
Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?
Malangnya tidak.
Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.
Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.
Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.
Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.
Adakah itu bermakna kita lemah?
Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.
Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.
– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.
Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?
Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.
Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.
Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.
Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
.
Mencari Jalan Mula
Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?
Hukum gerakan newton pertama menyatakan:
Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Inertia Hati.
Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal statik, daripada move on.
Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.
Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.
Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?
Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.
Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.
Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.
Ingat, yang penting adalah untuk bermula.
Disini adalah beberapa contoh:
- Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
- Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
- Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.
Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.
Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.
Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.
Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:
- Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
- Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
Hidup Tidak Semudah Garis Lurus
Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.
Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.
Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita
Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.
InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.
Penutup: Ambil Sedikit Masa
Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.
Samalah perasaan dalam hati.
Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.
Jangan terlalu memaksa ia.
Kelak kita yang sakit.
Semoga Allah jaga hati ini.
— JNN, 1101
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.
Kerana..
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)

Saya terpaksa move on kerana Allah. Saya dan si dia memang sma2 saling mencintai tetapi kerana kita dah tahu couple itu haram dan apa2 sahaja yang menghampiri zina itu sudah haram, kami bercadang untuk putus hubungan kerana Allah. Ya, saya terasa sakit dengan keputusan ini. Lalu, saya membuang segala nombor kontaknya, gambar2 dia & tidak berhubung dgnnya kecuali atas urusan kerja saje..ya Allah, teguhkan hati in
terima kasih
Dh move on… dekat 30 tahun… kata org.. luka sembuh tapi parutnya masih ada..bertemu semula.. walaupun sama sama sudah tak berpunya… kami masih tak bole bersama .. kenangan lama dtg kembali… luka kembali bedarah…. dan kini cuba untuk move on unt kali ke dua…APA RAHSIA MU YA ALLAH..
Aku bertemu dengan die kali pertama ketika aku melapor diri bertugas, dan die adalah salah seorang yang menjaga bahagian pengambilan pekerja sambilan harian (PSH). Pada detik itulah aku mula pandang die. Sambil aku isi borang, sambil aku curi-curi melihat die. Sehinggalah aku mengenal die tidak lama itu.. macam mana kami boleh kenal?? Kebetulan, aku buat 2 kerja dalam satu hari. Siang aku kerja PSH, malam pulak aku buat part time promoter di parkson alamanda. Kebetulan, waktu aku berkerja part time, die datang membeli belah dengan kawannya. Di situlah aku mula mengenal die, sebab selepas kejadian itu die dan aku mula saling mengenal sehingga die meminta aku untuk mencari kerja kosong promoter jika ada. Sikit pun aku tak tolak, malah aku tolong.. selepas die mendapat kerja, maka bermulalah detik kami berkawan sehingga masing2 saling suka sama suka. Macam2 kami berjanji yang kami akan susah senang sama2. Yela, die dan aku, masing2 ada masalah keluarga. Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah, aku mendapat rezeki yang boleh menjamin masa depan aku.. tapi ada berita sedih..aku terpaksa berjauhan dengan die kerana, tempat aku lapor diri bekerja jauh dari tempat die tinggal.. dari kami sama2 dekat, tolong antara satu sama lain, sehingga kami berjauhan.. hanya perlukan interaksi antara satu sama lain dan mempercayai serta setia. Malangnya status hubungan jarak jauh memang perit dan menguji hubungan kami..sehinggalah berakhir dengan perpisahan..sebab berlaku ??
Sebab berlaku?
Aku bercinta dengan dia 5 tahun, sebelum2 ni tak pernah ada masalah datang dari orang ke 3. Tapi setahun lepas abang dia accident so dia kene berhenti kerja dan jaga sementara menunggu court case selesai yang ambik masa dalam 2,3 tahun. Saya cuba untuk faham situasi dia. Family dia memerlukan dia. Setahun tu, kitorang banyak bergaduh mungkin sebab tak jumpa. Biasalah bercinta jarak jauh bukan mudah. Tapi tak pernah sekali pun aku terfikir nak ada yang lain. 5 tahun terlalu banyak memori yang dicipta. Tapi dalam masa setahun tu jugak die berubah jadi orang lain. Dia kenal dengan perempuan lain, bukan sorang dua tapi ramai. Alasan dia sunyi. Tak pikir langsung perasaan aku yang tunggu dia, aku tak tahu nak move on macam mana, In fact sekarang masih lagi dengan dia walaupun aku tahu dia ada kenal dengan orang lain. Dia buat salah tapi, aku kejar dia seolah-olah macam aku yang salah. Aku sayang dia sangat2. Sekarang ni tak tahu nak mula move on tu macam mana. Ni pertama kali aku rasa macam ni. Sakit tuh, Allah je yang tahu. Depression, anxiety tu semua memang ada. Dah berbulan aku macam ni.
Aku pon dengan dia hampir 5 tahun..1773 hari..4 tahun 10 bulan 7 hari..sebulan sbelum hbngn kami berakhir..aku dapat tahu dia ad org lain..dia termakan pujuk laki tu..keluar sama2..mcm aku dah x de..kecewa sbb aku ingt dia akan setia..x sngka dia akan curang..aku bru kena beberapa hari lepas..n dia pon dh nk kawen..so sakitnya masih dalam..apa yang aku tahu..kita yg broken ni kena move on..kita sama2 move forward..ada hikmah semua ni jadi..always be positive..all of us can do it..
Sama seperti saya hampir 7 tahun sama2 dia pergi kahwin laki lain
Sedih nye cerita awk. Sy ada prnah baca, org kata its better lepaskan kalau dh tahu bnda tu menyakitkan. Sy ke blog ni pon sbb “move on”. Salam perkenalan :)
Aku jatuh cinta dengan lelaki kristian.. dah berkawan lama sampai aku betul2 sayang kat dia.. Tapi satu hari tu dia bagitau aku yang dia taknak giveup agama dia untuk aku.. Dia nak jaga agama dia.. Kitorang masih berhubung sebab aku taknak giveup on him..aku taknak keluar islam. Setiap kali aku doa ya Allah kalau dia untuk aku kau dekatkan lah dia kepadaku.. Dan Allah hantar dia kat aku lepastu.. Aku buntu fikir sekarang. Ini sekadar ujian untuk aku je ke atau memang dia untuk aku? Patut ke aku perjuangkan cinta yang tak nampak penghujung ni?.
Sudah 8 tahun saya dengan dia, sehingakan dia dah bertunang dengan orang lain saya still boleh layan n terima dia. Kalini saya berazam untuk meninggalkan dia dan terus move on! Kalau sayang takde tunang dengan orang lain kan? Alasan sebab keluarga? Semua ALASAN! Perempuan mana je yang boleh terima n masih boleh berbaik? Saya je rasa diperbodohkan :’) Sebab apa? Sebab sayang. Saya harap saya boleh melupakan dia ;’) Doakan saya !
Sya sukar lupa kn org yg Sya sngt syg sbb dia berbeza drpd org lain yg Sya knl sblum ni ..bila Sya mula chat dia lyn sya dgn baik sprti kekasih tpi bila Sya tak chat …dia langsung tak chat jgk ..ada kah lelaki sprti dia harus d tinggal kn? Maybe yaa hope dia sedar insyaallah..
Alhamdulillah terima kasih atas nasihat dn pandgan.. semoga sy mampu utk terus melawan gangguan silam ini.. dan dapt bertakarub dgn lebih tenang… benar tanpa bersyukur hati akan menjadi keras..dan pelahan2 kita jauh dr Allah..bila jauh dr Allah musuh3 Allah akan mendekat dan mengawal kita… semoga Allah terus beri pertunjukNya..aammiinn… Terima kasih atas artikel ini..☺
Assalamualaikum sebelum mulaka. Kisah Saya..(Saya termenung sendiri sambil duduk tiba2 terpikir nak Tanya Kat Google *mcm Mana nak move on* Saya baru saja putus cinta 10 Jan 2020. Berkawan 7 tahun sampai2 nah kawin. Si perempuan buat Hal Tak ready. Cakap dia masih mudah ingin injoi dulu.. dn Saya iya iya Kan ja lah. Siapa Tak sayang Kan. Rela ja tunggu.. dalam Hal ni dari awal 7 tahun. Bnyk benda yang saya terima. Sakit hati / Kecewa / Terima dia balik to labih dari 20x atau lebih dari itu. Putus sambung putus sambung.. bukan cakap saya Tak pernah buat Hal. Ada tu Ada tapi Tak banyak mcm so perempuan ni. Tidak tetap pendirian.. kejap ok/ kejap kesal / kejap nak berubah / Kejap nak kawin / Dah nak bawa kawin tahun ke tahun . Asal sampai hujung tahu dekat2 kawin. Tak jadi pulak. Cakap Tak ready lagi.. sampai lah Hari ini . Semalam dia buat Hal benda yang sama pernah aku dapati dia… Tak pulang rumah. (Abis tu dia Kan Mana? Tido Mana) nak tahu apa dia cakap selasai 2 jam Saya tunggu di rumah nya.. dia bilang dia Lago lepak sama kawan perempuan nya. Dan Saya kenal sangat dangan kawan dia ni. So Kita dalam diam txt2 Tanya dia knt Mana..kawna dia bilang dia sudah balik selepas hantar Saya. .so cerita to Tak kenan. Mana yang betul ni? Jadi si perempuan bekas kekasih Saya ni dah Mula rasa takut nampak bersalah. So dia mulakan tunggi suara yang di betul2 berada di sana Dan tuduh Saya pecaya cakap org. Penting kan org dari dia. Cuba bayang Kan( last txt dia sama Saya.* Kami pulang*
Susah nak lupakan kenangan manis…walau dah dekat 3 tahun cuba move on masih juga ingat dekat ex lama…dah cuba hidup baru dengan boyfriend baru sekarang dah nak kawin pun…tapi hati tak boleh juga nak padam kan kisah dah yang berlalu…,?
Saye sayangkan salah satu kaum hawa ni min , bezanye dia lebih tua dari saye dalam 7 tahun .. Dia pun tahu saye sayang dia tetapi respond dia sedikit memang tak banyak lah , mungkin sebab tak same generasi .. Dia pernah cakap jangan putus asa dengan dia sebab mana lah tahu satu hari nanti pintu hati dia terbuka .. Walaupun sekarang ni kami still okey dan alhamdulilah everything smooth tetapi satu je yang menyakitkan hati saye ni min , saye tak dapat kukuhkan hati supaya terus percaya yang kami ade jodoh , yang kami akan jadi yang halal satu hari nanti tapi still saye ikhlas buat dia tersenyum sampai lah andai di takdirkan kami berpisah nanti .. Saye doakan dia dapat jodoh yang baik satu hari nanti
Hi, saya sedang mengalami masalah ni. Jujur saya cakap saya agak depress sekarang. Macam2 cara saya buat. Saya cycling, tgk netflix, rajin ke masjid. Tapi saya still ingat dekat dia. Saya dah kena block semua med soc dgn dia haha. Tapi saya tetap tak boleh lupakan dia. Kadang2 saya mimpikan dia. Saya ni ada masalah anxiety. Setiap hari saya gelisah fikirkan dia. Dia sihat atau tak. Dia okay ke tak. Dah makan ke belum. Admin, tolong saya. Saya tak tahu macam mana saya nak contact dia untuk settle kan semua ni. Saya ingat kalau boleh cakap kejap, saya mungkin akan rasa tenang sikit. Taoi malangnya saya tak dapat nak contact dia. Adakah ni bermakna saya masih peluang atau ni dugaan buat saya?
Ermm kalau awak berpeluang bercakap dengan dia dalam lima saat sekalipun , percaya lah kalau dia ludah awak sekalipun awak tetap cari dia lagi .. Bro hilmi percayalah dengan Allah , ada 7 bilion lagi manusia dalam dunia mesti ade yang boleh bahagiakan awak lepas ni
saya baru je dalam perhubungan dan tak pernah ada hubungan cinta dgn sesiapa pun … kira ni first time la jadi saya agak sikit gugup bila psgn sya marah atau merajuk dgn sya. otak terus tepu ..sya jenis yg cepat gelisah kalau ada masalah dan mudah menangis.. mungkin sya dah buat keputusan yg jauh… sy minta untuk dia faham sya tapi dia fikir sya minta putus dgn dia .. dan skrg kmi dh x de apa2 hubungan but still contact each other as friend tapi sya yg tak boleh setiap kali bls cht dia sya jadi ketagih i mean sya mcm tertunggu tunggu untuk dia mesej sya … almost everyday i’ve waited him but its nothing… dia dh jrg on ws even ig pun dia dh jrg on jugk …. hurmmm apa patut sya buat untuk lupakan dia ?
Lupakan je, awak deserve better insyaallah .. Jangan shaking sebab manusia .. Tak akan awak tak ada cita cita miss ?
redho :) semua bende jadi ade sebab kan mungkin tu ujian untuk awak…. move forward mungkin org tu jugak dah move forward gudluck…..between kisah awak lebih kurg mcm orang yang penah dulu paling rapat ngan saya hahaha ……ni pengalaman saya la tpi saya lelaki hahaha mula2 tu mmg susah …..segala pengorbanan awak terhadap dia tu anggap je ikhlas dari hati tak perlu la ungkit hahaha,,,,,manusia ni mmg lemah tpi kita ada akal jgn tindakan kita tu ke hadapan dri akal hahaha,,,,, ni just sharing pengalaman je huhu ,,,dri hamba yang penuh dgn dosa. moga bermanfaat untuk saudari.
tk pun terus terang je ckp kat dia
8 tahun sy brsama dia, susah senang sy sntiasa ada dgn dia. macam2 dugaan,ujian sy terima ,dah berkali kali dia tipu sy. tp sy tetap maafkan dia,sebab sy prcya manusia tiada yg smpurna.sy bg peluang brkali2 supya dia brubah . tapi tetap sama . smpai satu masa allah nk tujuk kn kbenaran selama 8 tahun bercinta , bulan 11/2019 kita org nak bertunang . allahuakbar ujian dtg lagi skali , dia dh berkhwin dgn perempuan lain dkt siam pada tahun lepas , tanpa pngtahuan kedua2 kluarga. hanya allah je tau apa prasaan sy skrg .tak kuat untk sy hadap sgalanya , sy buntu mcm mna sy nk bgtau mak ayah sy yg kita org tk jadi tunang. berat ujian allah bg, tp sy prcya allah tk akan uji hambanya di luar kemampuan. ape yg jadi skrg insyaallah sy redha , sy kena kuat ,ada keluarga yg sayang sy. DOAKAN SAYA
Dah 2 tahun berlalu semejak sy ngn dia breakup. Dia sekarang pun tgh bahagia dengan orang baru. Tapi min, sampai sekarang sy masih lagi teringat2 kenagan2 yang pernah kita ada bersama. Bukan sya sengaja nk ingat min tapi kadang2 kenangan tu mmg datang menyinggah. Yg jadi masalahnya bila kenangan tu menyinggah saya akan jadi sangat sakit dan rindu. Saya pun terfikir, kenapa sukar sangat utk saya move on sedangkan dia dah lama buang saya dari hati dia, malah dah siap digantikan pun dengan orang lain. Saya pula masih sendiri sebab terluka dgn perbuatan dia tu dan sy sukar utk percaya pada cinta dah. Hanya yg pernah lalui shj tahu macam mana rasanya bila kita sangat rindu dengan orang tu, tapi kita tak terdaya buat apa2 sebab dia sudah pun jadi milik orang lain
saya telah cuba untuk move on. Ye ianya berjaya. Bila saya mula untuk mengenali kenalan baru dan still saya akan mengalami masalah yang sama. Iaitu saya akan dikecewakan. Adakah saya perlu berhentikan berjumpa dengan orang atau berkawan?
Itulah. Saya rasa dunia ni tidak adil. Yang bahagia terus bahagia. Yang kecewa terus kecewa. Saya pun sama macam awak. Kena banyakkan bersabar ye.
Sya baru break kelmarin selama 7 bulan tapi selama ni dia anggap sya sebagai kwn hati sya sangat sakit dan susah melupakan apa dia buat.boleh tlg sya untuk cra lain yang boleh melupakan dia sampai bila bila
Mcm mna pla klau org tu x sruh kita lupakn dia n still bole contact tp hnya seminggu sekali x mcm dulu tiap tiap hri n hnya bole jmpa pada tahun depan?Tp kita rasa yg kita msih sygkn dia n ssah nk lupakn dia n brhrap ade jlan lain utk kmbali semula berbaik seperti dulu.adkh sy prlu juga move on spya sy tak sedih memikirkan dia.Itulah yg sedang alami sekarang dengan kwan baik saya.
Some feelings are better left denied.
Let all of your attachments to the past go. Let them flow down the history, forgotten. You must learn to let go, or you’ll never be better.
Saya pun mengalami perkara yang sama :(
Bru sbln sy pujuk hati utk redha.. tahajjud sy lakukan stiap mlm agar ditemukan dgn lelaki yg lebih baik.. kini sy makin mdktkn diri dgn Allah.. sy xtinggal tahajjud, isthikarah dan dhuha xlupa juga solat taubat.. luah semua pd Allah.. hny Allah yg boleh keluarkan kte dr mslh..
Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah dalam beramal kepadaNya.
InsyaaAllah apabila kita rapat dengan Allah, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Pasti Allah akan mempermudahkan rezeki kita.