
Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?
Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.
Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.
Seolah-olah itulah penamat.
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.
Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.
Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa
Kita lupa kita hanya mampu merancang.
Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,
senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah
merancang dengan cinta. “
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.
Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.
Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.
Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.
Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.
Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.
“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”
Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?
Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.
Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?
Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?
Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?
Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.
Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan.
Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?
Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.
Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.
Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.
“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”
Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.
Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?
Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?
Jangan cuba untuk menipu.
Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.
Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.
Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri
Untuk tenangkan hati yang rawan.
Apa jaminan dia akan berubah?
Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?
Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?
Kalau berubah, alhamdulillah.
Tapi kalau masih kekal sama?
Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?
Terus makan hati sampai ke akhir hayat?
Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.
Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?
Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?
Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).
If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.
Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.
Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.
* nota tambahan dari admin:
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.
Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.
Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?
Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?
Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah.
Saya dalam dilema wahai admin apa perlu buat
Saya juga berada di situasi sperti ini..kadang saya tidak tahu sama ada saya merasa bahagia atau pun tidak bersama dia..saya mengenali dia kekasih saya sudah setahun,,hanya pada awal sahaja saya merasa begitu bahagia..tapi sekarang kebahagiaan saya yang dulu sudah berkurang semakin hari semakin kurang..kami merancang untuk berkahwin tetapi saya tengok dia seperti tak pernah berusaha untuk semua rancangan ni..sekarang saya seperti merasa nak give up..sayang saya pun sekarang dah semakin kurang untuknya..
saya sedang mengalami situasi sebegini , dimana saya sudah berkenalan dengan kekasih saya dari sekolah menengah lagi tetapi kerana tidak bersefahaman ,hubungan kami telah lama ada masalah tetapi oleh kerana masih sayang dengan hubungan ini hubungan kami kembali pulih tetapi selepas beberapa bulan hubungan ini telah tergantung dimana seluruh ahli keluarga kami telah mengenali antara satu sama lain dan pada masa yang sama hati saya telah dimiliki oleh seseorang yang baru saya kenal ,dia lebih memahami saya dan faham akan keadaan yang berlaku kepada diri saya bila saya lagi sedih sakit dia ada dan bila ada masalah dia akan sentiasa dengar luahan saya . Tetapi ,apa yang saya lihat seluruh keluarga saya lebih memilih dengan kekasih saya yang lama dan mereka tidak mahu menerima lelaki lain lagi dan saya bingung dan meminta petunjuk daripada Allah swt . semoga ada jalan yang terbaik untuk diriku :( , patutkah saya menerima kekasih saya yang lama dan perbaiki hubungan kami ? dan tinggalkan kekasih saya yang baru ? huhu …
7 tahun hubungan kami, sampai satu tahap dia dengan wanita lain. Dan hanya bertahan 2 bulan sahaja dengan perempuan tuh. Atas sebab perempuan tu curang belakang dia. Dan bila ditanya pada ex love saya waktu dia dengan perempuan tuh, dia selalu tersasul panggil nama saya, kdg dia terfikir kan saya. Rindu kan hbgn kami. Dan perempuan tuh jadi macam tak keruan. Dat’s y kowt perempuan tuh curang dan tinggalkan ex love saya. Now ex saya dtg pada saya utk get back semula, dan ingin menikahi saya. Saya memang masih sygkan dia dan keluarga dia juga sygkan kami, rakan rakan semua seronok kalau kami get back. Wajarkah saya terima dia semula? Sedangkan dia pernah buang saya. Sejak dia tinggalkan saya, ramai yang sedih dan sakit hati bila dia pilih perempuan yg bru dia kenal, dan dia sendiri mengaku dia buat keputusan yang terburu buru. Tapi ramai yg mendoakan kami get back semula and ramai yang kata dia akan cari saya semula. Sya da istikharah moga Allah beri petunjuk pda saya, kdg sya berdoa utk lupakan dia, tapi hati dan fikiran masih kuat tentang dia. Sya cuba buka hati saya pada lelaki lain, tapi hambar. Sya takdak rasa mcm mana rasa sya pada ex love saya. Allah ????????
Saya setuju dgn artikel ini kerana saya mempunyai situasi yg sama pd ketika ini. X berani utk melepaskn. Terlalu sayang pd dia . Dia pula suami org. Ada 2 org ank.
Dia lebih bnyk menghabiskn masa bersama saya berbanding dgn isteri & ank2 nya.
Kdg2 saya mengingatkn dia supaya dia kerap dgn family dia tp saya akn dimarahi.
Amat bermakna artikel ini pd saya utk penguat semangat saya membuat keputusan.
yer sy bercinta hampir 11tahun..bil plan nak kawen,mcm2 dugaan…sy terlalu yakin dia xkan tinggalkan sy n sayangkan sy..xsangka sy bawak diri selama sebulan…mintak dipujuk tapi berakhir dgn pertunangan dia dgn kawan dia zaman sekolah…menurut dia baru kenal..tp bg sy amat sukar nak kawen dgn org yg bru kenal terus decide nak kawen…sy rasa dia dah lama dengan perempuan tu..wallhualam Allah je tahu hati sy masa tu..berperang dgn perasaan…puas saya merayu tapi katanya dia dah tunang..terlalu mudah melupakan dgn org yg bersama dia susaah senang selama 11 tahun..sedih Allah je yg tau..tdo xlena..mengalir air mata setiap masa…sy percaya qada’ qadar Allah tapi disaat hati kecewa rasa susah nak fahamkan diri sendiri…sbb sy terlalu yakin dgn dia dgn hububgan yg lama terbina..sy yakin dia sayangkan sy tp apakan daya sy lupa Allah yg lebih berkuasa.doakan sy kuat..n keep move on….????he will married syawal ni????????????
Ya Allah sy sedang mengalaminya cuma yg membezakan nya ialah 10 tahun. Mudahnya dia melupakan saya.. sy sgt sedih n kecewa..hanya Allah yg tau bertapa hancur nya ati ni,
Ya, saya sedang mengalaminya, rumahtangga genap 24 tahun yg saya sangka saya bina rupanya kearah kehancuran, saya sangka sepanjang itu saya memenuhi kebahagiaan , rupanya mengisi penderitaan. Kini apabila kembali sendiri, Allah merancang jauh lebih baik , namun sukar untuk saya melawan nafsu yang kekadang menerjah hati dan akal untuk tidak melepaskan dia sepenuhnya sedang saya sedar bahawa dia sudah tiada perasaan kepada saya. Keyakinan semakin merudum jauh jatuh kelurah kebinasaan. Saya bangkit dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Ilahi, tiada daya, tiada kekuatan, lemah , longlai . Benarlah apabila Pemilik hati ini membolak balikkan hati , ianya lebih cepat dari air yg menggelegak , Mungkin kerana anak , yg membuatkan aku terikat kerana ianya amanah. Sedangkan aku sedar keterikatan itu perlu saya lepaskan untuk melangkah menuju Nya. InshaAllah akan aku kongsi pengalaman dimasa akan datang , apa yang tersedia selepas semua ini berlaku, semoga dapat diambil manfaat darinya.
macam tu tak payah berusaha. dah takdirkan. biarlah dia datang sendiri. buat penat je berusaha, doa bagai.. last last Allah cakap.. oh sorry, dia tak ditakdirkan untuk you. hahahaha. what a joke! hidup didunia ni bagai robot. tiada pilihan. apa yang kita nak semua telah ditentukan.
Betul tempoh pengenalan bukan menjamin apa2.. apa yang penulis sampaikan tepat mengenai diri saya.. selama saya bersamanya saya menutup segala kesilapan yang dibuat demi menyayangi tempoh pengenalan yang sudah terjalin.. dengan sikapnya yang seperti menyayangi saya buat saya meletak harapan yang tinggi. Rupanya sudah setahun dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bakal melangsungkan majlis pertunangan.. apabila terbongkar kebohongannya dengan saya.. dia hanya mengambil keputusan dengan memohon maaf dan melepaskan saya dengan alasan dia tidak layak untuk saya.. saya berharap Allah mudahkan urusan saya melupakan dia sebagaimana dia begitu kuat melupakan segala kenangan sepanjang saya bersamanya. Semoga hati ini lebih mengingati Allah lebih dari manusia.. InshaAllah
Mcmna klu lelaki y kita suka dulu tba tba sukakn spupu kta sndiri
Saya ada kenal dengan orang yang satu tempat kerja. Dan hanya beberapa minggu baru bertegur dan dia telah mengajak untuk berkahwin. Dan dalam masa yang sama,saya juga ada bekawan dengan lelaki yang sudah hampir memencah 2 tahun dalam perhubungan tETapi bila saya tanya bab kawen dia belum bersedia. Bagaimana kita nak tahu lelaki tu betul atau tak serius dengan kita .
Saya berkawan dengan dia dah 5 tahun. Perkenalan kami memang mengubah dia jadi manusia yang lebih baik. Saya selalu ingat kan dia tentang hukum Allah. Tapi selalu juga saya yang hanyut terikut dia. Kami dah laku kan banyak perkara yang salah. Saya pernah fikir untuk tinggal kan dia sebab takut balasan Allah. Tapi saya risau kalau saya tinggal kan dia, siapa yang akan ingatkan dia tentang Allah, saya takut dia terus hanyut. Malah saya tak ada manusia lain yang begitu sayang dan hargai saya. Seolah olah kami memang ditakdirkan berjumpa atas sebab kami memerlukan satu sama lain. Dia memang tak pernah nak pandang perempuan lain. Cuma itu lah sebab kan dia kurang aware dengan ajaran yang betul, dia tak rasa bersalah dengan ap yang kami buat :( . Salah ka kalau saya harap kan dia berubah???
Saya juga sama berpacaran 1 tahun lebih. Saya buat dia jadi lebih baik. Tapi saya terikut juga. Sekarang hub kita berakhir. Semoga apa yang pernah terjadi ada hikmahnya. Semoga allah mengampuni kita ?
Saya pernah berkenalan dgn seorang lelaki. Bila lama mesej mula timb rasa syg pada dia. Tapi waktu mesej tu sy takut dengan Allah. Sy takut sy sayang dia, tapi dia bukan jodoh sy. Sy takut satu hari nanti sy tak redha kalau dia bukan jodoh dgn sy tapi dgn org lain. Sebab Allah dah aturkan jodoh masa kita di lut mahfuz dulu. Macam mana kuatnya halangan manusia, kalau dia jodoh saya, InsyaAllah buat la macam mana pun, akan ada jodoh kami nanti. Sekarang sy dah stop mesej dia. Sy cakap jika dlm masa dua tahun nanti (InsyaAllah saya dah bersedia nak berkahwin dlm waktu ni sebab sy nak belajar ilmu agama dan ilmu rumahtangga dulu) kalau dia rasa sy jodoh dia, dah saya pilihan dia, datanglah cari sy balik. Tapi saya agak merana lepas tinggalkan dia. Sy hampir depression dan kehilangan berat badan dlm masa yg singkat. Hati sy ikhlas sygkan dia dan ikhlas nak terima apa jua kekurangan dia. Doakan sy kuat untuk terima ujian Allah ni. Doakan sy ya. :)
Hmmm… saya tlh berkenalan dgn seorg lelaki di laman sisial utube dimana ketike itu saya beradi di dlm live chat utube.. mse dlm tu die slalu mention sye.. dn kacau sye dlm tu. Hati sy tertarik nak berkenalan dgn dia dan selepas tu kami berchatting dlm wassap . Rasa syg sy timbul apabila dengn dia.. kami sudah bercinta 4 bulan dan kami belum berjumpa lagi kerana mungkin belum smpai masanya utk berjumpa. Dia seorg lelaki yg baik dan jujur.. dia tidak pernah berjanji dgn sy utk kahwin ke ape ke kerana die takut dia tak boleh nak tunaikan.. kami cuma usaha utk mengubah diri kami masing2 . InshaaAllah.. jika diizin Allah jodoh pasti milik kami berdua.. walau apa pun tidak boleh berharap tkut kita yg kecewa.. Manusia mampu merancang.. Allah yg tentukan..jodoh, pertemuan, perpisahan Allah yg aturkan… setiap apa yg Allah aturkan pasti ada hikmahnya :)
Salaam . perasaan saya . emm tak tahu mcm mna nak digambarkn . saya kecewa . hati sya mcm terjatuh ke tanah drpda tinggkat 40 . hah . lebih kurang mcm itulah .tempoh perkenalan saya dgn dia agak lama sehinggalah dia lepaskan sya pada awal tahun ini . sakit ? Biasalah putus cinta siapa je x frust menonggeng . kahkahkah . last sekali kitaorg berjumpa dia ajak sya keluar mkn kitaorg borak dia tnya nak sambung belajar apa . saya rasa mcm biasa . tapi masa bercinta dulu . apa je yg dia buat dibelakang sya . saya akan dpt rasa dpt tahu ada sesuatu selalunya saya dapat tanda melalui mimpi . mungkin tu kelebihan saya kot takpun sbb terlalu syg . hahah bila sya cerita balik apa yg sya mimpi tu dkt dia . selalunya mimpi saya tepat . mcm dejavu . hah . kadang sampai takut juga nk bermimpi hahah . syaa dpt tahu yg dia menipu saya semualah . perempuan memang ada power naluri dia kuat hahah . malas nak cerita panjang lebar . actually Diana hilang mcm tu je . tahu tahu gambar ws wicet bertukar(wuu budak wicket) . luluh hati sya . saya takdpt kata putus . ibu dia tk berapa suka sya sebenarnya walaupun sya xpernah jumpa ibu dia . masa pertama kali borak dlm phone pun dia marah sya ???????? saya taktahu mana silapnya . setiap kali borak kt ws saya selalu minta maaf Dan harap hubungan sya direstui . saya tak perna ckp dkt ex sya yg Mak dia lyn sya mcm tu . positive jelaa mungkin sbb dia ada kanser so dia cot marah . sedapkan hati . tahun demi tahun dia ada ckp nk msk meminang . saya ketawaa masa tu bulan puasa . saya ckp nak dtg beraya sekali pun bole . hmm rindunya . dia ckp dia xmain main. Saya anggap biasa jela . walau sbenarnya sya memng tunggu hri tu . tahun lepas sya da mula berani kenalkan dia dkt ayah sya . harapkan percintaan ni bukan sekadar mainan . hmm 3tahun . Dan sekarang dia da bertunang dgn seorang perempuan ni Dan bukan saya .bila sya tanya kenapa , dia kata dia terpaksa lepaskan saya sebab dia dah terikat dgn perempuan tu , sya jawab balik “kenapa ikutkan juga kalau terpaksaa ? Aku masih syg kau sikit pun xpernah benci , masih ada ruang untuk kau dlm hati aku ” , dia jawab ” takboleh sebab perempuan tu ngandung anak dia ” . ya Allah retak hati saya . setiap hari sya menangis . saya takpercaya rasa mcm dlm mimpi . tak palah kalau takda jodoh tetap takda. Allah maha kuasa . sekarang saya takkisah saya terimaa qada’ dn qadar Allah . Allah selamatkan saya dari terleka dgn zina . saya bersyukur . Allah perlihara saya . jika jodoh Allah akan mengerakkan kedua dua nya iaitu lelaki dn perempuan itu untuk bertemu Allah akan mudahkan urusan mereka . bukannya mcm sya . sya yg Beria last last hahahahahah . jangan patah hati sebaliknya ambil sebagai iktibar . sekarang saya berdoa yg dia akan temui kebahagian dia dn saya akan ditemukan dgn seorg lelaki yg betul2 menghargai kehadiran saya dlm hidup . Jangan ikutkan hati nanti mati . jangan terlalu mengharapp . nanti bilaa hilang punca nya kau akan kecewa . silap saya , saya terleka dgn keindahan cinta . dengan hanya perkenalan selama 3tahun sya da rasa dia terakhir . haihh bangangnya masa mudaa . hm hahahahha .
Assalamualaikum admin.
Saya sudah berkenalan dengan suami dari zaman Uni lagi dari 2011
saya tertarik bila mana kalau kami keluar beramai2 dia akan tegur pasal solat, aurat dan pergaulan. Dia seorang hafiz.
Dia pernah cakap pertama kali dia berani kirim salam pada seorang perempuan. Saya tetap tak percaya sebab lelaki kalau mengayat mesti cakap kita yg pertama dia berkenan.
2012 saya tukar Uni kami tidak pernah berjumpa lagi sehinggalah tahun lepas dia,mmbuat keputusan berkahwin dengan saya sedangkan kami lama tak berjumpa. Maka saya terima kerana perilakunya yang baik.
Tapi indah tu sama di alam perkahwinan. Mula2 ok
Tapi sampai satu tahap dimana saya hamil dan dia berlaku curang. Allah je tahu hancurnya hati saya waktu tu. Saya mohonkan penjelasan dari dia.
Dia ckp cuma kawan tempat kerja. Tapi sungguh admin saya selongkar abis semua tel dia. Ada gambar dia mkn dengan prmpuan tu, wassap dgn prmpuan tu. Mesra sangat. Sampai sume benda dia update. Sedangkan msj saya wassap saya dia tak balas.
Paling terkilan saya tunggu 2jam dekat hospital tunggu dia amik. Bila sampai dia cakap sori tadi kuar dgn kwn. Bila sy desak dia ckp dia keluar dgn perempuan tu.
Sungguh kecewa bila saya ingat orang yg cantik akhlaknya buat prngai mcm tu.
Bila saya minta cerai dia cakap tak baik. Tapi sungguh hati saya tak tahan admin. Dia ceramah saya. Dia ckp soal agama semua. Sampai sekarang admin saya masih bertahan, saya mampu doa je sebab perkahwinan kami bru setahun. Sedih hancur tawar hati. Demi anak saya teruskan.
saya baru putus tahun ni 2017..start bercinta 2009..memang tak pernah terbayang yg percintaan kami akan berakhir..sekarang tengah struggle nak redha..si dia pula dh jumpa teman baru..memang sakit hati..tapi saya salahkan dori sendiri kerana terlalu percayakan dia..
tolong doakan saya agar dpt cepat lupakan dia.
Kita sama… Tp awak kuatnya… Walaupun dah lama kawan. .tp awak ttp terima takdir allah..doakan saya juga untuk terima dugaan ini..
Semoga pengalaman saya ni menjadi pengajaran bagi kaum saya yang tercouple dengan buaya darat..
Hubungan saya dengan ex bf saya hampir 5 tahun dari umur saya 15 tahun .. Macam2 kami lalui . Kami kenal msa tu saya masih couple dengan member dia . Disebabkan termakan pujuk rayu dia terus saya singkir kan member dia tuh. Tahun pertama dia tak mengaku lagi saya gf dia depan kawan2 dia,dia kata nak silent relay. Saya paham,mungkin time tuhh dia malu saya ni selekeh,tak pandai dressup,sekolah tak habes,kuat social,ambil pill dan mabuk.. Style ex bf saya ni kalau dia ada perempuan lain dia akan senyap terus,hilang dari radar. Pastu agak2 dia da bosan dia tinggal la awex2 dia tu,dia datang balik cari saya . Pernah jugak la dia curang cium pompuan tuh depan mata saya, saya cuma usha dari jauh,even sakit hati ni saya tahan . Keesokan tu saya pergi lepak bengkel dia,saya tanya siapa pomwan yang dia cium semalam tu..dia tak cakap banyak terus dia baling speaker yg besar tak besar,kecik tak kecik kat atas belakang saya. Masa tu cuma Allah ja tahu sakit dia,dia maki2 saya lepas tu blah. Saya terlampau sayang kan dia,tak tahu nak teruskan hidup tanpa dia . Dia bermasalah dadah (batu). Style dia tu berterusan sampai ke tahun ketiga . Tahun ketiga dia mula berubah(berubah sekejap ja)dia care,dia bawak saya pergi jumpa family dia,walaupun mak ayah dia tak suka,macam saya kesah je. Hahaha. Masa tu kami mula serius kejar apa yang kami nak,macam motor. Kami kumpul duit sama2,sampai boleh beli motor(beli atas orang je) . Hobi kami sama. Tapi kena share laa. Masa nak tukar nama moto tu,ada perselisihan paham dgn mak dia. Mak dia tak suka moto tu letak nama saya . Exbf saya nama dia blacklist,ada waran tangkap suma siap(saman belambak).. Takpala,saya tanya mak dia ada ka family dia yang boleh letak nama diorang? . Then family suma senyap ja. So kami tak tukar la nama. Senang puas hati tadak sapa nak sakit hati . Dalam masa yang sama exbf saya ada pomwan lain,kantoi sms . First time saya mintak putus sendiri(selama ni nak mintak putus takot,sebab sayang) . Dia merayu,saya cair . Tahun ke 4 ayah dia da mula boleh terima saya,cuma mak dia ja tak boleh terima . Background family saya teruk,mak ayah cerai . Adik beradik saya ramai tak habis sekolah,ayah kaki perempuan,kaki mabuk.. Ibu pulak kuat social . Family exbf saya warak,business family,mak dia pandang saya pon mau tak mau ja . Family dia rancang nak bakar motor kami,ya diorang bakar jugak . Moto tu kalau ikot market sekarang(2017) nak dekat 11k. Tadak rezeki,hancur kecai hati saya tengok moto tu lebur 70/30. Hasil titik peluh kami akhirnya terbakar macamtu saja . Masa tu patah kaki la,nak g kerja tak ada transpot . Exbf saya kena buang dengan family dia, saya bawak dia balik rumah family angkat saya dengan naik moto lama kami yang uzur(honda c60). Memang susah gila masa tu. Takkan nak biar dia merempat pulak kan . Saya ulang alik dari rumah sampai ke bandar hantar makanan kat dia(taknak susah2 kan family angkat). Cukup sekadar tumpang tidur. Dekat sebulan,baru ayah dia datang ambil dia,ayah dia janji nak gantirugi moto kami dengan syarat exbf saya kena keja dgn family dia . Masa ayah dia datang saya tengah beli makanan kat exbf saya,sampai2 ja rumah family angkat saya ,saya tengok exbf saya tak ada, diaorang kata ayah dia datang amik dia dah bawak balik KL ,exbf saya kirim rm50 utk saya. Terkedek2 saya bawak moto sambil menangis,duit ni tak bawa apa2 makna . Saya cuma nak dia . Sampai jahaney habeh muto wee . Nasib la ada kawan tolong tolak moto.hahaha . Dugaan2 . Da 3 bulan dia kerja dengan ayah dia, hari raya makin dekat,moto tak ada nak raya camna . Lagi 4 hari sebelum raya ayah dia beli moto baru,tapi ayah dia bayar 3k je,rm500 lagi duit saya,saya tak ada baju raya tahun tu . Kali ni moto letak nama saya . Sebab family dia buat senyap lagi . Saya pernah cuba usaha untuk rapat dengan mak dia dengan cara tinggal dengan family dia,mak dia depan ja ok. Belakang kutuk . Akhirnya kami gaduh jua . Teruk jugak la . Jujur tak ada niat saya nak kurang ajar,saya pantang orang hina mak ayah saya . Saya balik kg,ibu la tempat saya mengadu . Exbf saya datang kg pujuk saya . Saya cair lg . Ibu pon cair .haha . Dia janji nak hantar tanda masa birthday saya . Birthday saya da tiba,saya bawak motor dari Taiping sampai ke KL semata2 nak celebrate dengan dia,akhirnya terkantoi jugak dia dgn pomwan lain . Saya mintak putus . Banyak peluang saya bagi tapi dia tak pernah hargai . Saya nak tingalkan dia,tapi dia taknak lepaskan saya . Saya cuba balas apa yang dia buat kat saya sampai saya anggap semua lelaki sama .
Saya kenal sorang lelaki ni dalam wicet,terpandang muka dia pon rasa tenang ja . Makin lama makin rapat,saya cerita kisah hidup saya dengan exbf saya . Dia ambil keputusan untuk jaga saya . Dan masa tu juga saya ambil keputusan untuk tingalkan exbf saya . Meraung la dia . Hahahaha . Sebenarnya hati berat nak tinggalkan dia . Exbf saya tu tak reti gaduh(dengan pomwan berani pulak naik tangan).. Mungkin sebelum ni saya tak mampu nak tinggalkan dia sebab dia taknak lepaskan dan kelemahan saya terlampau sayang kan dia,tak boleh hidup tanpa dia,dah susah senang dengan dia . Saya couple dgn bf saya sekarang dah dua tahun . Alhamdullilah kami bakal bertunang . Kehidupan kami asalnya penuh dugaan dgn exbf saya, dgn family dia buat hal sampai jadi kes polis dengan excident dan sebagainya(nak cerita panjang sgt) . Lepas kejadian tu,dia terus bertaubat . Dia mula solat . Dia dah berhenti ambil dadah,yey dia dah jadi orang yang berguna. . Kami jadi kawan baik, dan dia dah jumpa penganti saya and tak jadi playboy lagi .
Saya sekarang dah 22 tahun. Bf saya orang dia sangat memahami(walaupun saya ni susah untuk difahami). Sejak saya kenal dia,dia banyak buka hati saya untuk melihat kebesaran Allah . Saya berhijrah perlahan lahan . Dia banyak ubah family saya yang tungang langang dan sekarang kami jadi family bahagia walaupun mak ayah dah pisah . Ayah saya dah berubah fokus kat family, dan bertaubat,ibu pon da rajin lepak kat rumah dgn kami sambil gurau2 dengan ayah,adik beradik saya pon bf saya berikan kerja yang bermafaat utk masa depan dia . Dan saya dulu seorang yang suka enjoy,rambut warna warni,perengus dgn family, selekeh dan hodoh(hitam pulak tu),kaki mabuk sekarang jadi diri saya yang sebenar . Kalau anda tengok perubahan saya sekarang, anda takkan percaya siapa saya dulu … Banyak hikmah yang terjadi .Sebenarnya tak susah pon nak lepaskan dia . Cuma kita terlepas pandang mana silap kita . Kita terlampau menyayangi seorang insan sampai kita lupa Si Pencipta kita . Saya dulu meracau jugak kenapa Allah tak adil ? Kenapa aku ni tak diberikan kebahagiaan macam orang lain ? Kenapa perlu seksa hidup aku macam ni ? Ketidakmatangan saya serta kejahilan dalam agama buat saya buta.. Allah sebenarnya berikan ujian tu sebab Dia sayang dan Dia balas akhirnya dengan hikmah yang cukup indah . Kalau betul lelaki tu sayang kita takkan ada orang ketiga , dan kita kalau ada dua pilihan kita tak tahu nak pilih yang mana,pilih la yang kedua,sebab kalau kita sayang pilihan yang pertama takkan ada pilihan yang kedua . Jangan pulak kita nak bunuh diri semata2 seorang lelaki . Tak berbaloi . Dah mati katak macam tu, lelaki tu pulak tengah sedap apa dengan pomwan lain . Kita perempuan kena kuat . Buat hati kering je . Kalau dia nak putus , terima dengan redha . Ada yang lebih baik dari dia . Mana taw lebih kaya ke .hahaha . Yang penting hati kita tetap utamakan Allah yg Maha Besar . Cinta paling agung . Cerita ni betul2 berlaku pada saya . Bukan rekaan . Dengan kekasih curang,ibu bapa kekasih tak restu dan menghina,konflik keluarga,masalah kewangan saya lalui pada zaman remaja saya . Disebabkan tekanan hidup yang terlampau dengan usia yang muda buat saya teringin untuk mencuba benda2 yang merapu2 untuk melepaskan tension… Tiada siapa yang membantu , Allah kirim kan seorang hambaNya untuk bimbing kami ke jalanNya saat kami hampir2 sesat . Syukur Alhamdullilah..
Sy mengalami masalah dilema patut ke sy melepaskan bf sy..kami berkawan berkapel dan merancg khwin thun nie..tp tiba2 dpt berita ayah dia ada calon dr anak kenalan rapatnya..aturan family tp sebenarnya calon tu dah lama tertarik ngn bf sy.bf sy dh bgtau dia dah ada sy..tp pompuan tu xnk ikut cdgn family xberani lawan katanya..bf sy cuba pujuk family tapi lom berhasil..dia swoh bg sy masa.dia xthu apa nk buat..n sy terus mgharapkan dia..salah ke slagi dia belum berkhwin..sy blh berdoa tawakal..xblh nk pksa family dia terima sy..wlpun family sy dah terima dia..sy first time dibutakan oleh cinta.utk menerima nya setiap ari sy solat istikarah kerana klu blh dia adalah jodoh sy..ye sy byk dipilihan ttp Allah detikkan persaan cnta tu terhadap dia..yg dia bukan taste ak..blh ke ak terus mgharap..salah ke?
Assalamualaikum , Terima kasih dengan article ni amat menyentuh hati saya. Saya masih lagi dalam proses berkenalan dengan dia. Baru 6 bulan.. saya rasakan banyak perubahan sejak wujudnya dia dlm hidup saya. Dia mengajar saya lebih untuk jaga aurat. Sebelum ni biasalah, terikut dunia sekarang.. Tudung pendek.. Pakai seluar nampak bentuk kaki. Pakai slipar nampak kaki itu dh jadi kebiasaan utk semua orang. Tapi kita tak tahu betapa besarnya dosa dia bila org bkn mahram tengok. Alhamdulillah dengan nasihat dia suruh saya ubah semua ni, saya jadi lebih baik. Sampai semua org dlm keluarga ni pelik tengok saya hahaha.. Mak saya dkt luar negara. Dia tahu hubungan saya dgnnya. Lagipun saya baru nk spm tahun ni. Semestinya dia akn suruh saya fokus utk pelajaran.. tapi kenampakan mak saya ok dgn dia. Ada kadang2 contact.. Whatsapp. Sebab selama ni saya x prrnah bercinta. Mak saya pun tahu perubahan dlm diri saya ni.. Mustahillah kalau saya tak rasa kewujudan dia bawa makna yg baik dlm hidup saya kn.. Tapi apa2 Allah swt is always first. Saya tak mampu buat lebih dri merancang.. Saya serahkan segalanya pada allah swt. Hanya allah maha mengetahui segalanya kann..