Mengapa Kita Susah Untuk Move On Dan Lupakan Kisah Silam?

move on
Kamu tak pernah tahu, betapa susahnya dia nak move on * image by unsplash

Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?

Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.

Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.

Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?

Malangnya tidak.

Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.

Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.

Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.

Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.

Adakah itu bermakna kita lemah?

Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.

– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.

 

Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?

Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.

Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.

Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.

Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.

.

Mencari Jalan Mula

Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?

Hukum gerakan newton pertama menyatakan:

Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang  bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Inertia Hati.

Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal  statik, daripada move on.

Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.

Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.

Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?

move on momentum

Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.

Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.

Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.

Ingat, yang penting adalah untuk bermula.

Disini adalah beberapa contoh:

  • Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
  • Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
  • Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.

Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.

Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.

Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:

 

Hidup Tidak Semudah Garis Lurus

Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

move on
move on itu sukar, tetapi itulah perkara terbaik untuk mencapai kebahagiaan.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.

Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.

Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.

Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita

Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.

InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.

 

Penutup: Ambil Sedikit Masa

Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.

Samalah perasaan dalam hati.

Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.

Jangan terlalu memaksa ia.

Kelak kita yang sakit. 

Semoga Allah jaga hati ini.

— JNN, 1101

Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.

Kerana..

Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.

Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.

Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

159 thoughts on “Mengapa Kita Susah Untuk Move On Dan Lupakan Kisah Silam?”

  1. Artikel yg bermanfaat… Dpt menyokong dan membantu jiwa sy yg sdg kacau… Ini dpt memberi semangat utk terus move on.. Ingat Allah, berserah sepenuhnya dan yakin . Allah tak akan membiarkan kita menangis selamanya… Semoga sentiasa dlm perlindungan Allah semuanya

    Reply
  2. Allahuakbar. Betapa susahnya nk move on & lupakan sesorang yg mmg dh sebati dlm diri. Barang-barang mgkin blh di buang, fb & semua tu blh di block, remove.. tp hati? Bila dh mnjadi kenangan mcm mna lg nk lupuskan? Mulut kata redha, hati kata sabar.. cuba bangkit untuk cari Allah.. cari kekuatan, cari semangat.. akhirnya penat.. & biarkan hati ni trus luka, smpai masa ia akan penat jua

    Reply
  3. Terim kasih atas perkongsian..sbnrnya susah sgt nak move on..smpai satu tahap saya google doa2 supaya dia balik kat saya..Allahu..sy x tau betul ke tindakan ni..Allah je tahu niat saya..sy betul2 ikhlas nak dia balik. Tp sy cuba move on..in shaaAllah ade hikmahsemua ni..thanks :)

    Reply
  4. Assalamualaikum kawan saye mencerita watak niw kepada yg sudi au komen yg baek utk move.. bilany.. berlaku kehilangan org disayangi amat pahit untuk ditinggalkan saye terdapat adakah org yg hilang dlm hidup penuh dgn Kate tanya.. walau pown hidop niw nmpak hppy jas saye kne kuat jgn hnya kamu jer yg dpt rawat saye..

    Reply
  5. Macam mana pulak dengan dia suka tengok kita curi2..Sampai masuk dalam mimpi….Kadang2 masa nak doa terbayang muka dia…Dia senior saya..Kawan saya doa dekat saya “Bagilah ‘A’ jodoh Mai kalau bukan ‘A’ jodoh Mai tunjukkan lelaki yang lagi baik drpda ‘A’ “..

    Reply
  6. Alhamdulillah, Maha Suci Allah.. Saya jumpa artikel ini kerana saya dalam proses move on. Namun, saya tidak block dia baik whatsApp atau apa jua line kerana tak tahu apa sebab. Gambar2 dia pun saya hanya tinggalkan sekeping sahaja. Sebab hubungan kami jarak jauh. Sebab apa tak buang, sebab muka dia tetap saya ingat. Senyuman dia tetap saya ingat. Bila saya teringat saya doakan. Ada sehari tu, saya menangis teruk. Saya menangis sampai saya puas. Sebab sebelum ni saya pendam.. tapi tak boleh, jadi saya menangis sampai dah rasa macam sedikit lega. Hari makin hari, saya akui saya sedikit tenang. Walaupun tak nafi saya teringat. Bila teringat saya doa. Itu saja cara, untuk saya ikhlaskan hati. Saya ajar hati saya cuba untuk maafkan dan belajar juga memaafkan diri saya sendiri. Saya serahkan segala pada Allah dan saya tak mahu lagi fikir pasal perkara ini. Cuma, pinta saya. Saya mohon sekeping hati yang ikhlas untuk menerima dan saya belajar untuk hadapinya. Bukan mudah untuk berkata apatah menanggung. InshaAllah, moga semuanya baik2 dan kesakitan ini Allah ganti dengan hikmahNya.

    Reply
  7. Tak paham kenapa selalu lemah dengan dia. Tk pernah rasa rugi wlaupon abis duit. Dia xmata duitan. Tpi hanya 1 kesalahan besar akhirnya makan diri. Lepas dari masalah itu putus hubungan. Saya rilex . Lepas 2minggu terasa sakit smua. Dah move on tapi tiada pemulaan tiada cara. 2tahun setengah cuba. Tapi masih segar ingatan kenangan bersama dia. Tips ni buat saya bersemangat nak move on. Tq. Assalammualaikum.

    Reply
  8. Itulah sebaik – baik jalan. Yg paling penting apa langkah pertama perlu dibuat. 5 tahun bukan mudah. Tp mudah bagi dy mencari yang lain. Bg saya Allah mudahkan hati saya dekat denganNya. Itu adalah 2 perkara berbeza. Mungkin dia menemui cinta dunia dalam masa yang singkat. Alhamdulilah saya menemukan cinta Allah dalam masa yang singkat. Cinta yang Allah bagi pada kami sangat berbeza tapi kami melalui proses perpisan yang sama. Cube selami dan fahami maksud saya.

    Reply
  9. terima kasih berkongsi. perkataan move on dah bertahun2 di bibir ni. tapi segalanya masih jelas. dah 6 tahun dah. saya okay. tak de pressure, moody, menangis ke apa. cuma, yang menjadi tanda tanya, walaupun dah 6 tahun tapi segala kenangan masih jelas. kadang tu sampai termimpi2. nak kata sentiasa ingat dia, tak! saya tak nampak orang lain. hanya dia.
    boleh tak bagi pendapat?

    Reply
  10. Maybe memang susah. Tapi jalan terbaik ada lah move on. Semua nya dah tertulis. Mungkin harini kita bahagia. Tapi esok lusa mungkin tidak. Jadi teruskan hidup seperti sedia kala. Allah selalu ada :))

    Reply
  11. Saya pn sama kena reject…diblocknya semua fb,wassup sy…pdhal kerja 1 pejabat…mcm la xleh jumpa…malu nk menghadap dan berhadapan dia tiap2 hari…so saya amik keputusan utk move on…

    Reply
    • saya pun satu pejabat.. wpun dye block segala media sosial, no hp tp ttp kna jumpa.. kna bekerjasama jugak atas arahan.. itu yg sgt2 menyakitkan… susah nak move on.. kalau jarak jauh mungkin blh lagi lupakan.. ni hari2 jumpa.. tgk kereta dia parking pun dh ckup buat rasa hati xsenang.. perasaan bercampur baur.. nak berhenti kerja.. syg pulak kerja govt.. bkn senang nk dpt kerja sekarang.. cuma hari2 kena berdoa minta dbuang segala perasaan pada dia..

      Reply
  12. Thanks atas semua perkongsian itu.
    Saya baru shj mengalami peristiwa yg menyakitkan. Walaupun ape yg dia lakukan cume prkara kecil, ia tetap mnyakitkan hati sya. Semua masalah telah pon selesai tapi knp sya asyik pikirkan masa silam tu? Ia sngat menyakitkan hati saya.
    Harap perkongsian yg diberi dpt mnguatkan sya utk move on
    InsyaAllah :)

    Reply
  13. Terima kasih untuk tips. Kami sudah 9 buln berpisah genap hari ini. Ya rasa untuk dia tetap ada. Saya yang minta perpisahan ini. Sebab keluarga dia tak boleh terima saya. Bukan saya tak mahu pertahankan tapi ape kan daya, saya tak nak dia di gelar anak derhaka. N hari ini saya stalk Facebook dia, dia nampak makin berisi dan bahagia. Alhamdulillah,, doa saya sentiasa bersama dia

    Reply
    • Saya mngalami masalah yang sama..saya yg minta perpisahan coz family dia tak boley trima saya..saya tak mahu dia digelar anak derhaka.coz saya dan dia dh brusaha ntuk prhubungn itu…hubungan kami jarak jauh… tp saya sntiasa doakan kebahagiaan dia..setiap doa saya..walaupun saya still xboley move on…teringat dia…tapi saya sntiasa doakan moga hati saya ni dirawat dan berehat..dikosongkan hati..kemudian teruskan hidup walaupun rasa susah sangat… Moga dia juga mendoakan kebahagiaan saya..Amin

      Reply
        • Waalaikumsalam…Alhamdulillah..kehidupan saya lebih baik dari sebelum ini..saya akui saya sangat sedih diawal2 nya sehingga merasakan mampukah saya hadapinya.. Allah saja yang tahu betapa pedih rasanya hati ini… Saya lakukan apa- apa sahaja yg mampu saya lakukan untuk melupakan segalanya… Saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan teman2..Dekatkan diri pada Allah.Baca Alquran, solat sunat trutama solat dhuha dan tahajud… Saya berpegang pada satu doa.. Ya muqallibal qulub thabbit qalbi Ala dinni..
          Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku pada Agama-Mu..
          Bacaan didalam Al-Mathurat juga membantu…
          Saya sedar bahawa pengharapan yang tinggi pada manusia akhirnya menemui kekecewaan yang melampau..
          Saya masih dalam fasa move on lagi..
          Tapi sekarang hati saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ikhlas menerima saya kerana Allah..
          Yang lepas biarlah lepas… walaupun hati masih belum sepenuhnya dirawat tetapi saya beri peluang kepada diri dan hati saya… Allah tidak suka kita menyeksa diri kita sendiri
          Biarlah pada masa ini, hati saya ini Allah yang jaga.. InshaAllah.. Doakan saya berjaya melalui segala ini dan bertemu jodoh yg Allah tetapkan..Amin..

          Reply
  14. betul. bukan mudah kita nak move on bila melibatkan hati dan perasaan yang da sebati dalam diri. tapi Allah S.W.T know apa yang terbaik umatNya kan. pasti ada hikmah. terima kasih berkongsi artikel. PG mohon berkongsi artikel ini ya :)

    Reply
  15. Terima kasih sangat2 atas atikal nie sangat membantu… dalam hidup kalau tak ada ujian bukan hidup namanya tak gitu.. huhu
    “Putus” , ” move on ” yup dua-dua agak susah nak di terima, tapi lebih baik berpisah sekarang kalau berpisah bila dah kawin Allah sahajalah yg tahu dugaannya. alhamdulillah Allah bantu aku sebelum kami mendirikan rumah tangga…
    Tak apalah aku doakan yg terbaik baginya biarlah petih tapi menarik untuk menjadi aku insan yang tabah… insya’Allah aku boleh..
    Aku doakan semoga dia jujur dengan pasangan barunya dan tidak buat perkara yang sama pada org lain cukup lah kamu buat pada aku..
    السَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Reply
  16. pertama kali nampak post ini di fb, terus share,,, tp x bce pon ag,,, arini baru dpt baca… ulang2 kali sy membacanya… mmg bkn mudah untuk move on… lagi lah bile nampak si dia berbahagia di samping org baru di sana.. tp smua ini sy ambil sebagai kekuatan dan pengajaran.. pengajaran nye x semestinya org yg ade dgn kite hari ini akan selama nya ada dgn kita.. dan kekuatan nye pula… kalau dye boleh berbahagia,,,kenapa sy tidak…? thanx for this motivational article.. look forward to read more and more article from u..

    Reply
  17. salam..

    saya setuju apa yanggg ditulis diatas..dan saya sudah lakukannya..Alhamdulilah..walaupon masih ada rasa sekurang-kurangnya mampu mengurangkan gundah. Sedih itu sudah tiada cuma kadang rasa terkilan..dia menyepi tanpa meninggalkan alasan dan sebab..

    walaupon sudah hampr setahun kami tak berhubung..rasa untuk dia masih ada..masih mengharap dalam doa agar die diperjodohkan dengan saya.

    Reply
  18. saya sedang merasakannya sekarang, orang yg kucintai ternyata meninggalkanq demi perempuan lain. rasanya sangat sakit, hari ini 2minggu sudah dy memutuskan hubungan dgn saya tanpa alasan yg jelas, saya jg tw perselingkuhannya di sosmed dan ini sangat menyakitkan. gimana caranya biar aq bsa cpt lupain dan memaafkan mereka ? Tq

    Reply

Leave a Comment