
Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?
Malangnya tidak.
Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.
Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.
Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.
Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.
Adakah itu bermakna kita lemah?
Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.
Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.
– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.
Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?
Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.
Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.
Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.
Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
.
Mencari Jalan Mula
Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?
Hukum gerakan newton pertama menyatakan:
Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Inertia Hati.
Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal statik, daripada move on.
Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.
Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.
Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?
Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.
Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.
Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.
Ingat, yang penting adalah untuk bermula.
Disini adalah beberapa contoh:
- Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
- Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
- Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.
Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.
Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.
Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.
Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:
- Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
- Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
Hidup Tidak Semudah Garis Lurus
Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.
Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.
Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita
Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.
InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.
Penutup: Ambil Sedikit Masa
Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.
Samalah perasaan dalam hati.
Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.
Jangan terlalu memaksa ia.
Kelak kita yang sakit.
Semoga Allah jaga hati ini.
— JNN, 1101
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.
Kerana..
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)

Subhanallah
4 tahun kita bersama akhirnya kau memilih orang yang kau baru kenal hanya beberapa bulan. Tidak cukupkan pengorbanan ku kepada mu? 4 tahun ku mengumpul duit supaya dapat membeli rumah yang kau idamkan, kereta, perkahwinan yang grand. Tapi kenapa di saat akhir kau tinggalkan aku? Sekarang aku sendirian cuba untuk move on. Syukur, aku makin dekat dengan Allah dan setiap hari aku berdoa supaya nama mu dihilangkan dari hati ini. Namun, makin lama makin kerap ku ingat kepada mu. Hampir setiap hari, setiap saat. Aku sedar, duit tidak menjamin kebahagiaan. Tapi aku cuma ingat membahagiakan kau supaya kau tidak susah hidup bersama ku. 4 tahun, hanya untuk mu aku berjaya kumpul RM270K. Apa guna semua duit ini kalau tiada kau di sisi ini? Apa guna duit kalau hati sentiasa menjerit merinduimu? Hanya pada Allah aku berserah sekarang agar kau kembali. Jika bukan kau, moga Allah hadirkan yang lebih baik dari kau untuk ku.
It’s really hard for me untuk lpe kan die…hampir sebulan sy masih ingat kat die dan berharap dkat die lgi ?…hampir setial hari sy mnangis scara tiba” ble tringat kt die…yaa nmpak macam bodoh tapi hati ni sakit yang teramat…apa perlu saya buat ?
Kembali kepada Allah, dekatkan diri kepada Allah.
Perbanyakkan istigfar, membuat amalan sunat dan bersedekah. InsyaaAllah hati kita akan menjadi tenang :-)
Asalam, Saya dan Perempuan ni dah nak dekat 2bulan dah putus . Dia yg tinggalkan saya disebabkan dia kata dia tanak sakitkan hati saya lagi. Dia mintak untuk berkawan. Pada mulanya, dia keluar dengan kawan lelaki dia tanpa pengetahuan saya. Saya cuba call tetapi dia tak jawab. Sampai satu tahap tuhan nak tunjuk org yang berdusta. Saya check henfon dia pada esok harinya. Dia keluar dengan kawan dia. Hati saya hancur bila tahu dia tipu saya hidup hidup. Tapi dalam masa yang sama dia nak contact dan jumpa. Saya buntu . Apa yg perlu saya lakukan. Sebab saya masih berharap pada dia. Atas kesilapan saya yg terlalu cemburu dan tak boleh nak paham dia. Bantu saya ?
ada dgr kata2.. lebih elok jika org itu mencintai kita seikhlasnya, dari kita yg lebih mencintai dia..
dah 8 bulan, mcm2 cara nak lupakan. tapi makin melupakan makin kuat segala kenangan, segala gelak tawa..hmmm
makin cuba membenci makin sayang.. dan makin mencengkam hati..
Ya Allah berikanlah aku petunjukMu..amin
good
Kadang2 kenangan yang lepas buatkan kita rasa susah nak move on. Perasaan sayang dan rindu dekat orang tu dah tak ada tapi rindu dekat kenangan manis yang lepas buatkan susah untuk kita lupakan, like how we laugh together, silly joke, how they treat us.
Memories never fade right?
sgt2 susah nk lupa..tapi saya yang terpaksa lupakan dia..sbb dia hnya perlukan saya untuk masa2 tertentu je dan suka memaksa.. hmmm napa agaknya mcmni…pedih rasa
sama la apa yg sy rasa skrg…..hmmmm
sbulan lebih dh baru putus tunang.makin hr makin sakit.pada mulanya ok.dia cr kita blk igt nk bg gembira rupanya nk bg lg sakit pedih.complicated.hint dia mcmna kenal dia dlu tk sama mcm skrg.lebih parah lg namun.hr hr murung smpai tk bole maafkan diri sndiri.dgr advice dr kwn2 dr family ‘Allah nk gantikan lebih baik’ dan mcm2 bunyi tu suma nk sedapkan hati.dia gembira horey sana sini kita yg kt sini tgh berperang dgn perasaan.isnt fair?karma?lg tk boleh pakai.balik2 kita juga yg kene.dlm hati cuma ckp dia sgt kecewa time kene putus sbbtu dia ok and lg satu sbb dia prmpuan yg tabah mybe.dh biasa hidup sndiri.kita ni smpai nk pgi jmpa ustaz nk tnya kenapa diri kita mcmni pnya kecewa.time gelak tawa kita leka.time terduduk mmg perit smpai bila2.hargai pasangan korg jgn main2.pesanan dr kita yg tgh berduka.
Same like me
Saya sudah suka dia sejak form 6 lagi…walaupun saya tahu dia sudah berpunya … Tapi.. Cinta itu buta… Pada zaman form 6 tu.. Saya tidak pernah pon meluahkan perasaan saya dkat dia… Saya hanya la memberi hint je… Sb saya thu hati dia milk org lain.. Setelah setahun di form 6…dye dapat tawaran sambung pelajaran di Ipg dan dia telah meninggalkan saya tanpa mengetahuai yang saya amat2 cinta dye…setelah beberapa tahun berlalu..kawan2 form 6 ajak buat reunion Dan dia pon datang sekali… Perasaan cinta saya terhadap dia tidak pernah berubah sedikit pon… Bermula malam tersebut… Saya mula chat dengan dye Dan berjumpa dengan dia… Pada perjumpaan tersebut… Dye layan saya macam kekasih jep… Saya merasa sangat2 bahagia… Tapi… Kebahagian tu sekejap jep.. dye layan saya mcm tu sb dye bergaduh dgn kekasihnya ketika itu… Saya bodoh… Ingat kan dye cinta saya… Kini…dia sudah berbaik semula dengan kekasihnya dan saya terus menderita dengan perasaan ini…
rasa sakit yg sebenar bila kita tak mampu berbuat apa2 atas pengkhianatan yg diterima….
aku marah.aku benci.aku rasa nak menjerit.aku rasa nk tikam hati dia.aku rasa nak hempuk dia dgn peti ais.
tapi aku xmampu…..kalau bagi M16 pun dkat tgn..dan dia ada depan mata…aku tahu aku tak akan buat apa2..dan for sure aku hanya akan mampu pandang ke dalam mata dia…insan yg pernah ada dalam hati.yg tak pernah sekali pun aku sangsi.
yg selalu aku angankan untuk punya keluarga bahagia bersama….
ya…insan itulah yg terlebih dahulu dah membunuh aku.yg membuat hati berkecai.die tak perlukan M16,
tpi hanya satu kebenaran….yg buat aku terdiam dan berfikir betapa bodohnya aku.
tapi aku yakin…segala kepedihan yg aku rasa akan ada penghujung.mungkin bkn sekarang…Allah s.w.t akan berikan yg lebih baik untuk perjalanan hidup aku.
tahu aku tak akan buat apa2…dan for sure aku hanya akan mampu pandang ke dalam mata dia…insan yg pernah ada dalam hati.yg tak pernah sekali pun aku sangsi.
yg selalu aku angankan untuk punya keluarga bahagia bersama….
ya…insan itulah yg terlebih dahulu dah membunuh aku.yg membuat hati berkecai.die tak perlukan M16,
tapi hanya satu kebenaran….yg buat aku terdiam dan berfikir betapa bodohnya aku.
tapi aku yakin…segala kepedihan yg aku rasa akan ada penghujung.mungkin bkn sekarang…Allah s.w.t akan berikan yg lebih baik untuk perjalanan hidup aku.
I will try
Bagaimana pula, kalau kita yg tinggal kan dia atas sebab tertentu, tapi sampai sekarang masih tk boleh lupakan dia, adakah disebabkan alasan tertentu ?membuatkan hati ni tk boleh terima orng lain, dan smpai sekarang masih fikirkan dia. Tapi tk pernah stalk dia, just always think about her. What should i do ? Terima kasih
Thnx..i will try
Assalamualaikum wbt. Saya baru sahaja berpisah dengan suami saya atas kerelaan saya sendiri. Saya relakan perpisahan ini daripada hati saya terus disakiti dan dilukai. Kami telah berkahwin selama 20 tahun (baru aje sambut ulang tahun perkahwinan tapi selepas 13 hari saya telah dapat Talak Satu) tapi suami saya mulai curang dengan saya sejak 10 tahun yang lalu. Perempuan bersilih ganti sampai ada yang kantoi mengandung. Saya bagi dia peluang untuk berubah sebab masa tu anak2 masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ayah. 6 tahun sebelum berpisah suami kerja di luar kawasan dan tidak menetap sekali. 2 tahun tinggal di KL perangai dia semakin menjadi2. Bila saya ajak balik tinggal bersama 1001 macam alasan yang dia berikan untuk tidak tinggal sekali. Saya tahu suami saya ada orang lain dibelakang saya tapi saya tidak ada bukti tapi dia lupa kekuasaan Allah mengatasi segala galanya. Doa seorang isteri yang teraniaya Allah dah makbulkan dan dia telah tunjuk segala kemungkaran yang dia lakukan. Bila saya tanya pasal orang ketiga seboleh mungkin dia cuba menggelak untuk menjawabnya. Dia seolah olah mendulukan yang orang ketiga daripada isterinya yang sah. Dengan tidak ada perasaan bersalah dia rela menunaikan permintaan saya untuk melepaskan saya. Luluh hati saya selama 20 tahun saya bersama dengan dia, dia boleh lupakan hanya kerana seorang perempuan yang baru dia kawan 3 tahun. Terlalu istimewa perempuan tu di hati dia. Saya akan menangis dan menangis setiap kali mengingati saat dia lepaskan saya. Saya tidak sedih bercerai dengan dia tapi cara dia ceraikan saya seolah olah betul sudah hilang segala kasih sayang dia dekat saya selama 20 tahun saya bersama dengan dia. Saya tidak tahu macamana nak hilangkan perasaan kecewa saya dibuat begitu. Siang malam menangis bila teringatkan peristiwa tu.
Assalamualaikum bro Naim. terima kasih banyak2 atas artikel yang bro bagi ni kadang2 saya lelah untuk berfikir macam mana nak lupakan seseorang itu. sudah hampir 5 tahun saya hidup merana dalam sejarah cinta silam ni. ade ke mereka yang sanggup hidup dalam sejarah cinta silam? mungkin takda kn? saya pun tak sanggup. apa feadahnya bila saya teringatkn dia. sedangkn dia telahpun bahagia bersama teman barunya. tolong doakan saya kawan2 supaya saya kuat hadapi dugaannya hanya allah sahaja mampu balas jasa baik anda semua amin…
10tahun kenal.. lagi 3 bulan nak nikah.. dah 3 bulan dia pulang cincin tunang tp sampai sekarang tak boleh move on
Ajarkn aku untuk menjadi lebih tabah dalam meneruskn kehidupanku ni
Saya masuh teringat ingat akan kisah silam saya ketika di sekolah dahulu. Sangat pahit apa yang dilalui oleh saya pada masa itu. Sampai sekarang sakitnya itu masih ada.
Membaca tulisan ini, saya merasa seperti membaca isi hati saya sendiri, yang sekarang jg sdg berjuang mati2an untuk move on. Melupakan seseorang yg begitu saya sayang. Dia sdh mngisi hdup saya selama 4 thun. Saya hampir tdk tau bgaimn mnjlani hdup tnpa dia, sebab dia pun sdh sperti sahabat bgi saya. Tpi skrg dia telah brsama perempuan lain. Menyakitkan sekali hrus mnghadapi semua ini sendirian, semangat hidup saya runtuh. Saya trus berdoa pda Allah SWT, supaya tertlong dri kesedihan yg berlarut-larut, dan mohon ampun krna sdh sangat berharap pd makhluk lain bukan pada-Nya. Saya berdoa smoga perempuan lain di luar sna yg sdg sakit karena cinta, smoga mndapat ptunjuk terbaik dari Allah SWT….
Sabar lar..kene kuat kne tabah..diorg boleh bahagia dgn org lain..knpe kite xboleh..bina hdp kita supaya lebih baik..buktikn kite boleh hdp tmpa die..buktikn yg die buat keputusan yg salah sbb lepaskn kita..dn sentiasa brbaik sangka pd allah..sis xsendirian..allah sentiasa ada brsama kita..insallah..
Betul ke dia ade perempuan lain