pun berjodoh atau pun tidak ku pasrahkan pada mu ya Alloh… Jujur sampai saat ini sy tidak bisa melupakan mantan sy, dan saya lebih bisa melupakan mantan suami sy. Sy pun sdh berusaha melupan dia, memblokir WA, dan no hpnya, tp semua itu blm jg hilang, padahal pertemuan sdh 2 thn lalu… Sekarang sdh tidak ada komunikasi, tp… Tetap sj hati ini… Sulit utk. Melupakan nya, bukan berarti dia jd orang hebat, tp kenangan itu sulit dilupakan. Sekarang sy pasrah apa rencana Alloh swt, utk saya selanjutnya…

    Reply
  10. Betul sekali smua kejadian atas idzin dr YME…mski sbgai manusia kdng tdk kuat apalagi pihak perp yg di dzolimi suami sndri tp smua atas kehendaknya itu yg prlu di sadari hidup harus terus berjalan..trimakasih atas pencera
    hannya

    Reply
  11. saya seorang wanita sudah lewat remaja , umur saya 20tahun.
    masa pacaran saya mungkin belum terlalu lama ya, tapi saya sangat sulit untuk lupakan dia. awal2 pacaran ortu saya masih merestui saya dengannya, tapi dengan seiring berjalannya waktu dia pernah menyakiti saya sekali sampai2 saya menangis tak henti selama satu harian. ortu saya pun bertanya ada apa, dikarenakan saya tidak terlalu memiliki teman untk berbagi saat ini, jadi saya ceritakan semuanya kepada mama saya karena saya sangat dekat dengan beliau. mama pun menyarankan masih banyak laki2 lain bukan hanya dia saja ,,, tak berapa lama saya cerita si dia kembali lagi dengan saya. dari saat itulah mama saya tak restui lg hubungan ini.. berbulan2 masih saya jalani, tapi sangking mama saya sudah banyak sekali nyumpahin hubungan saya dengan dia, akhirnya kami berdua selalu bertengkar meskipun nanti baikan lg. lama kelamaan saya juga sudah lelah sama hubungan yg tak d restui ini, akhirnya saya putuskan hubungan ini tepatnya dua hari yg lalu. mungkin baru sebentar makanya sangant sulit untk lupakan tentang dia, hari pertama saya putuskan hubungan saya tak ada nangis sedikitpun tapi keesokan harinya saya menangis karena mendengar suaranya dari telfon,, sungguh saya sangat rindu dia. tapi apa boleh buat mama saya sudah terlanjur membenci dia, jadi inshaa allah perlahan saya belajar melupakan dia meskipun sedikit sulit lupakan..lagi pula ,, jika kami berjodoh d suatu masa nanti allah akan takdirkan kami bertemu lagi. untuk saat ini mungkin allah ingin saya beristirahat dalam manjalani hubungan/pacaran…

    Reply
  12. Assalamualaikum
    Saya seorang laki laki yang harus berpisah dengan istri yang amat saya cintai karena kedua orang tuanya atau sekaligus mertua saya dan keluarga besarnya, menginginkan kami untuk berpisah.. padahal cinta yang kami jalin saat pacaran 8 tahun lamanya,, kami telah melewati masa masa sulit bersama dan sampailah kami menikah ke jenjang yang lebih serius tetapi itu teryata bukan akhir tujuan cinta kami , cinta kami kandas di tengah jalan saat kami baru di anugrahi sekarang Putri yang baru berumur 25 hari.. di saat mendapat nikmat disitu pula saya mendapat duka seperti di cambuk hati saya.. dan hal yang paling tidak bisa terima istri saya yang dulunya sangat mencintai menyaingi saya berubah drastis dan membenci saya lalu mendengarkan perkataan kedua orang tuanya dan keluarga besarnya padahal saya seorang lelaki adalah yang menjadi imamnya.. saya saat ini terpuruk dalam luka ..dan rasa tidak percaya dengan keadaan.. tetapi mau bagaimana lagi kenyataan telah terjadi

    Reply
  13. asslmualaikum….sy seorang bapa kepada 2 bintanghati berusia 10 dan 7 thn,sememangnya manusia tiada yg sempurna namun selagi berteraskan islam isteri patut taat setia jujur iklas kepada suami kisah perpisahan ini tidak akan terjadi jika itu yg utama d hati,namun segala sesalan itu timbul d saat dirinya telah d miliki namun bg insan lemah lg tak berdaya untuk melupakanya adalah terlalu sukar dgn adanya bintanghati menerimanya kembali atau terus berlalu pergi menjadi persoalan d setiap nafas ini..mohon pedoman dan bimbingan utk kesejahteraan diri ini.wasslm..

    Reply
  14. Assalamualaikum,saya mau membagi cerita tentang kehidupan percintaan saya
    Awalnya saya masih sekolah kelas 2 smk pasti saya tunangan sama cowo yang saya sayang, terus pas kelulusan saya pergi jalan2 sama sekolah n sama salah satu travel nah dari situ saya ada rasa sama salah satu mas yang kerja di travel tersebut dan ternyata ya mas itu jga ada rasa sama saya, nah kita jalanin hubungan ini sampe berbulan2,pas saya jujur kalo saya udh bertunangan emang dia mrh kesel pasti dia kya gtu tpi dia tetep nerima saya sebagai pacarnya,terus kita jalanin hubungan ini tpi knp saya ngerasa bersalah n hubungan kita ga direstui sama kedua orangtua saya, jdi saya lebih milih minta udhan sama dia saya udh ga mau bikin beban ke dia atau masalah ke dia lg, mungkin ini yg terbaik buat saya dan dia, tpi saya ga mampu untuk pisah n jauh dri dia
    Aku msh sayang n cinta sama dia
    Itu cerita singkat dari saya

    Reply
  15. Assalamualaikum, saya ade satu pengalaman yg saya sangat ii sedih, saya akan menceritakannya satu persatu, mula ii masa saya naik sekolah form 2 ade seorang kawan perempuan yg ckp dengan saya yg ade seseorang suka dekat saya, tapi saya x kenal siapa orangnya, tapi dia kata namanya N**** A***** BT ***** saya pon tercari ii orang yg bernama tersebut itu, bila saya dapat tahu orangnya saya tengok dia dulu hitam sangat ii tapi saya tengok lama ii sejuk sangat ii , lepas itu saya terima dia sebagai ttm saya pada 24/4/2016 yg lalu, saya selalu mesej dia siang malam x henti ii ketawa, sampai x ingat allah dibuatnya, lepas dah lama ii kitaorang kenal antara satu sama lain bila dah menjelang 30/10/2016 saya ckp dengan si dia ni, saya ckp ‘awak nk couple dengan saya ke’ lepas tu dia bls “saya terima sangat ii” dengan malunya dia berckp pada saya haha happy sangat ii masa tu lepas dah couple tu kami pun berjumpa di sekolah sama ii balik sekolah sama ii semuanya bersama ii, saya happy sangat ii masa tu, saya x boleh lupakan kisah itu sampai bila ii, masa kita bekerja catering di kampung saya, lepas dah kerja tu nk balik masa tu, nk jalan kaki penat sangat ii, lepas tu ade satu saudara ni ade motor dia hantar saya kerumah dah saya bawak motor tu ke si dia ni, dan di situlah ade kenagan yg x boleh saya lupakannya, naik motor sama ii kelakar masa tu first time pulak ,haha kelakar masa tu, selepas itu, lama kelamaan si dia ni bosan dengan saya, sebb selalu berjumpa, si dia ade kenal seorang lelaki yg bernama I** D***** setiap hari lahir si dia saya selalu sambut x pernah lupa ,selepas itu bila hari jadinya pada tarikh 6/7/2018 ini dia bergambah dengan orang lain x sangka saya saya terus kecik saya punya hati , depan mata saya pulak tu masyaallah besar betul ujian itu, tapi saya akan cuba yg kamu ckp di atas itu terima kasih assalamualaikum

    Reply
  16. assalamualaikum.. terima kasih atas perkongsian ini.. perlahan2 saya sedang berusaha melupakan seseorang yang saya sayang.. dan alhamdulillah hampir kesemua tips tu saya dah buat.. tapi bila sampai tips ke 6 tu saya terfikir.. adakah saya mampu buat perkara tu ? Sebabnya dulu hingga sekarang saya masih bekerja di tempat yang sama dengan dia.. tapi dia dah berhenti kerja.. kami juga makan di tempat yang sama dan dia juga pernah datang rumah saya.. semua orang sekeliling saya mengenali dia.. jadi saya tak dapat lari dari pergi ke tempat yang kami selalu pergi tu.. dan sedihnya , saat saya pergi ke semua tempat tu , saya akan ingat dia.. jadi macam mana saya nak lupakan dia ? Saya mohon pencerahan tambahan dari penulis ye ?

    Reply

Leave a Comment