Mengapa Kita Susah Untuk Move On Dan Lupakan Kisah Silam?

move on
Kamu tak pernah tahu, betapa susahnya dia nak move on * image by unsplash

Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?

Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.

Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.

Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?

Malangnya tidak.

Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.

Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.

Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.

Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.

Adakah itu bermakna kita lemah?

Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.

– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.

 

Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?

Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.

Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.

Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.

Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.

.

Mencari Jalan Mula

Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?

Hukum gerakan newton pertama menyatakan:

Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang  bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Inertia Hati.

Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal  statik, daripada move on.

Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.

Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.

Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?

move on momentum

Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.

Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.

Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.

Ingat, yang penting adalah untuk bermula.

Disini adalah beberapa contoh:

  • Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
  • Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
  • Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.

Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.

Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.

Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:

 

Hidup Tidak Semudah Garis Lurus

Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

move on
move on itu sukar, tetapi itulah perkara terbaik untuk mencapai kebahagiaan.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.

Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.

Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.

Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita

Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.

InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.

 

Penutup: Ambil Sedikit Masa

Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.

Samalah perasaan dalam hati.

Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.

Jangan terlalu memaksa ia.

Kelak kita yang sakit. 

Semoga Allah jaga hati ini.

— JNN, 1101

Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.

Kerana..

Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.

Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.

Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

159 thoughts on “Mengapa Kita Susah Untuk Move On Dan Lupakan Kisah Silam?”

  1. Semuanya saya dah try . . Tapikan , yg susah nak lupa . . Lagu kegemaran kami sama . . Boleh beri cadangan ?

    Reply
  2. hanya ingin berkongsi kisah….
    usia perkahwinanku menjangkau 12 tahun pada December ini. kisah terjadi 2 tahun yang lalu. hati mana yg tak terobek bila dapat tau suami yg kita cinta dan kasihi ada hubungan dengan perempuan lain. yang paling pedih sekali bila suami sendiri yg mengaku salahnya..mungkin setelah diri ini banyak berdoa dan memohon pada yg Maha Esa, mintak petunjuk. suami mula berubah dengan lebih teruk lagi sejak 2015. Panas baran, selalu keluar hari minggu, katanya kerja overtime dan sebagainya, sudah mula menunjukkan sikap pelik, mula memasang password pada handfon, kurang bersembang seperti dulu2,hanya melakukan rutin biasa sebagai suami isteri,hampir 6 bulan aku tidur bersama anak2 kerana setiap kali aku ingin memeluknya,pasti ditolak….dia hanya sibuk dengan handfon dan ipadnya.sudah mula pandai menyuruhku pulang kerja sendiri bersama anak2,terpaksa menumpang rakan sekerja setiap hari. aku hanya akur dan percaya pada suami. segala tingkahlaku peliknya aku diamkan sahaja dan hanya bersabar. pantang ada silap sedikit,akan dimaki dan diherdiknya kami,anak dirotan tanpa belas,penuh amarah,penuh rasa benci.aku makin keliru,sehinggalah pada suatu hari suami meninggalkan kami 3 beranak begitu sahaja. puas aku memujuk dan menangis minta dikasihani,anak2 menangis sambil memegang kaki ayah mereka minta jangan ditinggalkan, suami tetap pergi…aku pasrah.keliru ntah mengapa diperlakukan begitu.tak tau hujung pangkal sudahnya di tinggalkan selama 3 hari…kami makin jauh…makin tegang…tiada penyelesaian…takut untuk bersuara kerana pantang ditanya pasti akan dimaki di jeritnya…aku jadi lebih keliru…
    beberapa minggu selepas itu…pada suatu malam,suami mengajakku menemaninya mandi kolam di apartment kami. aku turutkan sahaja kemahuannya..dalam hati berdoa agar suami menerima diri ini semula dan tak mau ada perbalahan lagi.
    ……..jangkauanku meleset sekali…suami memandangku dan mengucapkan sebaris ayat yang begitu pedih hingga seperti merobek jantung ku…suami mengucapkan kepadaku bahawa dia sudah tiada rasa cinta padaku lagi….tiada rasa sayang padaku lagi…perasaan itu sudah mula timbul agak lama tetapi suami memberi kenyataan bahawa dia hanya kasihan pada ku dan anak2 sahaja.
    ……..wanita mana yg tak sedih dan pasti terluka dengan kata2 seperti itu..kata2 yg keluar dari mulut suami yg terlalu dicintai. terasa seolah2 langit ini akan jatuh…aku redha..aku pasrah dan hanya mengatakan bertahan lah demi anak2…walaupun tiada lagi cinta pada diri ini….hatiku tak pernah sedetikpun berubah menyayangimu wahai suamiku…..dia tunduk dan diam tanpa balasan….
    ……tuhan shj yg tau bagaimana rasanya bila suami yg kita cintai sudah tiada rasa sayang lagi kepada kita….aku cuba kuatkan hati meneruskan apa yang aku hadapi pada ketika itu….hubungan semakin tegang…hanya Allah shj tempatku mengadu dan memohon perlindungan.
    ….sehinggalah pada suatu hari…pada 24hb april 2016….suamiku dgn tiba2 membuat pengakuan bahawa dia sgt berdosa pdku, dia mengaku yg dia ada hubungan dgn wanita lain.
    ……bagai disiat2 hati ini…macam tak percaya apa yg aku dengar dari mulut suami yg amat aku cintai.air mata bercucuran.dia memelukku sambil meminta ampun.aku kaku ,diam tak tahu nak buat apa.rupa2nya segala kepelikan yg terjadi kepada suamiku mmg terbukti dia ada wanita lain yg dicintainya….aku menjerit bagai org gila,hilang arah sebentar,seolah2 tak boleh menerima apa yg aku dgr.suami berpaut pada kakiku memohon ampun,tetapi hati ini tiba2 bencikannya,sekelip mata sahaja perasaan cinta dan sayang itu hilang untuk sekian lamanya.
    ..aku mula mencitai suamiku sejak dari universiti lagi.kami bercinta 6 thn sebelum kami berkahwin sejak 2005.usia percintaaku sgt lama dan tiba2 shj hancur musnah pabila suami membuat pengakuan.
    …….aku meminta suami untuk membawaku berjumpa dgn wanita itu. suami membuat pengakuan untuk memutuskan hubungan mereka di depanku kerana tetapi dia buntu, wanita itu tidak mau melepaskannya.suami sebenarnya tau yg apa dilakukan mereka adalah dosa besar, wanita itu tambahan pula merupakan isteri orang dan sudah beranak dua.bertambahah2 lg sakit hati ini.apabila suami menceritakan semuanya tentang hubungan mereka berdua…sudah agak lama aku ditipu suami…mereka telah berhubung melalui facebook sejak 2011 lagi, dan serius bercinta sejak 2015.kemana shj suamiku telah membawa wanita itu, bercinta seperi pasangan bujang. tempat2 yg aku dan suami selalu dating dibawanya juga ke sana.wanita itu mahu merampas semua yg aku miliki dan aku pernah kecapi bersama suami dahulu.
    …..aku telah nekad jika diikutkan hati yg sakit ini, mau shj aku menyuruh mereka bernikah dan melepaskan aku pergi bersama anak2…wanita itu tidaklah cantek manapun, itu yg menghairankan aku.dia mengaku mmg dia yg menggoda suamiku. suamiku tewas dengan godaan.mereka hanyut dibuai cinta tanpa memikirkan akibatnya.wanita itu memberitau tentang semua kekuranganku kenapa suami beralih arah…aku jadi geram,kerana semuanya adalah dusta semata…apa yg diceritakan pd suami kpdnya adalah bohong..aku sgt sayang kpd suami dan tak pernah membuat perkara yg dikatakan oleh wanita itu…aku kecewa dgn suami. wanita itu percaya yg aku ini isteri yg teruk dan jahat,isteri yg tidak pandai melayan suami sehingga menyebabkan suami sanggup curang.akhirnya….setalah puas aku meluahkan semua pada wanita itu..aku menyuruh suami dan wanita itu bersumpah dgn Quran dan berjanji tidak akan berhubung lagi…aku menangis sambil memanggil nama papa…pada ketika itu hanya papa shj yg terlintas difikiranku..papa tak pernah menyakitti hatiku…kenapa suami yg aku pilih yg aku puja sanggup melukan hati ini…apalah dosaku ya Allah sehingga aku diuji begini….aku redha,aku mcuba menerima kenyataan….Allah uji kita sbb dia sayang kita….
    …..suamiku memilih diriku dan anak2 dan memutuskan dan menghentikan hubungan dengan wanita tersebut.aku perempuan,dia juga perempuan..pasti hatinya sakit dan dia cuba memecahbelahkan lagi rumahtangga kami.segala cerita cinta mereka dia kongsikan kepadaku,segala email,whatsapp msg,surat2 cinta,audio cinta yg pernah mereka sama2 kongsi bersama diberikan kepada ku di saat aku sudah memafkan suami dan mula menerima semula suamiku.
    ….hati ini kembali sakit dan rasa bagai ditikam2 peritnya aku tanggung. sakitnya bila membaca semua surat2 cinta suamiku dan dia…aku sakit…aku hilang rasa cinta itu semula….rasa benci yg teramat sgt mula timbul semula kpd suami.walaupun suami telah berubah….aku cuba untuk melupakan semua yg telah terjadi…aku cuba! aku cuba utk move on dan melupakan wajah wanita itu…aku cuba utk melupakan semua kata2,ayat2 cinta mereka tapi jika dia dtg dlm bayangan mataku tika aku ingin lelap….begitu payah sekali untuk aku menerima suamiku semula….pantang sekali jika aku termenung pasti aku akan terbayangkan semula kisah yg menyakitkan itu.kenapa wanita lain sanggup menyakiti hati wanita lain. aku tak pernah mengenalinya dan tak pernah menggangu hidupnya! kenapa aku yg kau ganggu!
    …sehingga kini…pada saat ini walaupun aku telah bersama suamiku semula, walaupun aku berikannya peluang yg kedua… HATI INI TETAP SAKIT DAN BENCI KEPADA WANITA ITU! BENCI KEPADA SUAMI DAN TAK BOLEH MENERIMA KENYATAAN YG SUAMIKU PERNAH CURANG….
    ….Allah shj tempatku mengadu dan memohon pertolongan….aku begitu susah untuk melupakan semuanya…..hanya pada allah aku memohon agar wanita itu diberikan hidayah,petunjuk dan hanya pada Allah shj tempatku menagis…..aku tidak tahu sampai bila aku perlu menanggung rasa sakit ini…..

    Reply
    • Menitis air maya saya baca kisah akak, Bila orang yang kita sayang rupanya mempunyai kekasih lain. dan kita struggle utk lupakan sejarah yang telah berlaku itu. Saya pernah lalui tapi kami belum mendirikan rumah tangga.. Semoga akak diberi kekuatan, memaafkan memang mengambil masa lama… Mungkin akak boleh ingat kembali saat2 bercinta dulu2. zaman2 belajar bersama dulu, saat dia lakukan kebaikan, semua ni harap membantu utk hilangkan perasaan amarah pada suami akak.. saya doakan yg terbaik utk rumahtangga akak.. amin..

      Reply
  3. Betul. Susah juga la nak move on bila dh lebih kurg 7 tahun kenal & mmg nk kearh kawin. And dlm 7thn tu rasa mcm baru 2 3 kali acah-acah dating gitu. Dugaan berhubung jarak jauh, then ada yg dekat berjaya menarik perhatian si dia. Now, dh 3 4 bln kot, nak ckp move on sepenuhnya, blm lagi la. Still mencuba untuk tersenyum walaupun masih terkilan sbb dari awal ckp jujur awl2 kalau dh ada yg lain ????.. Harap sgt2 xkisah la lelaki ke perempuan ke, learn to be honest & bljr la untuk setia. Igt la kalau kita buat org, kalau org tu blh terima kytaan dgn mudah kira ok la, tp kalau sebaliknya, sakit tuu. Kita hidup sementara je, bljr la hrmat perasaan org lain, saudara sesama Islam. Igt Allah itu ada, Allah itu Maha Adil. Doakan saya juga untuk terus kejar cinta Allah. At the moment dia cakap dh ada yg lain, sy stop ambil tahu anything psl dia, cuma kdg2 teringat gitu2 je. Awk sy berthn dgn awk selama 7thn ni sbb sy appreciate masa awl2 dulu awk ckp serius dgn sy, sy xnak tgk awk sedih sbb sy. Tp akhrnya sy ditgglkn. Don’t worry, sy dah lama stop ambil tahu psl awk, sy cuma perlukan masa untuk terima semua ni dgn ikhlas dan redha. Kita merancang, Allah merancang & perancangan Allah is the best.

    Reply
    • Betul..saya baru je berhubungan dengan dia selama 8bulan sejak july 2016..pada mulanya dia yang serius dengan saya..memberi harapan kepada saya..memasang angan2 bersama bila nak tunang n kahwin..

      tapi semuanya tinggal kenangan sekarang.. tiba2 dia menyepi dan saya dapat mnghidu btapa pliknya perangai dia..saya message dia sama ada saya ada buat silap ke.. katanya tiada..rupanya dia berkata family nye tidak setuju dgn perhubungn kami disebabkan kami jarak jauh..maka trputuslah hubungn kmi melalui text sahaja tanpa dia call saya pon….

      saya kecewa… ketika itu hati saya remuk.. Sebulan berendam air mata.. benar..kepada Allah saya mngadu.. Ya Allah..sakitnya bila trlampau mghrap pada manusia.. Hati saya sakit teramat.. saya masih truskan hidup.. Allah sentiasa bersama saya..saya letak penghrapan kepada Allah…

      Alhamdulillah..setelah 2 bln lbih dr proses move on itu,saya semakin pulih..kesakitan hati masih ada cuma tidaklah seteruk awal2.. seorang lelaki menghulur perkenalan..
      3 bulan kami berkawan, dia dtg merisikku pda hari raya haji.. InshaAllah..kami akan bertunang hujung tahun ini…

      Saya doakan yang terbaik buat ex saya sebab dia dah tunang bulan 8 haritu.. Its ok..bukan jodoh kami.. cuma saya berharap dia tidak memberi harapan tinggi kepada bakal dia seperti mana dia berikan pada saya..

      Saya akan jaga baik2 apa yang Allah beri kepada saya sekarang.Saya rasa lebih bahagia…Syukur Alhamdulillah..

      Semoga saudara/saudari menemui kebahagiaan yang diredhai Allah… Jangan putus harapan.. Mari sama- sama kita belajar ikhlas dan meredhai segalanya..Amin..

      Reply
  4. Saya ada sorg crush ni lepastu lepas saya suka dia saya rasa mcm dia cuba nak lari drpd saya .. dan crush saya ni mungkin popular sebab tu saya rasa susah nak bagj dia milik saya tapi yg pasal dia cuba laru drpd saya ialah benda paling sakit .. saya cuba nk move on tapi bila saya lalu sebelah dia saya rasa gembira tapi saya tahu dia tak suka saya .. tolong saya

    Reply
  5. Saya ada sorg crush ni lepastu lepas saya suka dia saya rasa mcm dia cuba nak lari drpd saya .. dan crush saya ni mungkin popular sebab tu saya rasa susah nak bagj dia milik saya tapi yg pasal dia cuba laru drpd saya ialah benda paling sakit .. saya cuba nk move on tapi bila saya lalu sebelah dia saya rasa gembira tapi saya tahu dia tak suka saya .. tolong saya

    Reply
  6. Mmg susah nak move on… especially bila kita sygkan seseorang tu dgn sepenuhnya… aku bagi semuanya… aku turuti kemahuannya… akhirnya aku jugak yg di tinggalkan… dia putuskan aku dan couple dgn kawan aku sendiri… dunia terbalik bila aku tahu dan mmg hanya Allah saja yg tahu…

    Peritnya aku talan, aku syg aku rindu… tapi mmg ada yg gembira disebalik kesedihan ku ini… biarlah dia bahagia dgn kekasih barunya…

    Bekas kekasih masih lagi menghubungi… whatsapp n call bila ada yg perlu dicakapkan… tapi hanya sebagai teman… dia sudah tak syg… dah tak de perasaan kat aku… cinta ni buta kan… orang yg bukan disukai mulainya boleh jadi cinta selepas tu… tu lah yg terjadi… bekas kekasih suka kawan aku yg dia tak suka lansung! bukan taste dia… wallahualam… tiba2 diaorang couple selepas bekas kekasih tinggalkan aku… sedihnya… makan minum aku abaikan… aku lihat sekeliling ku gelap… aku jatuh sakit… aku tak terjaga diri…

    berbaloi kah? sudah tentu tak… orang lain bahagia… takkan aku nak sedih ? sampai bila? aku mesti kuat! aku tau aku boleh bahagia… mesti ada yg akan syg aku lebih dari dia kan…

    just masani aku tak ready nak terima orang or nak mesra2 dgn mana2 orang… ada yg nak dekati, aku push away plak… cos aku tak nak orang sakit sebab aku belum nak dapat terima sapa2… aku bagi diri ku masa… aku bagi diri ku untuk behibur tanpa pasangan…

    Reply
  7. kebanyakkan komen disini… semua lalui saat susah yang lebih tabah dari saya… saya doakan awak semua dalam keadaan baik… saya juga ke entri ini atas alasan yg sama… kegagalan “move On” …

    move on mgg sangat susah untuk cinta… tapi mgkn itu saja yang terbaik…

    hakikatnya kita x memiliki apapun… yg maha memiliki hanya DIA… dlu saya juga fikirkan hak memiliki adalah milik saya… ini soal hati dan perasaan … undang-undangnya tiada paksaan…

    saya doakan awak semua dapat jalan mudah yang baik untuk diri anda semua… Insha Allah…

    Reply
  8. Artikel yg bermanfaat. Serba sedikit blh tlg sy yg susah nak move on. After in a relay with him almost 3 years, skrg sy baru tahu yg dia still in relay dgn prmpuan yg dia knl dari sekolah mngah lgi. Dia bercinta enam tahun sblm bersama sy. Mmg lama dah tahu dan firasat sy kuat meyatakan tapi dia ttp menafikan yg dia takda apa2 lgi dgn prmpuan tu dan dia yakinkan sy yg prmpuan tu masa lalu dia. Dlm masa tiga tahun sy snggup bgi dia apa2 sja sbb dah terlalu syg. Pada mulanya, mmg teragak2 nak berharap sbb kami tak seagama. Sy Muslim dan dia Non-muslim. Dlm masa yg sama juga, dia yakinkan sy buat mcm2 yg membuatkan sy berhrp sgt2 kat dia. Dgn apa yg dia bgi semua kat sy. Skrg, sy yg terima betapa sakitnya terlalu sygkan seseorg smpai rasa nak putus asa. Doa sy tak pnh putus mnta petunjuk dari Allah. Sy yakin semua yg jadi ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui

    Reply
  9. Orang yg sy cintai, yg sy sanggup serahlan segala2 nya . Ternyata janji tggal janji. Begitu cepat dia melupakan sy . Sy doakan dia bahagia dan dipertemukan jodoh yg sebaiknya utk dia

    Reply
  10. mmng nak move on tue kenak ambk msa. sya cuma pening knpa tiba2 mcm tue. sblom smpai sna. kemain jnji sna sni. dia jnji jga hati utk sya. last2 apa yg brlaku. kalu dia btol2 slah. mohon allah tjukan 1 hari nt :) janji allah itu pasti.

    Reply
  11. after 6 yrs..one day saye cabar diri untuk berdepan dgn die dan menerima die sebagai kawan.
    tapi..saye x mampu sebenarnye.
    saya kalah dgn perasaan sendiri.
    saya tak mampu jd seperti dia yg sgt mudah melupakan semua.

    Reply
  12. Terima kasih atas perkongsiannya.. Hmpit 5 thun saya tak boleh move on.. Dia adalah cinta pertama saya.. Saya dah guna pelbagai cara untuk lupakan dia tapi rindu yang membuatkn saya tak dapat lupakan dia.. Sudah beberapa kali saya pujuk hati ini tapi ia tetap sama.. Saya malu pada tuhan kerana setiap kali berdoa saya pasti menangis kerana hati saya terluka oleh manusia..

    Reply
  13. Dah 2 bulan berlalu, hari2 menangisi keadaan, bulan pertama yes it’s really2 hard for me segala yg saya lihat segala perbuatan org sekeliling sy tringat DIA… But in next month sy dah mula boleh bergembira dgn teman n lupa kisah kami.. But at the night still sedih… I think sy DLM process utk move on slowly…
    I don’t hate him, DIA bukan lelaki yg jahat cuma jodoh kami x kesampaian.. Might be sy perlu cari lelaki yg lebih matang DLM menangani situasi… Apa2 pon sy harap sy boleh keep on moving, yes. daya geserang agak mnyakitkan… Tq for your advise… I’ll try my best

    Reply
    • Assalammualaikum..how’s ur life now? Saya doakan semua urusan awak dpermudahkan..dkuatkan hati .
      Dpertemukan jodoh..doakan untuk saya juga insan yg sedang cube move on….Amin..????????

      Reply
  14. saya masih dlm move on.tapi, setiap detik, setiap saat saya akan ingat pd si dia. Allahuakhbar!! kenapa manusia yg jahat yang x pernah hargai saya masih lg bermain di dlm fikiran? barangan semuanya saya telah buang tapi sakit, pedih,perit masih tertanam dlm jiwa. masih tertusuk dlm jiwa.masih bersaki baki..terlalu sakit sehingga saya lelah.abaikan makan.abaikan org keliling.terlalu sakit. cuma, saya nk pendpt kwn2, mcmna nk move on dgn tenang? sedangkan saya baru balik bercuti minggu lepas.

    Reply
  15. Entri ni touch my deepest heart. Yang pasti semua orang ada kisah silam masing-masing, nak move on.. tak semestinya sebab putus cinta. Adakala sebab dibenci parent dan family.. dan macam2 lagi ujian yang berlaku sedepuk, sampai buat kita rasa dah tak boleh nak bertahan… namun percayalah Allah beri semua tu atas kemampuan kita. Dan yakinlah, ada indah pelangi menanti kita selepas hujan :)

    Reply
  16. Assalamualaikum , sye masih teringatkn dia , hmpir masuk 3 tahun dia pergi tinggalkn sye tanpa kata putus . Rupanya dia dah ada orang lain dan orang itu kawan sye sendiri . Perit ap yang sye rasakn ,Terkadang sye terfikir , bila agaknya sye bole kembali ceria,Sye cuba nak benci kat dia , ternyata sukar walaupun bnyak perkara yang menyakitkan hati sye ,Baru ni dpt tau mereka merancang utk berkahwin . Mengigil , kaku , sedih , perasaan sye saat itu , tapi sye tetap tak benci dan masih syg kt dia , Peritnya utk move on , Buat ap sye nk seksa diri sendiri utk dia , Maaf atas luahan hati sye ini .

    Reply

Leave a Comment