Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa sebenarnya. Jangan letak keyakinan & harapan.

tempoh perkenalan
Tempoh perkenalan belum tentu menjamin kebahagian pada akhirnya * Connection by pecchio

Kau yakin dia betul-betul sayang kau?

Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?

Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah  bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.

Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.

Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Seolah-olah dunia sudah berakhir.

“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.

 Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.

Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?

Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.

Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.

Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.

 

Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa

Kita lupa kita hanya mampu merancang.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,

senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah

merancang dengan cinta. “

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.

Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.

Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.

Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.

Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.

Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.

Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.

“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”

 

Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?

Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.

Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?

Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?

Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?

Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.

Tanpa ikatan.

Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?

Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.

Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.

Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”

Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.

Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?

Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?

Jangan cuba untuk menipu.

Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.

Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.

 

Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri

Untuk tenangkan hati yang rawan.

Apa jaminan dia akan berubah?

Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?

Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?

Kalau berubah, alhamdulillah.

Tapi kalau masih kekal sama?

Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?

Terus makan hati sampai ke akhir hayat?

Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.

Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?

Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?

Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).

If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.

 

Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik

Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

 


* nota tambahan dari admin:

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.

Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?

Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?

Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

181 thoughts on “Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa sebenarnya. Jangan letak keyakinan & harapan.”

  1. Artikel ini berjaya menyentuh hati saya kerana ceritanya sama seperti apa yang saya lalui.. alhamdulillah ia membuka mata hati dan menyedarkan saya cinta yang saya pertahankan selama ini hanya sia-sia..

    Reply
  2. Hurm saya pun tengah masih sedih lagi sedih teramat sedih..baru putus bln 12..last keluar 31/12/2016:'( .saya becinta dgn ex bf saya dari form4 2013-2016…4tahun sayang bf syg sgt..kelas sekali..umur sama sekrang umur 20..hurm saya sedih sb bf saya yg putus kn relay kami..dia student..saya keja kilang je..dia study jauh(johor)..saya cuma tunggu dia balik sini ja(kedah) sb nak jumpa dia..umur 18 bln 6 dia pergi stdy..and saya tkstdy sb duit byk nak guna fmly xbyk duit…saya sedih sgt mula2 dia ckp nk pergi sana..tapi dia selalu janji” bie janji tk tinggal syg” dan saya tungu je dia balik tak pernah lost contect…saya slalu cakap kat bf janji jgn tggal saya kalau ada perempuan lain…dia cakap je janji tk tinggal..dan bf balik kedah..cuti sem bulan 12 aritu..saya keluar dgn dia 3kali msa dia cuti sem..petang tu kami keluar..dan malam tu saya tnya dia kenapa saya mnta hphone dia tk kasi mesti tepis tgn saya..dia xjawab .saya wsap dia byk3 dia blutick ja..sb saya tahu kalau dia diam sb dia xnk jadi benda teruk kt relay kmi..dia cuma reply “dok tgok bola nie” pastu saya xpuas hati saya hntr lg wsap. dia reply “kalau tk bole go sgt kita buat haluan masing2 larh” saya tnya lah kenapa ada perempuan lain ka..dia ckp tak pun..lepas tu dia putus kan..sebab dia cakap dh kurang syg kn saya..sedang kan baru ja keluar petang tdi masa tu..saya sedih sgt dengan sekelip mata dia cakap tk sayang saya. laki kalau xda perempuan lain mesti xkn putus kn?? saya nangis sb dia ckp kita bole kawan je kod pas ni. kita break. dia ckp cmtu. saya mampu nangis saya ckp xnk putus nak dia sb dh lama kenal 4thun. saya tnya dia ada pmpuan lain ke dia ckp x. dia ckp dia x buang sya..dia still kwn dengan saya dy still contect dgn saya. saya masih berharap dekat bf saya tu :'( kami x lost contect hanya sbgai kawan.smggu pada tu kami keluar juga berdua lepas break.dia bawak g jln jauh haritu..saya ckp saya syg dia..dia angguk..sya tnya dia sayang sya x..dia angguk. balik tu saya try cakap nak dia balik..dia tutup last seen wsap. saya tnya dia xjwb. hmm saya rindu dia sgt2. masa tu jadi rindu berpanjangan..saya nk jumpa dia..dan kmi kluar lagi g wyang apa smua..dia layan saya macam couple..tpi kmi jumpa tk byk cakap..lama2 dia tutup blutick bila saya tnya dia ckp sb saya ni selalu sedia sgt nk chat n dia. saya sedih. tipu la kalau saya ckp sya xsyg. last kluar akhir tahun 2016 tu. lpas dlm 4hati mcmtu dia xrply sgt wsap sya. sya trgerak hti tnya dia ada perempuan lain tk. tiba2 dia ckp xperlu kod nk jga tepi kain owg kenapa dia perlu ckp mcm tu….saya tnya3. lpastu dia mngaku dia ada pmpuam lain. saya xphm kenapa dia perlu tipu saya. kenapa dia sanggup tinggai saya sb pmpuan dia baru kenal. saya sedih sgt. sedih kenapa sekelip mata cakap tak sayang sya knapa sekelip mata dia lupa sapa saya masa dia susah dulu..knpa dia lupa sapa ada dgn dia dari skolh dulu…sampai skrang saya xdpt jawpan kenapa dia tinggal sya. dia ckpmula putus ritu sb syang dia xmau tgok saya sedih. tpi putus kn lg sedih sgt hari2 nangis :'( sb syg sb rindu. lpastu saya ada text kwn sya. kawan saya sruh tnya dia. “bole x bgtahu saya kenapa awak trima prmpuan tu. bole tk bgthu apa sya buat smpai awk tawar hati dgn saya bole x bgthu apa kelemahan saya dekat awak sya bkn nk gaduh saya cuma nk penjelasan kalau sya bersama org lain nanti. kalau awk bhgia dengan dia itu hak awak. saya cuma nk hak saya sbgai penjelasan. saya bukan nk siksa awak tapi saya cuma nk pnjelasan agar saya boleh paham dan xkn ggu awk lgi. “” ex bf trus reply wsap ckp. “haha dia dh xkapel ng pmpuan tu dh” . dia ckp mlas. kawan jer. saya xpcya. dia hntr scren shot dia mnta putus.saya cuba rebut hati dia balik..saya cuba tnya knpa dia sekelip mata ckp x syg sayang sya. mlm tadi pun sya tnya dia. dia online je xjwb. saya syg dia lg..bkn mudah nak buang sb baru putus. hurm saya rindu dia. kita dh xboleh buat apa2 ka kalau laki dh xsyg kita. saya mmpu doa ja..saya nak dia balik..sb dia ja saya ada kawan n saya dri skolh dlu besar depan mata hurm. knpa dia lupa sapa saya stelah 4tahun couple..saya sedih sgt dia abaikan wsap yg saya hntr walaupun saya mnta sbgai kawan dan xlebih. dia dh putus dgn gf baru dia tu. kenapa dia xnak reply wsap saya hurm sedih sgt. apa saya nak buat :'( saya doa nak dia semula salah tk kalau doa nak dia semula :'( knpa dia lupa bila dia susah sya tlg dia dri segi wang apa semua sya xpnah mnta duit dia bila kluar dri skolh dlu..sya sedih sgt :'( saya rindu diaaa…saya tnya dia smlm nanti kalau dia ada awek baru dia nk tk lepak dgn saya lg. dia xreply. kenapa dia cari baru sdgkn dia thu sya syg dia sgt. org dia cri tu blum tntu syg dia cmna sya syg dia. knpa dia putus saya dn cari yg baru. saya xphm :'( saya sedih sb dia xhargai apa saya buat. prngorbanan saya sia sia…hurmmm sedih kn ditinggalkan tnpa sebab. bgtau la saya apa salah saya..hm sedih sgt saya harap sgt bole jumpa dia lgi. hm bodoh kn saya still berharap dkt org yg xnk kita :'(

    Reply
    • apa saya nak buat bagi hilang rindu dan sayang tu. saya ada tanya ex bf macam mana dia buat xrindu x syg saya. dia cakap sebab dah xsayang kot. saya sampai skrang sedih knapa dia biaq wassap saya tanya. kenapa dia tinggal saya. apa salah saya. xckup setia kah saya selama 4tahun kenal. saya sedih sb dia first love saya. saya xminat nak kenal lelaki sblm ni. tpi tiba2 hati nak dengan dia..tpi di tinggalakn. btul ke org ckp nanti dia akan cari balik? tapi dia x cari pun hurm knapa saya still brharap dekat dia:'( saya sedih nak buat keja xsenang sb slalu pikir dia..hurm apa saya nk buat. saya doa nak dia semula hurmmmm sedih

      Reply
      • Hai assalam. Crita awak sama mcm kisah saya. Sebijik. Cuma saya just 2 tahun lebih dengan dia. Dia berubah lepas masuk sambung belajar. And ada perempuan lain satu course dgn dia. Baru kenal dah saling suka sama suka. Perempuan tu pon sanggup putus dengan bf dia, buat alasan sbb nak study. Padahal diorang dah sama-sama fall in love each other. Sama mcm kisah awak, kitorang putus sbb dia ckp dah x sayang saya. And dia pon tak mengaku ada perempuan lain. Saya dpt tau sendiri, Allah nak tunjuk kan. Awalnya lepas dia terus terang pasal perasaan dia pada saya, saya tergamam and saya cuba untuk positif and bagi dia masa untuk semai balik rasa sayang macam awal-awal dulu. Tapi dia mcm dah tak ada perasaan dah. Kitorang putus. Sebegituu mudah dia lafazkan perkataan tak sayang walhal dah bertabur janji dulu. Dah banyak saya buat untuk dia masa susah dulu, and begitu mudah dia sayang org yg baru dia kenal. Takdak alasan yang munasabah dia tinggal utk saya pasal ni. Luahan perasaan saya berjela jela dia bluetickkan je. Benar la, Allah maha membolak balikkan hati manusia. Sesetia mana pon kita, se sayang mana pon kita dengan seseorang, Allah lebih sayangkan kita. Doakan semoga Allah kuatkan hati kita, dekatkan diri dengan Allah selalu.. No one love us like Allah do, no one cares to us like Allah do. Allah please guide me, please give me guidence. Kuatkan hati kami untuk menerima takdir Mu. Allah kirimkan ujian untuk kita tabah. Bersabar la. Bersabar la. Pelangi akan muncul. Jika sesuatu sememangnya di takdirkan untuk kita, walau dalam berjuta tahun pon, ia tetap tidak akan menjadi kepunyaan orang lain. Nasihat untuk saya dan untuk awak jugak. Sesungguhnya kita orang-orang yang di pilih oleh Allah untuk dititipkan rahmat ujian driNya sebagai satu rahmat kasih sayang dia. Dia nak kita merayu meratap dengan Dia. Percaya la cepat atau lambat, Dia akan bagi kita pelangi satu hari nanti. Semoga kita tabah menghadapi dugaan patah hati ni. InsyaAllah ada jalannya. Ya Allah sembuhilah luka hati kami ya Allah. Sembuhkan lah. Ubatilah hati kami ya Allah. Sesungguhnya hanya engkau Maha Penyayang. Peganglah hati kami ya Allah. Jangan tinggalkan kami. Kami merayuuu ya Allah. Kuatkan hati kami. Berikan yang terbaik buat kami. Ameen ya rabbal aalamin.

        Reply
        • Sama mcm sy.tp situasi bbeza..sy n ex da 6 thun bsama.hbgn sy n ex dpt halangan dr kuarga dia atas alasan sy org jauh n anggapan mrka klu kami kawin sy akan bw lari ex n x blk kg dorg lg.puas mmujuk kuarga dia.sy da bkali2 ckp sy akan ikut ke mn sja ex pegi klu da kawin.nmun dorg x enfah n x ocaya.malah dorg carikan calon tuk ex sy.pd thun lps.ex sy jd buntu.bila sy tny nak sy atau pompuan plihan ayah dia.tp x dpt jwb sbb dia x blh fkir.lbh2 lg mak dia siap ckp klu kami kawin jga mak dia x restu.yg tu dia bcelaru.sy hari2 tnya dia.wspp.cal.smpai dia ttekan.tp dia sndiri x fhm sy pun ttekan.akhirnya ada 1 masa tu fia nekad tgglkan sy.dia ckp nak tolak dua2.sy n pilihan ayah dia.n ex ckp dia nak cari baru n dia da ada pompuan yg nak dikenal.hati sy remuk hanya Allah shj yg tau.6 bln ex biarkan sy tgapai menghadap mslh n kesdihan sorg2.hari2 sy doakan hbgn kami kembali baik n mak ayah dia restu.tp sebaliknya berita mengejutkan sy trima.slps bbrp bln shj dia nekad tnggalkan sy,dia bkawin ngn pompuan 1 opis 1 kja ngn dia.bpangkat bsar.Ya Allah mmg remuk hati sy tgk gamba dia bsanding kt pelamin.yg sblm ni mjdi impian sy.tanpa rasa bslh n tanpa rasa kesiannya kt sy dia snggup buang sgala perasaan syg dia kt sy semata2 nak kawin ngn org lain.sy cuba kuatkan diri.sy cuba yakinkan diri tuk trima knyataan.tp Allah lbh memahami perasaan sy yg msh syg kt ex.smpai skrg hati sy msh x berubah.sy yakinkan diri n pcaya apa yg blaku ada hikmah yg baik tuk sy nnt.wpun skrg msh perit tuk sy trima.sy laluinya sorg2 tanpa sokongan.hnya Allah shj yg sy ada.

          Reply
    • Sabar ye. Sebenarnye awak tak salah ape2 pun. Lelaki ni mmg tak boleh percaya. Kalau dia dh tawar hati dh tak sayang or dah ade permpuan lain ade je cara dia untuk menggelak. Awak doakan dapat jodoh yg jauh lebih baik dari dia ye. Buang masa awak je nak tahu kenapa dia berubah. Baik focus kerjaya awak. Nanti dh jumpa jodoh yg tertulis di luth mahfuz awak akan sedar kerugian tu. Klau betul dia jodoh awk yg tertulis di luth mahfuz dia akan dtg balik dekat awak. So chill ye =)

      Reply
  3. ini sama seperti yang saya rasakan.. memulai suatu hubungan di tahun 2009 dan akhirnya harus kandas di 2017. sulit untuk melupakan semuanya. tapi benar saya masih punya ALLAH SWT. berserah diri kepadaNYA mungkin ini yang terbaik.

    Reply
  4. Selepas baca pngalaman semua yg komen kat sni, baru saya sedar rupanya masalah saya ni x seteruk korng sume. Sye baru berkenalan ngn seseorang dlm sebulan lebih, selama ni saya x bukak hati sye utk sape2 pun. Bila sye dah ready, sye belajar terima sesorang, die kata nk kwan dlu. Mula2 tu dia yg kol n msej saya bnyak kali, even saya x reply, dia still msej n kol. Disebabkan usaha dia tu dan support dari kawan2 suruh saya kenal dia dlu, saya pun layan kan msej dia. Dlm 2 3 hari lepas tu dia mnghilang, tak kol dan tak msej. Lpas beberapa hari baru dia kol dan dia kata dia busy. Hati saya mcm nak percaya atau xnak percaya. Pernah kami keluar tgok movie, karok, dan saya mula selesa dgn dia. Hmm biasa la perempuan, mudah tersentuh hati kalo seorang laki hadir dlm hidup. Cuma satu yang saya xpaham pasal dia, dia suka mnghilang 3 4 hari, tak contact sya lngsung. Susah sya nk pham dia.
    Saya pulak jenis yg kalo dah kawan seseorang tu, saya akan focus kat dia sorang je dan tak akan terima lelaki lain.
    Disebabkan dia tu kdang muncul kdang hilang, buat saya stress sbb saya xtau sama ada dia nk kawan dgn saya lagi atau tak, kalau tak, saya boleh berkawan dgn laki lain. Saya selalu tertunggu2 kol dari dia.
    Apa patut saya buat, terus tunggu dia atau saya kol dan tnya terus pada dia atau saya berkawan je ngan laki lain tanpa pedulikan dia?
    Saya tak pernah bercinta dan saya xtau apa yang terbaik saya lakukan.

    Reply
    • Macam mana cerita sekarang? Senang je lelaki ni, kalau dia senyap tu, try la jadi orang pertama yang start tegur, jangan tunggu, dia sebenarnya nak tengok awak ni betul2 nakkan dia ke, betul2 perlukan dia ke, macam tu la, try la macam apa yang saya cakap ni…sebab saya pun lelaki.

      Reply
  5. saya ada bf, dia ada dua lagi gf lain tapi saya tahu, dia kata dia gunakan perempuan tu untuk duit,sebab sayang saya bertahan.. dia pun selalu cakap dekat saya dia tak ada duit dan dalam masalah, saya ada bagi sejumlah wang banyak jgk la, satu hari kami gaduh teruk pasal perempuan lain dan dia putuskan saya, then saya terus cakap pasal duit tu untuk uji samada dia bole sabar atau tak.. dia terus label saya perempuan berkira dan mengungkit tapi saya tak minta balik pun duit tu, saya cume terlepas cakap.. tapi jauh di lubuk hati saya masih sayang dia,, sekarang dia putuskan semua perempuan tu dan dia ada gf baru,,, pelik kan

    Reply
    • Assalamualaikum w.b.t.

      Princess saya amat tertarik dengan kisah anda.
      Boleh kita berhubung dengan lebih lanjut.

      Reply
  6. hampir 9 tahun sye bercinta dgn tunang perhubugan kami penuh maksiat dn duniawi.. baru ni saya ada bkenalan sorg lelaki x smpi sbulan die byk nasihat menegur amal ibadat saya.. alhamdulilah krn nasihat2 die hati sya mula mendalami agama dn laku kn solat yg sye lme tinggal kn…saya harap kn jodoh dgn dia kerana mampu bawa mdekatkan mngingatkn saya dgn allah.. tapi saya lg sbulan akan berkawin dgn tunang.. sye buntu apakah ini benar jodoh saya.. rse cinta saya dgn tunang sudh tiada krn die slme ni byk mgajar buat benda yg x betul slme ni sye bodoh ikut kn kata2 nye kerana cinta sye sedr percintaan kami x betul tpi sye takut untk berpisah.. lelaki yg saya bkenalan akhir nye bawa diri kerana kecewa sye akn bkawin kerana sye x bterus terg status saya sbelum tu..saya sedih kehilangan sesorg yg mampu membimbing sya mjadi sorg yg solehah tpi sye akn berkawin x lme lg sgala persiapan sudah sedia… saya buntu

    Reply
    • Kisah awak seperti ini.. Lama-lama bertunang atau bepacar tak semesti dia jodoh kita. Ada yang berkenalan sebulan udah kahwin.

      Reply
  7. Assalamualaikum, bila baca ni mcm sama situasi yang saya lalui sekarang. bezanya saya xda penghujung lagi.. Saya da kawan 6tahun .. dia slalu tipu saya.. dia baik cuma slalu curang.. sekarang keadaan saya sgt tertekan.. tambahan pula, family dia gesa nk bertunang bulan depan.. saya sayang dia.. tp saya xrase dia terbaik untuk saya.. n baru pagi td.. terkantoi lagi dia curng.. org slalu tanya mcmner saya bleh tahu, mcmner?? apa yg boleh saya katakan Allah slalu tolong n tunjuk kt saya.. saya yg xserik.. xtau mcmner nk respond mak dia gesa nk beli cincin tunang sama2..

    Reply
  8. apa patut saya buat kalau dia dengan saya bertahun tahun, tup tup, tahun saya dapat tahu dia dah kahwin tahun lepas

    Reply
  9. saya sendiri sedang mengalami, kata putus hanya melalui telefon. bile ditanye sbb diam seribu bahase. bile kakak dye tnye dye bg sebab ade org lain. dlm mse 4ary hati dye berubah. ape salah sye? sye rse sgt dendam . sye xkan pernah maafkan dye. dye lelaki yang lari dri mslh. kakak dye sndri sokong sye. sye bukan x bole trime tapi sye x tau ape punce. sbb alasan dye ade org lain tu hanya alasan semate mate. sye rse lost sgt. dye ckp sye hipokrit. lps putus bru nk ingat tuhan. mengucap pnjg sye . hina sgt ke sye? xkn sye nk cerite satu dunia sye dh ingt tuhan? ya allah. mse tu allah je tau perasaan sye cmne.dye lngsg x nmpk pengorbanan sye selama ni. bukan balasan yg sye harapkan. sye cume nk dye syg sye cmne sye syg dye. x bole nk lupe sye sanggup antr dye blik kg sbb eksiden,x bole bygkan sye tnggu dye pdhal mse tu dye x keje . selama 3 bulan. ibarat saye tanggung dye. tp skunk dye buat sye cmni. dye ckp sye pendendam,suke mngungkit. ape sume nie? sye mmg x mngungkit tp kalo sebab sye nk sroh dye sedar diri dye ckp sye mngungkit cmne? dye lngsg x sedar ke? pengorbanan sye lngsg dye x hargai. sye snggup cri keje prtime semate2 utk dye. sye cri duit lebih sbb sye tau dye ssh cri sye. bodo nye sye. sekarang sye maseh x bole trime kenape dye sanggup buat sye cmni. sye hnya mampu doa biar allah balas yang sepatutnye. biar allah tunjuk kat dye. dendam? ntah la. tp sye x kn prnh maafkan dye. dye sndri lngsg x mntk maaf . lagi teruk dye berkau aku. ya allah kalo ini yang aku dpt ats dosa2 aku ,ampunkan aku ya allah. rse dh trdye sgt tp sye tau sye kene kuat.

    Reply
    • ya Allah Wanna, cerita kita mcm nk sma.. bercinta hingga hujung nyawa segala kucurah pd nya..akhirnya aku ditinggal tanpa kata.. dia block smoa watsup cal pun x bleh .. ya Allah apa dosa ku padanya
      setiap kali balik hometown mmg berubah… hanya Allah yg membalas ..

      Reply
      • Maksud dia pilih yang lain.. tapi kalau jodoh.. dia akan kembali juga; tahu tak. Sebab Tuhan/Allah udah kata seberapa lama hubungan cinta tak tentu mereka adalah jodoh kita. Sebab Kita sebagai manusia terlalu Yakin Dan percaya pacar/tunang lebih Dari hubungan dengan Tuhan/Allah. Maknanya meletakkan hubungan cinta lebih Dari kepercayan kepada Tuhan. Tapi jika Jodoh dia akan kembali juga suatu hati nanti.. sebab jodoh dipercayai tak kemana.

        Reply
    • salam..

      saya sebagai lelaki mohon maaf bila perkara2 seperti yang saudari alami. sungguh tidak faham bagaimana perempuan boleh bersungguh2 untuk seseorang yang belom tentu statusnya dengan diri perempuan itu sendiri. sedangkan lelaki yang saudari sayang itu cuma teman lelaki bukan suami. kenapa sanggup bermati-matian kasih dan sanggup melebihi kemampuan diri untuk cinta yang tidak pasti. akhirnya kecewa ditinggalkan. tapi bila lelaki yang baik yang bersungguh-sungguh untuk menikah jarang temui seperti saudari lakukan. malahan sama saja sifat perempuan itu seperti lelaki yang saudari kasihkan itu. benarlah jodoh itu, lelaki baik2 adalah untuk perempuan baik2 dan sebaliknya.

      Reply
      • Ya, sbb tu saya tak pernah terima salam perkenalan dgn mana2 lelaki selagi saya belom bersedia. Sebab saya tau hati saya mudah sayang seseorang. Jadi, bila saya bersedia utk mngenali seseorang, saya akan terima baik buruknya. Dan apa yg jadi sekarang, lelaki yg saya kenali nmpk seperti tak serius nak kenal saya. Walaupun baru sbln kenal, dia tak betul2 serius utk kenal saya. Saya taknak buang masa saya utk dia. Tapi saya tak tau apa saya perlu lakukan sekarang

        Reply
    • cerita diatas lebihkurang sama dengan saya bezanya saya sebagai lelaki .bercinta sepnuh hati kerana hati ingin mengawininya.bermula hanya berkerja sebagai penjaga cybercafe sehingga mendapat perkerjaan tetap walaupun sbg juruteknik,saya dah mengangap si dia setia berkongsi susah senang bersama.dalam proses mengumpul duit untuk berkahwin sidia sedang belajar dan memandangkan saya tahu latar belakangnya bukan lah orang senang maka saya selalu membantu dari segi kewangan apabila diminta termasuk keluarganya ( tidak pasti keluarganya tahu atau tidak bantuan itu daripada saya ) tidak cukup dengan gaji saya,saya korbankan masa berkerja dikedai makan pada malam hari,menjual sate ,dan pernah terlibat dengan MLM semata2 demi sidia.saya kirimkan setiap bulan sehinggakan yuran pengajian politeknik dan university pun saya bayarkan.keluarganya pun termasuk dalam usaha saya memberikan bantuan sehinggakan majlis perkahwinan kakaknya pun saya rela berkorban sehingga la saat sidia melanjutkan pelajaran diUTHM.pada masa itu saya sudah merasakan saya sudah tidak setaraf dengan sidia oleh keluarganya.saat paling menyedihkan saya beberapa kali menghubungi sidia kerana semenjak memasuki university langsung tidak menghubungi saya,saya dengan bajet didalam poket yang ada saya ke universiti mencari sidia dengan tidak pernah tahu arah jalan dan tuju sabar mencari dan bertanya jalan,akhirnya berjumpa tetapi merasakan ada sesuatu yang tak kena setelah lihat keadaannya disana baik saya pulang ke tempat kerja dipahang,alangkah terkerjutnya suatu hari ibu sidia menelefon saya dan menyuruh saya jangan lagi menggangunya dan berjanji akan membayar wang dan diberikan rm3000.00. apabila menghubungi sidia..sudah tidak lagi digunakan,akauan facebook saya pun sudah diblock sehingga sekarang hati masih terasa apa yang dilakukan.. si dia tidak nampak apa saya korbankan..bukan soal wang masaalahnya.. bagi saya .airmata menitis tanpa sedar ketika ibunya menelefon meminta putus.dan baru2 ini saya tahu si dia telahpun berkahwin dengan seorang cikgu atau pensyarah saya tak pasti tetapi yang pasti gajinya tetntu menjamin kehidupannya .saya harap allah membalas apa yang sidia lakukan kepada saya

      Reply
  10. Hampir 4 thn lalu, Takdir menemukan aku dgn sidia A (bkn nama sebenar). Melalui fb. Pada awalnya, aku yg ketika itu mmg tiada minat utk berhubungan serius dgn lelaki & lbh suka sibukkan diri dgn kerja & aktiviti bersama sahabat. Krn dh terlalu biasa hidup single agaknya..

    A selalu bertegur sapa dgn aku melalui fb Chating. Aku layankan sajalah. Kebetulan lak aku berkerja sendiri, kadang 3-4am belom tido, siapkan tempahan kastemer. A rajin check tgk kalau nmpak aku online, dia pasti akan menegur.
    Boleh kata setiap hari dia akan menegur aku. Lama kelamaan aku rasa selesa utk berchating dgn dia.
    Pernah dia mntak no hp aku, tp aku masa tu mmg kurang suka nk bg no hp pd org yg kurang dikenali + aku rasa malas nk layan sembang2 camtu. Kdg bila masa aku bekerja, aku mmg perlu konsentrasi penuh. Tu jd malas nk melayan kalau org call.

    Tp A tak berputus asa. Selalu dia bodek2 aku nakkan no hp.
    Satu ketika tu, aku perlu nk menempah Sticker utk produk aku.
    Kebetulan A berkerja dlm bidang tu.
    Masa tu laa A akhirnya dpt no hp aku.
    Terus dia call & ckp comeynyerr suara.. =D
    Aku ni jenis suka melawak, aku katalah pd dia, dh mmg aku comey ponn.. tergelak besar dia.
    Sejak tu la A selalu call aku. Sbb aku rasa dia mcm ok jerr, aku layankan jer laa..
    Lama kelamaan, kami berjumpa.
    Pertemuan pertama di Cafe Tepian Bangi, sek 4.
    Dan.. selepas itu aku mula lalai leka alpa dgn cinta manusia..
    Solat, tp hati tak sepenuhnya. Perkara2 sunat susah nk buat dah. Dulu rajin mengaji baca yassin, skrg dh mcm jarang2.
    Selalu keluar tgk wayang, jln2 di 1u, (sbb dekat dgn rumah aku, senang nk blk) Layan movies.. Tp hati tetap yakin pada A krn dia seorang yg jaga solat lembut tutur katanya, penyabar.. dan paling aku suka dia pembersih + tak merokok.
    Akhirnya setelah hampir 4 tahun, semalam (01/06/2016) dgn rasminya Allah menarik blk semua nikmat kegembiraan yg hanya sementara itu
    Disingkap kebenaran disebalik sifat baik A.

    Rupanya dlm diam dia akan menikahi pilihan keluarganya lps raya ni. Katanyerr laa..
    Hati hancur luluh terasa, jiwa terasa kosong, mcm org sasau bercakap sendiri bertanya pd diri apa salah aku..
    Dpt tahu pon dr rakan sekerja dia jerr. Patot laaa A mcm lain, sikap mmg lain sgt dr mula2 kenal dulu. Bila ditanya, dia mengelak jerr. Terus tukar topik.
    Last2 diberitahu dia sdg sgt stress tertekan sedih skrg. Perlukan masa utk sendirian. Bg masa hmpir 2 bulan utk dia bertenang..
    Tiba2 naluri terdetik utk menyiasat. Dan itulah rupanya kebenaran sebaliknya.
    Pergi ofis dia semalam tggu di luar berjam2 utk dptkan pengesahan dia & nk tau kebenaran n penjelasan. Supaya nnti aku tak perlu lg nak tunggu2 dia.
    Terpaksa aku call no ofis dia sbb semua komunikasi dgn aku sdah di block. Sms received, tp aku pasti dia terus delete tnpa mmbaca dahulu.

    Dia berpakat dgn receptionist ofis suruh katakan dia tak masuk ofis. Padahal aku dgr suaranya diblkg sinun. Aku katakan pd receptionist tu, aku dh call awal td dia kata dia masuk ofis. Terkulat2 receptionist tu.. ehh yee kerr kata dia. Terus aku bgtau aku ada diluar ofis, nak jumpa dia sebentar saja.
    Lamaaa aku menanti, berdiri berjam2.
    Malangnya, Dia taknak jumpa aku, langsung taknak bg apa penjelasan. Terus larikan diri elakkan diri. Keluar menyorok2, terus blk keja sblm pukol 6pm.
    Slps tu dia cuma sms..
    “Assalamualaikum! Saya encik A. Sudah berkahwin dan tak mahu diganggu.. Terima kasih!”

    So unmatured & tak gentleman.
    Bukanlah niat aku nk ganggu kerja & hidup org, cuma aku perlukan kepastian.. Aku kira, mana2 wanita pon akan ada perasaan mcm ni…

    Allahhuakbar.. hancur luluh rasa hati, rasa terhina rasa diri mcm sampah..
    Setelah hampir 4 tahun… Drp A yg miskin takde apa kemewahan, cuma ada sebijik basikal. (ada kes dia kena tipu dgn kwn masa membangunkan satu company tu dulu). Dia yg baru kembali nk mulakan semula kerjaya di tempat baru, dgn gaji tak seberapa. Aku tak pandang semua tu. Aku terima dia seadanya..
    Akhirnya.. ini jer yg aku dpt..
    Gerak balik dr Bangi (dia stay & kerja di bangi) pukol 1am lebih baru aku smpai rumah di damansara. Dlm erl, air mata tak henti mengalir…

    Terbayang flash back semula segalanya kenangan, salah silap diri.. tak sudah2 aku asyikk salahkan diri sendiri krn A berubah..
    Smpai rumah, terus mandi.. Solat, solat taubat, istighfar byk2
    Pedih sgt hati. Mata terus takde rasa mengantuk. Padahal hari sebelomnya pon tak blh lena sepanjang mlm krn memikirkan dia..
    Atas sejadah aku renung kembali semua salah silap aku..
    Takde sgt salah aku.pada dia. Dia yg Munafik, hipokrit tak tunaikan janji & tipu aku.

    Aku bersalah besar pada Allah SWT krn lalai sewaktu bersama A.. dh lama tak mengaji, Yassin..
    Aku tgk Quran, aku menangis sesungguh2 nya..
    Aku kesal krn aku yg dh kira usia matang mcm ni pon boleh terlalai krn cinta. Apatah lg kalau yg muda remaja tu kann..
    Hampir sepanjang malam aku menangis, mengadu pada Allah.. smpai aku terlena masa bila aku pon taktau.
    Allah bukakan mata hati nmpak mana kurangnya aku. Aku berazam ingin tebus balik semua dosa2 lalu & jg lebih baik dari dulu.

    Paginya aku bangun, kurang sikit rasa sakit hati dikecewakan & tak lg rasa aku yg sgt bersalah krn tu A ikut pilihan keluarga.
    Mudah jer sebenarnya. Kalau betol A cinta & syg aku sgt2 mcm yg selalu dia sms WA dulu, dia pasti akan pertahankan aku & bwk aku jumpa family dia kann..

    Sejak tahun ke-2 hubungan, kami selalu berselisih faham, aku sering rasa terkilan, menjeruk hati krn hal nikah ni. Smpai pernah beberapa kali aku mnta supaya akhiri saja hubungan ni krn aku tak rasa mcm A serius nk nikahi aku. A merayu2 mohon aku sabar. Katanya, dia belom cukup kumpul duit. Susah cari rumah sewa murah area Bangi kata dia. Dia mntak aku bersabar utk sikit masa lagi…
    Aku diamkan diri saja.
    Tp biasanya dia berjaya jugak pujuk aku akhirnya. Krn kenangkan sisi baik A, aku timbangkan setiap sikap baiknya… aku teruskan lg hubungan dgn dia…
    Patot laa A byk dolak dalih bila bincang hal nikah kami…
    Rupanya… :'( :'(

    Tak mengapalah, setiap perbuatan itu akan ada balasannya. Kalau A rasa dia blh hidup senang, aman bahagia smpai mati dgn melukakan hati aku, menipu aku.. terpulanglah pd dia

    Aku dh terima bahagian aku. Aku anggap semua ni kifarah atas dosa2 & kelalaian aku.
    Aku belajar utk redha.. & aku belajar utk memaafkan.

    Sebenarnya bercinta ni lbh byk buruk drp baiknya..
    kecuali iman mmg betoi2 kental didada..

    Kpd A, jika satu ketika nanti hidupmu rasa menderita, sedih rasa spt sampah..
    Begitulah bagaimana rasanya aku diperlakukan oleh kau.
    Aku harap aku dpt move on dgn kadar express. Aku taknak Ramadhan yg bakal tiba sikit hari saja lg ni dicemari dgn sakit hati dan dendam.
    Lgpon byk tempahan kuih raya yg aku nk kena selesaikan.

    Krn A, semua kerja2 aku terganggu & terbangkalai krn asyik terfikir apa lah masalah dia.
    Mujur Allah bukakan hati aku utk menyiasat. Kalau tak entah smpai bila aku akan terus setia mereput menunggu dia dgn sia2 dan fikiran serabut kenangkan dia.

    Alhamdulillah.. walaupon sptnya sudah terlewat, aku ttp bersyukur krn masih diberi peluang utk kembali kepadaNya… :'(
    Bertabahlah hati. Aku pasti boleh. Aku boleh bahagia & gembira mcm dulu walaupon tanpa A.
    Dia tak cukup baik utk aku. Dia lbh banyak merosakkan emosi aku.. drp menjadikan aku seorang insan yg lebih baik..

    Sekurang kurangnya aku masih ada baby, ank angkat yg ku bela hampir 4 tahun lalu juga..
    Cuma kesian baby, selalu bertanyakan A. Dia dh anggap A sbg papa dia.. :'( :'(

    Reply
    • Ya allah… kisah hampir sama… waktunpun lebihbkurang sama tika masa skang neh…. beza nya saya lelaki die perempuan….die yg putuskan hubungan sbb ada lelaki lain .. dn pergi tanpa apa2 sebab tiba2… emm terima kasih dengan perkongsian cerita kamu neh .. moga sama2 kite tabah dn redha bile diperlaku begini… I shaaAllah tuhan bersama org2 teraniaya…

      Reply
    • allahurobbi. bila dibaca kisah awak, saya rasa awak lebih kuat dari saya, dan ujian awak lebih mencabar. :'( lelaki berkuasa untuk memilih, kerana itu mereka menganiaya wanita. saya berdoa pada Allah moga 1 hari nanti Allah berikan penyesalan pada lelaki yang sering mempermainkan perasaan wanita.

      Reply
    • Situasi yg sama sy hadapi lps raya buah hati tiba2 kata nk kahwin dgn org laen, tp bkn pertama kali jadi begini dgn yg sblm ni pn brcinta 6 tahun akhirnya dia kahwin dgn org laen jgk. Mmg terrible sgt time 2 bt lesson learn cuma skang x brape luka sgt sbbnye mmg dh niat sblm sah jadi isteri sy xkan biarkan ia brade kukuh dihati. Insyaallah tuhan akan sediakan yg terbaik cuma sbgai umatnye kdg kita khilaf dgn nikmat dunia.

      Reply
    • Situasi sama seperti saya, dimana perasaan kita dipermainkan, maruah dipijak2 dan harga diri seperti murah. Allahuakbar, saya mohon sangat Allah lapangkan hati dan saya juga berdoa diberi kekuatan untuk melupakan dia dalam masa sama, saya berdoa kesakitan yang saya alami akan dia alami akhirnya nanti. Sungguh, saya rasa teraniayai dengan dia bila dia merendah2kan saya.

      Reply
    • salam..

      coretan yang panjang dan penuh dengan kisah yang perlu di ambil iktibar. aku mewakili pihak lelaki mohon maaf atas kecurangan “A”. semoga saudari tabah dan bersabar. semoga temui insan yang sebenarnya jodoh saudari.

      Allah bersama dengan orang yang bersabar.

      Reply
  11. Sy baru saja dilepaskan melalui sms oleh suami saat sy mengandung ank pertama kami. Dia tidak mahu komitmen dan dia temui wanita lain yg mampu jamin kesenangan untuknya..

    Sungguh besar ujian Allah buat saya..

    Reply
    • Fassobrun jamil..hmm..knl 7 taun..4 taun bersama..trllu bnyk korbankn hati..saat mngandung ank kedua,dilepaskn..dibiarkn terkontang kanting dgn culaa nafkah iddah n ank2..bkn sng nk ilgkan trauma..bkn sng nk mnjdi kwan semula..allah bgi pluang nk bujang n flirt, just go..silap diri..sandarkn kasih syg terhdp manusia..paoepun..move on n berserah kpadaNya..

      Reply
  12. Sy baru saja dilepaskan oleh suami saat sy mengandung ank pertama kami. Melalui sms. Atas alasan sudah tidak boleh bertahan krn tidak mahu komitmen.

    Reply
  13. saya bercinta dari sudah lebih dari 6 tahun saya sygkan dia dia baik sentiasa membantu saya dan akan ada jika susah sekali mana pon ,saya rasa sangat bahagia cuma saya plik kenapa 2 tahun kblakangan ni dia macam berubah , puas dah saya cari silap dia adakah dia mmpunyai gf len atau hanya mempergunakan saya , kami belajar bersama2 di satu negeri . saya sangup mngu dia walaupon saya da lama sngat habis degree sdgkn dia masih mangambil diploma sbb cinta saya jadi buta dan bodoh dia berkli2 mnyakitkan hati saya dgn perbuatannya dan kmi sering bertengkr kerana dia seperti budak2 dn tidak matang dlm membuat kputusan . saya rasa dipergunakan sbb setiap kali keluar saya akan belanja wang hasil kerja saya , xksah la mkn ke pkai minyak kereta smp barang keperluan dia saya bg dan saya cuba penuhi saya x pernah berkira tp aty saya seperti disiat2 apabila dia memaki saya sesuka hati dan mencari saya hanya untuk mnggunakn saya dia sudah bnyk berjanji untuk berubah tapi ttp sama saya menyesal kerana terlampau mementingkan dia smp aty saya sendiri takda sapa dia ksh saya tau saya bodo tp sukar saya untuk lpaskn dia sbb saya sudah lma bersama .saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya berikan petunjuk jika dia bukan jodoh saya tp bila saya da move on dia cuba dtg kpada saya tanpa rasa bersalah 6 tahun saya rasa sakit tp saya degil dan skrg kami selalu bertengkar dn dia jugak tidak seperti dahulu saya ambil langkah untuk mninggalkn semuanya dan saya harap Allah berikan petunjuk dan jodoh terbaik buat saya . /semoga allah bg kekuatan untuk saya , saya x sngup pg bersedeh dan mngis setiap hari . hmmmm

    Reply
  14. Sy pernah bcnta dgn sorg llki mllui fb..jarak umur msa tu 9 tahun dn sy msih stdy lg frm4 dia pn msih lg bljr msa tu..sy sygkn dia dsbbkan prwtkan dia yg lmbut..pnyayg..slama 4 tahun hbgn kmi xda msalah apa2..dn sy pcyakan dia..sblm ni kmi mmg prnah brcdg nak mnikah..tp sy mnta dia tgu sy hbis stdy..nikah smbil stdy (degr)xda msalah..dia pn kata ok sggup tgu sy…dah xlma msa tu pn sy dah hbis stpm..tp xthu knp awl 2015 hbgn kami xmcm sllu..wlaupn dia cb nak hppykn sy tp sy dpt rs ada yg x kena..dia xprnah tggikn suara dgn sy..marah apth lg..3 bulan sy tgu dia bgthu sy knp..mmndgkan dia krja hntar jmaah umrah kdg sbulan dia ke sna..smpai la satu malam(bulan4) sy xtahan dn nak thu sbb apa dn knp dia brubah dn x layan sy mcm sllu..sy paksa2 dia dn akhirnya dia kata dia trpaksa menikah..

    Hncur hati sy hnya Allah je thu masa tu..lps kol tu dia mnta sy bgun solat mnta tenangkn hti..katanya tggal sbulan je lgi..smua atas sbb kluarga (katanya) dn sy mnta dia fkir btul2..dn dia sdri ckp dia akn cb prthankn hbgn kami..spnjng tmpoh sbulan tu,sy mnta dia spya x fkir soal ni dn lupakn smua msalah..bt mcm mula2 kenal..hppy..msa tu sy rs ada hrpn utk kami smula…

    Smpaila stu hari sy prsan dia sbuk sgt..katanya dia trpksa ulng alik dr klntn ke kL sbb nak uruskn krja msa tu..sy mmg dh dpt rs..tp sy cb nafikan dn tgu dia smpai smuanya slsai..3 hri kmudian dia cntct sy balik..hbgn kami mcm biasa..dia kol sy..sy mnta gmbr dia..dia bg tp tu la mgkin Allah nak tnjuk kt sy msa tu..sy prtikn gmbr tu btul2 ..sdihnya Allah je yg thu..rupanya dia dh kwin dn skitpn x bgthu sy..dlm gmbr tu sy nmpk jari dia yg brinai..sbulan kmi x cntct lepas tu..

    Kmudian dia dtg balik..dn mngih cinta sy..dia kata dia x bhgia..dpndekkan crta..ttba istri dia wsp sy..dn dr sna sy thu btul ke prnkhan tu smua atas sbb kluarga..wife dia kata x..dia knal dgn tunang sy d jordan(bulan2) dn mnikah atas sbb suka(bulan5)..

    Sy x sgka org yg sy pcya slma ni sggup bt sy mcm tu..sedih…

    Reply
  15. Assalamualaikum….cinta itu buta……ye betul..buta sampi xtahu akhirnya jd mcm ni….kalau sy tahu sy xkn libatkn dri dlm idup dia.sy knal rapat sesudah abis sek…dia sakit thalasemia…sy pujuk fmily terime even ayah menentang kuat..3 ari sebelum ayah meninggal..dia cakap kat sy abah izinkn dgn syarat kalau jd ape2 pandai2 selesaikn…akhirnya kami bertunang..keluarga dia baik….tp sepnjg tempoh tu..sy selalu menangis…sy korban semua……solat ke mane…hancur semua..kini baru srbulan putus tunang…dia sudah ade pnganti n fmily yg awlnya menyukai sy membuang sy…..tahajud sy wat…….taubat sy wat…da akhirnya sy fhm…..sy telah jd yg lebih baik dri bersama dia…….

    Reply
  16. Yg nk pening2 pala wat pe …suka ambik .x suka x yah ambik mcm beli ikan :). Tpi kdang ikang yg d beli n bwk umah rupa2 dh busuk lagu mana nie hok aloh. Life terlalu pendek pikir bende remeh2, pikir mcm ne nk mati nanti auzubilah. Buang yg penuh isi yg kosong.

    Reply
  17. Assalamualaikum, sebelum saya nak tanya soalan..nak cerita dulu kronologi ni..HARAP BERSABAR ye panjang nak cerita ni..huhu

    Mula kenal dia tahun 2004, time ni masih sekolah (jarak usia kami 3 thn..huhu). Awalnya saya tak kenal pun dia sehinggalah saya dpt surat drpd dia melalui seorg kwn (surat cinta..huhu)..saya tak layan sebab time tu saya masih budak lagi dan masih sekolah.

    2006-2008, Dia tamat sekolah dan meneruskan pengajian ke IPT (saya masih sekolah di tempat yg sama). Masing-masing dgn haluan dan tidak lagi pernah jumpa dia..

    2009, dia menghubungi saya (tak tahu la mana dia dapat no telefon saya..huhu). Saya masih tak layan juga sebab masa tu saya belajar di matrikulasi nak fokus pada pengajian sahaja. Selepas itu, tiada lagi pernah dengar khabar dirinya apatah lagi jumpa dia.

    2009-2012, masing-masing dengan haluan berbeza, dan pd thn 2012 saya nak tunggu konvo barulah saya buka akaun facebook (baru nak bermedia sosial..huhu) saya terjumpa facebook dia, sekali lagi nak ulang..terjumpa ye..Hati tergerak add dia namun seminggu saya tunggu dia approve..haha..akhirnya cancel request friend tu bila tengok profile pic facebook dia seorang perempuan (dia dah ada gelpren..huhu). Teruskan kehidupan.

    2013, buat pertama kali jumpa dia setelah 7 tahun, masa tu saya hantar adik-adik ke sekolah (saya jalan kaki, dia naik kereta..huhu) tapi hanya berselisih macam tu je la. Selang beberapa bulan, jumpa dia lagi di majlis kahwin seorang kawan dan hanya pandang dari jauh je la (malu nak tegur..huhu)

    2014-2015, Masing-masing dengan kehidupan, dia dah kerja kat tempat lain..saya pun dah kerja di tempat sendiri. Pd pertengahan 2015 saya dah berhenti kerja (ada sebab la berhenti) dan merantau ke suatu tempat yang lain. Saya ternampak dia (tempat dirahsiakan) dan saya berpura-pura tak nampak dia bila sedar dia juga ternampak saya. Macam tu je la…

    Hujung tahun 2015, dia add saya di facebook..hati rasa lain dah (debaran tu tak tau la macam mana nak terangkan) saya approve. Tunggu 5 minit mcm tu, dia msj saya di facebook (soalan biasa je tanya pasal khabar) dan lepas tu dia minta no telefon saya. Saya ambik masa 10 minit baru bagi no telefon. Lepas tu perbualan tamat macam tu je la..huhu

    Awal tahun 2016, dia whatsapp saya (debaran tu tak tau la macam mana nak terangkan). Kami berbalas mesej pasal perkembangan masing-masing dan saya memang mula bingung kat sini…dia ada tanya sekiranya saya dah ada seseorang, saya jawab je la yang saya tak pernah ada..sebab mmg tak pernah pun ada jatuh perasaan kat sesiapa (jujur ni..memang tak pernah)..lepas tu dah tak msj lagi..masing-masing diam. Teruskan kehidupan.

    April 2016, dia lamar saya (mak aih..debaran saya tu lagi la tak tau macam mana nak terangkan). Saya memang bingung dah, dia kan dah ada gelpren lepas tu kenapa tetiba lamar saya pulak. Bila saya tanya..dia dah ada seseorang ke..dia jwb dia tak ada (pelik kan..ke dia dah putus dgn gelpren dia tu??). Saya pun tanya ayah saya lepas tu msj pd dia..minta dia tunggu saya untuk bersedia, kalau dia tak dapat tunggu..saya doakan dia jumpa org lagi baik drpd saya. Selepas tu, tiada lagi msj..masing-masing diam.

    Soalan saya,
    1.Sepanjang tempoh tu 2004-2016, dia masih suka saya ke selama ni?
    2.Kenapa dia tak bagi respon? adakah dia sudi tunggu saya ataupun tidak ni? huhu
    3.Dia dah lamar saya kan..tapi dia ada upload pic gelpren dia tu (ada cerita lagi pasal ni tapi nanti makin panjang pulak kalau nak cerita lagi). Soalannya, dia ni kenapa?? lamar saya tapi masih bercinta dengan gelpren dia ke??

    Saya dah buat istikharah dan sejak dia lamar saya tu, perasaan tu tak tau la nak terang macam mana..saya tahan rindu dengan doa..doakan dia dalam diam..dan saya bersabar menanti. Saya tak boleh la nak tanya dia secara direct…jadi, bila baca artikel ni saya harap ada pembaca yang boleh tolong jawabkan mengikut perspektif masing-masing. Bersangka baik. Wassalam.

    Reply
    • salam..saudari

      senang cerita yang lelaki tu cuma nak perhatian dari saudari sahaja. segala perbuatan dia hanya untuk isi masa kosong dia samada dia tengah bergaduh dengan GF dia atau dia nak perhatian.

      jadi, elakkan dari berhubung dengan lelaki itu atau menyesal tak sudah lain hari.

      Reply
  18. Artikel ni btul2 kena pada situation sy. Saya bercinta dah masuk tahun ke 7. Bertunang March 2015. Sepanjang pertunangan, tunang bertukar tukar perempuan sampai satu hari, 2-3 sebulan hari pernikahan, dia mengaku dah curang dan nak masa untuk berpikir sebab dia nak kawin dengan kedua duanya. Kahwin satu pun belum pernah dah pasang niat kahwin dua sebab perempuan tu sanggup jadi bini ke dua. Berkecai hati ni. Saya bercinta, sayang dia, tak pernah kurang. Dah macam layan lelaki konon nak praktis. Bayangkan butanya saya sepanjang bercinta. Sampaikan satu hari saya minta dia buat pilihan, saya atau perempuan tu, dia tetap taknak putuskan hubungan dengan perempuan tu tapi masih mahu kahwin dengan saya. Jadi, saya tekad putus tunang. Saya buang contact dia, segala connection semua. Sampaikan dia datang dengan ahli keluarga dia, nak percepatkan pernikahan. Saya yang sayangkan hubungan saya yang saya pikir dan terlalu lama. Saya dah kenal dia. Dan saya fikir takda org lain yg boleh paham saya macam dia. Jdi, walaupun hati takut, saya tawakal, serah pada Allah SWT. Kalau dia nak curang lepas nikah, saya redha. Lepas pernikahan, dalam lebih kurang sebulan, bahagia tu, tak dapat saya gambarkan tapi satu hari saya ternampak dia berhubung lagi dengan perempuan tu. Bila ditanya ada masalah katanya. Bila saya desak, rupanya perempuan tu mengandung anak luar nikah suami saya. Allahuakbar! Besar btul dugaan saya. Sedangkan saya belum mengandung lagi sebab baru sahaja bernikah. Sedih bukan kepalang. Kalau takda agama, mungkin saya lama dah ajal. Bunuh diri. Tapi saya minta petunjuk Allah SWT. Saya boleh saje tuntut cerai tapi cerai bukanlah penyelesaian. Tambah pulak saya juga disahkan mengandung. Kerana memikirkan nasib anak kalau saya bercerai, saya masih bersama suami dan suami juga telah bernikah dengan perempuan tu di Thailand. Bukan saya tak bagi izin, tapi proses ye mudah. Saya redha dan saya serahkan pada Allah SWT. Baru sahaja bernikah 2 bulan, saya dah dapat madu. Madu yang suami saya baru kenal 4 bulan. Saya nasihatkan, jangan dek sayangkan hubungan yang lama, yang penuh penipuan, sanggup kita korbankan diri. Buat keputusan betul2, sebab bila dah bernikah, lain pulak situasi dia. Lebih lagi mencabar. Sabar dan yakin Allah SWT dah sediakan yg terbaik untuk kita semua.

    Reply

Leave a Comment