
Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?
Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.
Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.
Seolah-olah itulah penamat.
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.
Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.
Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa
Kita lupa kita hanya mampu merancang.
Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,
senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah
merancang dengan cinta. “
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.
Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.
Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.
Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.
Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.
Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.
“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”
Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?
Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.
Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?
Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?
Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?
Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.
Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan.
Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?
Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.
Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.
Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.
“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”
Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.
Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?
Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?
Jangan cuba untuk menipu.
Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.
Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.
Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri
Untuk tenangkan hati yang rawan.
Apa jaminan dia akan berubah?
Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?
Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?
Kalau berubah, alhamdulillah.
Tapi kalau masih kekal sama?
Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?
Terus makan hati sampai ke akhir hayat?
Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.
Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?
Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?
Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).
If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.
Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.
Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.
* nota tambahan dari admin:
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.
Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.
Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?
Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?
Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah.
Sejujurnya artikel ini sama kesemuanya apa yg telah sy alami.. Ianya sgt menyeksakan jiwa.. 5 tahun bercinta 5 tahun bertunang memakan masa 10 tahun perhubungan.. tetapi tiada kesudahan.. sy selalu berdoa andai dia jodoh yg telah ditakdirkan, sy mohon Allah permudahkan hubungan kami, tetapi jika dia bukan yg tertulis di Loh Mahfuz sy mohon agar Allah beri petunjuk pd sy.. Allah tunjukkan ape yg harus sy lakukan.. Doa yg tak pernah putus dan akhirnya sy membuat keputusan memutuskan pertunangan.. itu jalan yg terbaik, dr sy terus rasa terseksa jiwa memikirnya yg dia tak pernah nk berubah..
Bukan mudah membuat keputusan dan menerima semuanya.. hanya yg alami dpt merasakannya.. sy percaya sejauh mana kita cuba pertahankan hubungan jika Allah kata bukan jodoh kita, maka dia tetap bukan jodoh kita begitu sebaliknya.. pada sy jika terjadi hal sebegini jgn berhenti doa mohon petunjuk pada Allah.. serah hati pada Allah kerana dia pemilik hati ini.. untuk apa kita terlalu mengejar cinta manusia sedangkan kita sepatutnya mohon pada yg memberi cinta iaitu Allah.. mohon pada Allah.. doa sungguh2..
Perpisahan ini banyak mengajar sy.. sy kena muhasabhah diri.. mugkin sy terlalu mengejar cinta manusia lalu perpisahan ini teguran dr Allah.. percayalah dgn janji Allah.. Allah akan menggantikan yg lebih baik.. cuma kena sabar, usaha doa..
Sy sedang berusaha menjadi lebih baik.. insyaAllah.. doakan sy.. ;)
Saya bercinta dgn mr s selama 6 tahun.. kami berkawan selama 3 tahun.. dan.. total sy kenal dia adalah 9 tahun.. ye.. memg lama.. dari zaman sekolah mengah smpailah dia masuk u, sy kerja.. dan sy slpas dkt sthun kerja barulah sy dpat masuk u… lepas sy masuk u, mr s dah sangat berubah… ye.. mmg sy mendiamkan dri slama 3 bulan kerna sy mndrita sakit.. dan bila sy mncri dia kembali ternyata dia dah berpaling dari saya.. layanan lembut utk sy dlu kini dah menjdinkasar.. cacian xlekang dri mulutnya.. tp.. sy still sabar sbb sy msih syg…sy cuba daptknnya kembali.. tp… hati dia dah mmg berubah sgt2.. sy seolah2 xkenal dia siapa… sy thu dia bhgia skrg.. sy cuba move on.. tp sy xblh.. dan skrg sy msih mncuba move on.. alhamdulillah slow2 sy dah blh.. sbb sy thu dia bhgia.. n sy pun nk bhgia.. xguna sy mndrita sdgkn dia bhgia… sy thu dia lelaki yg baik sbb dia btul2 mnjga solat dan aurat prempuan tu… lama2 sy sedar sy bukan utknya… sy hnya sekadar persinggahan… dan ini adalah ujian utk Allah kat sy… disbbkn mr s jujur sy ckap sy btul2 lalai.. al quran kemana, akhlak kemana, maruah ke mana… Allah rindukan alunan suara sy yg membaca alQuran.. Allah tarik mr s dari saya… supaya sy xlalai lagi.. terima kasih ya Allah… adik2 atau kakak2 yg ptus cinta jgn ikutkan perasaan yer… tlg fikir apa hikmah disebalik semua ni… dekatkan dri dgn Allah.. in sha Allah akn teng dan redha.. percyalah setiap kesedihan akn digantikan dgn kbhgiaan.. tunggulaa… yakin laa dgn Allah… walaupun seminggu, sebulan, setahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun sekalipun yakinlaa dgn Allah.. kebahagiaan itu pasti… :-) senyum.. la tahzan..
Assalam… sy kenl 5 hari trus brtunang. knl pn stakt kenal tuan badan je hati budi tak tahu. d sbb kn sy single n tak suka couple sy trima pinangn dia. bukn tak penh couple ada la juga pngalman brcouple tu, tp tiap kali sy trjatuh hati sy akn ckp kt bf sy tuk cari orng lain y lbih baik n cntik dr sy. sy nk uji ketulusan cinta dia. dr situ sy akn nmpk y mane jujur y mane tak. tp tiap kali sy ckp pasal cari org lain hati sy rabak, sdngkn sy y suruh.
skrng sy trckp kt tunang sy cari y lain y lbih baik dr sy. sebuln lgi kami akn brkawin tmpoh prtunang kami 2 bln je. sy tak tahu la apa perasaan dia. Salahkah sy? sy ckp sbb sy dh ada syg kt dia. sy ckp nk kt sy truskn, tak nak tinggl awal2, jngn nk main2… dia ckp dia emang dh jatuh hati kt sy, tp sy mash tak blh nk gembira dg ucpn dia. selgi dia blum sah jd suami sy tak akn jatuh hati. sy tahu jodoh d tangn Allah. Dia jugk sudh menentukn sape jodoh sy. sy terima je… Harap2 semua brjln dg lncar tuk kami mnjadi suami istri y sah nnti.
Wahhhh !! Menarik artikel ini. Tpi sya tidak mmpunyai ap2 pegalamn ttg bercinta.. sbb sya x pnh bncinta… cinta monyet msa darjah 6 tu ada la. Main surat smua tu. bkn serius pon. Main2 je dlu. kwn kwn ejek2 msa kecik2 dlu dgn sorang kwn seklas sya. biasalah kan waktu budak sekolah dlu. Dh lama. Darjah 6 dlu. Main2 pondok. Best kan zaman skolah dlu ? Hehe. Tpi sya mmg x tahu nk ckp psl cinta.. sbb sya x alami sndri. Dan skrg sya tgh mncri cinta saya. Skrg sya 21 thun. Sya x pnh bncinta bertahun tahun lamanya.. x pnh. Sya tringin nk bercinta. Mungkin khidupan sya lain… sya dgn cra hidup sya.. bkn x bkwn dgn lelaki. sya rmai kwn lelaki. Tpi sya ni jns x ambil berat sgt pasal couple2 bagai. Study je memanjang. Hahaha.. kwn2 ckp pasal couple pon mls ambik port.. mungkin pintu hati ni x terbukak lagi utk lelaki. Haha. Study je kja siang malam. Sya akan kongsikan artikel ni kpd kwn2 sya yg bercinta. Heheh.. sya jumpa artikel ni sbb sja je taip pasal cinta kt google. tiba2 ada blog ni mcm menarik. Layan je lah. pasti ada org yg x pcaya yg sya x pnh bcinta ? X pnh ada psangan? Kan ? Yg boleh gayut tiap mlm.. mesej setiap hri . Mesej sweet2. Wahhh.. untungnyer. Sya x pnh. Emmm.. sya x tahu sapa pasangan sya suatu hari nti. Sya selalu berdoa pda Allah supaya Allah kurniakan seorang lelaki yg mencintai sya kerana Allah.. itu shaja.. sya ni jns prempuan yg utamakan cinta Allah.. sya selalu dekat dgn DIA. Rsa tenang je. Rsa Allah ada disisi sya. Sya pegi mna sorang2 je. x berteman xpe.. sya x takut.. sbb itu sya ckp . Cara hidup sya lain.. umi abi sya didik sya mnjdi muslimah sjati. InsyaAllah. Seriusly sya ckp. Sya sgt bahagia dgn khidupan sya dgn kluarga. Sya x kisah pasal pakwe. Psl couple. Sbb bgi sya itu x pting lgi. Cari cinta Allah itu adalah utama bgi sya. Sgt2 utama. Jika kita berikan yg terbaik utk Allah. Maka Allah akan kirimkan sesuatu yg lebih terbaik utk kita. insyaALLAH. Allah tahu stiap niat hamba2nya. Pesan sya.. jgn terlalu taksub pda cinta manusia sbb jodoh itu mungkin di dunia atau di syurga tetapi ajal itu pasti di dunia. Jdi.. patuhlah suruhan Allah sbgai hambaNya. Yg pnting cri cinta Allah dahulu sbelum manusia. Stiap org ada prinsip sendri. Sya dgn prinsip sya sndri. hehe.. nk smbung study jap.. by the way.. artikel ini sgt2 terbaik utk psangan yg kecundang dlm percintaan. Bgus ada blog mcm ni. Sya suka..walaupun sya x pnh bcinta.. tpi sya suka gaya penulisan dia. Ada maanfaat.. utk org yg putus cinta. Bangkitlah. Carilah cinta Allah.
Salam semua..sya telah bercinta selama 7tahun..bf sya merupakan seorg yg penyayang, rajin serta hormatkan org..dier juga seorg yg baik..tetapi itu la apa yg sya alami..walaupun dier seorg yg baik..dier tidak mempunyai pekerjaan yg tetap..sehinggap sekarang masih mencari kerja dan tidak pernah mendirikan solat..sudah byk kali sya memberi peluang kepadanya utk dier berubah..tetapi sehingga kini masih tetap sama..mcm mana hendak berkahwin jika dier masih seperti itu. Dulu sya pernah cuba utk tinggalkan dier..tetapi apabila sya cuba tinggalkan dier.ayat dier mesti ckp siapa nkkan org miskin..dier org susah..tak ada apa2 pun..sya memang buntu..sampai bila hendak macam nie je.keluarga sya juga sudah mula bising tentang hubungan sya dengan dier.sampai bila nak tunggu? Akhirnya kata putus oleh ibu bapa adalah tinggalkan dier.jangan menunggu dier…tetapi masalah sya..setiap malam dier menghantar msj kepada sya mengatakan dier tak boleh lupakan sya.rindukan sya..apa yang perlu sya buat? Sya benar2 amat buntu
tempoh perkenalan saya dgn hamba allah hampir 5 tahun. bermula dari form 3 . mmg suka duka tangis tawa telah d’tempuhi. segala macam yg dpt saya kenal dari dia. tapi setelah 2 ke 3 bulan kenal dia ajar saya bt benda tak elok. mmg mula2 layan, tapi dah lama2 saya kene lempang, kene tumbok. saya terfikir suatu hari kalau dia jadi suami aku akan lebih daripada tumbok dia bt kt aku. dah berkali juga saya nak larikan diri dari dia kerana layanan dia membuat saya terpesong kejalan lain, dan membuat saya membohongi org sekeliling saya yg selama ini percaya pada saya . mmg mula2 rasa sayang nak lepaskan dia, tapi saya pon tak paham kenapa saya masih nakkan dia bersama saya bahkan dia kerap memaki hamun saya , family , dan adik2 saya. saya pon tak faham. kerap menumbok dan memukul saya , mmg masa tu saya pening sangat dengan apa dah jadi dgn saya. sampai berubat saya sini utk lupakan dia tetap tak bole juga. akhirnya, alhamdulillah berkat sokongan kawan2 dan izin allah saya dpt bebas dari hamba allah itu. i feel very free without her. syukur alhamdulillah.
Selama 8 tahun saya myemai cinta,berjanji akan kekal sehingga ke alam pernikahan..pada waktu menuju ke alam yang di cita2kan muncul orang ketiga yang mgubah segala-galanya..hannya tinggal sebulan untuk kami di satukan dia mengambil langkah yang drastik untuk memutuskan perhubungan..dan orang itu hanya mengambil masa 3 bulan untuk mengubah pendirian bekas tunang saya..kecewa dan segala bentuk perasaan bersatu di dalam hati,jiwa,kepala..syukurla saya masih bertahan dalam keadaan ini..dgn bantuan keluarga dan rakan,saya belajar utk redha dan bersabar cuma hakikat sebenar saya masih lagi mengharapkan ada keajaiban dan dia kembali ke pangkuan saya..saya tahu risikonya andai perkara ini terjadi tp saya yakin pd perkara bahawa tiada perkara yang tak boleh d selesaikan..hanya waktu,masa yang akan menentukan..saya yakin pada keajaiban namun pd Allah saya serahkan segalanya..moga2 di permudahkan dan berharap doa dr kalian yang mendengar..aamiiin..
salam.saya da lama simpan masalah saya sorang2
saya da berkenalan dengan seorang lelaki selama 6 tahun
dia serorang lelaki yang sangat baik.suka tolong orang.
tapi saya perasan sikap dia tak alert dengan benda2 penting dalam hidup saya.
contohnya hari lahir saya.6 tahun kami berkenalan tapi dia selalu lupa tarikh lahir saya.
sepanjang 6 tahun kenal saya hanya penah dapat sekali hadiah hari jadi dari dia.
memang dia suka bagi hadiah pada saya.tapi bukan pada hari istimewa saya
tempoh 6 tahun kami berkenalan kami memang selalu bergaduh kerana bagi saya dia kurang prihatin terhadap
saya.kalau saya x mesej dia dia x kan hubungi saya.dia memang lelaki yang sangat baik.tapi tak sensitif
dengan perasaan saya.Yang merisaukan saya dia x pernah cerita soal perkahwinan dengan saya.
Kalau saya start cerita pasal kahwin dia akan marah sebab alasan dia cakap dia x ready lagi
dari segi kewangan.apa yang saya rasa dia tak sungguh2.sebab kalau memang dia ada niat untuk kahwini saya
dia akan usaha sungguh2 simpan duit.sebab gaji dia boleh dikatakan agak tinggi.
saya da memendam lama.saya sangat sayangkan dia dan bila saya rase fedup dan penat untuk tunggu dia
saya selalu rasa sayangkan hubungan ni sebab kami da bersama selama 6 tahun dan saya takut x kan jumpa laki sebaik dia.
saya buntu,patut ke saya tinggalkan dia.atau patut ke saya tunggu sesuatu yang tak pasti.
Kisah aku kisah 10 tahun yg asyik. Akhirnya takdir bersuara. Dia pergi..kesannya sangat membunuh aku. Kesah cinta dan perpisahan kami tidak pernah ada manusia lain yg tahu. Hanya aku, dia dan Allah sahaja yg tahu. 5 tahun aku tunggu dia sejak hari pertama aku kenal dia. 5 tahun kedua cintaku bersambut. Tuhan tunaikan doaku. Namun 5 tahun yg berlalu itu telah menemukan titiknya. Dia tega tinggalkan aku. Dia nekad keluar dari hidupku. Diam lama aku sendirian menahan perasaan. Masa berlalu. Aku hidup dalam mati. Aku serahkan segala-galanya kpd Allah. Allah pernah berikan aku momen termanis dan orang yg aku cintai. Kini Allah sudah ambil balik apa yg diberikan kpd aku. Aku teruskan hidup. Rasa dlm hati telah hilang. Minat tuk apa saja sudah hilang. Jika ini jalan hidup aku, aku redha. Selagi nafas ini masih bersama-sama aku, aku jalani semuanya. Semuanya telah Allah tulis di takdirku
btul..kn..bile rsa kecewa…rsa mcm mayat hidup pn ade..xmmpu nk wat ape2..keje pn xfokus…jd dh xhirau dgn keadaan sekeliling…just sbb mmg kne truskn hidup..so..sume bnda qat dlm keadaan xberhati…lg2 kalo kite pendam mslh cmni sorg2…airmata lah peneman stiap mlm..
Assalamualaikum. Saya ingin menceritakan tentang kisah percintaan saya. Saya kenal dia dah lama. And kami bercinta selama 4 tahun. Mula mula tu memang indah sangat, dia selalu hantar mesej mesej panjang and sweet dekat saya. Saya berkenalan dengan dia pun dari fb, dia la yang start semua dulu. Saya add je tapi tak sangka dia nak tegur. Happynya saya Allah je tahu. Dah lama sikit chatting, dia mintak num saya. Saya pun bagi la atas sebab suka. Jadi kami pun keep on texting. Memang kami tak psrnah berjumpa tapi hanya mampu tengok tengok dari jauh sebab dia sama sekolah menengah ngan kakak saya. Dia form 5 ketika itu dan saya form2. Sekarang saya dah habis sekolah dan dia pun dah sem6 nak habis diploma dah. 2 tahun awal hubungan kitorang memang tak pernah berjumpa call. Hanya bercinta melalui texting tapi perasaan sayang saya kat dia sstiap hari bertambah walaupun skit sebab saya takleh jumpa dia sebab dia tak berani. Tapi saya tetap bersabar sebab yela sayangkan. Duduk dekat je. Berbeza seksyen tapi itula. Dia sangat malu. Jadi masa tempoh awal 2 tahun tu. Lepas dia dapat result spm. Dia masuk U, time tu saya risau kalau dia tersuka mana mana erempuan sebab dia ni famous and good looking. Memang ramai pun perempuan suka katdia. Tapi ada masa tu, dia mula layan saya lain macam. Macam nak taknak , saya pelik kenapa. Saya stalk ruparupanya dia ada layan sorang perempuan ni melalui laman sosial. Time tu saya pretend tak tahy pape. Then mass malam tu saya tanya dia kenaoa kenapa gaduh semua la. Pastu dia kata dia dah lama takda perasaan kat saya. Dia kata perempuan tu petunjuk untuk dia tinggalkan saya. Padahal dia kenal peremouan tu 5hari je dahla thru laman sosial je. Dia pilih saya dari perempuan tu. Tuhan je yang tahu, saya menangis teresak esak. Saya try slowtalk dgn peremphan tu, perempuantu pun kata dia takkan layan dah apa semua. Sekali layan lagi, bf saya dapat tahu la kan jadi bf saya dia marah marah , dia kata puas ke. Serious saya guna awak kita masa cakao ngan perempuan tu. Tapi perempuan tu kata saya maki maki dia and bf saya marah la saya. Time tu saya diam kan diri untuk beberapa hari. Dan bf saya pun datang balik cari saya. Saya ingatkan time tu dia akan berubah. Rupanya maaih sama. Lama sikit dngan peremouan lain pula. Yang ni dia siap puji perfection, perempuan tu tag bf saya kat gambar dia semua n banyakla pasal peremouan ni. Danada yang lain lain dia layan. Puji lawa, layan smapi 4pagi. Siap lawan siapa tidur dia kalah la. Saya marah, tapi saya tetap sabar. Setiap hari saya nangis sebab saya langsung tak layan mana mana lelaki.. lama sikit lepastu dia mula sedar lagi dan mintak maaf balik. Saya maafkan dia. Ni swmua berlaku masa tak pernah jumpa dia lagi. Jumoa pun di masjid solat terawikh dari jauh je senyum senyum. Sampaila ada masstu dia macam sayang saya sangat sangat. Dia beranikan diri jumoa saya, call saya. Time tu memang bahagia. Dia layan saya baik dan dia langsung tak layan perempuan lain. Tapi tak kekal kebahagiaan tu. Dia mula ignore saya. Dia oernah tak layan saya langsung atas sebab dia rimas dengan saya. Saya rindukan dia , kami bukan selalu berjumpa. Dia jarang sangat call saya. And dia tak benarkan saya call pun atas alasan nanti kawan kawam dia usik semua. Saya sedih time tu. Kenapa nak malu? Jadi lama lagi saya masih bertahan walaupun dia layan memang ramai perempuan. Dia famous so saya kena faham dia kalau dia layan tu. Dia cakap macsmtu. Dalam hati saya, kalau dia sayangkan saya dan pentingkan saya, dia akan pilih saya dari perempuan lain. Saya pernah satu ketika tu saya call dia nangis nangis marah jerit sebab saya dah tak tahan. Saya berniat taknak marah tapi fahamla kan, bila kita pendam lama once TERkeluar. Dia akan keep on keluar marah. Time tu pun kitorang dah tak contact tapi lastlast dia still mesti akan cari saya. Dan saya akan tetap terima balik walau dia dah buat saya sakit hati menangis selamani . Dan lama sikit memang kami ada bergaduh lagi sebab dia tak habis habis puji perempuan lain , dan mesti nak ada emoji heart eyes semua tu. Comment saya dia tak endahkan pun. Then dia mula jauhkan diri dari saya. Tapi akhirnya dia.mesti csri saya balik. And sepanjang dia dekat U dia ada layan juniors dia. Saya dah mula tak sedap hati. Saya mesti betul kalau tak rasa sedap hati tu. Tapi saya biar je walaupun marah jeles semua. Then dia mintak second chance kat saya. Saya dengan mudahnya bagi csmtu je sebab happy dia mintak and berubah kot… tapi tak lama tu , saya macam tertekan dan mula overthinking. Tanpa saya sedar saya cut diri saya tapi itu adalah kali pertama dan kali terakhir. Saya bagitahu dia, dia kata saya takda iman gila tak btulsenua. Tahan sebak saya, klau sayang dia takkan cakap camtu malah dia akan marah dan suruh saya jangan buat camtu sebab berdosa semua. Lepas dari kes tu, dia tak layan saya dia jauh dari saya. Dia mula layan perempuan . And ketika tu dia jadi fasi, dan dia ternamoak junior yang selalu sangat menggedik dengan dia, dia kata dia terminat . Dan dia terus approach tanpa jujur ngan saya. Dan saya check status dia, terus ada nama peremouan tu. Padhaal kenal baru satu sem , dia terus letaj nama perempuan tu. Dia kenal saya 2tahun betul betul baru dia expose saya kat kawan dia yang dia ada gf, baru dia letak nama saya tu pun dia delete. And masagetback dia takda pulak nak letak balik nama saya. Bila peremouan tu, dia terus letak. Sedih nya saya tuhan je tahu. Setiap hari saya menangis sebab selama ni dia gunakan saya, saya menangis kerana terlalu sayangkan dia. Syaa setiap hari doakan kebahagiaan saya dan dia kekal sampai dunia akhirat. Saya sangat sangat sayangkan dia, Allah je tahu. Tapi saya redha, pada mula susah nak tengok orang yang saya sayang bersama orang lain. Sekejap sangat dia ganti saya. Tak sampai 2 minggu pun. Dan saya cakap kejapnya cari pengganti. Pastu dia kata tak kejap la, dia dah kenal lama peremouan tu . Which makes me think, kenal lama… so dia kenal perempuan tu masa dengan saya. Lagi teruk la macamtu. Tapi saya redha, walauphn dia buat saya sakit hati sangat sepanjang 4 tahun. Ada lagi tapi penat cerita hehe. Saya mula cari cinta Allah, saya mula dekatkan diri dengan Allah dan saya berharap saya akan menjadi wanita solehah dan teruskan untuk istiqamah. Tapi marah tu still ada. Tapi saya serahkan semuany pada Allah kerana saya tahu Dia maha Adil. Dan what goes around comes around. Walaupun saya marah, tapi saya tetap berdoa agar dosa dia dan keluarga diampunkan. Tapi saya tahu dia anggap saya psycho kuat marah semua sedangkan dia tak tahu betapa ikhlasnya sayang saya, dan takda lelaki lain selain dia dalam hidup saya. Saya cuma berharap dia akan rasa sakit saya ni sebab dia terus tinggalkan saya macamtu. Saya berharap takkan jumpa dia dah. Sekian
dahla dik. move on. mtk Allah kuatkan hati utk tgglkn la lelaki yg main2 kan adik mcmtu. jgn nmpk sgt pompuan thegeh2 nk kt lelaki mcmtu. b strong k
sy pun penat baca..kiki..pape pn bertabahlah..Allah selalu ada tok awk..senyum! ????
Move on la sis…lelaki yg baik utk pompuan yg baik….
Assalamualaikum..sy sdg brcinta dgn seorg llki.dlu die just kawan tp skrg prasaan tu dh jd lbih dri seorg kwn.sy syg kn die dn die pun sygkn sye.satu sbb knpe syg syg die ialah sbb die ajar sye jadi org yg lbih baik.dia akn sruh saya pkai elok2,jaga batasan,jaga solat saya.dia selalu ingatkn saya walau sejahat mana pun kite,jgn tggal solat.die pernah bgtau saya,cintai mak ayah,family saya dlu bru cintai dia.saya bukan org yg baik.solat x terjaga,aurat x terjaga.tp sejak saye jumpe die,sy byk berubah ke arah yg lebih baik dn matang.itu sebab2 sye sygkan dia.skrg dia dh jauh dri sy atas sbb bkerja.saya pernah buat solat istikharah dn die yg sye jmpa.saya mohon pendapat sesiapa tntang hal saya ini.apa yg patut saya buat skrg?
curahkan perasaan dan khawinlahhh
Sya prnh mnjalin bbrp kali pacaran (astaghfirulloh) bhkan dgn yg beda agama :( dan yg trakhir sya brhubungan slma 4 thn.. Seolah dialah jdoh sya, hehe (yakin betul)… Tpi slma prjalanan hdup sya mrasa hmpa.. Apalagi janji menikahi sya tak kunjung jua.. Saat itu sya sllu mnuntut dia, smpai akhirnya sya memilih “hijrah”:) sya berada di satu titik dmn sya sdh bnr2 tdk ingin apa2 lgi slain mndekatkan dri kpd Allah… Sya memilih memutuskan hubungan, tnpa pikir pjg lgi.. Krna sya bnr2 memilih hijrah dan tdk ingin terus dlm dosa krna berada dlm hubungan yg tak halal yaitu pacaran.. Walaupun awlnya dy terheran2 dgn kputusan sya.. Krna biasanya slma ini bila ad mslh psti dslsaikan,, tp itu dlu sblm sya berubah… Dan akhrnya dy bnr2 prcaya saya serius dgn kputusan sya krna sya bnr2 tdk lg mnghubunginya dan tdk mau dhubunginya lgi (tp sya tdk mmutuskan silaturahmi,, adiknya menikah sya diundang dan sya ttap dtg) Mgkn ini cara Allah meminta saya kmbali kjlnNYA :)
Thun ni, usia sya memasuki 30thun (insya Allah).. Dan sya serahkan smua pd sang pemilik hati… Dy sbaik2 perancang,, walaupun dlu sya prnh salah, tp DIA mha luas ampunanNYA.. Skrg sya pasrahkan smua,, smga dberi jodoh trbaik, jlnnya diridhoi lgi halal :) tak peduli kata org lgi yg bilang sya terlalu memilih, tak mau pacaran lah… Mereka tak tau bila sya nak berubah, sya bnr2 brbh ;) sya yg menjalani, Allah lbih tau apa yg sya btuhkan … InsyaAllah, amiin….
Assalamualaikum.. Saya sudah umur 35 tahun, belum berkahwin. Seumur hidup saya, cuma ada satu sahaja seorang gadis yang saya kenal rapat dan sayang.. Selama 2 setengah tahun lalui long distance.. Walau begitu kita saling mencintai dan cuba pertahankan. Tetapi di takdirkan, kita berpisah selama lebih setahun tanpa berita. Bila ketemu semula, dia tidak lagi mencintai saya lagi seperti dulu kerana dia berazam untuk melupakan saya untuk mendalami ilmu agama dulu. kerana dia pernah merasa sakit hati dari saya dulu kerana kurang prihatin dan tingkah laku saya dahulu. Sudah dua bulan semenjak dia katakan hubungan kita telah berakhir, tetapi saya masih menaruh harapan.. Kerana selama 35 tahun, saya tak pernah ada keyakinan ada orang lain akan menerima kekurangan saya seadanya seperti dia.. Kerana saya tak seperti orang lain.. Cuma sekarang saya yakin jodoh ada di depan cuma tidak tahu dengan siapa, walaupun sekarang saya masih mengharapkan dia kembali..
Tq ats perkongsian saudari,,selepas ape yg terjadi kt sy,sy trus mengikuti blog akuislam.com n terlalu bnyak yg sy pelajari dr blog ni,tqsm,,sy mengenali kekasih start dr kami di bngku sek men.sejak cinta monyet pd tahun 2005 thun kami bknal n couple.ingatkan cinte main2 n monyet tp lama kelamaan kami stay n smpylah tahun 2015 bulan april kami mengikat pertunangan.ya!10 tahun kami couple n bermacam2 dugaan,suka,duka n rintangan yg kami lalui.sy telalu agungkan cinta dia smpy ape yg die lakukan pd sy sy maafkan dan bnyak kali kntoi die main kayu 3 dgn girl len.sy stay boley trima die n syg kan die lebih dr segalanya.ya!sy lupa allah,,sy bnyak lakukan dosa besamenye..allah yg tahu betape teruknye dirj ini.berbalik pd kisah tunang.betunang bulan april tahun ni xsmpy bape bulan n na dekat2 tarikh nikah kami iaitu 9.1.16 ni die mula buat perangai dimana lg 3 bulan kami na nikab die menjauhkan diri dr sy dan memberi sejuta alasan tum xna teruskan hbgan kami.allahu hnye tuhan yg tahu perasaan sy saat tu.sy cbe pujuj die dan mengatekan bahawe itu sume ujian dr allah n hasutan syaitan yg na hncurkan msjid yg bakl kami bina taun depan.sadisnya,hari raya haji hari2 die dtg bsme fmly n memutuskan pertunangan kami.ya allah hye tuhan yg tahu perasaan sy saat tu.di mana hmpir 70% persiapan telah pon sy n fmly siapkan.alasan yg die beri pd sy sy xbole terima fmly die n mak die.kbtlan sy mmg ad ckit krisis dgn mak die.die forwardkan msj2 wasap mak die yg xrela menerima sy sbgai menantu.akhirnya kami putus, n lusa tu trus die masukkan pic di fb die bsme girl len..ya allah baru sy tahu ape punca sebenarnye.skang die sdg bahagia bsme perempuan tu dan sntiase upload pic bsme di fb wechat.sy hnye menanhis mengenangkan nsib dan bila jd cm ni sy belajar mndekatkan diri dgn allah dn bnyak mmbce kisa2 di blog ni yg bnyak mmbantu sy belajar tuk menerima qada n qadar allah.10 tahun mase kamj besame tp xmnjnjikan yg indah.die dgn sewenang2nye bole jtuh cnte pd perempuan tu dimana 1 tmpt kje dgn die.betape sy setia pd dirinye tetapi ini blsan yg die beri pd sy.n ary ni die pergi ke rumah perempuan tu utk bknlan dgn fmly perempuan.xsmpy 3 bln lg kmi ptus die bole buat sume 2 dlm mse sesingkat ini.sy cbe maafkan segala keperitan yg die lakukan pd sy tp kdg2 sy xmmpu.ary2 sy duk stalk fb perempuan tu tuk tgok n akhirnya sy mngis sndri.ape yg mmpu sy buat skng sy beserah pd allah dan berdoa smge sy akan btmu lelaki yg btol2 menyanyangi dir sy seiklas nye dan bole mmbimbg sy ke syurga besame..amin…….
sy tengah melalui situasi yang sama. yakin perancangan allah lagi baik, smoga kita semua tabah
Lbh baik berpisah sekarang ( blm berkahwin) daripada berpisah lps kawin (cerai)…mgkn dia mmg bkn terbaik untuk awak…mgkn Allah nk temukan awak dgn org yg benar2 ikhlas menerima awak seadanya…
mesti sangat sedih..n kecewa kn..sbb dh nk dkat dgn mjlis…nape lah lelaki suke wat perngai mcm ni..msa brcinta berjanji mcm2…tp dia jgk yg berubah ati…
saya tengah lalu semua niee . apa yang perlu saya lakukan ?
Article nie sgt2 kena dgn diri saya..
Hmpir 9 tahun kami bersama..
Dari zaman sekolah hingga la sy abis u..
Dr dia nothing hingga dh brgji besar n dh berkereta..
Sy trlalu sygkn dia..
Hingga lupe yg cinta Allah itu paling utama….
Sy ikut smua cakap dia..
Sampaikan belakang kn fmly..
Tggl solat…subahanallah…….
Bnyk dosa yg sy buat dgn dia..
Hubungan kami diketahui semua..
Fmly pn tahu..
N kami sptutnye bekhwin tahun lwpas
Assalamualaikukum … Menangis membace dan menghayati blog saudari .. Sayapun seringkali leka dalam percintaan .. Sy telahpun sertunang selama setahun dengan lelaki yg sy meletakkan kepercayaan kepadanya .. Oleh kerana sifat peribadinya yg lembut pda awalnya .. Dan mnjadi semakin agresif pada pertengahannya .. Dan skrg dia telah pun memutuskan pertunangan tanpa sebab yg munasabah dan menyatakan dia sudah tiada perasaan cinta terhadap sy dan meneruskan perhubungan bersama perempuan lain .. Ya allah .. Begutu perit ape yg sy rasakan sehingga masih lagi dalam keadaan trauma dan susah untuk mempercayai mana2 lelaki..
Sungguh sukar utk faham lelaki malaysia ni…dramatik n suka menitik…yg penting cinta pd Allah lg happy sokmo
Assalam,
Ujian Allah dtg bertubi2..setiap hari berdoa utk mintak kekuatan..tetapi hati yg lemah ini kdg2 tidak mampu nak melawan..semua doa yg diminta terjadi sebaliknya..sehinggakan pada suatu ketika saya takut utk berdoa takut apa yg didoa menjadi opposite..doa suami agar lebih penyayang tp suami semakin kasar..doa suami jujur dan setia tp suami curang..doa anak agar dgr kata tp anak semakin degil..apa yg diminta semua nya terjadi sebaliknya..tapi tetap at d end sy kembali berdoa dgnNYA sebab saya takde sapa nak mengadu..pada Allah jela tpt sy menangis mengadu meluah perasaan.. :'(
cerita sis ni memang banyak kena dengan situasi saya.. kami dah kenal 4 thn lebih. kami bercinta jarak jauh.. dugaan memang sangat banyak dan berat.. memang dia ada masa susah dan senang saya. tapi tu tak janjikan apa2.. bila dia mula buat perangai.. saya maafkan sebab saya fikir saya pun ada buat salah.. mungkin tu cara saya tebus kesalahan saya.. sama2 perbaiki diri tapi benda yang sama berulang.. tak sampai setahun.. selang 4 5 bln je.. cuma dengan orang yang berbeza.. masih salah saya ke? saya setia dan tak pernah susahkan dia.. tak pernah mintak dia belikan apa2.. dari dia takde apa2 sampailah mampu utk berkereta.. berduit.. kemas.. saya tetap setia dengan dia.. pernah 1 hari dia jadi lain.. saya tanya kenapa.. dia cakap dia nak jadi diri dia yang sebenar.. selama ni apa? dia berpura2 dgn saya utk apa? kenapa baru sekarang nak jadi diri sendiri? serius saya tak faham. kenapa buat saya macam ni..bila saya mintak dia lepaskan saya dia taknak.. tapi dia layan saya buruk sangat.. dia lupa ke masa dia selekeh tak berduit takde itu ini siapa yang sanggup ada kat sisi dia? dia selalu cakap dia nak hidup dengan saya la apela.. saya tahu dia cakap mcm tu sebab nak sedapkan hati saya je.. lepas kali kedua dia buat hal saya langsung tak percaya kat dia.. saya tak cakap kosong sebab saya ada bukti.. tu pun dia masih nak pertahankan tindakan bodoh dia tu.. hati saya terus tawar dan rasa kosong.. buat masa ni kami masih contact cuma saya tak harapkan apa2 dr hubungan kami.. tu pun sebab saya kesiankan mak ayah dia yang fikir anak dorang tu baik sangat.. belum apa2 dia dah tunjuk yg dia tak hargai saya dalam hidup dia.. kalau betul2 dah kahwin nanti mungkin lagi banyak saya makan hati.. biarlah masa tentukan semua ni.. tapi apa yang pasti saya tak sanggup nak korbankan masa depan saya utk lelaki macam ni.. walaupun menyakitkan tapi sekurang2nya saya dah tahu dia lelaki yang mcm mana.. lebih baik tahu skrg drpd dah kawen nanti baru dpt tau.. tu lagi menyakitkan.. mungkin tu la hikmah dia bila dapat kenal sesorang dalam tempoh yg lama.. tu tandanya Allah nak selamatkan kita dari malapetaka.. biar la rugi 3 4 even 10 thn sekalipun daripada rugi utk selama2nya..
Salam..cukup la mengenali saya dgn nama A.Saya bercinta 10 tahun dari zaman sekolah sampai ke zaman universiti.Saya seorang jurutera..Dia pun jurutera sekarang. .Dia akhirnya memilih perempuan lain jadi isteri dan sekarang dah ada seorang anak lelaki.10 tahun saya menunggu.Ini yang dia berikan.Bila sebut redha bukannya mudah..Kadang2 kita pandai menasihati.bila kena dekat diri sendiri xmampu nak bangun.I’m so idiot trust a person like him..setahun menangis sebab lelaki tak guna..lebih baik menangis sbb insafi dosa2 dgn allah..sampai mati saya xnak jumpa dia..yang bini dia sekarng ni pun boleh kata saya munafik kalau contact kekasih saya lagi.( masa tu xjadi bini lagi.Bodoh betol dipermainkan oleh dua orang tu.Bravo!!!!Terbaik laki dan perampas tu)Bangga sungguh si perempuan bila dapat merampas kekasih org..yang si lelaki pulak “can we be a friend???”After what both of you did to me???Thanks jela..pengalaman yang cukup bermakna.Trauma saya ni allah je tahu..please go away!!!Kalau xyakin xpayahla main family bagai..bawa mak jumpa family,bawa kenal semua sedara mara ..kena kat diri sendir baru tahu .kepada yg lelaki perangai awak tu sampai bila2 pn xboleh berubah.kali ke3 dah sbb perempuan..kepada yg perempuan tu bangga sungguh bila merampas yang org..dan saya seorang yg sangat bodoh sebb dipermainkan..Just go away from me..dah 2 tahun..tapi still terasa..k bye.