
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
Saya mengenali dia, sudah hampir 8 tahun. Sejak saya habis SPM, continue study, dan zaman kerja. Saya tahu dia bukan yang terbaik untuk saya, tapi hati.. sgt-sgt menyayangi dia. Berkali-kali, saya dapat tahu dia mempunyai perempuan lain, dan sebab itu juga saya pergi tinggalkan dia. Tapi.. pergi saya tu tak lama, sebab, 3 bulan kemudian.. atau pun 6 bulan kemudia, dia pasti cari saya semula, dan saya pasti memaafkan dia. Perkara tu berlarutan sehingga tahun 2012, sehinggalah saya dapat tahu, sekali lagi dia curang di belakang saya. Saya tidak terus bertanyakan dia, saya terus inbox perempuan tersebut..pengakuan dari perempuan tersebut, amat-amat, menghancurkan hati saya. Katanya mereka sudah merancang untuk berkahwin, Tpi yang menghairan kan saya sedikit pun perempuan tersebut tak bertanyakan siapa saya, dan bahasa yang dia gunakan agak kasar. Saya buat keputusan untuk teruskan tinggalkan dia, Beberapa hari kemudian, dia menghubungi dengan saya, ye seperti biasa, alasannya, dia masih mahukan saya, dan pada waktu yang sama dia mahukan perempuan tersebut. Tamak kan? Saya tetap dengan keputusan saya untuk tinggalkan dia. Pada disember 2013, mereka bertunang. Saya? saya masih lagi tidak melepaskan dia dari hati saya. Tapi saya akur, mungkin itu jodoh mereka, sehinggalah, mac 2014, selepas lebih kurang 2 bulan pertunangan mereka, ex bf saya, mencari saya balik. Dia seperti di dalam dilemma, dia sendiri tidak yakin dengan keputusan yang dia buat, kami berhubungan seperti biasa, sehinggalah, 3 bulan sebelum majlis perkahwinan mereka, saya dapat tahu, tunang kepada ex bf saya merupakan exgf dia sewaktu mereka berada di sekolah menangah. dan hubungan mereka terputus di sebabkan halangan keluarga, arwah ayah kepada tunang ex bf saya merupakan seorang imam. mereka bertunang sejurus arwah ayah tunang exbf saya meninggal. Saya nekad, saya harus melupakan mereka…penghujung 2014, mereka selamat di ijabkabulkan. Saya? saya teruskan hari-hari, hancur nya hati, Allah sahaja yang maha mengetahui. 1 tahun 2 bulan usia perkahwinan, selepas 4 bulan bayi mereka lahir, exbf saya datang mencari saya lagi. Saya? saya tak rasa mereka tidak bahgia, saya tahu mereka bahgia. ex bf saya, masih sayangkan saya, dan dia tidak menolak takdir seandainya, dia di takdirkan berkahwin 2. dia sndiri mengaku, separuh hatinya milik saya, dan sepruh milik isterinya., saya, tak sanggup di tuduh sebagai orang ke 3, walaupun wife dia pernah jadi orang ke 3 dalam hubungan kami. ye, mereka sudah mengenali sejak dari tingkatan 3. namun hubungan mereka terputus, dan dia muncul sewaktu, saya dengan exbf saya masih bercinta, kalau tanya saya, jujur.. saya masih sayangkan dia, tapi saya tak nak merosakkan masjid yang di bina. sebab saya juga perempuan. tapi hati saya masi tidak mampu untuk melupakan dia. semakin saya cuba untuk melupakan dia, semakin kuat ingatan saya terhadap dia. semakin saya cuba untk menjauhkan diri dari dia, tapi ada sahaja hal dan perkara yang membuatkan kami berhubung semula. adakah ini tandanya, atau hanya sekadar mainan perasaan.
cerita awak,sama macam situasi saya….ex bf sy bertunang dengan ex gf dia…diorang pun berkenalan sejak f3 tahun 2007…diorang putus sebab ex gf dia curang…..ex gf dia pernah text msj dekat fb,yg mengatakan diorang masih berhubung…tp sy percayakan ex bf sy..so sy tak reply msj dia…sbb ex bf saya kata perempuan tu suka putar belit cerita utk dapatkan ex bf sy…
erm….nak di jadikan cerita…di sebabkan diorang dah berkenalan lama n dah kenal mak ayh perempuan tu,diorang pun bertunang…Tapi saya……ex bf sy langsung tak nak jelaskan ape2 kt sy…
erm…sy sedih,sakit hati…hanya Allah je yg tahu…
hurm//
Menangisku sunyi di atas tikar sejadah mengalun zikir,memujuk hati,lalu aku bersujud sambil bahu teresak-esak menahan rasa di hati..hilangkan resah,hilangkan sayu di hati,Allah redakan aku di saat hatiku mula menidakkan takdir yang telah Kau berikan.
Assalamualaikum… Kenapa eh dy kata dy ta bole nk masuk dlam familu sy? Sedangkan family sy ta penah nk kata apa2 dkt dy. Bila jumpa semua baik2… Sy ta sangka dgn alasan mcm ni dy bagi dkt sy.. Sy ad kata Yg sy Akan masuk meminang dy. Tpi Dy tnak.. Sy nk Ikat awai2 Tanak org lain amik… Tpi Semnjak kami tada Apa2 dahh dy nk bertunang dgn Org lain dahh.. Seblum dy tinggalkan sy dy ada kata Yg Dy takkn kenai mana2 Laki dah. Dy nk focus masa depan dy. Sy pun percaya laa.. Last2 jdi Mcm nii… Salah sy terhadap dy tu ta penah nk kata ada. Ta penah nk pukul2 dy. Ta penah nk marah2 dy. Tpi Kenapa dy buad Mcm ni dkt sy? Hari first kenai ta mcm ni. Semua nya Indah. Skrg ni Hurm… Jujur sy Ckap. Sy Btul2 syangg kan dy lagii.. Tambh2 dy nk bertunang dgn Org lain lagi sakit sy Dgar… Boleh tlong tak mcm mana nk melupakan org Mcm Tu?
Awk mungkin xkn dpt lupakan dia…amek ape berlaku sebagai pengalaman n pengajaran… berlalu n pohon hikmah dr allah…never know how strong u are, until being strong is the only choice u have…
saya masih x dpt lupakan dia setelah dua thn.dia senior saya dan kami tidak bercinta.malah, dia mungkin x tau yg saya amat sayangkan dia.setahun dah saya x jumpa dgn dia tapi saya masih sayang dan risau pasal dia.saya x nak beri tahu perasaan saya kerana bagi saya x boleh utk kita luahkan perasaan sayang pada org yg bukan muhrim.
masalah saya skrg…saya sgt sgt rindu dia.saya nak tgk dia depan mata saya.saya nak tgk doa saya utk dia sebelum ni Allah makbulkan ke tidak.saya nak jaga dia dr perkara yg x elok….Tapi ramai kwn saya kata mungkin saya dah x dpt jumpa dia lagi.saya sedih sgt
saya sentiasa harap Allah akan jaga dia dan berikan yg terbaik utk dia dan keluarganya…
Sama macam kisah saya…ada budak baru ni masuk kelas saya…saya suka sangat dengan dia…cantik juga orangnya…saya pon memulakan langkah whatsapp dia…suatu hari saya berborak dengan ex bf dia…ex bf dia cerita balik dia cakap dia tahu apa saya ws perempuan tu..saya dah terdiam saya cakap hehehe tu kan ex kau…sekali dia cakap kitorang dah couple balik…saya tak percaya saya tanya perempuan tu sendiri..rupanya betul…hati saya hancur pada masa tu…4 bulan tiap tiap malam saya tidur saya mimpi ingat dia…bangun pagi dari tidur orang pertama yang saya ingat dia….tapi sekarang saya kena lupakan dia…makin saya nak lupa…makin teringat…makin rindu…susah untuk terima kenyataan…tapi saya sedar di dalam mimpi saja saya boleh bersama dia…di luar dia milik orang lain…sukar untuk saya move on kerana nak dapat perempuan ni susah…kena banyak sabar…dia pelik…tapi yang pelik tu la saya suka…dia bukan macam perempuan yang saya kenal sebelum sebelum ni….
Saya Nella . Hampir dua tahun kami bersama .. dan dia terlalu merasa dia baik , dia tak perna lukakan sya dia sdh syg sy sepenuhnya. Tp mengapa jika syg dia curang. Knp jika syg dia x percayakan sy? Apa yg membuat sy lemah skg. Susah hati utk berpisah dgn dia walau jelas dia sudah tggalkan sya dia block saya semua media sosial termasuk sms dan call. Selalu jika begitu saya pasti dia ada yg boleh mengantikan saya. Soalnya di sini.. saya yg tak mampu kawal kedukaan ini terlalu menyakitkan dan saya langsung tak mampu lupakan dia . Tak mampu…:(
Pasti bisa :) banyak yh senasib kok :) percaya ini vase kehidupan yg harus d lewati :) semangggtt aku juga sama spt kamu.
salam.thanks for the tips.memglah belumn ptus..tp dy sellu skitkn ht..kita sbar je slma ni..tp dy lgsung x hrgai,,ad ktika dy baik,ad ktika dy lyn kita sinis..yup dh 5 thun brsma..tp thun ni prgai dy betul2 dh brubh..disaat kta skit,kita pn pelukn dy.jga kta..ckup berikn sdikit prhatian buat kita..tp dy x prnh ad..klu kita call pn..dy cma akn buat kta ngis..tak apalah.bg kita..selgi ad nyawa.kita brsbar dan berdoa buat dy..smoga dy baik baik jer.biarlh dy x tahu..barah kita dh thap 4 aslkn dy bhgia..smoga Allah sellu menjganya..rahmati dia selalu ya Allah..kita selalu sayang dia siti maisarah salleh
Mungkin dia cinta pertama saya .Kenapa susah nak lupakan dia .Hati ni selalu tergerak nak stalk sosial media dia walaupun berkali kali rasa perit ye mmg ada .Cuma air mata dah tak mampu nak tangisi lagi .Apa yg harus saya buat sedangkan dia dah berbahagia?
Terus dekatkan diri kepada seseorang :’)
Terima kasih.
Mmg perit untuk lupekn seseorg…mmg skit.tp,insya Allah.aku blh buat smua tu.aku kne kuat untk smua ni..aku kne kuat,tbh kn hati,dn trme smua knyataan ni..insya Allah. Dgn izin dn pertolongan yg maha kuase aku mmpu untuk hrungi smua ni.aku kne kuat untk mse dpn aku.insya Allah.aku kuat!!
In sha allah. Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita.. cuba pupuk hati untuk menerima & redha dgn ketentuanNya. In sha allah, hati kita akn tenang. Mengadulah sepuas-puadnya pada Allah sesungguhnya Dia maha mengetahui.
Mrmang sangat perih rasanya. Tapi saya sadar saya harus bangkit.. saya tidak ingin sedih terus.. sedangkkan dirinya disana bahagia dengan yg lain .
Assalam,blog ini amat berguna kepada insan yang hadapi..insya allah saya akan ikut setiap langkah yang dinyatakan..saya harap kebahagiaan dan ketenangan akan kembali seperti biasa..assalam
Assalam,blog ini memang berguna pada saya..insya allah saya akan ikut setiap langkah yang dinyatakan…saya harap ketenangan dan kebahagiaan kembali dalam hidup saya seperti biasa..assalam
Satu bulan sudah sy coba melupakan.nya tp tetap tidak bisa… Perpisahan ini membuat saya terpuruk. Saya tidak bisa melawan kehendak yg maha esa apa pun jalan yg diberikan saya terina meski dya sangat menginginkan kan nya..
Bagaimana caranya karena saya masih 1 tempat kerja dimana setiap hari masih harus bertemu. Sdngkan sya tau dia td mungkin jd mikik saya
Saya pernah try untok lupekan seseorang dalam hidup saya….saya bedoa dekat ALLAH..dan akhirnya saya berjaya…tapi susah sikit sebab saya selalu terserempk dengan dye….trima kasih atas tips yg dikongsi….
Saya sudah bercinta hampir 10 Tahun dengan seorang lelaki beragama kristian. Pada awal sehingga akhirnya saat kami merancang utk berkhawin dia secara tetba tidak dapat membuka hati untuk memeluk islam.. Dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Saya masih lagi tidak dpt lupakan dia try untuk tidak cari n hubungi dia tapi saya kalah dengan emosi saya… saya berdoa n sembhyg namun perasaan saya memang sukar mau lupakan dia.. sedangkan dia berusaha move on dan dlm tempoh sebulan ini dia telah mula berkenalan dengan pempuan seagama dan tidak menghiraukan saya…. paling perit bila dia cakap dia xsabar mau kawin dengan yang seagama dan sudah pasti bapa n keluarganya bahagia… Saya pula dan keluarga berduka sebb perkhawinan yang seharusnya ada tapi hanya sia2… semua memang perit… I dunno how to move on… hilang berat badan hampir 9kg, kurang tidur, mau enjoy pun susah… huhuh
Hello, thank you for sharing amazing tips!
Truth, I just broke up with a guy, and my parents disagreed about our relationship because I’m Moslem and he’s Christian. But the reason I broke up with him isn’t because the religion differences, but because I caught up he’s cheating.
And forgetting about him must be an easy thing to do. I have every reason to convince myself that he’s not a good guy for me. May Allah give us strength to get through this.
By the way, I love the quote that you put on this post:
“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.
Your story the same like me but we broke up because of religion. In 10 years together and he choose to stay with what he trusted.. very sad
Kisah saya ..
. sy pernah punya pcr , tp sekarang sudah menjadi mantan , MARA MAWARDIEN namanya ,, awal jadian sy ngga ada rasa sama sx ,, tapi setelah beberapa qt jalan bersama saya merasa nyaman bersama dy benih cinta mulai tumbuh dlm hatiqu ,, hari demi hari qt lalui sy sangat bahagia bersamanya sy bnar2 sangat mencintainya sy sayang sm dy ,,
. tp setelah jadian 2 bulan qt bubar , smnjk itu sy ingin berusaha move on tapi ngga pernah bisa ,, sudah 2 tahun qt berpisah , tapi sy blm bs melupakan dy ..
. sy sudah terlanjur sayang sm dy .
. tapi sy percaya sama allah ,, allah pasti akan memberikan yang terbaik ..
saya percaya rencana ALLAH akan indah pada waktunya, dan semoga orang yang menyakkiti kita dapet balasan yang setimpal Amiiiiin. jangan pernah meyia2kan seseorang yang tulus demi yang MULUS, kita tidak pernah tawu dan waktu terus berputar ga sealamanya kita hidup bahagia dan hidup diats, akan ada masa kita hidup dibawah seperti allah mengajarkan jangan pernah menyombongi tentang perasaan. gue ngalami dan gue sayang banget sama dia. dia namanya FRANS JAYA SANTOSO dia lelaki yang udah buat gue gagal move on. dan susah banget
Kisah aku dan dia,aku dah cuba lupakan dia selama 9tahun dan sampai hari ni aku masih belum berjaya melupakan dia dan move on..Aku kenal dia dari zaman sekolah,tapi,ktorg xsekolah sekali pun.. Dia budak baru,pindah waktu tingkatan4 ke sekolah aku.. Dan aku pula,budak perform,so aku keluar ke sekolah yang lebih baik..Perkenan kami satu kelas hanyalah selama sebulan sahaja.. Yang lain,hanya berhubung melalui sms..
Aku tak tahu kenapa aku boleh terjebak dengan kisah ni sebab aku dh bertekad,yang aku xkan ada apa2 hubungan selagi belum habis spm.. Tp,akhirnya aku terjebak jugak.. Cuma,aku tahu, Allah masih perlihara aku sebab sepanjang perhubungan antara aku dan dia, tak pernah sekali pun kami keluar berdua dating.. Alhamdulillah, sejarah bab dating sampai hari ni,rekod aku masih bersih..haha..
Selepas 4tahun main tarik tali,dia putuskan untuk stopkan hubungan hati antara kami sebab fokus untuk habiskan degree.. Aku respect keputusan dia.. 5tahun lepas peristiwa tu,aku masih sama,cuba untuk melupakan tetapi masih xberjaya.. Perasaan aku terhadap dia masih sama.. Sepanjang 5tahun tu,aku cuba baiki diri,mendalami agama dengan join usrah n dapat pekerjaan yg boleh tahan stabil.. Allah temukan kami disatu majlis kenduri kahwin sahabat.. Since,pernah 1sekolah kn,so kawan2 tu kebanyakan kawan yang sama la kan..
Aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenar.. Tp,dari perwatakan dan apa yang aku respon sewaktu bertemu dengan dia di majlis tu,jelas menunjukkan yang aku ni benci dan tak boleh terima kehadiran dia.. Sedangkan, aku nak sangat2 bertemu kembali dengannya.. Tapi,aku tak faham kenapa apa yang terzahir dari perilaku aku sebaliknya.. Dia datang bertanya khabar etc,tapi,aku sikit pun tak pandang wajahnya dan jawab acu tak acuh sehingga dia mati akal untuk teruskan perbualan antara kami.. Dia berlalu pergi begitu sahaja.. Dan selepas dia pulang,seribu penyesalan datang dlm diri aku.. Allah,aku pun tak tahu kenapa aku mcm tu..
Dan, akhirnya,kami berhubung kembali lepas majlis tu melalui whatsapp.. Dia memberitahuku bahawa tahun ini dia akan bernikan dengan pilihan hatinya.. Ya Allah,hati aku bagai disambar petir.. Sakit sangat bila tahu kenyataan tu. Hancur harapan aku untuk kembali bersama dengan dia.. Sedihnya, mmg tak terkata.. Reason kenapa dia beritahu dia akan berkahwin agar aku dapat move on dari terus berharap kepadanya. Dia nak aku move on..
Allahhuakhbar.. Sedih..sedih sangat..tapi,apakan daya.. Dia dah pun buat keputusan. Dan aku perlu bertindak segera melupakannya buat selamanya.. 9tahun perasaan ni dah sebati dalam hidup aku,terpaksa aku lepaskan jugak.. Ya,benar katanya,aku perlu move on.. Umur pun bukan semakin muda.. Sudah suku abad.. Aku harus melupakannya dan beri peluang untuk lihat kebahagian yang mungkin didepan mata..
Aku yakin, satu hari nanti pasti aku akan ketemu bahagia.. Allah temukan aku dan dia supaya aku belajar apa itu ertinya tabah. Dan pertemuan semula di majlis tu, Allah ajar aku persedian mental supaya kuat berhadapan realiti.. Hanya sekarang, aku perlu bersungguh-sungguh usaha untuk melupakan dia..
Aku melepaskan dia dengan hati yang lapang.. Aku turut bahagia apabila dia bahagia.. Mungkin agak perit untuk aku melihat dia bahagia bersama pilihannya,tp, satu hari,aku juga akan turut merasakan bahagia sebegitu.. Bersabarlah.. Setiap kepahitan, pasti ada sesuatu yang manis menanti.. Macam pelangi yang cantik mekar selepas hujan.. Masa akan menjawab segalanya.. Apa yang pasti, teruskan bina hubungan dengan Allah, mohon kekuatan dan teruskan bertekad.. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.. Walaupun aku marahkan dia sebab dia dh rosakkan sejarah aku,suami aku nanti bukanlah cinta pertamaku,tp iti semua takdir.. Allah mahu kita belajar sesuatu dari semua itu..
Serahkan hidup kita 100% kepada Allah.. Jangan pernah tanya kenapa kita diuji sebegini.. Bersangka baiklah dengan Allah..
Semangatt yaa. Saya juga sedang berusaha. Pasti bisaa. Insyaa Allah dengan bantuan Allah kita pasti bisa melaluinya ^^
test
Kisah hidup saya
Sy kenal dgn sorang pmpuan ni dlm gp wssp thn lps..pmpuan ni tua setahun pada sye..dye selalu spam gmbr dye dlm gp..sye pn chat lh personal dgn dye..dlm 2 hari kitaorg chat tu pastu tros kapel..kitaorg selalu otp slps pkol 12 mlm smpai ke pagi..pastu tido..chat 24 jam..gurau senda..pompuan ni ddk perak n sye ddk terengganu..kitaorg x pernah jumpa antara satu sama lain sbb berjauhan..knl pn dlm media sosial..rutin harian kitaorg mcm tulh..otp,chatting,sent2 gmbr n video smpai smalam..sye baru tahu dye pakai gambr fake..dye sent kt sye nk dkt 400 dh..Tiba2 sye check Ig nmpak gmbr dye ngan laki lain..sye tnye dye ckp tu gmbr lama..padahal baru post 3 mnggu lps..bayang lh nk dkt 8 bln baru sye tahu hal sbenar..pastu rupanya yg dlm ig tu org yg real..yg gf fake aq ni sent gmbr dye..pastu sye pn tanyelh yg real tu..tanye bf dye..rupa2 nya gf sye ni fake..yg real ni ckp pmpuan tu msk kali ni dh msk 2 kali dye fakekn diri dye pastu tipu laki lain..kalau korangkn bole ke bercinta dgn org lain muka lain??mesti susahkn..tambah2 yg real tu dh ade bf..sye tengok pn sakit hati bila dye selalu post gmbr dye ngan bf dye..dh lh gmbr dye yg selalu di ingatan kita..mmg peritlh nk lupakan..kalau dye curang pn dh sakit hati ni apatah lagi fake..sye baru tahu semalam..nk mkn pn xde selera bila ingat mnde2 ni semua..aq sygkn dye bila ingat wajah dye yg fake tu..cara dye..tapi semua tu x kn jd mnde n berubah..paham x ape yg sye makdudkan?cmni..org yg sye syg yg sye cinta dye sent dp fake pastu dye ckp dye..dye bole tahu kisah the real dp yg dye htr n sama dg kisah hidup the real pic..or yg aq chat tu pn aq x thu spe..yg real tu ckp yg fake tu kwn lama dye..ntah lh nk buat mnde skrg ni..redha je lh dgn dugaan Allah..