
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..
.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.
Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.
Mungkin anda jugalah penyebabnya.
Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.
Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:
1. Mengambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.
Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.
Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu.
Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.
Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba.
Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,
Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.
Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’.
Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar.
Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan.
Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja.
Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu.
Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga.
Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.
Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.
Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan.
Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.
Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.
Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.
8. Tingkatkan ilmu pengetahuan
Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.
Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.
Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang
Jangan kuat membangkang pendapat suami.
Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.
Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu.
Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja.
Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.
Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.
Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran
Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran.
Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi.
Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.
Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.
Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan
Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu.
Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur.
Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal.
Kecilkan suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.
Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.
Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk.
Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan.
Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya.
Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.
Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Penutup:
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami.
Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda.
Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?
Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.
Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.
Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri yang ingin disuarakan kepada kami.
Tinggalkan pandangan anda diruang komen dibawah.
Kenapa mahu difahamkan kepda istri sedangakan suami tidak pernag nampak kepenatan seorang istri..apa ingat istri ni diam2 je ke dekat ruma..smua istri kena buat taw..
Menyampah pun ada. kenapa perlu layan suami bagai raja sedangkan isteri sanggup jadi hamba. kekadang banyak hadis yang diputar belitkan.
jangan cakap mcm tuh.. walaupon banyak hadis memutar belitkn..tapi ..jangan menghina suruhan allah s.w.t..sdgkn .kita taat pada suami..ibu bapa kita jugak turut dapat pahala..
As salam,
Boleh berikan contoh hadis yang diputerbelitkan?
Menyampah pun ada.
Suami sya terlalu sbuk dngan orang tuah nya
Suami sy ada 3 bini. Sm beza negara. Tp no 2 n 3 duduk saru negara cuma lain rumah. Mcm mn hadapi suami yg sdh terbiasa di manjakan oleh istri ke 2 yg kaya, dan kebaiknya istri ke 2 lah yg bg sm kebutuhan suami dr atas sp bawah. Dan istri itu x prh pun minta nafkah . Prg mn2 pun holiday ke makan ke istri yg tanggung. Sedngkan suami ikut je mcm itu dng dandan cantik jln. Suami pun lbh syng yg ke 2. Mcm mn sy boleh ini istri ke 3 boleh bersaing yg benar supaya dptkan hati suami lebih. Sedangkan sy x mampu bg sm itu untuk suami, justru suamilah yg hrs bg kat sy. Yg sy ini hnya andalkan niat nak beribadah lebih kpd Allah melalui suami. Walau suami sy dh tipu sy ckp x ada bini tp bila masa sdh tahap berjaln berhoneymoon tiba2 hati sy tergerak cek hp dia…yg ternyata sy dpti dia ada bini. Masa itu hancur hati sy n sy rase berdosa thdp bini no 1 n 2. Tp krn syng sy kat suami sy sy tatap lawan hati sy n maafkan dia n berharap untuk masa dpn sy. Tp bila sy tanya suami…knp nak tipu sy n knp nak punya bini byk? Suami jwb, takut awak (no 3) x nak sy (si suami ini). Lg suami jwb, sy (suami) nak kaya dngn adanya.byk.bini. sy x henti2nya menangis n menyesali sepanjang honeymoon.
Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed
Adakah isteri wajib melayan suami seperti memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah dan sebagainya sedangkan saya juga bekerja. Baru-baru ini, kawan-kawan suami saya datang ke rumah, tetapi saya tidak dapat menyediakan jamuan untuk tetamu yang datang disebabkan saya demam. Terpaksalah suami saya menyediakan semuanya dan ini membuatkan saya rasa bersalah. Adakah saya dikira derhaka kepada suami.
Menurut pendapat masyhur kalangan empat mazhab, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Sean-dainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya. Namun, dalam menentukan -batasnya, be-berapa mazhab berselisih pendapat.
Bahagi tugas rumah tangga
Antaranya, Mazhab Hanafi mengatakan layanan wajib dilakukan isteri adalah dalam bentuk galakan agama bukan ketentuan hukum kerana Nabi SAW pernah membahagi tugas rumah tangga antara Ali dan Fatimah. Fatimah dianjurkan mengerjakan pekerjaan dalam rumah dan Ali melaksanakan pekerjaan di luar rumah.
Ada juga yang berpandangan seperti Mazhab Maliki bahawa tidak ada kewajipan melayan suami bagi seorang isteri yang memiliki kemampuan (pandai) dan kemuliaan (terpandang). Tetapi dibolehkan bagi selainnya seperti yang tidak memiliki kemampuan dan kemuliaan. Namun yang jelas, empat mazhab tetap sepakat isteri tidak diwajibkan melayani tetamu suaminya. Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Dengan demikian jika melayani suami saja tidak diwajibkan, begitu pula dengan memberi jamuan kepada tetamu suaminya. Apalagi ketika ia sedang sakit tentu tidak diwajibkan juga.
Namun, mazhab atau pendapat yang kita anggap lebih sesuai adalah pendapat menyatakan isteri diwajibkan melaksanakan pekerjaan di rumah hanyalah sebagai wujud kesopanan atau akhlak dan untuk menjalin hubungan baik dengan suami seperti diperintahkan oleh Allah. Juga sebagai wujud keadilan dengan adanya pembahagian tugas antara suami dan isteri. Allah SWT berfirman: “Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isteri-isteri.” (Surah al-Baqarah, ayat 228)
Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga. Hal ini boleh dilihat pada diri Fatimah az-Zahra Puteri Rasulullah SAW yang tetap bekerja di rumahnya dengan membersihkan rumah, memasak serta membuat roti.
Ringankan beban
Jika isteri bekerja di luar rumah (mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil. Oleh itu, sebaiknya suami tidak memberatkan isterinya dengan kedatangan tetamunya terutama ketika isteri sedang sakit. Ajaran Islam pun meringankan beban setiap orang yang dilanda sakit daripada pelbagai kewajipan. Orang yang sakit dibolehkan meninggalkan jihad. Allah SWT berfirman: “Tidak ada dosa atas orang yang buta, atas orang yang tempang dan atas orang yang sakit (apabila tidak ikut berjihad (berperang).” (Surah al-Fath, ayat 17)
Kesimpulannya
Para suami jadikan lah nabi sebagai contoh….
Seorg yg berdikari n suka menolong isteri…yg sebenrnya tggugjwb suami sendiri…xdelh pinggn sebijik pon xleh bwk ke dapur n basuh,????…tu bukn romantik namanya….tu pemls namanya…barulh isteri akan layan elok n ikhlas….n satu lagi uai ada kata klu suami nk suruh isteri memasak ke n mengems n lain2 kena tanya isteri nk kena byr ke x..sebb tu hak isteri…klu isteri xhalal kan…sampai mati suami akn tggung hutg ngn isteri…p klu suami contohi cara nabi…i.allah isteri akan rasa bhgia n ikhlas nk membantu suami nk tegur pon seng…
Sekadar perkongsian…mmg saranan yg bagus utk para isteri amalkan. Namun, kadangkala rumahtangga diuji sehingga terasa tidak mampu menanggungnya. Bermacam cara telah cuba suami atau isteri lakukan…namun masih tidak berhasil. Akhirnya, jangan sesekali kita lupa maksud kita dijadikan di muka bumi ini. Dunia adalah medan ujian. Yg balik kpd Allah, akn selamat. Yg berpaling drpdNya, akan merana…merana dunia dan akhirat.
Walau beroleh jodoh yang tidak seperti yg diimpikan, bersabarlah sekuat yg boleh. Jadikanlah Allah tempat mengadu. Kuatkan hati dgn solat-solat tahjud dan hajat, insyaAllah ada jalan penyelesaiannya bg setiap kesulitan dan kebuntuan. Minta pada Allah yg menjadikan diri kita, diri suami atau isteri kita supaya hati menjadi lembut dan kasih pada kita. InsyaAllah, doa yg ikhlas dan istiqomah (tanpa putus asa) akan makbul. Mgkin bukan seperti yg kita hajatkan tetapi hati akan tenang dgn apa yg Allah berikan. Cubalah…lembutkn hati dgn solat, ubah sikap spya dekat pd Allah, insyaAllah…kita mudah pasrah. Mmg sgt susah pd awalnya, tp akan manis akhirnya jika apa shj tujuan hidup ini bersandarkan Allah. Jika hati sedih…jika hati sedang sakit…tarik nafas panjang dan senyumlah kerana Allah sedang menguji keimanan dan menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Apapun, balik kpd Allah. Suami xsayang pun xpa, Allah kan ada.
Allahuakbar! Terima kasih atas perkongsian puan. Memang terkesan di hati. Dan inilah perasaan yang pernah berlaku pada diri saya.
Hanya padaMu, Allah, ku berserah.
saya sgt bersetuju dgn cara puan menyalurkan rasa sedih kpd Allah. semoga baik2 shj untuk puan dikemudian hari nanti
Asalamualaikum
tips semua ni memag bagus,,terpulang pada para isteri2 utk kebahagian bersama pasangan.rasanya kalau para2 isteri ikut tips di atas dah x ada alasan utk suami cari lain atau mengabaikan para2 isteri.kebanyakan para2 isteri bila sudah berkahwin melebihi 20tahun jarang mengambil tahu apa keperluan atau kemahuan yg si suami mahu.maaf cakap kebanyakan perempuan sekarang ni nak mengoda suami pun malas,tapi bila nak keluar pegggg bangla pun meleleh air liur..ni x termasuk masa dia katil ada lagi para2 is dok asyik berwassap..hargai la masa wahai para2 isteri bila suami anda ada dirumah,yg paling penting jangan diungkit kisah2 lampau
Tips ikhlas dr sye: ingat bnde ni smpai bile2
Kite jge hubungan kite dgn Allah, Allah akn jge smuanya tntang kita….
Bahagia datang daripada Allah.. sedih juga dtg daripada Allah..semua dtg dariNya.. dekatkan diri padaNya..jaga solat.. jauhi maksiat.. bnykkan do’a semoga Allah berikan sakinah dlm rumahtangga.. Allah yg pegang hati kita.. alhmdulillah.. ana syukur.. Allah hantar seorang lelaki baik yg kugelar suami dlm hdupku.. sentiasa menerima segala kesederhanaanku..menyayangiku diriku dan anakku kerana Allah.. :)
salam sejatera…saya berkahwin belum lagi setahun. tapi selalu suami saya bergaduh,memukul saya.setiap malam dia datang lambat ke rumah. hari cuti pun dia tak tinggal di rumah.suami saya selalu duduk kat rumah mak dia.selalu ikut cakap mak dia. suami saya tak pedulikan saya. saya selalu tinggal seorng di rumah.mak dia tak bagi suami i sembang dgn i. saya perlu pertolongan drpd anda…terima kasih
Terima kasih untuk tips ini..sangat berguna.Cume bagi saya..amatlah sulit jika hanya saya yang brjuang dan brusaha mnjadi isteri yg baik untuk suami saya.Sedangkan suami tidak langsung mngambil tahu tentang cara dia menjadi suami yg serba memahami dan tidak suka mencari salahisteri.Kadang,saya mengalah dan meminta maaf akan tetapi dia menjadikn suasana brtambah tegang bila dia terus2 menyalahkan saya tanpa berkompromi.Hanya saya yang dilihat dan dikatakan tidak berubah..sedangkan dirinya juga tidak pernah usaha untuk mengambil hati saya.Dia sudah kerap mngeluarkan kata2 kesat..apabila ditegur..dia akn mnyalahkan saya.Apa yang perlu saya lakukan?
nasib hidayah seperti juga saya.hbgn sy dan suami agaj tegang kblkgn ini.saya pernah bertanyanya ttg msg dan panggilan telefon yang saya nmpk di hp nya.namun,akhirnya saya yg disalahkan.bermcm2 perkara yg diungkit.semuanya kesalahan sy.sehinggakan pernah mengugut utk menceraikan saya…suami kalau tgh marah bermcm kata2 kesat dilemparkan.termasuklah bodoh,bongok dan bermcm lagi.hati saya bena2 luka.adakah semua salah saya.
Assalammualaikum….,terima kasih kerana memberi info ini,,,,sy harap iya akn dpt membantu sy memperjuangkan n mempertahanan perkahwinan kmy yg semakin dingin ini….,doakan perkahwinan kmy hingga kejannah yew…..
kan. kadang2 bila dah usaha nak amik ati dia. hati kita yg teluka. dia buat endah tak endah je. bila bergaduh ada je perkara yg dungkit. macam kita tk pernah buat baik dgn dia.
Alhamdulillah tuhan mghadiahkn sy seorg suami yg mgkin x pnh ada pd wnita lain pd mata sy..seorg yg pnyayang rjin mnolong sy xprnh ssekali bkira..ksih sygnya yg x brbelah bagi..xprnh mninggi suaranya mskipun sy slh..akn cuba mnsihati sy dgn lmbut..sy syg suami sy..trima kasih Allah..syukur sgala kurniaan nikmatmu..amin
Real tips mudah utk isteri
1. Appreciate ape yg suami buat
2. Manja2 skit
3. Jgn melawan/bantah wlaupn suami salah..tegur slow2..msti xkn mrah
Yg lain2 tu biasenye suami x kesah..seyes..yg pling penting jgn melawan..mmng panas
Sy berkerja,n suami diam d rmh jaga anak,tp sy makin hari sy makin kasar dgn suami,sy dh x hormat dia,sbb sy yg berkerja keras utk sara keluarga..Sy nak rasa mcm perempuan lain ada suami yg berkerja,dpt hadiah walaupun coklat dari suami hasil duit nya sndri..Tp bila sy suru suami kerja mcm2 alasan..Kami sering nak bercerai tp fkir anak x jd pla,sb baby bru 5bln..Suami sy sgt baik org nya..tp d sebabkan sifat sy yg makin ego dia pon dh pandai tengking sy..skg kami masing2 nk mnyalahkan..sy yakin masih ada jln penyelesaian sb ne cuma dugaan awal perkahwinan,.Sy cuma nak suami sy kerja,sy x mnta nafkah,sy nak dia jd ketua,sy nak dia bertanggungjwb dlm keluarganya..Mcmna sy nak hormati dia bila dia dh mcm apa ja sy tngo kat rmh..Sy jenis takut sgt ngn ayah,sy nak suami mcm ayah yg berkerja,tegas dlm rmhtga..setiap mslh ada jln keluar..tp suami ne ada mslh terus nak cerai,terus nak lari..huhu
saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang baik, sabar dan tidak pemarah. semoga rumah tangga kita semua sentiasa dalam lindunganNYA…
sy sllu risau dan tkut suami sy curang.. sy dh tk tau nk buat pa.. sy serahkn smua ke tgn tuhan hnya dia yg dpt bkja utk sy sm fmily sy.. sbr
Asalm suami sya ada pompun lain dn ingin mnceraikn sya sedangkn sya dah buat yg trbaek untk dy tp apa yg dy ckp gn sya knoa buat semua ni jdi sya jwab ,sya mau tawan hati suami sya semula dn skarg prubhn ny semakin ketara yg dy sdh trllu digin gn sya apa yg harus sya buat lgi dgn doa sya dn zikir sya sertakn
Isteri saya keras kepala … macam mana nak ubat kan . ? Nak
Bagi lembut kan dia ..
Sampai saya tumbuk dinding lah punya tahan sabar
Sabar..nasihat..doa..
Dosa isteri mungkin ada kaitannya dengan dosa diri kita sendiri..Perbaiki hubungan diri dengan Allah..InsyaAllah orang disekeliling kita akan lebih tenang..
Sekadar perkongsian..
Artikelnya bagus! Terima kasih untuk infonya
Tapi saya dah buat mcm2 tetaplah suami xsyg.. dia malah ugut saya untuk cari isteri lain.. berat hati nak terima tapi saya perlu redha.. semoga Allah melapangkan dada saya..
Buat sesuatu perkara demi ALLAH, nescaya ALLAH akan membahagiakan puan…
samalah suami saya pun macam tu. suka cakap kasar. saya tau saya tak pandai sangat berkemas tapi saya pandai memasak, saya cuba belajar untuk jadi isteri yang baik. dia selalu ucapkan kata2 yang menyakitkan hati. bodoh bangang itu biasa. walhal ibu ayahnya seorang ustaz ustazah. dia juga dari sekolah agama. bila dia marah dia suka hempaskan barang2 depan anak..kadang2 saya pon terkena. lama2 saya tak tahan saya menjerit. baru dia tahu siapa saya. saya dah tak malu dengan jiran. saya terseksa. saya taknak penceraian. bagi saya biarlah kahwin sekali seumur hidup. tapi kalau dah lama2 siapa pon tak tahan. doakan perkahwinan kami. kami kahwin ni atas perkenalan saudara. masa mula2 memang dah tahu sikap dia panas baran tapi tak tahu lah sampai ke sekarang. apa kan daya saya anak sulung ayah paksa jugak saya kahwin. tapi takpe saya redha dengan ketentuan Allah. moga Allah bagi yang terbaik untuk saya dan anak saya. saya takut anak terikut2 perangainya yang pemarah.
Ceh, melawan mcm tu kire baik lar.. Kalau dah xhappy cerai jer.. Baru korang berdua tau.