Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?

cinta tak dibalas
Jangan kecewa bila cinta tak dibalas

 

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan.

Sebagai manusia biasa khususnya lelaki  mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita.

Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..

Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah.

Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu.

Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.

Jika tidak, simpanlah rasa itu,dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.

Tetapi tak semudah itu!!  

Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?

Sewaktu Cinta Tak Dibalas..

Bagaimana kalau ditolak, cinta tak dibalas?

— Maka redha lah!

Percayalah yang Allah akan memberi jodoh yang lebih baik.

Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta tak dibalas dan bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu.

Kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu.

Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.

Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib.

Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Janganlah bersedih bila cinta tak dibalas

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu.

Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan ayat dakwah-dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila-bila pun Dia menghendaki.

Itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Walaupun cinta tak dibalas, terima Kasih Allah,

Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

68 thoughts on “Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?”

  1. Khususnya lelaki byk terkena? I dont think so, perempuan lagi banyak terkena. Tapi tak pe, pengalaman tu mematangkan diri. Dan pengalaman tu jugak buat kita tersedar akan dosa dan tak mengulangiya. Semoga kita semua ditakdirkan dgn jodoh yang baik2 dan berusaha utk menjadi baik jugak. Ameen

    Reply
  2. aku pun pernah rase mcm nie…akhirnya dia pilih org lain..ngn alasan pilihan keluarga..huhu sedih jugak mase tu..tp aku percaya 1 ari nanti aku akn jumpa dgn jodoh sebenarku..amin..doakan aku

    Reply
  3. artikal yg menarik.. ilmu kita cetek, ilmu Allah luas.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui yg terbaik buat kita.. bertaqwa dan bertawakallah padaNya. insyaAllah, Dia akan mengantikan dgn yg lebih baik..

    Reply
  4. sakit…memang sakit…tp, insyaAllah klau kte pandai kemudi hati perasaan tu akan hilang sikit demi sikit…sentiasa bersangka baik pada Allah…kerna Dia yang mmegang hati hamba2 Nya..;))bnyakkan doa..

    Reply
  5. Walaupun apa yang berlaku, suka atau duka, kita harus redha dengan ketentuan Allah.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang dan hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya~ =)

    Reply
  6. GOOD… ianya suatu fakta yang memang jelas dan nyata lagi terang kenyataannya.. hehee… Walaupun di umur hampir mencecah 20, belum pernah lagi terluah rasa cinta ini untuk seseorang selain saudara2 yang sedarah denganku..-keluarga-
    hehe.. Kadang2 rasa cam rugi.. orang lain bagai nak rak bercinta, diri sndri? sunyi kesepian memendam rasa.. – ayat jiwang x leh blah.. :P –
    tp, sy still sangat bersyukur dan berharap, orang pertama yang mendengar kata cinta sy adalah bakal peneman hidup saya dunia Akhirat .. InsyaAllah.. walaupun sy sendiri tak tahu siapa dia..
    Doakan saya ye saudaraku sekalian!

    Sesungguhnya, Allah telah pun menyediakan yang terbaik untuk hambaNYa.. Allah jua Maha Mengetahui.. Hanya kita yang perlu berusaha semampu kita dan berdoa.. Semoga jodoh kita adalah yang terbaik untuk kita dan belajar menerimanya dengan redha..
    Amin..

    Reply
  7. setiap ujian yang Allah berikan terselit hikmahnya dan aku redha ya Allah walaupun pahit pada mulanya..
    ya Allah aku ikhlas lepaskannya, kerana aku percaya Kau ingin berikan yang lebih baik daripadanya..sesungguhnya aku lebih tenang ya Allah…:)

    Reply
    • fnn,
      Kita senasib. Saya rasa malu teramat, sbb saya seorg wanita. Meluahkan apa yang terbuku dihati…akhirnya kena reject. Tapi rentetan dari penolakan tu, saya menjadi lebih tabah dan lebih dekat dengan sang Pencipta. Semoga kita diberikan kekuatan dan ketabahan. Dalam doa saya, selalu saya titipkan untuk dia…semoga dia diberi hidayah…kerana dia bukan seorang Muslim. Biar cinta tak berbalas..tapi tulah…saya mungkin ikhlas menyintai dia…dalam hati, saya lepaskan dia..dan moga2 Allah SWT makbulkan doa supaya dia menjadi seorg Muslim..Amin.

      Reply

Leave a Comment