7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Tiga tahun kitorang kenal. Semua sakit dia, perit dia aku tau. Sampai bila ibu dia tahu pasal aku. Tup2 minggu lepas ibu dia kahwinkan dia dgn perempuan lain :'( aku tak tahu nak buat apa. Aku tak tau nak rasa apa. Benda ni jadi dua kali dlm hidup aku. Aku rasa give up sgt. Bukan hati terluka dh, mmg dh hancur. Aku betul2 dh give up :'(

    Reply
    • Sabar semua tu ada hikmah disebaliknya :) Kesabaran tu penting. Tu semua ujian Allah. Lepas ni mungkin Allah bagi ganjaran yang berlipat ganda, siapa tahu? :)

      Reply
        • cerita yang sama n berlaku pada sya…
          saya kenal dia hampir 4 tahun…
          bergaduh mcm biasa sblm ni….lpstu kteorang akan berbaik smula x smpai bpe jam gaduh…
          tapi tahun ni…lain plak yg blaku…
          blaku slh fhm skit…tup2 dpt tahu dia bertunang dgn ex dia dlu….hurm…..
          sbb keluarga dia lebih knl lama perempuan tu…hurmm….
          dia(ex sy)…sbnrnye x rela pn nk kawen dgn plihan keluarga dia…hurmm

          Reply
        • Takpe. Mungkin sakit tu perit sangat sekarang tapi mungkin lagi sakit kalau awak kahwin dengan dia. Cuba fikir positif :) Semuanya kebaikan untuk diri kita. Stay strong okay :’)

          Reply
  2. Dalam masa 3 years bersama dia. Aku decide nak berubah, aku rasa hidup aku tak diberkati bila bercinta pada masa sekarang. Aku buat benda baik tapi aku dibalas dengan kebencian oleh dia. Aku dah cuba untuk 7 perkara tu. Kadang kala aku rasa aku dah boleh lupakan dia, kadang kala aku rasa aku nak dia semula. Sayang? Aku dah tak sayang dia cuma sakitnya bila dia tuduh aku tanpa bersebab. Cukuplah putuskan hubungan dengan dia. Dia tak berhak nak putuskan hubungan aku dengan keluarga dia. Sebab pelajaran, aku tinggalkan dia. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Tapi cukuplah aku je rasa disakiti. Janganlah sampai gf dia sekarang rasa sakit macam aku rasa. Aku cuba relakan semua ni. Tapi aku tak kuat nak menanggung seorang diri. Aku tak pernah rasa sedih sampai macam ni sekali. Aku perlukan kekuatan..Sebab aku yakin dia masih sayangkan aku cuma dia nakkan yang terbaik untuk aku tapi dia guna dengan cara kebencian. Bersabarlah wahai hati :’)

    Reply
  3. kisahnya mengikatkan ku pada seseorang..yg aku sayang..tap kenapa yg kusayang dia mengabaikan q .padahal aq berkorban banyak..dari tenaga..waktu …tp mengapa dia gak pernah menghargai pengorbanan ku..selama ini..

    mohon masukannya mbk ..dn mas mas..

    Reply
  4. Sudah 3 tahun bercinta tapi hubungan tu tak kekal lama. Dia mula berubah sejak tahun yg ketiga. Mula mengelakkan diri. Dah tak pernah tanya khabar. Dia muncul balik dlm hdup saya sewaktu saya cuba untuk lupakan dia. Setiap kali saya menghilangkan diri tanpa berita, dia carik saya. Bila saya ada dgn dia, dia tak pernah carik. Dia dah ada org lain. Dia dah bahagia. Dia dah moveon. Saya smpai skrg masih tak dpt nak lupakan dia. Dalam masa yg sama saya kerap mimpi pasal dia. Bayangkan dah 3 tahun bersama mmang saya cintakan dia rupa rupanya dia tak cintakan saya. Sakit hati ni hanya Allah yg tahu. Hikmah dari kisah yg saya alami ni Allah nak saya kembali padaNya dan jgn harapkan cinta manusia. Bytheway, terima kasih untuk perkongsian post ni ya. Sangat bermakna. Jazakallahu/Jazakillahu khairan katira :)

    Reply
  5. Assalamualaikum wr.. wb..
    Cerita ini sama persis dengan yang saya alami.setiap hari saya menangis..
    Sering tidak makan..
    Ortu nya tidak merestui hub kami pas dia bicara sma ortu nya klo mau nikahi saya. Karena di dlam islam tidak ada istilah pacaran kata orang tuanya. kedua Ortunya sakit pas tau anaknya pacaran dengan saya. Makanya saya ditinggalkan dengan alasan saya disuruh memakai hijab syari dan lebih mendekatkan diri pada Allah..
    Dan kalau kita jodoh pasti akan dipertemukan.
    Gimana saya gk sedih disisi lain saya gak mau dia durhaka sma ortu nya disisi lain saya juga merasa bersalah sma ortunya dengar berita ini mereka sakit. Disisi lain saya sudah 3 th 6 blan menjalani hubungan ini…
    Saya bingung jalan mana yang saya tempuh…

    Reply
  6. Kisahnya sama dengan yang saya alami saat ini…
    Mudah2an setelah membaca ini saya tahi bagaimana cara melupakannya dan lebih mendekatkan diri pada yang maha kuasa… Allah SWT…

    Reply
  7. rasa sakit bila melihat orang yg kita sayang dengan orang lain … ingin marah bukan siapa2 . pdhal bnyk yg deketin saya tpi apa daya klo kita sendri ngga suka ? . tpi setelah bca ini aku mngerti klo sebenarnya semua udh ada yg ngatur. kita hnya tawakal saja sampai waktu yg pas dtng

    Reply
  8. Terima kasih ats nasihat yg diberi…. Nmpaknya kisah kita hampir sama… Saya sbnrnya dh mrancang utk kawin dgn org ni… Tp tiba2 Allah tntukan yg lain… Tiba2 ibunya ingin kahwinkan dia dgn org lain… Jadi sy amik keputusan utk pergi… Tp …. Ati ini ttp sakit memikirkan cinta yg akn dia beri kepada pasangan dia nnt…

    Reply
  9. “Thanks sob,.. Gara2 membaca artikel ini saya bisa merasa sedikit tenang sekarang..”!!!!

    “SALAM DUA JARI”

    Reply
  10. Sama, aku juga sedang berusaha melupakan orang yang sangat aku sayangi. Dia pernah menyakitiku, tapi aku masih tetap menyayanginya. Aku menyesal telah bertemu dan jatuh cinta dengannya. Sangat menyesal. Dan melupakannya adalah hal yang sangat sulit. Setiap kali aku teringat dia, hatiku kembali merasakan perih/sakit yang luar biasa. Makanya aku ingin segera bisa melupakannya.

    Reply
  11. pada harini aku telah menerima kejutan yg amat dashat.. harini aku baru tahu yg aku telah diduakan selama setahun .. hm dengan alasan aku tidak pandai menjaga hati seorang lelaki.. yaa aku baru belasan sewaktu ak berkasih dngannya.. tapi sekrang umurku sudah meningkat ke 20 an.. hm aku masih tidak matang pada waktu itu .. hm aku dihukum .. kesetiaan aku selama hampir tige tahun musnah hancur berkecai bila kekasihku mempunyai kekasih gelap di belkangku .. hmm patut lah kebelakangan ni dia beria suruh aku membenci nya dngn alsan ibu bapa aku adalah penyebabnya.. dengan alasan mereka tidak merestui cinta kami.. dngn kuasa ALLAH .. hari yg sama aku dapat tahu cerita ini daripada rakanku … hm wahai kaum wanita diluar sana .. anda patut menjaga hati setiap lelaki .. jngan pernah abaikan dia .. jangan pernah anggp perasaannya remeh .. wahai penulis , tq for your great advise .. semoga ALLAH melindungi orang orang yang teraniya

    Reply
  12. Gw jg harus terpaksa putus dgn org yg 7 tahun ini jd pacar gw. Qt sama2 saling sayang, tp saat org tua tanya kejelasan hubungan qt, qt sama2 tak tau harus gmn. Karena qt beda agama. Dan ternyata sakiit saat gw anggap dy masa depan gw, tp qt gak bs nikah karena qt sama2 dgn keyakinan qt masing2 ????????????
    Rasanya gw gak bs hrs memaksa diri sendiri buat lupain dia ????

    Reply
  13. sye cinta dia …..tpi dia tak tau pun pasal ni.dia jenis yg diminati ramai….ade pulak sorang kawan yg kate pada sye supaya stop dreaming something yg takkan jadi milik sye…..die kwn baik sye dn die jenis tak suka perempuan yg terlalu mengharapkan cinta lelaki…..dah lah banyak mengumpat jdi sbb tu sye ambik keputusan nak lupakan dia….sedih……..

    Reply
  14. Makasih Banget Tipsnya………..
    Kebetulan aku sekarang lagi mencoba tuk melupakan seseorang. Akan aku coba Tipsnya itu.

    Reply
  15. hey , asalamualaikum .. emm apa tadik yah o yah .. saya pernah bercinta seperti kamu juga . umur saya masih budak” baru 19 .. dari aku kecil hingga la aku berumur 19 tahun baru 3 kali aku jatuh cinta .. awek” aku semua satu umur ku .. awek pertama aku namanya wiwin , masa tu kitorang tingktn 4 .. kitorang break sebb dia ada scandel . aku time tu rela jak la , lagi pun time tu aku takda rasa sedih langsung , mungkin sebab aku masi pikir pasal pelajaran masa tu , tu la aku tak sedih kot .. ahh awek aku yang ke 2 pula ni namanya sama dengan awek aku yg pertama wiwin jugak .. tapi yg ke2 ni lain sikit .. sebok dengan orang lain tk seberapa layan em emm biasa boy nyaa aku lah . hahahha . kitoranh break sebb dia ada bagi alasan yg kukuh lah . dia kata dia nak balik kampung and tak balik” sua .. sekolah kat kamung ahh alasan dia .. aku pun iyalaa . pigi la . tak aku sedih time tu langsung tak .. masa tu aku tingkatan 5 berapa bulan lagi nak SPM . aku tak seberapa layan mereka berdua ni sebab aku sebok dengan pelajaran aku , aku kejar masa depan aku time tu .. akak” abang” yg sedang membaca sekarang ni .

    yg ke3 ni akak , abg . masa ni aku abis sekolah sua abis SPM sua .. awek aku yng ke3 aku sngat syg dia .. sebb aku dah tak pikir sal belajar sua .. aku masa tu di lamun cinta .. umur dia satu umur aku , nama dia tak sama dengan nama ex aku sebelum ni . nama dia . ehh dua hati la aku nak bagitaw .. takya la taw yah abg” akak” .. relay kitorang 4 bulan .. kitorang break sebb cara aku layan dia , dia tak selesa dengan cara aku .. …

    Masa kitorang ada relay … aku happy dengan dia , tapi aku tak taw time tu dia ikhlas ngn aku ataw tak .. tapi perasaan aku dia ikhlas .. 4 bulan baru 3 kali kitorang jumpa.. hari pertama bejumpa malu” dua dua .. hahaha .. tapi time tu dia bawak adek nya lagi laa aku malu .. sua laa time tu tak hensyem cah . hahahah .. abg akak jagan angap saya gembira taw sekrng .. behind my smile , tersembunyi nya kesedihan yg sngat mendalan .. takla telampau dalam ..

    Masa tu aku ada bawak hadiah .. hari pertama bejumpa ni .. aku tengok dia . jantung pehh mcm kuda belari degupan nyaa . jumpa la nekad kan dak bole malu , sebb aku ingat pesan nenek ku .. bilang nenek ku ,, jagan kaw kalah malu sama perempuan appo .. sorry yh abg akak . nama aku bukan appo . appo ni sebenar nya , cucuk ku , dalam bahasa bugis … ahh begitu lah … aku jumpa dia aku bagi hadiah tu . dia bilng la terima kasih … suaranyaa abg akak pehhhh lembut nyaa … terus perasaan syg ku sama dia 200% ..

    hari kedua akak abg .. ini secret tak bole cerita .. hari yg paling best .. kitorang p nnton wayang .. tajuk wayang tu crimson peak .. wayang hantu” .. oo lupa yg hari pertama tu hadiah yg aku bagi .. hehehe .. cadbury 3 pack ..

    hari ketiga bejumpa dan hari ketiga ini jugak lah hari terakhir aku jumpa si dia . dan tak akan jumpa sua .. hari ketiga hari kitorang break .. mcm tu lah kitorang break dia tak slesa dengan cara aku ..

    aku kcewa . sakit hati . aku selalu terpikir dia . klaw aku terpikir pasal dia sejak aku keluar . aku bawak motor ku aku mesti bawak laju kalaw aku terpikir pasal dia , sebab hobi aku bawak motor laju . motor ku yamaha 125z .

    aku sebenarnya taknak meluah dalam ruang komen ni .. baru bulan lalu aku balik dari hospital , adek aku time tu sakit di tahan di wad jadi aku turun bandar lah pigi lawat adek aku . aku bemotor turun bandar .. aku takda lesen motor .. aku selang demi jumpa adek aku yg tengah sakit masa tu. alhamdulillah adek aku tak seberapa terok sakit dia .. so aku petang tu balik laa .. balik rumah sebb takda jaga rumah .. mamy dady .. jaga adek d wad ..

    masa aku turun dari wad dekat farmasi aku terserempak dengan si dia ni .. aku buang muka sebb aku malu .. aku terus balik takda pikiran ku ingin jumpa dia walau seminit pun takda ..

    lepas aku terserempak dengan dia .. perasaan aku ni lain semacam jak .. mcm ada benda yg endak bagus maw jadi

    aku balik naik motor aku .. sampai di trafic light .aku termenung . aku termenung lampu merah .. sampai aku d hon oleh kereta belakang .. aku tidak perasaan lampu tu bertukar hijau

    dalam renungan ku tu aku pikir pasal dia .. aku beckp sendiri dalam hati .. dia ka sakit yah ? .. aku tak peduli aku taknk urus pasal dia sua . aku terus sejak bawak motor .. makin lama aku bawak makin laju .. 125z kan .. so laju laju aku ta nmpak simpang depan .. tiba” keluar kereta vigo .. dan aku terus langar bumper belakang vigo tu .. takya laa trep tak taw kan abg akak .. hehehe.. kaki aku d simen kaki kiri ..

    esok lusa aku selaku terpikir pasal dia terus .. hingga laa aku paksa diri aku untuk lupakn dia .. alhamdulillah aku dapat lupakan dia … .. sebenarnya bnyak lagi aku nak luah ni tapi tangan tak mampu mata tak mampu esok kena kerja lagi cari duit takda duit takda siapa nak kawan . hahaha. asalamualaikum …

    Reply
  16. Numpang curhat ya….. (sdikit brhubungn dgn artikel)

    Saya saat ini sdg mncintai seseorng yg sdah ad yg punya, lalu stlh ak mngethui klw dia sdh ad yg punya,, ak brusaha untk mlupakannya, dan setelah lama brjuang utk mlupaknnya, sampailh ditahap akhir utk mlpknny, ttpi tak lama berselang, ak mndptkan sebuah mimpi yg keseluruhan mimpi trsbt ttng. Di mimpi itu di stiap ak prgi ke suatu tmpt pasti ada aj sidia, ttpi trus mnghindar, dan pada akhirnya ak pulang krmh, dan ak melihat dia lagi dan anehnya saat it dia sdg brbincng” dgn orangtuaku, seprti sdh akrab gituk, pdhl asliny gak kek gitu, lalu ktika dia ingin pulang ia memberi kissbay kpdku, lalu ak terbangun..

    Intinya, knpa sh kok ak ssah bnr untk melupkannya, padhal dia bukan siapa” ak, pdhl udh smua cara ak lakuin, lalu bagaimana, bisa dibantu..??

    Reply
    • Aku mncintainya..tapi dia selalu mnyakitiku dan membuatku menangis setiap saat..tapi dari semua perlakuanya aq selalu sabar dan tidak pernah membencinya.sekarang dia pergi meninggalkan ku.apa yg haus aq lakukan.terkadang aq ingin menyakiti diriku biar bisa melupakanya.mohon bantu aku :'(

      Reply
      • sabar say berdoalah kepada Allah.insya allah.Allah akan ksih petunjuk.jgn sampai kau trrbuai oleh bisikan setan karna setan mengajak pada yg tidak benar.jgn smpai kau mnyakiti drimu sendri…klo ingat dia nangislah d pelukan ibumu.psti cpet ilang tuh.smoga bermanfaat mskasih

        Reply

Leave a Comment