
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Terima kasih banyak sudah memberi masukan dengan baik dan bijak…saya bersyukur bisa membaca artikel ini …semoga semua bisa terlewati dengan baik dan tenang..dan saya bisa melupakan kepedihan ini
Sya hari tgk dye…mcm mne sye nk lupakn dye…tlg bgi tips
saya ingin lupakan dia tapi dia selalu je ade dia depan mata kita mcm pulak tu eya ??
hay kak,aku pacaran hampir 5 tahun dan skrng baru putus,aku bingung kak sayang banget sama dia,sampe2 setiap putus ga pernah lupa,malah ke inget terus kak,dia egois dia suka pukul aku dan dia suka bentak aku kak,gimana ya kak minta tips buat aku jauh jauh lupain dia.
Hy,aku kapel ngan laki ni dah 6 thun spanjang kami kapel mcam2 dya bt kat aku, dya curang tu mmang bnyak kali sngat tapi dya ckap sory then aku still maafkan dya, aku ttap trima dya wlaupon dya curang bnyak kali, kami slalu jmpa, prepid dya aku yg kena tmbah, aku blanja dya mkan, aku yg kna isi minyak bila keluar, tpi aku tk kisah pon, and bulan 5 hritu dya dpat krja bila dya start keja dya mula brubah, after 1week krja aku chat dya tk reply, dia diam smpai la aku pnat nk chat dya dah, before tu kami adala gdoh skit tapi aku say sory dah, tapi dya still tk reply and smalam ada pompuan chat aku dya kata dya ni kwan skerja dgan my ex tu, aku pun lyan je chat pompuan tu, then aku tgk my ex post gmbar pompuan tu kat ig tlis caption rndu, aku tnya pompuan tu kau ni apa motif chat aku, then dya ckap nkkepastian sbb ex aku ckap kt pompuan tu yg aku dh mniggal , aku pon chat la ex aku pahal ckap aku dh mniggal and then dya aku blk, dya ckap aku dya dah xde apa2,pstu dya block aku, ex aku ada ckap kat kwan aku dya klau dah xmau tu xmau la, apa slah aku, sbelum ni ex aku baik sngat, block aku pon tk prnah, nk mrah aku pon tk prnah, slama ni aku ykin yg syg aku sbelum klau kmi gdoh dya takkan dlete pic kami even kat wc or ig, tapi kali ni dya dlete, dya brubah bila start krja, aku nk move on tpi aku tk mmpu sbb bnyak sngat knangan, tlong aku
move on jewlah, dah tahu-tahu lelaki tuuu salah. kalau dia baik dia takkan curang. dia dah tak sayang kita dah tu. sabar jewlah. kenangan boleh hilang walaupun sukar and yess benda tuuu ambil masa. take your time dear and yakinlah ada pelangi akan muncul selepas hujan walaupun mengambil masa yang lama sebab pelangi jarang muncul tapi still ada
assalamualaikum, saya faizal. Saya kenal dia masa kami di kolej, saya ketua kelas dan dia penolong ketua kelas. First time sy tgk dia dah saya jatuh hati kat dia. Dan bla bla bla, kami kenal selama 3 tahun, dan sejak dia bekerja dia sesebuah kedai, perangainya berubah, selalu menipu dan pernah curang sekali. Saya maafkannya atas sebab saya dan dia ckp dia akan berubah jadi lebih baik. Saya bekerja siang malam utk cari duit kawin kita orang, dan raya baru2 ini dia bertanyakan saya “hubungan kita ni blh pergi jauh ke tak eh” saya pun mula hairan dan beberapa hari itu dia kantoi ada seorang laki. Ia kali kedua dia curang keatas saya… dan saya memujuknya utk tinggalkan laki itu sebab family sy lagi 2-3 hari nak dtg merisiknya lantas dia menghalau saya dan block semuanya skali. Saya ingin minta pendapat awak semua, apakah saya perlu lakukan? Saya siang malam menangis rindukan dia….. Terima kasih semua.
Bro, aku dulu pernah jugak macam ko.
Tapi percayalah, ko sedih masa ni je. Sekejap je.
Cuma kena tahan la. Aku tahu ko tengah celaru, tapi kuatkan hati bro. InsyaaAllah ko akan ok. Tahan sikit.
Ingat, kita ni ada maruah sebagai lelaki. Sampai bila kita nak kena tipu dan dipermainkan. Kalau kawin dengan dia jgk sekali pun, belum tentu dia akan hormat ko dan berubah.
Satu hari ko akan jumpa orang lain. Serius aku pun macam ko.
Tp bila dah jumpa lain nanti, ko akan syukur sangat sbb jumpa yang lebih baik.
assalam saya nk tnya pendapat, apa yang perlu sy buat, sy dah kenal dia dari tahun 2013 sampai larr sekarang, tahun 2014 sy hold hubungan dgn dia sbb nak smbung belajar, dia pun dah bersetuju..kami ada chat jugak tapi tak selalu.tahun ni sy dah tamat belajar dan nak sambung hubungan balik, dia kata ok..seminggu lepas tuuu sy dapat tahu dia ada perempuan lain. dah 2 tahun kenal. bila sy dapat tahu sy minta putus dgn dia, dan sekarang dia ada chat sy dan cakap dah xada hubungan dgn budak tuuu. apa yang perlu sy buat?
beri lagi dia peluang.. ada hubungan seperti biasa.. tapi jangan letak harapan yang tinggi.. jika sebulan telah berlalu.. hubungan tiada masalah.. jadi teruskan seperti biasa.. dgn izin allah.. tiadalah msalah ????
tp semalam sy ada chat pompuan tuuu, pompuan tuuu ckp tuu tunang dia. nmpk sngt yg diorng masih lagi chat. bila sy tnya dia, dia cakap pompuan tuuu tipu, komfius nk bagi peluang lagi ke tak
Move on la sis. Kalau dia betul-betul serius dia tak akan buat macam ni.
Saya lelaki, sy faham benar.
saya akan cuba, tapi yang jadi masalahnya dia selalu chat saya. merayu-rayu siap kata dia tak ada buat salah. dia bagitahu saya susah nak move on. entahlah
saya dah break dengan dia. terima kasih atas segala nasihat yg diberi. doakan sy berjumpa dgn jodoh yg baik di masa akan datang
sy kenal dia sudh 4 tahun. spnjang perkenalan kami, susah senang kami lalui bsama.. dlu hidup dia kucar kacir. dibuang kerja, famly menjauh. so hidupnya hnya dengan sy. makn minum dia sy jaga. sakit demam dia sy yg jaga kt hospital. tnpa sy sedar dia mulai curang dengan sy. dia mula bersms manja dengan ppuan lain. astagfirullah al azim. hancur hati sy.dia selalu maki hamun sy, caci sy. tp sy masih beri peluang lg kt dia. betapa bodohnya sy pd masa tu.
kini setelah hidupnya mulai stabil. kaya dia mulai lupakan sy. dia enjoy. kwn keliling pinggang, sy dilupai..bermacm2 nama ppuan dlm hp dia. dia kerap online kt whatsapp, kerap active kt mesengger.. sakit hati sy hnya tuhan je yg tau.. kami masih lg berhubungn smpai skrg.. disebabkn sy masih sygkn dia tp dlm masa yg sama sy terseksa, memendam rasa.: dia kata sygkn sy tp dia xblh nk ubah perangai dia..
tolonglah bantu sy…. sy buntu ape perlu sy buat…
Semoga dipermudahkan dan dirahmati.
[email protected].
tinggalkan je la dia.. nnty sampai kesudah.. sampai kahwin dia camtu juga.. awk sndri sakit
Saya rasa awak dah tahu apa yang perlu dibuat.
Ada bnyak lagi orang baik diluar sana. Jadi jangan sia-siakan hidup sebab masih terikat dengan perasaan.
Move on dan keep strong sis!
Saya pun juga merasakan ini… Saya dan dia masih sama sama memiliki perasaan. Dan kita masih mau tetap menjaga hubungan baik walaupun bukan pacarnya lagi. Saya dekat sekali dengan dia karna kita satu pekerjaan. Dan saya bekerja di perusahaan keluarganya tapi pada akhirnya keluarganya tidak merestui kami dikarenakan adanya seseorang yang berbicara negatif tentang saya ke keluarganya.
Padahal dulu sebelum seseorang ini ada dan sebelum orang ini mengadu. Saya sangat dekat dengan keluarganya..
Kadang saya menyesali setiap kali saya memikirkannya kenapa saya harus seperti ini. Kenapa saya harus putus. Dan masih berat. Dan saya sudah tidak mau berpacaran lagi. Karna sudah cukup. Saya sama dia sudah lama dan kami saling tau. Sudah cocok bahkan sudah punya planning masa depan berdua. Namun memang ini jalan yang sudah allah rencanakan untuk kami. Tapi saya masih tidak sanggup kalau harus kehilangan dia. Saya boleh kehilangan kepercayaan keluarganya tapi saya ga mau kehilangan dia. Meskipun pada akhirnya kami putus.
Seseorang ini telah mengadukan yang tidak tidak tentang saya ke keluarganya.. Makanya saya jadi tidak mendapatkan restu lagi
Ak senang bs baca ini, sgat bermanfaat. Aku cinta sm seorng perempuan. Dia amat baik sekali, dlm wktu singkat ak jatuh cinta pdany. Aku trhanyut oleh kebaikannya. Tpi tba2 dia jauhi aku. Dia tidk memblas chatku. Aku bersedih&menangis,htiku hancur. Lalu dia mlh dekat dgn shabatku sndiri. Aku benar2 bingung hrus brbuat apa. Untungnya, mereka tidak jadian. Lalu ak cuba utk dekati dia lgi. Responny bagus. Tpi lma2 dia menjauh lgi. Ak gk tau lg hrus gmna. Smpe skrang stiap hari ak trus mengingatnya, aku sudah benar2 syang dia.
Bagaimana dengan aku yang pcaran sam orang yg beda agama umurpun dibawah aku 2 tahun , tapi dia tak nampak serti umur yg lbih muda karna dia dewasa amat dewasa..
dan dia keturuna cina kita beda bahasa dan kita pun beda beda beda .
aku sampai banyak dibully bahkan hanya gara2 pcaran sama dia dikarenakan dia adl seorang adik dari bos saya.saya merasa terasingkan .. kketika karyawan perempuan semua ngadain acara seperti halnya bukber saya yaa ga sama sekali diajak.. tapi sih gapapa cuman herannya ya salah saya apa..
Melupakan dia lebih sulit dari yang kubayangkan.. SUNGGUH :'(
Sy mencintai seorang lelaki..sy pilih dia kerana kecantikan akhlak dan agama yg ada pd dirinya..sy thu klau perasaan ni x mungkin kemana sbb kami masih belajar…lg2 baru tingkatan 4..tp jujur sy x pernah dating atau keluar berdua-duaan dgn dia sbb sy thu berdosa..seumur hidup sy,sy x pernah jatuh cinta pd sesiapa seperti sy jatuh cinta padanya.Kadang2 rasa kuat untuk sy lupakan,tp kadang2 sy rasa terlalu lemah..sy sygkan dia..Sy sentiasa sebut nama dia dlm doa sy…Sy thu klau sy perlu yakin klau Allah dah tetapkan jodoh yg terbaik untuk kita semua..tp terlalu susah untuk sy lupakan dia..
Sy pun sebijik mcm awk .. Bleh thu awk asal mne ? Tkut2 awk ni dia .
Terima kasih atas tips yg diberi.. Saya harap saya dapat lupakan dia.. Walaupun berat bagi saya.. Dulu saya d dulukan… Entah laa.. Kadang kadang dia lupaa.. Sibuk katanya.. But I’m okay.. Mungkin .. Yelaa.. Org dpt masuk ipg.. Saya ni belum tentu lagi.. Spm tahun ni.. Haritu saya kejut dia text cakap break.. And hari ni.. Saya tengok dia tag girlfriend baru dia kat ig.. Rasa sakit tu ade.. Yelaa sebab selama ni saya yg dia tag kan.. Mohon bagi tips dgn saya banyak lagi okay.. Sebab saya nak fokus.. Saya nak buktikan pada dia jugak .. Saya boleh berjaya ..
Saya rasa sedih sgt skrg sbb ibu angkat saya dah tak syg sya lagi..dah 4 tahun sye tinggal dgn dia..kitorg hdup bahagia tapi bila seseorang tu muncul dlm hdup kitorg,dia dh berubah kasih..mama,tym harap mama bahagia dgn dia :-)
semoga kita semua dalam lindungan Nya.
Aminn insyaaAllah
first of all. terima kasih saudara atas perkongsian
mungkin cerita kita sdikit berbeza. memang melupakan tue benda yg paling sakit. lagi sakit apa bila kita x tau kenapa benda tue blh jdi mcm tue sekali. dah 3 bulan berlalu sya msi tefikir rndu kasih dan syg nya. tpi sya percya dgn perancang allah swt. sya terima dgn redha. dia tingglkn sya d sebapkn get back dgn ex dia smula.
x mtk byk pon. cuma mohon allah swt tnjukn 1 hari nt benda yg dia bwt dkat sya.
#15/5/15
insyallah kan, lebh kurg lah kisah kter tp sy iktan prtunangan :(
Skrg pulak mcm mana
Kuatlah duhai hati2 yang terluka.. Kerana sakitnya Allah yang tahu. Mudahan aku mampu jadi sekuat kalian. Yup move on. walau dalamnya bergelora.
Saya sedang merasai hakikat yang sebenarnya ini….
Peritnya hanya Allah saja yang tahu…
Saya buat keputusan untuk melepaskan hak yang sepatutnya bukan hak saya… dan saya sayangkn dy dalam diam… hati ini begitu sakit melihat dy sedih tapi terpaksa sya lakukan demi kebahagian…
Stp ibu bapa mahukan y terbaik buat anknya
.. tp perancangan Allah lagi baik…
Dari sya hnya sekadar boleh ucapkan Terima lah segalanya ngan kelemahan kita… bila kita lemah kita akan berusaha utk bangun dan mencambah kekuatan diri… dari kegagalan juga lh kita blaja erti kesakitan dan kejatuhan… sebab semua perkara y terjadi adalah dari sebentuk buah… buah yang seringkali di beri nama hati…
Menyakitkan ketika harus meredam hati yang harus membunuh rasa yang terus tumbuh,bukan hanya tentang rindu tapi rasa sayang yang tak terbalas,percikan yang selalu membasahi pipi ini tak lantas memulihkan pilu di hati,berjuang sendiri dan melihat kbahagiaannya yang tertawa renyah besama wanita pilihannya,kadang diri ini membodohi sndiri :'(
saya rasa kita rasa prasaan yg sama . thun nih dh lbih 2 tahun kmi bersama . sya xpernah curang pda dia . awal prkenalan dia mlarang sya online d whatsapp fb wechat dan smua social network . msuk thun kedua dia mula nrubah . dia lebih layan n pentingkan rakan² berbanding saya . dia pggil sya bodo depan kwn² dia . sya ttap sabar tpi dia xpernah nak hrgai sya . dia cma akan cri sya masa kwn² dia xad . sya rasa sakit sgt .
apa yg menurut kita baik belum tentu baik di mata allah, begitu juga dengan jodoh, allah punya rahasia,, ihklaskan saja,, ambil semua hikmah nya….
hurm semuanya dengan izin Allah , and the most important thing we need to know is “Allah takkan mengubah nasib kita , selagi kita tidak mengubah nasib kita sendiri , so , dengan tips tips yg telah diberikan , saya yakin dan percaya kita yg telah disakiti ni mampu bangkit dari mimpi yang selama ni kita anggap indah tapi pada hakikatnya ia sangat menyakitkan , thanks kepada sapa yg tulis blog ni sbb inshaAllah blog ni mmpu menyedarkan seseorang tu tuk teruskan hidup
Saya lega melihat tulisan ini
Saya termasuk org yg tersakiti dan ingin melupakan semua yg telah saya alami, jujur saya pun pernah menyakiti nya dan itu karena ada sebuah alasan . saya hanya manusia biasa betapa bodohnya saya menginginkan dia kembali pada saya padahal saya tersakiti oleh ucapan bahkan perlakuanya,