Jangan Terjerat Oleh Cinta di Usia Remaja. Jangan Tertipu Oleh Perasaan!

Terjerat oleh cinta
Terjerat oleh cinta

“Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..” 

Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita.

Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang.

Kita pasti tersipu-sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”

Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan.

Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta.

Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa-biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik-lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut-ikut.

— Itulah cinta monyet.

Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati?

kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita?

Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit.

Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.

 

Jangan Terjerat Oleh Cinta

Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta.

 Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita.

Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya?

Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya?

Dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri.

Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu.

Parah bukan?

Lepaskanlah diri dari jerat cinta.

Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan.

 

Kenapa Kita Perlu Membiarkan Diri Kita Terkongkong?

Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki?

Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi?

Sungguh menyakitkan.

Cinta tidak wajar menyekat hak-hak kita sebagai seorang yang bebas.

Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri.

Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita.

Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat. 

Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita.

Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita.

Aneh bukan?

Kita ada ayah yang perlu diutamakan.

Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan.

Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah. 

Kita ingin putus, tetapi tak berani putus.

Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya.

Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati.

Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita.

 

Persoalannya, Sampai Bila Kita Akan Begini?

Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita.  

Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena.

Begitu salah dan begini pun salah.

Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan.

Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?

Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.

 Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..

 

nota rujukan :

1. Buku “Kerana cinta harus memilih” (Burhan Sodiq)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ilham love farah hooooooooi
Ilham love farah hooooooooi
4 tahun yang lalu

Saya baru je putus cinta ngan puteri

IeQa
IeQa
9 tahun yang lalu

Setuju sgt,semasa bcinte,sedar tak sedar diri telah jauh dari Allah,semoge Same2 mendapat petunjukNya supaya lbh utamakanNya.

Ami
Ami
10 tahun yang lalu

As salam..
boleh bagi pendapat.. saya tak tahu if saya mangsa jerat cinta ni..
Tapi mohon pendapat lah kat kwn2 semua ya..
saya dan si dia bru 7bulan berkawan. Kami berumur 20tahun. Masih belajar. Tapi saya rasa salah dgn hubungan nih.. dia syg saya sgt2, n nak saya jd bakal isterinya kelak.. Dia jenis ambil semangat pasangan baru boleh dia fokus pd sesuatu perkara. Dia seringkali ucap kata rinsu sayang buatkan saya rimas dan kdgkala ayat2 mesej seperti nak mintak dipeluk..’kalau awak sebelah saya dah lama tet tet tet..’ jelek bukan.. tapi saya nak berubah di jalan Allah sebab saya rasa saya perlu mengabdikan diri dijalanNya dan rasa masih terlalu muda untuk fikir soal cinta antara manusia. saya rasa berdosa dengan Allah. Saya suka ja dia dan syg.. Tapi setiap kali keluar berdua dia suka ambil kesempatan dan halal haram dilupakan.. sudah berkali saya ingatkan tapi masih tak berubah. Tapi saya rasa sedikit serba salah untuk melepaskan dia. sebabnya keluarga dia dah sukakan saya dah restu hubungan kami. dan saya jugak pernah bawa dia berjumpa ahli keluarga saya. adakah saya perlu teruskan hubungan ini dan terus menasihati atau putus krn Allah ? apa2 cadangan sebelum saya ambil keputusan ini sahabat ? :'( dibelenggu.

Ilham love farah hooooooooi
Ilham love farah hooooooooi
Reply to  Ami
4 tahun yang lalu

Sya pun baru putus cinta ni

jazima
jazima
11 tahun yang lalu

dekat tapi jauh…

ag hadi safwan bin ag abdullah
ag hadi safwan bin ag abdullah
12 tahun yang lalu

cinta yang diredhoi

Norfatehah
Norfatehah
12 tahun yang lalu

bissmillahirrahmanirrahim.
assalammualaikum.
saya nk tanya pendapat korang la kan…
cmne lak lau sinta manusia itu mendekatkan kita pada ALLAH?
macam saya sendiri bingung sangat…huhu.. saya nk berubah sangat..tapi xde tempat nk bertaut, dah banyak kali saya cuba,namu tersasar balik.

alhamdulillah ALLAH hantar dia kepada saya. dia senior saya, dh lama rupenya dia perhatikan saya dan dia memang baik pun orangnya. lepas dia habis belaja baru dia dekati saya, tu pun melalui sms n ym je. dia ajar saya kenal Al-Quran, ajarkan saya pasal solat..memang terasa dekat sangatt kepada ALLAH dan saya bersyukur sangat boleh kenal dia.

tapi boleh ke camgini? dia memang dah berhajat nak jadikan saya isterinya dan nk bimbing saya, sebab dia tahu saya memang sedang mencari2 cinta ALLAH…keliru..help~

Norfatehah
Norfatehah
Reply to  Muhamad Naim
12 tahun yang lalu

alhamdulillah.. xle nk bernikah lagi sbb dye sendri pn bwu nk mula cari kerja n nk kukuhkan kewangan…xcm dlu, de hajat,le je terus kwen..huhuhu…tu la realiti zmn skg~

cmnepon insyaALLAH, mudah2an di permudahkan olehNYA..aminn

btw, mekaseh CEO AkuIslam :)

Cik Bunga
Cik Bunga
12 tahun yang lalu

suka sgt dgn smua penulisan saudari.Allah kurniakan anda bakat yg x smua org ade.as my xperien bout dis topic, text ni amat mmbantu..Syukur pd Allah krn masih mmberi sy pluang utk melihat sebenarnya msih terlalu byk perkara yg lebih INDAH di dalam dunia ni dr ‘cinta manusia’..

ash
ash
12 tahun yang lalu

cinta monyet bgai gula getah…manisny hanya seketika, cinta slps nikah lbih brmakna

Nys
Nys
12 tahun yang lalu

syukran..
bley digunakan utk tarbiah kwn2 sy

Abu Basyer
Abu Basyer
12 tahun yang lalu

Hmm.. benar. Ramai yang terjerat kerana tak sampai hati nak beritahu yang tercinta. Padahal itu merugikan kita.. Cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi.. :)