17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

menambat hati suami
menambat hati suami sesuatu yang sukar dilaksananakan? * photo by xaliaz

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..

.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.

Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.

Mungkin anda jugalah penyebabnya.

Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.

Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:


1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.

Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.

Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.

Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu.

Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.

Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba.

Sesetengah isteri memang merasakan begitu.

Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”


2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?

Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.

Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’.

Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.

Minta dia tunggu sebentar.

Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.


3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan.

Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.

Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

Rugi ke senyum?


4. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja.

Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.

Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.


5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji.

Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.

Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.

Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu.

Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”

Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.


6. Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.

Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga.

Mana ada suami yang suka isterinya berleter.


7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.

Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al-Banni berkata,

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.

Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan.

Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.

Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.

Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.


8. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.

Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.

Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.

Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.

Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.


9. Jangan terlalu kuat membangkang

Jangan kuat membangkang pendapat suami.

Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.

Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu.

Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.

Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja.

Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.

Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.

Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.

Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.


10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran.

Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.

Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.


11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.

Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.


12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi.

Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.

Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.

Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.

Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.


13. Elakkan gangguan

Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu.

Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur.

Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal.

Kecilkan suara tv.


14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.

Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.

Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.

Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.


15. Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.

Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.

Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk.

Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?


16. Beri pendapat bila ditanya sahaja

Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan.

Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.

Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.


17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Selalu merangsang prestasinya.

Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.

Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.

Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.


Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami.

Semuanya memainkan peranan yang penting.

Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.

Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda.

Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?

Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.

Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.


Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri yang ingin disuarakan kepada kami.

Tinggalkan pandangan anda diruang komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

108 thoughts on “17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami”

  1. Isteri saya suka berleter….. Ambik bende dari orang menurun…. X kasik saya balik beraya asyik beraya rumah dia aje… Ntahla….

    Reply
  2. saya setuju. suami mmg selayak nye di layan seperti raja. sebab tu suami saya lebih sayangkan saya drpd bini tua dy. heee. .

    Reply
  3. Allah jadikan wanita itu sebagai peneman lelaki. dan bukan lelaki yang menjadi peneman wanita. lupa kejadian Adam dan Hawa. jadi dalam hidup ni kena pandai bersyukur. berhenti mengungkit. kurangkan guna emosi yang bodoh. gunakan otak. bersyukurlah suami anda mahu menikahi anda.

    Reply
  4. Setelah isteri2 melakukan 17 perkara diatas…hadiahkan lah dia spa n facial sebulan sekali…..agar dia dpt rehatkan minda dan badan untuk perjalanan seterusnya…..

    #rahsia rumah tangga adalah keseimbangan……

    Reply
  5. Alhamdulillah..perkongsian yang baik..tetapi nampak macam senarai ini lebih kepada pendapat seorang suami hehe. Saya juga suami. Tapi tidak semestinya kita dapat semua yang dituliskan di atas. Ada beberapa pun dah alhamdulillah..Sama-sama menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Sekadar pendapat kecil dari saya. ;-)

    Reply
    • Correct…….di.ingtakan.setelah.isteri2 melakukan.17.prkara.diatas…..hadiahkan lah dia…..spa sebulan sekali…..dia perlu recyle energy….tuk.another.days…

      #rahsia keseimbangan rumah tangga…jila isteri.gembira…dia akan menghiburkan anda berkali2 ganda..

      Reply
  6. Mmg betul apa yg diatas ini…tp ada kes kebykkan suami memendam rasa dgn kata lain tdk menyuarakan apa yg dia tidak suka dan tdk,tidak memperbetulkan istri seandainya ada yg dia tidak berkenN dihati..akibatnya dia murung dan dingin bertahin tahun kerana memendam rasa

    Paling akhirnya tiba tiba menyuarakan ingin ceraikan istri dan ingin membina hidup baru bersama wanita lain..

    Spttnya seorg suami menjaga,menegur dan membimbing istrinyA,membaiki masjid yg mana bhgian yg rosak dan bknnya bertindak merobohkan trus masjid itu tanpa memberi peluang kpd si istri utk berubah..sekian

    Reply
    • yg ni saya sedang alami..skrg suami saya mahu ceraikn saya..tapi saya tidak setujuh untuk becerai,kerana saya sangat sayang suami dn ank2 saya..sangat rumit utk saya dn suami selesai kn nya..saya perlukan bantuaan

      Reply
      • Saya nasihatkan agar puan amalkan Surah Ta Haa (Surah ke 20) Ayat 1 hingga 5 dengan penuh yakin dan istiqamah… INSYAALLAH, perubahan dpt dilihat…

        Reply
    • Kdng2 suami jdi diam atau x menyuarakan suara/pendapat sbb bile die ckp sesui slalu dibangkang atay u dipandang rendah

      Reply
  7. Kalau semua tu kita dah buat tapi suami asyik marah kita je macammana? Tak Pernah pun nak nampak pengorbanan kita. Tahu nak suruh itu ini. Bila dah buat perangai tetap sama. Keluar melepak lah jumpa kawan lah. Hm

    Reply
    • Puan rosniwati,
      BERSABAR, BERSABAR, BERSABARLAH..itu je yg mampu sy nasihatkn. Sy hadapi situasi sama, sy sdri tdengar perbualan suami dan keluarganya mburuk2kan, mceritakan kesalahan, aib sy. begitu jg tebaca wasap pebualan suami dan adiknya .Malah prnh sy dengar suami cerita hal ‘dlm kelambu’ kami kpd maknya ! x patut bukan.
      Bagi sy biarlah, mulut mereka dosa mereka, kita pekakkan telinga je.ALLAH bersama orang2 yg SABAR..
      walau apapun igtlah ALLAH KAN ADA…wassalam

      Reply
  8. bagi saya. pendapat di atas. banyak salah dipihak saya. saya berharap semua boleh selesai dan kembali macam sediakala. macam sebelum ni yang saya rindui. terima kasih atas nasihat. saya cuma mana yang baik buat saya.

    Reply
  9. Selalunya isteri sahaja berusaha utk bahagiakan.ht suami
    Tp suami lupa nak.hargai isteri even isterinya sedang mengandung..wajarkah isteri sering berendam air mata kerana suami tak memahami.keadaan isteri?kalau isteri berleter,berdosa..takde suami pun yang nak baca artiket cara2 utk bahagiakan isteri..

    Reply
    • setuju sangat..isteri cuba mmperbaiki diri..sdgkan suami..tidakkah mncuba utk perbuat demikian juga..sy ingat satu jer..ALLAH sentiasa ada..baik ke buruknya kita ALLAH yg tahu..dah satu masa nanti kita akan dipersoalkan apa yg kita lakukan..

      Reply
  10. Artikel ini sangat membantuku sebagai calon istri yang sangat ingin membahagiakan suami ku kelak.
    Semoga Allah menjodohkan ku dengan sebaik2 nya pria.. dan pria yang bisa menghargai juga istrinya.
    Amiinn allahuma amiin..

    Reply
  11. Isteri pun tau fed up, tau bosan, tau letih. Bila ada kerjasama antara 2pihak, pasti segala berjalan lancar. Tapi klu 1 pihak je main peranan, yg lagi satau buat hidup gaya bujanh,pasti x berjaya..

    Reply
    • salam. masalah saya amat rumit. saya pun tak tahu nak rujuk siapa. boleh dikatakan setiap minggu saya bermasalah dengan suami. saya isteri ketiga. suami asyik menyalahkan saya jika ada perkara-perkara yang berlaku di antara suami dengan madu-madu saya. saya buntu. apa perlu saya lakukan. saya ingin memohon pendapat. setiap kali sy bermasalah dengan suami hati dan fikiran saya menjadi tidak tenang. saya mula berfikir yang suami saya akan tinggalkan saya. sedangkan saya terlalu sayangkan suami saya. boleh dikatakan setiap minggu saya menangis. saya tidak tahu nak mengadu pada siapa. apa perlu saya buat untuk mengembalikan kepercayaan suami terhadap diri saya. saya teramat takut jika suami memarahi saya dan dia tidak akan datang berjumpa dengan saya.

      Reply
      • saya isteri kedua. izinkan saya beri pendapat ye. awak cuba tngok balik sebab dan punca suami marah. cuba elakkan apa2 yang membuatkan suami xsuka. layan suami mcm raja. puji atau cakap sesuatu yg buat suami happy dan tenang. jgn banyak tanya atau quiry mcm2. jngan bebankan suami dgn masalah remeh.

        Reply
  12. Suami juga harus menambat hati isteri sebelom hati isteri ditambat lelaki lain.jika di kata iman isteri tipis begitu juga suami. Ketua yang betul tidak akan mengajar anak buahnye jalan straight kalo.dia sendiri senget.

    Reply
    • Ye betul tapi topik ni fasal perempuan/isteri pada suami. Of cos la suami juga perlu jadi suami yg baik apa semua tapi skrg ni fokus tentang kita, bukan suami. Harap maklum.

      Reply
    • hakeleh. emosi pulak… pompuan camni lah mmang nya. aku pun pompuan gak. nasib baik la laki kau tu jalan senget. kalau jalan lurus pun boleh senget dgn kerenah kau gamaknya kan?

      Reply
  13. dah mcm superwoman plak sey tgok bini tu,rsa nya mau pengsan bni..pling nyampah ksmpulan skit2 cr lain xmatang lgsg,murah nya status sorg isteri..klu suami spnuhnya mnjlnkan tgjwab n jga kbajikan nafkah isteri n tau mghargai nk di layan cam raja kapur pn boleh..sorry skadar pndangan.

    Reply
  14. bagaimana cara menenangkan fikiran dengan sikap suami yang fikiranya masih pada bekas teman wanitanya..?…trima kasih..

    Reply
  15. Assalamualaikum..

    Saya agak kurang bersetuju dengan no 13., Elakkan gangguan, jauhkan anak-anak dari suami? Maaf pada saya kalau hal berkaitan anak adalah tanggungjawab bersama. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan kasih sayang ibu dan ayah. Its really unfair though to put all the burdens to wife? I have few friends yang ada masalah tentang hal berkaitan anak-anak. Bila husband terlampau sibuk sampai pelajaran, penjagaan anak semua diserahkan sepenuhnya pada isteri. Sedangkan anak adalah amanah, sama-samalah menjaga amanah tersebut. Barangkali suami fikir dia bekerja dan penat, tapi isteri pun bekerja malah ada yang sambung study+kerja, mungkin takde perasaan penat?? Kalau macam tu, mungkin isteri boleh berhenti bekerja dan depends totally kepada gaji suami untuk tampung kehidupan keluarga, confirmed tak cukup! (Ini semua berdasarkan pengalaman kawan-kawan)

    Maaf jika apa yang saudara maksudnya berlainan daripada apa yang saya fikirkan. Ini hanya pendapat peribadi dari diri yang belum kahwin lagi.

    Wassalam

    Reply
    • Ya, tidak mengapa. Masing-masing ada pandangan tersendiri.

      Memang benar, hal ini juga harus diambil kira oleh suami dan bertolak ansur kerana kebanyakan wanita pada zaman ini adalah bekerja. Malah sehingga ada sesetengah kes, Isteri pula yang bekerja, suami hanya menumpang rezeki!

      Reply
    • btul tu,klu kna suami yg hnya thu blnja utk dri sndiri nafkah isteri diabaikan cmne,wlaupun isteri bekerja nafkah utk isteri wajib suami tunaikan..wlaupun gaji suami kecil dr isteri,kebykan slalu ambil kesempatan ke atas isteri2 mereka..berdasarkan pengalaman kwn2

      Reply
  16. bagaimana menangani suami yang bersikap ambil mudah, hutang keliling pinggang, suka melayan kawan2 (bersembang/lepak hingga jauh mlm, kerap menemani kwan2 dlm hal2 mereka) perokok tegar, agar boros. sambil lewa dlm urusan Allah (solat, mendatangi surau)..

    Reply
    • Assalamualaikum……. Maaf sekadar perkongsian kpd puan bertanya…. Mgk puan istiqamah solat wajib diawal waktu dan ditambah solat2 sunat (badiah,qabliah,hajat dll)sedekah dsb nya. Rapat kn diri dgn Allah, bykkn selawat . Insya Allah dgn rahmat dan kasih sayang Nya yg Maha Luas, pasti ada jalan keluar yg tbaik diberi kan. Ini juga amalan utk diri sy walau pun sy blm bertemu jodoh. Maafkan saya jika ada kekurangan dari diri ini. Wassalam

      Reply
    • Jangan berputus asa puan dalam menasihati suami, tunjukkan dia jalan kebaikan. Gandakan doa. InsyaaAllah, berkat kesabaran puan nanti Allah akan tunjukkan jalan. Allah tak pernah zalim dengan hamba-hambanya :)

      Reply

Leave a Comment