
Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?
Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.
Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.
Seolah-olah itulah penamat.
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.
Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.
Tapi, Hakikat Sebenar Kita Tersilap Perhintungan. Kita Terlupa Ada Yang Lebih Berkuasa
Kita lupa kita hanya mampu merancang.
Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,
senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah
merancang dengan cinta. “
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.
Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.
Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.
Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.
Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.
Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.
Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.
“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”
Sampai Bila Nak Terus Begitu. Betul ke Kita Bahagia?
Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.
Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?
Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?
Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?
Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.
Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan.
Jadi, Kenapa Terlalu Berani Kita Letakkan Sepenuhnya Keyakinan Pada Dia?
Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.
Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.
Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.
“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”
Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.
Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?
Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?
Jangan cuba untuk menipu.
Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.
Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita.
Tapi Sebenarnya Itu Cuma Angan-Angan. Cuma Mimpi Yang Kita Cuba Ukir Sendiri
Untuk tenangkan hati yang rawan.
Apa jaminan dia akan berubah?
Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?
Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?
Kalau berubah, alhamdulillah.
Tapi kalau masih kekal sama?
Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?
Terus makan hati sampai ke akhir hayat?
Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.
Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?
Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?
Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan.
Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung(berkahwin).
If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.
Serahkan Keyakinan Kita Hanya Pada Allah. Percaya Dengan Segala Ketentuan Allah. Dia Tahu Apa Yang Terbaik
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.
Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.
* nota tambahan dari admin:
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.
Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara.
Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?
Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?
Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang ada dalam hati anda pada bahagian komen dibawah.
Saya pernah melalui ini., Bercinta 4tahun tapi sudahkan kami berpisah., Sakit amat masa itu., Nak bangkit dari kesakitan bukan main payah., Sedikit demi sedikit, saya mula bangkit dan belajar jangan terlalu menyayangi orang lain dan meletak harapan terlalu tinggi pada sesiapa., Dugaan betul masa tu dengan keputusan sem itu jatuh teruk., Tapi, alhamdulilah kesan dari itu, sy mula kembali dekatkan diri denganNYA., Mungkin selama ini sy terlalu kejar cinta manusia, sampai terlupa cinta kepadaNYA., Berkat dorongan keluarga, insan sekeliling sy berjaya bangkit dan berjaya buang dendam after 2 tahun kami berpisah., Selama itu sy ingat sy xberdendam dengan dia, tapi rupanya tanpa sy sedari, ada sedikit dendam buat dia., Tapi bila sy berjaya buang dendam tu pada dia, Alhamdulilah sy rasa tenang dan bahagia sgt., Dan kini kami kembali menjadi kawan rapat., Senang berkongsi cerita., Dan alhamdulilah sy bahagia tengok dia bahagia dengan wanita pilihan dia dan sy doakan moga mereka kekal sampai ke alam rumahtangga dan ke syurga kelak., Dendam memang akan buat hidup kita tak penah tenteram dan hati kita akan payah melepaskan., Belajar untuk melepaskan kerana kita akan rasa nikmat yang sgt luar biasa., Bukan dengan dia sahaja sy kini mampu berborak, malah seluruh ahli keluarga dia., dan alhamdulilah ikatan yg terpisah dulu sebab perpisahan kami terjalin kembali., bercinta lama2 tak menjaminkn itu jodoh kita kan., :)
Kadang kala malu dengan Allah sebab bila dugaan melanda mula kita bercakap bukan-bukan. Waktu ketika sedih sangat. Bila lepas menangis dah lega barulah boleh ambil positif side. jangan biarkan diri sedih dan kecewa lama-lama
http://www.lovehutladyvitamin.com
thanks sbb kuat kan hati dan kembalikan saya ke jalan yg benar..
sy prnh alami benda nie suatu ketika dahulu…sehingga sy terlupa diri sy sndri n Allah kerana terlalu mencintai n menyayangi diri dia….kami mengukir janji antara satu sama ln..tp perancangan allah Tue jauh lg hebat dri manusia…akhirnya sy tersedar y dia bkn milik sy ble dia mempunyai y lain..hancur luluh aty sy ble thu dia dgn orang ln..hanya Allah y thu perasaan sy time Tue..sy cbe xnk percaya apa y sy nmpk tp Tue LA hakikat y sy harus terima wlpn berkecai aty sy saat Tue..Smp satu saat sy xmampu tok bangun truskan perjlan idup nie..Allah Tue maha adil dia tlah buka Mata n aty sy tok trus buta dgan keindahan CINTA palsu manusia….sy cbe bangkit dri hidup nie tp sy x mampu…SMP satu ketika seseorang y hadir beritahu saya..JIKA ORANG YANG KAMU CINTAI BERJAYA HANCURKAN HATIMU JANGANLAH BIARKAN IA HANCUR KAN HIDUP MU..kata2 Tue wat sy true bangkit Dan bangkit tnpa menoleh ke blakang..wlpm sakit sy trus kan idup nie..terima kasih ya Allah kerana memilih Aku n mengigati ak saat ak terleka….
Assalamualaikum ??
sya sbnrnye baru 15 tahun ….
tapi sya seorg yg brfikirn matng …
ble bce artikel ni .. sy sdar yg sy trlalu yakin dgn cnta yg sy ad skrg ni … sdgkn blm psti dy jodoh sy ke x …sy rse sgt brsyukur sbb Allah hdirkn dlm hdup sy seseorg yg sgt memahami dri sy dgn mslh kluarga sy … sy mnghadapi konflik kluarga yg mnyebabkn sy stres untk bljr… sy stres mmpnyai kwn yg x prnh memahami dri sy … ttpi dy lah yg mnjadi tmpt luahn mslh sy .. dn sy sdar dy seorg yg baek utk sy ..sy slalu fkir .. “cnta aq trhdp dy melebihi cnte aq trhdp Allah k” , sy rse brslh sgt2 … sy ingin mnjdi seorng yg lbih dkat dgn Allah dsbbkn Allah pertemukn sy dgn dy … he is a very good guy to me … sy x slalu contct dgn dy … sjujurny skrg ni sy btul2 ingin bwa dri sy ke arh yg lbih baeq … bkn krn die .. krn Allah smate mate . .mmg x sesuai untk sy brckp hal2 mcm ni sdgkn sy skolah lg … but this is the reality that i’m facing now…Alhmdulillah Allah had given a right person to me to make me closer to Him … sy jgak brsyukur sgt2 sbb skrg Allah jgk anugerahkn sya shbt2 yg bgitu setia dn btul2 memahami dri sy …Alhamdulillah ..^-^
KUAD KAN KAMI TUHAN ..
Semoga awak terus kuat. Yakin dengan Allah. Doakan saya jugak ye ;)
ya sya pernah alami, tp hati ni x kuat untuk lpaskn dy kpda lelaki lain, sya x sngup tgok dy dgn org lain,
Sape je yang sanggup tengok orang yang dia sayang bersama orang lain? Takde yang sanggup. Tapi kite kena kuat. Belajar untuk melepaskan. Bila kita berani jatuh cinta, kita jugak kena berani untuk kecewa. Mule2 memang sakit. Tak mampu nak tanggung. Tapi serahkan hati pada Allah. Minta Allah kuatkan semangat. Minta Allah bantu untuk lupakan dia. Makan masa tapi insyaAllah hati akan tenang :)
Belajar laa untuk melepaskan., Memang bukan mudah nak lalui., Saya sendiri lepas putus tunang, cuba belajar untuk melepaskan dan terima kenyataan bahawa kami tiada jodoh walau payah sgt., Tapi sy tau sy kene jugak., Em, tapi bila tiba hari pernikahan dia, sy mmg down sgt bila dia akan jadi suami kepada wanita lain dan tahun ni tahun sepatotnya kami nikah, dia bernikah tapi wanita itu bukan sy., Hidup kene teruskan walau payah., Yakin dengan ALLAH., Cuba carik gali apa hikmah disebalik perpisahan itu, insyaALLAH hati awak akan mula melepaskan., Serahkan hati awk hanya untukNYA.,
setiap kali saya bukak blog ni dan baca artikel2 dalam ni . setiap kali itulah saya menangis semahunya . ibarat yg dicoretkan ini semua isi hati saya . semua saya rasa apa penulis itu menulis . semoga semua pembaca artikel ni terus bertahan dan masih igt allah sentiasa ada untuk kita . sama2 la kita kuat kerana allah . saya masih mencuba untuk bertahan . harapa anda suma mampu bertahan jugak . jgn risau kita semua sama sahaja . masing2 pernah dikecewakan . selalu lah doa supaya insan yg mengecewakan kita tu terus berjaya dunia dan akhirat . dilindungi oleh ALLAH swt selalu . semoga dia sedar apa yg dilakukan terhadap kita . ingat KEMAAFAN adalah DENDAM TERINDAh !jgn berdendam dgnya sekurang2nya dia pernah mengembirakan hati kita . penah hadir dan singgah dalam hidup kita . maka senyum la kawan2 . walaupun sakit dan payah untuk hadapi semua ni . saya doakan semua orang :)
Saya menulis berdasarkan pengalaman diri sendiri :) Dulu, saya fikir saya sorang ke yang sering dikecewakan? Kadang-kadang seolah salahkan takdir. Tapi alhamdulillah, bila kita kembali ke jalan yang betul, perlahan-lahan hati mampu terima segala dugaan. Allah tahu apa yang terbaik. Maafkan lah dia supaya hati kita tenang. Untuk diri kita sendiri walaupun bukan untuk dia. Bertabahlah. Allah ada disisi. Sampai waktu, Allah akan hadirkan kebahagiaan yang tak terduga. Stay strong, doakan saya jugak ye ;)
8 thn yang sia2…8 thn sy buang masa menjadi perempuan yang loser..bila ingat balik semua tu sakit hati nie ALLAH saja yang tahu.hidup2 kita di tipu.hidup2 kita diamainkan.atas dasar setia konon, kita butakan mata.sebab apa kita butakan?sebab sy rasa dia la yang terbaik utk bimbing kita,dia la yang mampu bahagia gelak ketawa bersama sy,dia la bakal suami dn ayah utk anak2 sy.bodoh!!memang bodoh sy waktu itu..mempercayai kata2 seorang lelaki smp boleh bertahan hidup dlm kebodohan selama 8 thn!!!nah..akhirnya dia tinggalkn kau jugak..atas alasan??kau terlalu baik utk dia!!!!tak puas hati dgn alasan tu…sy nekad ajak bersemuka.dia x mau!!bila dia x mau…ok fine!!!sy intip pergerakan dia di rumah dia…sesungguhnya ALLAH sebaik2 yg membantu…ALLAH sebaik2 penyelesai..dia bwk sesorang ke rumah keluarganya.jwpn sy dh dpt…sy minta putuskn pertunangan dgn cara paling hormat..dn sekarang sy bahagia….tp dia???entah…bkn mslh sy.
Yang dah berlalu biarkan berlalu. Ye, kita pernah butakan demi cinta. Sebab kita selalu fikir dia yang terbaik untuk diri kita. Dia yang sempurna. Tapi siapa kita? Kita cuma manusia yang mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segalanya. Kena ingat, apa yang Allah tak bagi maknanya benda tu tak baik untuk diri kita. Kita terbaik untuk dia itu hanya sekadar alasan untuk melepaskan diri. Ada hikmahnya. Lebih baik awak tahu segalanya sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin? Akan terus makan hati. Bersabarlah. Allah itu adil. Belajar memaafkan dan lupakan segalanya. Teruskan hidup dengan kebahagiaan sekarang ;)
Saya pernah cuba cari cinta.. walau saya couple dan putus..saya still cari.. tapi sampai skrg.. saya still alone.. saya selalu tfk ke atas langit.. wahai Imamku di mana angkau… skrg saya fikir balik..In Shaa Allah.. jodoh tak ke mana.. so saya stop fikir dan focus untuk business saya… emmmm
syukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan blog ni,,, saya pun ada pengalaman nak dikongsi, walaupun hubungan kami x sampai setahun, tetapi ia amat bermakna buat saya kerana bagi saya dialah yang akan jadi imam saya.. tetapi kami putus jugak.. saya sedih sangat.. sedih.. kawan saya kata, dr fizikal luaran saya nampak okay hakikatnya jiwa saya sakit,,ia, saya tahu tu.. tetapi hikmah drpd perkara ini, saya byk meningati Allah.. ya, dari situ saya tahu yang Allah sayangkan saya.. saya jadi kuat bila memikirkan Allah. sebab saya tahu yang Allah x kan tinggalkan saya,sekarang saya masih dlaam proses untuk melupakan dia. kerana saya yakin dengan takdir yang Allah dah tentukan.. kalau ada jodoh, adalah..
Ye betol,dan tepat sekali…sy prnah laluinya..diluar dan dpn kwn2 kita pura2 bhgia,hkikatnye,byk skli airmata dbzirkan utknya..
Sy sdg merasainya.terlalu byk luka telah diberi tp sy ttp terlalu yakin dia akan berubah. Sy terlalu mengharapkan dia sehingga sy jauh dari Allah… artikel ni menyedarkan sy yg xsemua benda yg kt hendak kt akan dapat… tq so much diatas artikel ini.
Pahitnya terbuang. Ayat tu dah mampu terangkan segalanya. 5 tahun bersama, macam tak de makna apa apa. Perit hadapi semua tu. Tiap hari nangis. Ada orang yang tak faham, ada yang tak faham. Bila Allah datangkan kesusahan, ujian, Dia akan datangkan bersama kemudahan. Alhamdulillah, kawan kawan, keluarga sentiasa ada. Pahit cam mana pun, hati tetap yakin Allah sayang, sentiasa ada. Tiap kali nangis, tiap kali tu doa ‘kuatkan hati ku Ya Allah’. Yup, tiap kali nangis
Tidak dinafikan ketentuan ALLAH. Setelah mengalami baru saya sedar selama ini saya tidak dekat pada ALLAH. Kami dipisahkan selama 30 tahun oleh keluarganya. Kami langsung tidak bertemu. Dia telah dipaksa kahwin dan berpindah. Saya tinggal dengan perasaan kecewa dan trauma. Masih muda diusia 21tahun. Saya membawa diri jauh dari keluarga.
Saya membawa dendam dan benci saya pada semua orang. I just live my life and try to become somebody. I am success in my career but I don”t have a family life. Takdir menemukan kami setelah 30 tahun. Dia terus melamar dan kami bernikah (poligami) Keluarga dia tidak dapat membantah atau bersuara.. disebabkan jodoh kami kuat.
Dilema sakarang ini ialah kami berkahwin mengikut hukum syarak tapi tidak dapat daftar kerana dia bertugas sebagai tentera. Kami berusia 50an. Apakah ini satu lagi dugaan bagi kami.
Saya ingin menulis novel tentang cerita cinta kami tapi tak tahu bagaimana. Kisah kami menarik sekali dan saya berharap akan menjadi contoh dan nostalgia pada semua yang terlibat dalam hidup kami.
Boleh tak penulis blog ini menghubungi saya. Terima Kasih.
Lyan terlalu yakin dye akan jadi milik Lyan afetr 6 years apatah lagi da bawak jumpe family.. Tapi bersykurlah sebab Lyan belajar sesuatu yang amat besar dalam hidup Lyan..Lyan belajar untuk limitkan keprcayaan..Lyan belajar untuk berhati-hati..Lyan belajr untuk tak bersandarkan atas makhluk..Lyan belajar kite bertahan camne pon kalu bukan hak kitew still kene lepaskan gak..so let him go..dun take other’s..dun be selfish..huhu..Lyan belajar jugak yang..manusia pape pon pasnieyh akan tinggalkan kitew..kite pinjam jer..Allah yang memiliki..maybe esok Allah tarik balek..maybe next year…Lyan dipilih untuk kembali ke jalan Nya berbanding orang lain yang terus alpa..mungkin dye punya sesuatu tersembunyi yang Lyan ta tahu..tapi Allah tahu dan Lyan ta perlu tahu..banyak Allah na tunjuk kat Lyan sebenarnya..tapi sebab cinta Lyan buta..so Allah tunjuk dengan cara nieyh..sakit perit..sampai Lyan seumur idup ta pena tengok mama sedey..sebab anybody yang ta de kaitan..tapi sebab dye mama manitiskan air mata..so Lyan sangat terpukul..Now Lyan sedar..terima kasih Allah..dan terima kasih dye jugak..coz I really find good thing in goodbye~~
boleh saya bertanya keadaan sekarang..keadaan sy hampir sma dgn awk
saya melalui hal ini bbrp bln ini. kami bkwn selama 4thn. spjg bsama dia tak pernah saya buruh sangka pdnya. saya tlalu sygkn dia. dan pernah merancang mahu hidup bsama. malangnya… itu semua hanya rancangan. tp tuhan tentukan. betullah kata admin pd artikel di atas “manusia mrancang krn cita2, tp Allah mrancang krn cinta”. pd 1 hari saya diserang oleh seorang wanita yg mengaku kekasihnya. dan apa yg hampir mmbuat dunia saya gelap gelita, bila wanita itu bkata kekasih saya itu juga membawa dia bkhawin. apa semua ini? pada mulanya saya mmaafkn kekasih saya kerana saya syg yg mbuak2. lagipula kami sudah bkwn tlalu lama. mengenang ikatan yg sudah lama dan janjinya mahu meneruskan phubungan yg sudah ada, saya sabarkan diri dan terus2 bdoa pd Allah agar kami dpt bsama selamanya. sehingga 1 hari… wanita yg sama mhubungi saya lagi. katanya selepas selepas serangan pertama itu, perhubungan mereka semakin rapat. dan katanya kekasih saya sudah bjanji padanya yg dia takkan ada apa2 lagi hubungan dgn saya. sedangkan… selepas serangan pertama itu. hubungan kami juga semakin rapat dan kami terus2 menyemai impian nk hidup bsama. Kuasa Allah tiada siapa dpt mengalang. separuh jiwa saya hilang krn dia sudah sebahagian jiwa saya. dek krn hal ini, saya mjd semakin lemah. kerap menangis. dan kesihatan diri juga terjejas. apa pun syukur…saya punya keluarga dan kwn2 yg sentiasa ada menasihati saya. mmbuat saya bfikir : knp aku sakit krn dia? apa untung pd saya? knp saya msh mhrp dia berubah & terus bsama saya walaupun hati sakit? akhirnya… saya kembali pd Allah. segalanya saya luahkan pdNya… perkara ini bnr2 mbuat saya muhasabah diri, cermin diri & sedar diri. saya juga sedar2kan diri bhw dia bkn yg halal utk saya kenang sepanjang masa. malu pd diri sendiri, krn selama ini leka dan jauh drNya. syukur jalan Allah sentiasa tbuka. dan Allah tak pernah khianati saya, sbb itu Dia memberi ujian ini krn mahu mdgr rintihan saya. kini… saya rasa tenang setenang2nya (sukar utk diucap)… Alhamdulillah. Allah Maha Tahu dan Faham.
Saya baru putus tunang selepas bertahun bertunang..pada hujung pertunangan baru lah saya tersedar dia yang saya nampak alim sebenarnya banyak menyakitkan hati dan keluarganya pon begitu..Saya cuba bertahan namun tak berdaya..lepas putus dia terus berkahwin dengan orang lain..hati saya hancur luluh tapi terima kasih..artikel ni mengingatkan saya Allah sebaik-baik perancang..moga Allah temukan saya dengan orang yang lebih baik..insya Allah
Assalamualaikum admin..terima kasih ats perkongsian ini.sy anggap ini adalah petunjuk dariNya dalam kemelut yg sy hadapi ini.semoga sy dpt membuat keputusan sebaiknya dgn bantuan dariNya. :-)
Sy pernah 5thn b’cinta dan akhirnya putus..sepanjang 5thn terlalu banyak sangat dugaan…kesilapan yang sering diulangi…disebabkan rasa sayang yg melebih dari sayang pd Allah, sy butakan mata dan hati sy…beribu kemaafan yg sy beri…
Dan Alhamdulillah…akhirnya Allah bukakn hati sy…sy b’doa pada Allah klu dgn mengingati dia membuatkan sy jauh dari Allah maka jauhkan dia dr hidup sy…perit mmg perit, tp bila kita sentiasa ingatkn diri ttg qada’ dan qadar Allah insyaAllah Allah akan beri kita kekuatan utk melangkah…
Alhamdulillah I was enjoyed reading this article. Yes, it is true. Many people know that our life is temporary but not all of them know the exact meaning of temporary. They know and yet they act on whatever they have now, is theirs forever.
Sebenarnya, ini semua Allah punya. None of things comes from us. Allah bagi pinjam, sampai suatu saat Allah ambil balik because everything is His. we don’t have any rights to ask why all these such things happened to us.
Jodoh itu mungkin, kematian itu pasti. Kenapa tidak kita fikirkan yang pasti instead of mungkin?
Untuk jodoh, pantaskan diri untuk Allah dahulu, insyaAllah yang lain akan datang dengan sendiri tanpa kita minta, tanpa kita sangka kan. Percayalah. Keyakinan dan harapan itu hanya diletakkan pada Allah shj dan tidak layak untuk orang lain mendapatkannya kerana manusia juga tidak lama hidupnya. Allah yang menciptakan kita, Allah yang memberi kita nafas, Allah yang memberi kita kegembiraan dikala kesedihan, memberi kita peluang dikala kita jatuh, memberi kita rezeki dari pelbagai arah yang kita tahu janji Allah itu pasti which rezeki dll tidak akan pernah bertukar to someone else. So, sit and reflects, why should we put everything on people instead of Him? Allah loves us. His love is beyond of what we think.
Kita boleh merancang dan berharap, tapi semuanya serahkan pada Allah. Biar Allah yang uruskan. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia yang mencipta kita. Jika urusan kita tidak seperti yang Allah inginkan, redha dan solat taubat. Mohon ampun pada Allah dan banyakkan istighfar. Percaya dan bersyukur bahawa Allah akan sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rasakan itu sudah yang terbaik. Tetapi, Allah nak bagi yang lebih baik lagi. Don’t you think He is sweet?
Untuk yang belum berkahwin, taat pd Allah dan Rasul, taat pada ibu bapa dulu, perbaiki diri dengan mendalami ilmu, menghargai orang lain, bersedia untuk menjadi muslimah yang baik, insyaAllah everything comes into places like how Allah wants it to be.
Sesudah kita istikharah (khayr=kebaikan, mohon pd Allah berikan yang terbaik dalam segala hal) dan kita pasti memohon pd Allah jika sesuatu yang mendatangkan keburukkan pada kita baik utk diri kita, agama kita, kedua ibubapa kita, seluruh penghidupan kita sekarang dan akan datang, dan Allah telah pun jauhkan hal tersebut, maka, kenapa kita harus bersedih? Bukankah itu yang kita minta? :)
Bersederhanalah dalam segala hal. After all, hidup ini sebenarnya antara diri sendiri dan Allah. :) semua yang kita lakukan, niat yang kita pasangkan akan disoal kelak.
Maaf salah silap dalam ruangan komen ini. Semoga bermanfaat bagi semua :)
Terima kasih akak..kerana bagi kata2 semangat ini….Apapun yg kita rasa padq saat ini hanya satu dekatkan diri dgnnya…
Tq so much. I have learnt a lot.lepas bca ur comment. Sy adlah salah sorg wanita yg terlalu mngabdikn diri dgn cinta manusia. Then, smp satu masa kebhgiaan tu hilg cmtu je.sy terlalu mstress sy lost.tp sy cuba matangkan diri..sy bersyukur sy bkerja di tmpt yg di klingi org baik dn di situ byk buat sy dktkn diri dgn Allah. Sy tk thu nk ckp cmna tp apa yg sy dpat gmbrkn bila kita ada Allah itulah kbhgiaan yg sbenar..dlu sy lupa Allah.sy 24 hours dgn cinta sy ja. Jumpa, msj lg. Tk berhenti. Tp bila kmi dh jrg contct,sy sbnrnya ok with it.sbb sy abiskn masa sy dgn buat ibadat. Alhmdulillah walaupun skrg kmi still together sbb masing2 tk nk putus hbgn sbb syg, cuma kmi masing2 sibuk dgn khdpn masing2. Nk contct contct,tk nk just dont. Both of us mmg dh rasa lain. Dh tk serasi tp tkda yg antra kmi yg nk lepaskn dlu. Its okay sbb sy rsa dh redha andai allah dh tetapkn sesuatu yg baik utk sy. Perancgn Allah lebih baik kn. Ssungguhnya cinta Allah lebih indah.
saya pernah hadapi pengalaman ni. sgt2 sakit n perit rasanya. tp lama kelamaan saya mula sedar di mana kedudukan saya. n saya pegang pd kata2 “tetapan Allah adalah terbaik utk kita.”.
saya baru sebulan putus cinta sebulan yang lalu..2 tahun lbh bcinta n saya btl2 sayangkan dia..both family know our relationship..so lovely..n tiba-tiba da prmpuan lain masuk..hati saya mmg terluka tp saya dah maafkan dia walau saya x tau saya ikhlas ke tidak maafkan dia..saya x salahkan dia spnhnya atas semua ini blaku sbb ini juga mgkn bpunca dr saya hingga dia berasa terabai n saya x genggam dia..hari ini saya memberitahu saya mahu fight balik untuk dapatkan dia balik..saya tidak tahu sama ada keputusan untuk fight balik adalah btl ke tidak?