Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?

cinta tak dibalas
Jangan kecewa bila cinta tak dibalas

 

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan.

Sebagai manusia biasa khususnya lelaki  mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita.

Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..

Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah.

Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu.

Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.

Jika tidak, simpanlah rasa itu,dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.

Tetapi tak semudah itu!!  

Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?

Sewaktu Cinta Tak Dibalas..

Bagaimana kalau ditolak, cinta tak dibalas?

— Maka redha lah!

Percayalah yang Allah akan memberi jodoh yang lebih baik.

Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta tak dibalas dan bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu.

Kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu.

Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.

Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib.

Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Janganlah bersedih bila cinta tak dibalas

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu.

Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan ayat dakwah-dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila-bila pun Dia menghendaki.

Itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Walaupun cinta tak dibalas, terima Kasih Allah,

Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

68 thoughts on “Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?”

  1. Sya mencintai wanita dari sejak dia Sekolah dasar samapai dia dewasa tapi dia tepernah menganggap saya ada meskipun saya rela mati demi dia

    Reply
  2. yaps cinta bertepuk sebelah tangan itu memang tidak enak saya saja telah merasakannya .saya menyukai seorang wanita adek kelas saya tetapi dia malah menganggap sya sebagai pengganggu dikesetiap harinya .numpang curhat ………

    Reply
  3. Saya suka kat seorang perempuan ni dah hampi 2 tahun hmm tapi tulaa tak mampu nak bagi perasaan kat dia tak seperti laki lain .Hari hari stalk dia kadang tu dia chat saya hmm ade sekali tu dia ajak jumpa tapi jauhh .klu dekat pun sy tak berani nak jumpa dia sbb sy bukan laki yg mampu bg perasaan kat dia lagi pun dia anggap sbg kawan jaa . Rasanya bila dia dah kawen dgn pilihannya baru la move on .Harap laki ppilihannya tu boleh bimbing dia hmm????

    Reply
  4. Walaupun tidak pernah bercakap cakap atau pun bertemu dan terpisah oleh jarak kenapa rasa ini tidak pernah hilang dan malah semakin kuat. Dan aku selalu bermimpi tentangmu di dalam tidurku. Sungguh aku selalu berdo’a pada tuhan untuk menghilangkan rasa ini. Dan aku tidak pernah mengungkapkannya karena aku sadar perbedaan status di antara kita.

    Reply
  5. Saya menyukai seseorang ni dan telah meluahkan perasaan saya terhadapnya Tetapi dia senyap sehingga ke hari ni dan sekarang hampir 2 tahun..dia tetap tidak membalas apa2. Kalau terjumpa dia senyum. kalau tanya khabar melalu whatsapp dia balas…tanya soalan lain tak de reply..dia seorang lelalki yang berkaliber, kenape dia tidak menyatakan sahaja dia tak bersedia, or dia x nak, or jangan tunggu dia..kenapa senyap sahaja?Pelik tetapi benar

    Reply
  6. Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas? gampang. Terapi saja agar bisa langsung Move On. Hemat umur, waktu dan energy. Baca salah satu kisah nyata solusi Cinta Tak Terbalas di https://goo.gl/QHRxIX cara mudah dan efektif untuk Move ON

    Reply
  7. Aku menaruh hati pada pria yg memilih menikahi wanita lain , yg menghancurkan semua harapan masa depanku mematahkan semangat untuk hidupku … dia bahagia di atas penderitaanku

    Reply
  8. Mostly perempuan yg Banyak Alami sebab lelaki lebih suka kecantikan fizikal berbanding hati.lelaki memang x kan jatuh hati pada perempuan Muka biasa2 je

    Reply
  9. Sudah 3 tahun 4 bulan 17 hari aku memendam rasa ini.selalu jga whatsapp, namun hatinya bukan untukku.Mungkin dia anggap aku teman biasa.cukup aku sj yg pendam rasa.Akhirnya aku kecundang, tewas oleh perasaan sendiri.Pasrah mungkin jodohku bukan dengannya.biarlah perasaan ini sepi.Kadang rasa sakit bila kawan yg suda berkahwin menyoal “bila majlis?”…aku hny mampu senyum. Sekadar meluahkn

    Reply
    • Aku juga merasakan sudah 3 tahun ini dan pernah mencoba untuk cari pengganti tp hal tersebut mlh jadi bumerang bknya aku lupa mlh masih teringat.. Semoga allah punya rencana lebih baik.. Saya akan mengikuti jalan tersebut.. Semoga..

      Reply
  10. aku telah mencintai seseorang selama 10 tahun dari Sd , dulu terasa indah di masa masa kecil ku . Setelah tumbuh dewasa dia tidak lagi seperti dulu , aku juga hanya mematung disaat bertemu dengan nya karena saya sadar diri aku hanyalah orang biasa dimatanya. Sungguh sakit rasanya hanya mengenang kenangan indah masa kecilku sendirian

    Reply
  11. Sy prnh jtuh cnta ngan ssorg tu tp sy tak dpt nk bgthu dia apa yg sy rsa sbb dia bukn clng2 orgnya jd sy tkut dn kmi trllu bnyk prbezaan. Bru2 ni dia tlh khwin dgn plihn kluarga dia..sy sllu jd stlker dia tp smnjk thu dia khwin sy brhnti jd stlker. Rsa mnysl,sedih,kcewa..smua tu mmng ada tp nk buat mcm mna kn?Skrg sy dlm proses merawat hti..rsa tak nk jtuh cnta lg!

    Reply
    • Sama seperti sy..dh 12 taun berlalu tetapi sakitnya masih sperti baru smlm lg.. Minat secara diam2.. Pernh bersms byk kali tetapi xde timbul rasa cinta dlm hatinya. 2 taun lalu dia telah berkahwin dgn pilihan hatinya. Namun Alhamdulillah wanita itu telah berkahwin dan berubah dari tidak menutup aurat kepda muslimah (Syukur pada Allah telah memakbulkan doa sy setiap hari supya dia berubah ke arah lebih baik).. Semoga ms A bahagia bersama suami sehingga akhir hayat..
      P/S : hati masih luka dan blm terbuka utk wanita lain.

      Reply
  12. sya ad suka kat orang ni,dan sya dh luahkan kepada dia….kami sama2 suka tapi tak pnh tahu . dn itulah kali pertama ssya luahkn kat dia, dia suruh fokus pd pljrn dlu….sya pnh terbaca moment dia di wcht berbunyi begini “i will wait untill you found what you find”apbla diterjemah ad maksud yng lagi tersirat …. ap maksud dia
    tq :)

    Reply
    • maksudnya dia akan tunggu samapi you jumpa apa yg you nak. Sebab takut tengah belajar dengan lepas belajar you suke kat orang lain ke atau tak nak kawin nak adi career woman ke..berubah hati ke..macam2 la

      Reply
  13. sangat membantu kita menjalani kehidupan.. sebenarnya kita hanya mampu merancang..tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.. tabahlah..kuatkanlah hati.. setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. =)

    Reply

Leave a Comment