
Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?
Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.
Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.
Seolah-olah itulah penamat.
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.
Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.
Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa
Kita lupa kita hanya mampu merancang.
Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,
senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah
merancang dengan cinta. “
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.
Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.
Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.
Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.
Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.
Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.
“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”
Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?
Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.
Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?
Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?
Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?
Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.
Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan.
Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?
Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.
Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.
Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.
“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”
Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.
Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?
Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?
Jangan cuba untuk menipu.
Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.
Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.
Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri
Untuk tenangkan hati yang rawan.
Apa jaminan dia akan berubah?
Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?
Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?
Kalau berubah, alhamdulillah.
Tapi kalau masih kekal sama?
Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?
Terus makan hati sampai ke akhir hayat?
Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.
Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?
Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?
Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).
If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.
Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.
Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.
* nota tambahan dari admin:
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.
Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.
Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?
Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?
Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah.
sya zety asal srawak umur 20 tahun..saya mmpunyai kekasih shingga kini hbngn saya mseh sya pertahankn..tetapi kekasih sya tidak mcm dulu lagi..dulu dengar cakap sya.. bkn saya nk mngongkong..malah tiap2 dia 24 jam ada dgn saya..tapi sekarang saya nak memberi nasihat pun dia cakap bosan xbmkna lah pa smua..saya mnhan sebak dalam dada sehgga saya mngeluarkn air mata..dia bukn nak memujuk malah memaki saya lagi bila saya memberi nasihat..saya tdk berani mengeluarkn kata mnyakitkn hati dia malah dia semakin mngeluarkn kata2 yg mnykitkn hati saya..sebab saya tkut ditinggalkn..dlm hbngn ini saya tidak pernah meminta putus..tidak sekali pun..walaupun hbngn ini hari ini baru 7 bulan..sya tdik pernah sampai tahap itu..adakah saya perlu meninggal kn dia atau memprtahankn hubngan ini??
Lelaki yang baik, adlah lelaki yg mampu megwal nafsu amrahnya, pcyalah… Alam perkahwinan kelak bkan kita nk hidup sehari dua sja, tp hingga ke hjung nywa, fikir masak2 dan solat istikarah, insyaAllah d permudahkan oleh Allah ????
Jika wanita selalu memberi nasehat untuk pria,, itu namanya pria lemah. pria yang gak tau arti kehidupan, seorang pria juga punya prinsip.. kekasih bukanlah seorang ibu, yang selalu benar nasehatnya. pria yang selalu di dekte adalah pria lemot, wanita juga harus tau diri, bukanlah seorang profesor yang ahli dalam segala bidang. tapi,, wanita hanyalah penyejuk dan pendamping yang setia, dikala seorang pria sedang melakukan sesuatu. kalau ada wanita yang selalu ingin di dengar selalu perkataannya,, itu adalah wanita egois.. yang hanya takluk cuma pria-pria lemot
Saya putus dengan dia selepas baca artikel ini. dia yg share dengan saya..
Dia seorang lelaki yg baik.. saya kenal dia pada hujung tahun 2009.. dan putus pada hujung tahun 2014…
Masa dulu awal percintaan memang semuanya indah… sempurna.. tiada cela..
tapi bila hubungan semakin lama.. macam-macam dugaan yang datang…
Saya, sebagai perempuan tak banyak pun yang saya minta. Cuma saya perlukan perhatian dari awak sebagai lelaki. Saya nak awak hargai setiap perbuatan saya yang saya lakukan demi awak. Dah banyak perkara yang berlaku buatkan saya kecil hati. Tapi saya tetap nak bersama dengan awak. Saya tetap bayangkan yang indah-indah walaupun hakikatnya saya sering kecewa. Saya banyak kali menangis sebab awak.
Setiap kali minta putus, saya cuma menguji awak.. sejauh mana awak perlukan saya.. awak kata ok.. sebab awak tau saya pasti akan balik pada awak, kan? Dua tiga hari tak mesej awak, awak tak pernah cari saya semula, sebab awak EGO. Saya yang akan terhegeh-hegeh kembali pada awak. Dan begitulah seterusnya ia berulang. Awak rasa secure, kerana awak tau saya akan kembali pada awak..
Saya juga ada melakukan kesilapan. Saya hampir meninggalkan awak kerana lelaki lain pada 2013. Tapi kerana terlalu sygkan awak dah harapkan awak berubah, sy tekad bersama awak. Tapi, awak tetap seperti dulu.
Saya selalu berfikir, adakan awak akan tetap sama lepas kita bernikah nanti? Adakah saya akan rasa dihargai kelak? Adakah saya penting utk awak?
Mungkin kerana umur kita sebaya, dan masing-masing rasa ingin dimanjakan.. Dan masing2 takkan mengalah dengan perangai sendiri.
Sehingga satu ketika, saya berharap bila saya mati nanti, saya harap awaklah org terakhir yang tahu.
Awak, sayangi dah hargailah seorang wanita. Wanita itu akan setia bila dia pengorbanannya dihargai. Tunjukkan kepada dia yang awak perlukan dia dalam hidup awak. Buang semua ego dan kepentingan diri, kalau awak mahu hidup bersama dengan dia.
Kerana, wanita mudah terluka…
Maafkan saya, saya rasa lebih baik kita berpisah. dari saling menyakiti. awak bagi sy artikel ini utk saya berubah, tapi saya lihat ini sebagai cara utk awak bebas dari saya…
tempoh perkenalan mmg tak menjamin apa-apa…
Sy pernah kenal lelaki mcm ni. Mula2 bcinta ok. Tetiba satu hari dia minta pinjam duit. Ok sy pinjamkan. Tapi selepas tu minta lg. Hutang lama pun x bayar lg. Nasib bek saya fikir rasional. Sampai satu masa sy sgt geram dgn dia, sy biarkan aje. X msj. Call jauh sekali. Dia yg cari. Baru2 dia ajak nikah. Saya terus terang sy x yakin awk dpt jaga sy slps kahwin. Sampai skang sy x bg jawapan pasti. Sy bgtau kat dia, sy x pernah berharap n mberi harapan pd dia. Bkn kerana sy ego tp sy mmg x yakin dgn dia. Tp sayang tu adalah sikit. Tu yg x minta putus je.
HI BEB BOLE TOLONG WASAP I TAK…. 0172010275
I NONI
hi…
dia telah buka hati sy utk myanginya..
di awal perkenalan, sgalanya indah..
walaupun jarang bersua muka..tp dia buat sy jatuh hati….
perkenalan pertghn 2012, bermula sebgai kawan, kemudian kekasih…indah…
tp bila masuk tahun 2013, dia seakan menjarakkn hbngan ni yg telah dia mulakan..perkataan rindu dah semkin kurang..
bila nak jumpa ada sahaja alasan…
satu yg ku kenali dia, dia akan mula kata syg, bila dia kesempitan..ada sahaja madahnya…
sy kesihan, bila dia susah,tp bila dia senang, xingat langsung pd diri ini…
oleh krn perlukn duit, macam2 alasan dia bg..sakit, kwn tipu, keluarga sakit, xda mknn utk mkn, berbgai alasan yg dbg…
tp bila dah dpt, dia akan senyap…
xtaulah sampai bila hbngan ini…
mungkin dia ingt, sy mudah kecian dia, tu dia pergunakn sy…
sy tau, sy bodoh dpergunakn oleh seseorg yg x tau menghargai..
tp sy percaya, selagi dia tipu sy, selagi tu, hidupnya xsenang, ada je yg xcukup..
lelaki yg bergantung pd simpati ppuan utk hdup senang, adalah lelaki dayus…xguna…
mungkin, mereka bhagia dgn caranya…
tp ingt, ada hukum karma….sy percaya….
apa yg di lakukn pd sy, pasti ada balasannya..
ku pasti…
Aku pacaran udah 3 tahun lebih, Yaaaa didalam hubungan kami selama itu ada bahagia sangat bahagia. Tetapi bisa terhitung berapa kali dia membahagiakan saya yang tak terhitung adalah tangisan yg dia beri untuk saya dia sering menyakiti hati saya selama 3 tahun ini dia sudah curang dengan wanita lain kalau dia sadar minta maaf dengan saya pasti saya maafkan selalu dan selalu saya maafkan walaupun sakit sekali, sampai saat ini dia masih menyakiti saya dari saya sekolah SMK sampai kerja pun saya masih merasakan akan sakit yang selalu dia beri setiap kalinya:'( Ingin hati berpisah tapi disisi lain hubungan ini sudah sangat jauh sudah sama2 mengenal semua keluarga:'(Apa yg hatus saya lakukan?
saya cinta dgn si F pda 21.11.2012..dn brakhir pada 30.04.2015 slama 2 tahun 5 bulan kmi bercinta?
ptemuaan kmi sgt indah? bak kata pujangga mandi tk basah,tidur tk lena , mkan tk kenyang..hnya kerana pergaduhan kecil..myebabkan sidia mengeluarkn kata2 yg tdk elok..sblum ini dia sorg yg sgt perfect.pyayang,ambk berat dn sggup bkorban..msuk je thun 2015..dia mula brubah garang cepat mrah ego yg teramat sgt.ini myebabkn kmi 2 bgaduh..dn pergduhan trsebut hnya melalui telefon shja.tnpa brtemu..trlalu byk kenanagan bersama dia.apakah suatu saat nnti dia akn merindui ku??????
Assalam . Saya pun . hubungan kami 2 tahun lebih , sampai family , saudara , jiran , kengkawan semua dah tahu hubungan kami . sebab kenduri umah sy sllu dia dtg . ambik sy dekat u . ikut perancangan kami tunang hujung bulan ni . tapi dia banyak lukakan sy . selalu tggl sy , padahal sy tak buat salah . dia kata mcm² . sy selalu bertahan .tiap hari nges . sampai bila sy harus tahan . lepas kawen lagi teruk dia mainkan sy . sy buat keputusan tak teruskan tunang . even barang dah beli . tak mengapa . inshaallah ada yg lebih baik . :’) doakan sy terus kuat . lepas ni , kalau ade seorg lelaki yg serius mahukan kita , dan halalkan perhubungan , jgn biarkan lelama . tetapi terlebih dahulu , mohon istikarah dan petujuk allah adakah dia terbaik untuk kita . inshaallah .
Salam.. Sy mnghadapi masalah yg sangat rumit.. Sy tersepit diantara bf dgn seorg kawan lelaki yg sgt menantikan sy sejak dr sekolah lagi… Tp bf sy kurang disenangi oleh parents sy.. Parents sy lebih menyenangi kawan lelaki sy tu.. Malah kawan sy tu lebih baik akhlaknya dr bf sy sekarang ni.. Kedua2 nya menyatakan hasrat utk berkahwin dgn sy..Sesungguhnya situasi ni amat rumit bg sy utk memilih dan buat keputusan.. Diharap saudara/ri dpt membantu sy..
Istikharah la mek..mtk petunjuk dr Allah…dlm bab jodoh ni kita sbnrnya sombong kalo x buat istikharah sblm nikah…sbb Dia lah yg maha tahu yg mana terbaik utk kita…ni nasihat dri sendri gak;)
Salam.. Sy mnghadapi masalah yg sangat rumit.. Sy tersepit diantara bf dgn seorg kawan lelaki yg sgt menantikan sy sejak dr sekolah lagi… Tp bf sy kurang disenangi oleh parents sy.. Parents sy lebih menyenangi kawan lelaki sy tu.. Malah kawan sy tu lebih baik akhlaknya dr bf sy sekarang ni.. Kedua2 nya menyatakan hasrat utk berkahwin dgn sy..Sesungguhnya situasi ni amat rumit bg sy utk memilih dan buat keputusan.. Diharap saudara/ri dpt membantu sy..
Assalamualaikum…sy sdg mengalami masalah yg sgt rumit di antara parent sy dan bf…relay kami dh hampir 1 year…but cuma sekali dia meet my family…tu pun sept last year..and now my dad nk sgt jumpe dia…sbb dia ada ckp nk merisik lps raya ni…so bila sy bgtau dia yg ayh nk dia dtg rumah utk kali kedua…dia gelabah dan katanye malu…bila sy pujuk skit dan nasihat..dia x mkn pujuk bahkan moody bila sy sebut soal ni…dia langsung xnk mencuba sdgkan ayh nk tgk kesungguhan dia…ape yg sy perlu lakukan..nti ape kate parent sy kalau dia menolak utk dtg…dgn alasan malu sgt…kdg2 stres bila timbul hal mcm ni….sy perlu nasihat dan pertlgan agaknye…tp sy percaya Allah akan bantu sy.. ☺☺
cari baru jee, baru dy tahu
Assalamualaikum w.b.t.
Tolong sy saudari.. :'(
Saya telah 7 thun berkongsi perasaan kasih syg dgn seorg lelaki dan alhamdulillah beliau adalah seorg yg jujur. Dari awal perkenalan kmi beliau telah mbawa sy bertemu keluarga dan yg plg pnting ibu bapanya sgt mengalu2kan kehadiran sy dlm hdupnya. Namun sy sedar bhw hbungan yg kmi sdg lalui ini tidak halal dan kami merncg utk bernikah pd thun ini namun bersyarat. Syaratnya jika psgn sy itu dpt twrn drp uni di us. Sy redha dgn segala ketentuan; kalau2 dia tdk dpt twrn itu. namun sy mempunyai mslh yg plg besar, iaitu psgn sy ini mpunyai satu tabiat di mana setiap kali sy mminta utk berpisah spy kami tdk lagi melakukan apa2 maksiat beliau akn mncederakan dirinya sdiri. Jadi sy mnjadi serba salah dlm menegakkan hukum islam dlm hidup sy. Telah berkali2 sy cuba nmun masih tdk berhasil. Guru kaunseling dan ustaz ustazah di sekolah dlu jg kurang membantu dlm mnyelesaikn mslh sy ni.. Sy betul2 buntu dan skrg ini smkin bertmbah kesulitan sy apabila ibu bapa dan keluarga beliau berada di luar negara dan menetap di sana krn bapanya mnerima twrn kerja di sana jd beliau berseorgn di rmh dan merisaukan sy utk melakukan apa2 tndkn yg boleh mnyebabkan beliau mncederakan diri sdiri.
Apakah yg harus sy lakukan dan bagaimana sy mnyelesaikan mslh ini?
Terima kasih atas pertolongan . . jazakallahu bikhair..
assalammualaikum,ya sy pernah merasa kan seperti itu , kadang2 kita byk menipu diri sendri semata mata untuk mnjga hati psgn sdgkn sudh bekali kali die menyakit ..”cinta itu buta ” wahai sahabat yang disygi jagan lah kita takut dan syg utk meninggal sesuatu yg belum tentu jd milik kita.. cinta kpd allah yg satu maka allah akn berikan kita cinta yg senjati . kita hanya merancang allah yg akn menentukan segala galanya .
Sy nk mintak pndapat..sy bru pts dgn bf.sblm ni kami janji nk kawin..tp tbe2 dia mintk pts..sy ad slt istikarah.kata hati rasa dia memg jdoh..tp dia kata dia bt slt istikarah n xrasa ape2..mcm mana tu?
Kami pts bkn sb curang,tp ad sb lain.kami msh ada perasaan ktka pts
assalammualaikum saudari..sye pernah berada di stuasi awk skg..sye buat solat istikrah tp hati sye selalu mengatukan die jodoh sye..tp ape yg sye rse tu, sye xdpt mmpcayainya 100% sbb hati sye dah bias, sye masih nakkn die dan masih bhrapkn die..solat istikhrah hendaklah buat dlm keadaan hati yg neutral dan meletakkan 100% kbgantungan kepada Nya..tp jgn lupa pda istisyrah, iaitu meminta pndangan org lain sperti keluarga, shabat atau org yg lebih arif..sya nasihatkan teruskan solat istikrah dan minta pndangan org lain..dan dektkn diri pada Nya..insyaallah dipermudahkan :)
Sgt menyentuh perasaan..n totally true..
Sewaktu bercinta,kita bertahan kerana sayang utk melepaskan..walaupun seringkali disakiti..meneruskan dgn ikatan dgn harapan mau jadi yg terbaik n smg dia berubah..tp sukarnya utk merubah seseorng…hg terpaksa mengambil keputusan utk mengubah diri sendiri.
Assalamualaikum..
trima ksh ats prkongsian ilmu yg bermanfaat ^_^ . kan lbh baik kita tnggu org yg tepat [halal] drpd buang masa dgn org yg blum psti jodoh kita.
Salam. Saya sudah bersama kekasih saya selama 6 tahun setengah dan dalam tempoh kita berkasih tidak pernah sekali pon dia bawak saya jumpa keluarganya. Setiap kali saya cakap pasal kawin atau jumpa ibu bapanya dia akan bagi alasan. “SOON”. Kalau dia sayangkan saya, dia akan buat relationship ni halal tapi ni tidak. Jumpa mak bapak saya pon sekali sahaja. Itupon sebab saya yang paksa. Saya suka sangat baca post awak ni. Harap dapat balas. Boleh tak awak balas dekat email saya? Terima kasih.
Sy sdg alami
Assalamualaikum,tenang rasanya membaca blog nie….sy baru putus cinta tiga minggu…selama dua tahun bercinta akhirnya sy memutuskan percintaan yg penuh dgn kepalsuan…Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya utk berubah kearah yg lebih baik..Bukan sbb org ketiga tapi sbb sifat hipokrit yg ditunjukkan oleh kekasih..Saya tenang selepas melepaskan cinta manusia yg penuh kepura-puraan.Bagi saya jangan teruskan percintaan jika ia hanya membawa kepada lembah kemaksiatan.Dunia makin tua begitu juga dgn manusia..setiap insan inginkan pasangan yg boleh membawanya menuju jalan yg diredai oleh Allah.Oleh itu sebagai manusia kita semestinya memperbaiki diri dari hari ke hari..Jodoh itu rahsia Allah…pasti ada hikmah disebalik semua kejadian….
saya sudah becinta lama.. dekat 3 tahun lebih.. mcm2 dugaan dan cabaran selama 3 tahunn.. tetapi teman saya semakin lama semakin hambar dan banyak kali meminta putus..tapi disebabkan hati saya sayang akan dia.. saya cuba memujukk dan akhir2 ni saya diuji dengan muncul nya lelaki lain yg minat akan pasangan saya.. dalam masa yang sama.. saya diuji.. datangnya seorang perempuan yg lain.. saya buntuu.. sebab saya tak tahu apa yang saya patut buat.. boleh bantu saya ?
salam awak..boleh saya bg pndangan sdikit?kekasih awak mintak putus sebab ape?perempuan yg baru dtg 2 siapa?teman lama awak ke?
Maaf lambat..Sepanjang bulan 1 ni.. Macam2 telah berlaku.. Sy telah meninggalkan kekasih lama saya.. Ternyata kekasih saya yg lama masih sayangkan saya. Selepas itu sy menjalinkan hubungan dgn teman baru yg sy kenal.. Tetapi mungkin balasan sy meninggalkan kekasih lama.. Saya pula yg ditinggalkan oleh kekasih baru tersebut.. Hmm. Sakitnya ALLAH sahaja yang tahu.. Tetapi sy bangkit semula.. Jadi.. Sekarang saya dah single..
sangat setuju. fyna pun pernah alaminya. bercinta dalam tempoh yang lama. tetapi kami tiada jodoh.
apa yg admin tulis nii, sgt menyentuh hati sayaa .. sbb semua ni mmg berlaku dlm hidup sayaa .. :'(
assalammualaikum,
ape yg admin tulis tu sedikit sebyk mngimbas kmbali kejadian taun lpas..sy bercnta dgn seseorg dr U yg sama cume berbeza course n semster..kmi berkenalan slpas trlibat dalam 1progrm di mana sy mnjdi ketua dan si dia mnjdi anak buah sy..sy berkwn dgn dia hampr 3tahun..tp indah hanyalah 1tahun awl sahaja..rupanya dia byk mmpermainkan perasaan sy..myakitkan hati sy..apabila dia perlukan sy baru dia mncari diri sy..kalu x dia akan cri perempuan lain untk dia msg n bwk kuar jlan2..nk dijdikan cerita dia msg sy mngatakan dia sudah jtuh cnta dgn kwn dia..trpukul sy skjap..senang2 dia blh buat sy begitu..tp betul sy amek keputusan untk tnglkan dia demi mengelakkn hati sy trluka lg..n Allah mmg sebaik2 perancangn..sy ditkdirkan berkenalan dgn seseorg iaitu suami sy skrg hnya 2mngu knal..suami sy jauh berbeza dgn bekas teman lelaki sy tu..alhamdullilah slpas 2mngu knal..kmi ikat tali pertunangn bln 12 taun lpas n sy dh mnjdi isteri pd bulan 10 yg lalu..Sy hanya berkenalan dgn suami slama 2mngu..dan sy xbercnta mcm dulu..sy byk muhasabah diri..maka slpas nikah baru km bercinta..itu lbh baik