Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa sebenarnya. Jangan letak keyakinan & harapan.

tempoh perkenalan
Tempoh perkenalan belum tentu menjamin kebahagian pada akhirnya * Connection by pecchio

Kau yakin dia betul-betul sayang kau?

Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?

Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah  bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.

Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.

Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Seolah-olah dunia sudah berakhir.

“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.

 Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.

Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?

Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.

Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.

Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.

 

Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa

Kita lupa kita hanya mampu merancang.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,

senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah

merancang dengan cinta. “

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.

Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.

Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.

Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.

Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.

Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.

Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.

“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”

 

Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?

Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.

Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?

Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?

Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?

Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.

Tanpa ikatan.

Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?

Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.

Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.

Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”

Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.

Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?

Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?

Jangan cuba untuk menipu.

Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.

Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.

 

Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri

Untuk tenangkan hati yang rawan.

Apa jaminan dia akan berubah?

Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?

Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?

Kalau berubah, alhamdulillah.

Tapi kalau masih kekal sama?

Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?

Terus makan hati sampai ke akhir hayat?

Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.

Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?

Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?

Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).

If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.

 

Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik

Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

 


* nota tambahan dari admin:

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.

Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?

Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?

Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah. 

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

180 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Lena
7 bulan yang lalu

Bertemu,bercinta dan akhirnya terlerai kasih sayang kerana dia pergi meninggalkan saya dan anak² selepas 18 thun bersama. Sy berpegang kuat pd ayat – bertemu dan berpisah kerana Allah …

yenn
8 bulan yang lalu

Berkenalan dn bercinta slma 11tahun.. masing2 psang impian ingin halalkan hubungan.. namun dipisahkan oleh ajal selepas mnanggung derita sakit dkt setahun, Tuhan lbih sayang dia ?

Ben
1 tahun yang lalu

10/02/2021 adalah ending cerita kami,aku ditolak keluarganya hanya karena aku datang dari keluarga yg kekurangan,betul janji2 yang dia ucapkan senang sangat dia lupakan,dia hanya mengangguk dan redha bila dia disuruh lupakan aku , aku masih cari kekuatan untuk melalui apa yang aku alami saat ini sampai2 aku masi mendoakan jodoh antara kami masih ada walaupun aku tau harapan itu cuma mimpi #SitiNurHatizah 18/05/2019 – 12/02/2021

Last edited 1 tahun yang lalu by Ben
Farid
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum..

Saya dalam situasi begini, hampir sama tapi hubunggan saya dan dia dalam 6 tahun dan sedikit lagi nak masuk 7 tahun.. dan ia, sebagai seorang lelaki, saya memang ego dan keras kepala.. tidak dinafikan perkara tersebut.. dan kemudian kami diuji dan ujian itu bagi saya, bila kita betui-betui sayang kan seseorang tuh mesti lah kita perlu tempuh bersama-sama kan ? Apatah lagi yang sebelum ini janji sumpah setia dan lautan api pun sanggup renanggi kan ?

Tapi bila saja diuji sedikit, dan ia salah itu memang benar salah saya, dan sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, saya cuba berubah kearah kebaikan.. tapi sudah 5-6 bulan saya sedar saya tidak baik dan saya kembali ke jalan Allah yang betui dan walau bagaimana pun, bukan lah selepas kembali ke jalan Allah bermakna saya tidak lagi membuat salah dan silap tetapi sekurang-kurang saya sedar atas kesalahan saya dan berbagai cara saya cuba memujuknya dan masih bertahan sehingga kini. Tapi bila saja baru baru ini dapat tahu yang dia bermesra dengan lelaki lain, hati saya kian hancur berkecai..

dan apa yang saya ingin sampaikan, sebenarnya hubunggan yang terbina tidak kira baru atau lama. Tetapi jika tidak ada lansung tolak ansur atau tidak lansung nampak kesalahan sendiri dan juga terlalu ikutkan hati,ego juga cakap orang lain mesti hancur.
Jika sebelum ini kita pernah ucapkan yang kita sayang padanya, kita sangat mencintainya. Terima dia seadanya.

Zali
2 tahun yang lalu

Saya baru putus cinta ,tapi saya still sayang dia lagi. Memang silap saya ,saya buat dia terluka sampai dia kembali kepada ex dia skrg , waktu saya dengan dia saya tak solat ,lepas je putus saya terus solat sebab saya nak mengadu kat Allah yang saya sayang dia lagi. Mungkin Allah suruh saya perbaiki diri untuk dia selesa dengan saya lagi kan . Semoga dia dan saya ada jodoh, kalau x de x pe tu semua takdir.