
Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?
Malangnya tidak.
Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.
Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.
Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.
Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.
Adakah itu bermakna kita lemah?
Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.
Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.
– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.
Bagaimana Untuk Atasi Sukarnya Untuk Move On?
Saya juga seperti anda, pernah melalui detik-detik sebegini.
Ya, saya akui agak sukar pada mulanya. Namun, alhamdulillah, dengan berlalunya masa, saya bersyukur dengan apa yang terjadi.
Saya juga menerima banyak emel-emel dari pembaca (dimana banyak yang saya tidak sempat reply) berkisar tentang masalah yang sama, iaitu sukar untuk move on.
Satu perkara yang saya dapat simpulkan, kita semua sukar untuk move on kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama.
.
Mencari Jalan Mula
Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama?
Hukum gerakan newton pertama menyatakan:
Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Inertia Hati.
Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal statik, daripada move on.
Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.
Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.
Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?
Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.
Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.
Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.
Ingat, yang penting adalah untuk bermula.
Disini adalah beberapa contoh:
- Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
- Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
- Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.
Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.
Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.
Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.
Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. Jika tidak pasti apa yang perlu dibuat, boleh rujuk pada ini:
- Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
- Bagaimanakah Melupakan Si Dia Bekas Kekasih?
- Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?
Hidup Tidak Semudah Garis Lurus
Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus.

Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat.
Menurut Hukum Newton diatas, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.
Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita
Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.
InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.
Penutup: Ambil Sedikit Masa
Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.
Samalah perasaan dalam hati.
Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.
Jangan terlalu memaksa ia.
Kelak kita yang sakit.
Semoga Allah jaga hati ini.
— JNN, 1101
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.
Kerana..
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)

Terima kasih atas perkongsian..Nak kumpul kekuatan tu payah. Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya.
InsyaaAllah awak boleh.
Percaya pada diri :)
saya sedang mengalaminya..agak sukar untuk move on dikala ujian sedang hebat melanda diri..moga Allah kuatkan hati agar terus bersabar sehingga masanya…aminn
Assalamualaikum…
Saya dah 8 tahun kawin dan dikurniakan 2 anak…dari mula kawin sampaila sekarang suami buat perangai..Ade perempuan lain dan kadangkala minum arak…saya dah tak tahan…cuma fikirkan anak2…setiap kali minta dilepaskan suAmi merayu berjanji untuk berubah…bertahan hanya kerana anak…ya Allah berikan kekuatan…
Wassalam,
Apa yang boleh saya nasihatkan adalah agar puan merujuk kepada Jabatan Agama untuk nasihat yang lanjut demi kepentingan anak-anak.
Seharusnya bapa menunjukkan sikap dan contoh yang baik..
Terkesan dgn bicara penulisan yg begitu baik…
apa pun setiap org mempunyai pengalaman yg berbeza, bila hati terluka masa pasti akn mengubati segalanya….tp parut tetap ada dan kenangan itu x mungkin dapat kita buang begitu saja…. sama ada ia akan menjadikan diri kita lebh kuat atau sebaliknya. MOVE ON kerana kita semua berhak utk bahagia wlupn bukn dgn jalan yg kita pinta
Ya, kita semua berhak untuk bahagia.
Yang penting kita berusaha kearah itu.
Saya sokong apa yg cik nyatakan di sini. Memang betul kita semua berhak untuk bahagia walaupun susah untuk meneruskan penghidupan pada permulaannya. Balik pada Allah. Sesuatu yang pahit akan menjadi manis akhirnya.
Sangat terkesan di hati..setiap yang terjadi ada hikmah nya..semoga saya diberi kekutan untuk move on..
InsyaaAllah. Selagi kita yakin dengan Allah, segalanya akan dipermudahkan :)
Sy melakukan salah terhadap kawan yang paling baik. Dah sampai limit. Dia sudah tidak mahu berkawan dengan saya. Tapi dalam jahat sy, masih ad baik sy yg sudah tidak dinampaknya.. macam mana sy mahu teruskan hidup tanpa dia..4tahun bersama 24jam sekali di universiti..ya Allah..
Jangan putus asa untuk minta maaf dan berusaha menjalin kembali persahabatan.
Assalamu’alaikum.. memang susah sekali untuk move on, tapi kita harus yakin semuanya adalah ujian dari Allah. Allah tidak akan memberi cobaan melebihi kemampuan umatnya.
move on hanya soal waktu.
Ya betul. Berikan masa untuk hati kita dapat menerima..
Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah dan Jazakallah khair. Satu perkongsian yang sangat baik. Walaupun sy faham bhw inisemua adalah ujian dr Allah untuk menyedarkan kita tapi hati kita sukar untuk menerima hakikatnya. Disini sy juga ingin kongsi sedikit info yang sy pelajari baru baru ini. Iaitu setiap manusia yang melalui hidup kita ini adalah makhluk Allah swt. Tak kisah dia menyakiti hati kita atau mengubati hati kita, yang pasti dia makhluk Allah dimana dia berjalan, bercakap, berfikir dengan kudarat dan iradat Allah swt. Apabila kita fahamkan kenyataan ini kemudian hati kita akan mula redha dengan sepenuhnya. Dimana kita akan mula mencari sebab dan tindakan seterusnya. Minta maaf sy bukan nak mengajar atau menunjuk nunjuk tapi niat saya adalah hanya untuk membantu dan berkongsi sedikit ilmu yang sy pelajari baru baru ini.
Wassalam
Alhamdulillah. Sharing yg baik admin :)
Terima kasih :)
Asslamualaikum,pertama kali saya membaca blog kebanyakan ceritanya berkaitan dengan realiti kehidupan manusia yang sebenarnya.Saya suka membaca semua entry saudara kerana ia memberi buah fikiran yang bernas bagi mereka yang sentiasa mencari kekuatan.Teruskan menulis kerana kita tidak tahu salah satu penulisan mungkin mampu mengubah kehidupan orang lain sekaligus menambah semangat untuk terus berjuang .
Wassalam. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya. InsyaaAllah saya akan berkongsi ilmu selagi yang termampu.
:)
Terima kasih kerana berkongsi tips. Hati sy baru sahaja dilukai, sy sedang cuba nak lupakan dia, tapi dia selalu call & msg, kononnya nak terus berkawan. Saya cuba untuk tidak menjawab call, reply msg dan Sy cuba nak hilangkan diri dari dia tapi tak berdaya. Dalam hati Allah je yang tahu, mmg di mulut redha, tp hakikatnya sangat sukar, Saya terpaksa kuatkan hati bila berbicara dgn dia seolah2 tiada apa yg berlaku sebelum ni, sedangkan hati dah berkali2 disakiti. Setiap kali teringat pd dia saya akan solat sunat, mohon petunjuk dr Allah supaya dapat lupakan dia. Kenapa hati saya lembut sangat. Cuma setakat ini tidak menjejaskan kerja2 di pejabat. InsyaAllah sy akan cuba lg untuk jauhkan diri dari dia terus melupakan dia..
Alhamdulillah, itu yang terbaik. Move on terus lupakan dia, insyaAllah ada pengganti yang jauh lebih baik bakal mengisi hati miss z.
Ya, jangan berputus asa Miss.
Dan jangan sempitkan pandangan kita kepada seorang insan sahaja, kerana ramai lagi yang mungkin berhak untuk menerima keikhlasan kita.
kenapa hati lelaki cepat berubah x kukuh macam hati prempuan!
eya tengah cari jalan untuk lupakn dia..tapi sangat susah bila dah 5 tahun bercinta..
ramai sangat kawan2 yang nak eya jauhkan diri dari dia.. mungkin orang boleh cakap kita yang menanggung nie yg rasa semuannya..
InsyaAllah eiya pegang 1 je semua yang jadi ni ada hikmah di kemudian hari.. Allah dah tetapkan yang terbaik dalam hidup kita..
Lets Move on Be proud of your self :)
keep moving.. :)
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)
…terkesan dgn ayt ni..insya allah rdha..thanks for info..
InsyaaAllah, yakinlah pada Allah.
Pasti hati kita akan lapang dan aman :)
Ya Allah… aku redha….bantulah hambamu ini… jgn biarkan aku.. t.kaseh krna berkongsi..
Sama-sama, semoga membantu..
Trima kasih sgt2 atas perkongsian.. move on.. yaa,, move on. sblm ni pun dah byk kli cuba move on.. tp ad je bnda yg mghalang.. harap2 sy kuat bla berhadapan dgn dia bla mula sem baru nnti..smpai hti dia buat mcm tu kat sy.. :'( InsyaAllah sy akan cuba buat petua 2 minit tu.. yakin pada Allah.. itu yg pnting.. :’)
Ya, jangan pikir panjang sangat dan terlalu ikut perasaan, tindakan tu yang paling penting. Semoga membantu. :)
terima kasih atas perkongsian. ye memang betul.. langkah pertama tu penting dan akan membawa kepada langkah yang seterusnya. sy juga dalam proses melupakan seseorg. pada mulanya mmg susah sedangkan sebenarnya langkah pertama tu takde. sy kuatkan semangat.. langkah pertama yang sy buat ialah dengan simpan segala apa yg die bagi di tempat yg kita tak nampak. dan sy teruskan dengan yang lain, sy buang segala msg, sy delete jgk no telefon die wlaupn sbenanrnya sy hafal. tapi sy rasa tu langkah yg sewajarnya. :)
sangat membantu bila baca nih,
Semoga bermanfaat ya? :)
Terima kasih diatas perkongsiann diatas..
bkn sng nk lupakan..dimulut mmg kta redha&lupakan tp hakikatnye take time to forget did..InsyAallah..pelan2 to lupakan..;-)..
tapi cth yg kdua tu sye xbuat lg..mksodnye sye xblock fb dya lg,xbuang no fon dya lg..myb sye xnk putuskan ukhwah persahabatan ini kot..Allah know the best..
It’s up to you.. tapi baguslah kalau awak mampu melaluinya dengan baik dan tenang. Semoga terus kuat selalu!
InsyaAllah.wlpon msh terkenang lg ape yg dya buat dkt sye slama ni..
Actually dh dpt lupakannye pon..cuma kenangan2 tu msh ade..moga sye kuat utk hari2 akn mendatang..move to new life…fighting!!!!..;-)
Thumbs up! Thanks for sharin :D
:)
Assalam. Trima kasih ats perkongsian nya… Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat kelak. Ameen
InsyaaAllah.. :)