13 Cara Sahabat Toksik Membuatkan Anda Menderita (Kawan Makan Kawan)

sahabat toksik bahaya

Pernahkan anda rasa selalu dipergunakan oleh orang lain?

Segala kebaikan yang anda lakukan hanya digunakan orang lain demi kepentingan diri semata-mata. Malah diberi pula ‘racun’ kepada anda.

Awas, anda mungkin sedang dipergunakan sahabat toksik!

Bagaimana anda boleh tahu anda sedang berada disekitar sahabat toksik? Dan paling penting, apa yang anda harus buat mengenainya?

Secara mudah, sahabat toksik boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai tingkah laku yang sangat tidak menyenangkan, dan meracuni kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, mereka sama sekali tidak positif ke atas kehidupan orang lain.

Mereka akan buat segala-galanya nampak teruk, tidak pernah berpuas hati walaupun sebeberapa banyak kita usahakan.

Bahaya sebenar orang sebegini adalah kepakaran mereka memanipulasi keadaan, suka membuatkan anda rasa bersalah, dan membuatkan seolah-olah anda berhutang sesuatu kepada mereka.

Mereka memerangkap anda secara psikologi.

Mereka juga berterusan mengambil sesuatu atau kesempatan daripada anda..

.. atau berterusan melakukan sesuatu yang menyakitkan anda, kemudian mengatakan mereka lakukan semua itu hanyalah untuk anda.

Sahabat toksik  boleh dijumpai di mana-mana. Di sekitar kejiranan, tempat kerja malah juga keluarga.

Malah, hampir semua orang dikelilingi orang sebegini.

Semakin anda dewasa, anda akan menemui semakin banyak orang-orang sebegini masuk ke dalam kehidupan anda..

Kita mungkin tidak boleh mengubah mereka, tetapi kita boleh ubah cara kita berurusan dengan mereka.

Terdapat beberapa perkara orang toksik lakukan untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan mereka.

Mengetahui bagaimana jenis-jenis kelakuan mereka akan membantu anda untuk menyelamatkan diri dari dimanipulasi secara berterusan.

Bagaimana?

Mari saya jelaskan..

1. Mereka selesa berbohong.

Pertama sekali, selalunya sahabat toksik suka untuk menipu.

Mereka suka membelit dan mereka-reka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct.

Mereka selesa untuk menipu secara kecil-kecilan, sehingga anda tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah mengenai setiap kata yang keluar dari mulut mereka.

Dan apa yang paling bahaya, mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis dan nampak menyakinkan sehingga kita tidak berasa syak.

 

2. Mereka pakar memanipulasi keadaan

Anda akan rasa hanya anda yang bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan mereka.

Sahabat toksik bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka, dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

Mereka tidak pernah ambil peduli tentang apa perasaan anda.

Mereka hanya mengambil berat tentang perasaan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, apa mereka perlukan, dan bahagia memanipulasi anda untuk memastikan hajat mereka dipenuhi.

Dalam persahabatan, ini mungkin dengan:

  • Meminta anda untuk menjaga anak-anak mereka walaupun ia bukan mudah untuk anda
  • Memaksa anda untuk menukar rancangan untuk bertemu dengan mereka
  • Membuatkan anda down dengan mengkritik penampilan, personaliti atau kemahiran anda.

.. dan pelbagai lagi.

 

3. Projecting perasaan mereka ke dalam anda

Sahabat toksik tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya.

Perkara ini dipanggil projecting. Mereka memancarkan perasaan mereka terhadap diri anda.

Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

Ia mungkin kedengaran lembut seperti, “awak OK ke ni?” atau lebih terarah, “kenapa awak marah pada saya?” atau “saya tengok anda moody je ni.

Anda akan berterus-terusan mempertahan diri anda (sebab anda memang tak rasa macam itu) dan perkara ini akan berulang-ulang.

Anda kena perlu jelas tentang perkara ini.

Jika anda berasa seolah-olah anda telah mempertahankan diri anda terlalu banyak kali terhadap tuduhan dan soalan yang tidak berasas, anda mungkin telah di projecting.

 

4. Mereka selalu penuh dengan drama

Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang.

Mereka ditipu, rumah mereka dimasuki pencuri, dompet mereka hilang. Hidup mereka kelihatan selalu ditimpa masalah.

Benarkah begitu?

Atau mereka memperbesar-besarkan cerita untuk menarik perhatian dan meraih simpati?

Mungkin perkara itu benar-benar berlaku, tetapi ia tidak perlulah terlalu dramatik.

Apa pun alasannya, anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama, dan sentiasa berlebih-lebihan dalam menghadapi pengalaman negatif yang menimpa mereka.

Menggunakan nasib malang mereka untuk menarik perhatian anda kepada mereka.

 

5. Selalu membuat anda dilemma

Sahabat toksik menggunakan rasa bersalah untuk mengawal persahabatan.

Mereka kerap akan meletakkan anda dalam kedudukan di mana anda perlu memilih di antara mereka dan sesuatu yang lain – dan anda akan sentiasa terasa wajib memilih mereka.

Mereka pakar membuatkan anda rasa kasihan terhadap mereka.

Lakonan mereka licik seperti layak untuk memenangi anugerah Oscar.

Orang sebegini akan menunggu anda mempunyai sesuatu komitmen dan akan memulakan drama.

“Kalau awak betul ikhlas berkawan dengan saya, awak jangan balik kampung cuti ni”

Rasa bersalah memainkan peranan besar dalam hal ini. Manusia normal, pasti rasa amat tidak selesa diselubungi rasa bersalah. Anda rasa berdosa bila tidak membantu mereka.

Tetapi malangnya, perasaan ini akan menjerat anda nanti.

Masalah ini tidak akan pernah berhenti. Kita tiada kebebasan untuk menentukan halatuju kita sendiri.

 

6. Mereka tidak pernah mengaku salah

Selalunya mereka sukar meminta maaf.

Sebelum mereka sesekali mengatakan maaf, mereka terlebih dahulu akan berbohong, memutarbelit cerita.

Mereka mengubah bagaimana sesuatu itu berlaku dan menceritakan semula ia dengan begitu meyakinkan bahawa mereka tidak salah 100%

Seboleh-bolehnya mereka akan melibatkan orang lain.

Mereka mahu anda berasa bersalah kerana menyalahkan mereka.

Jangan mengalah dengan kebenaran pada anda, tetapi jangan meneruskan perdebatan dengan mereka.

Percayalah mereka lebih handal memutarbelit keadaan. Just move forward.

Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

 

7. Mereka sukakan melemahkan semangat anda.

Mereka akan mencari sebab berita baik anda bukan sesuatu yang bagus.

Sebagai contoh:

Bila anda berjaya menamatkan pengajian dan grad, mereka akan berkata “jangan gembira sangat, kerja belum tentu ada untuk course ni”

Bila anda berjaya mendapat kerja, mereka akan  berkata “gaji tak berbaloi dengan kerja kau buat ni”

Bila anda mahu berkahwin, mereka akan berkata “cukup ke nanti duit kau untuk tanggung anak bini nanti”

Anda nampak coraknya disini.

Mereka sentiasa cuba untuk membuatkan anda ragu-ragu dan down.

Jangan biar mereka memperkecilkan anda. Lagipun anda tidak perlukan pendapat mereka juga.

Mat Lutfi pernah mengeluarkan video mengenai masalah ini. Orang sebegini Mat Lutfi gelar BOB.

Ketahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut di: 4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

 

8. Mereka selalu meninggalkan perbualan tergantung.

Mereka tidak menjawab mesej anda.

Mereka tidak melayan panggilan telefon.

Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

Mereka muncul bila memerlukan anda – kemudian offline (tanpa menjawab pertanyaan anda).

Perkara ini berlaku berulang-ulang sehingga anda berasa jenuh dengan mereka.

Sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang anda tidak akan pernah membuat anda seperti sampah. Mereka akan cuba mengakhiri perbualan dengan baik.

Perkara sebaliknya berlaku jika mereka memerlukan anda. Sila rujuk point No. 13 dibawah

 

9. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam.

Mesej yang disampaikan mungkin nampak murni, tetapi disampaikan dalam nada yang membawa maksud lain.

“Kau buat apa hari ni” boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada bagaimana ia diucapkan.

Untunglah naik gaji.. kerja “rilek-rilek” pun gaji banyak.. 

Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

Malah bila kita bertanya mengapa mereka bercakap sebegitu, mereka akan menyerang kita dengan mempersoalkan pula mengapa kita ‘terlebih sensitif’, kenapa kita nak marah – seolah-olah kitalah yang mencetuskan pertengkaran.

 

10. Bercakap benda yang tiada kaitan

Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas.

Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

Masalah yang akan timbul adalah anda akan sibuk pula mempertahankan diri untuk sesuatu yang sudah selesai pada enam bulan lepas, dan bukannya dapat fokus menyelesaikan isu yang sedang berada ditangan.

Selalunya, ia akan berakhir seolah-olah kitalah yang jahat terhadap mereka.

 

11. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain

“Kau selalu buat macam ni…”

“Kau tak pernah nak faham aku…”

Sukar untuk mempertahankan diri dalam bentuk manipulasi sebegini. Orang toksik selalu mengambil perkara kecil untuk diperbesarkan untuk membuktikan kelemahan anda.

Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih.

Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. It’s always someone else’s fault. Malah anda juga akan dipersalahkan.

 

12. Mereka suka menilai

Kita semua membuat kesilapan kadang-kadang, tetapi orang toksik akan ambil perkara itu sebagai sesuatu yang sensasi.

Sahabat toksik selalunya akan membuat anda rasa sentiasa diperhatikan.

Mereka akan bersikap judgemental dan menjatuhkan harga diri anda dengan menunjukkan anda lemah kerana telah membuat kesilapan.

Tidak salah melakukan kesilapan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup.

Jadi mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

 

13. Hanya mengambil dan jarang memberi

Sahabat toksik selalu mengambil.

Anda ibarat ‘pokok pinjaman’ dan mereka adalah ‘pemetik’. Harta anda adalah harta mereka. Segalanya mereka mahu pakai, dari sebesar kereta, pakaian, wang dan sehinggalah masa anda yang berharga.

Apabila mereka membuat panggilan atau whatsapp, mereka mengharapkan anda memberi respons serta-merta. Jika tidak, inbox anda akan dibanjiri mesej agar menjawab mereka.

Apabila tiba giliran anda untuk memerlukan bantuan, jangan berharap kepada rakan toksik untuk bertindak balas. They won’t.

Apa yang anda perlukan, tidak sepenting apa yang mereka buat pada waktu tersebut.

Anda akan diberi pelbagai alasan (yang direka-reka) dan anda mesti faham.

Hanya masalah mereka yang lebih penting berbanding masalah anda.

Dapat?

 

Anda tidak mahu bersahabat tapi pada masa yang sama rasa terperangkap..

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat.

Sudah menjadi sunnatullah, badan kita tidak boleh menerima elemen-elemen beracun kerana ia akan menjejaskan tubuh kita.

Dalam kes ini, ia akan merosakkan jiwa kita.

Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.

Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah saw. Bersabda :

Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”.

(HR. Muttafaq ‘Alaih).


Adakah hidup anda sekarang ini wujud sahabat yang bersifat toksik sebegini?

Kongsikan pada ruangan komen dibawah bagaimana anda berhadapan dengan mereka.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

63 thoughts on “13 Cara Sahabat Toksik Membuatkan Anda Menderita (Kawan Makan Kawan)”

    • Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan mudah rasa bersalah dan teguhkan hati dari pujukan mereka.

      Reply
  1. Saya pun begitu kawan baru menyusahkan hari hari time kerja hantar ke kerja bila sarapan saya belanja pastu tengahari belanja bila keja petang pun begitu juga saya belanja bila saya tiada duit mau minta belanja dia ingat saya Taukey bank ka..bukan apa kalau kawan seharusnya paham belanja balik ka pastu bila bini ia anaknya sakit ambilkan tapau pastu bila aku suruh ia bayar mcm mcm alasan bila saya bilang tiada buffet..terus saya kasi alasan saya sakit ..patut dia paham lah budget..aku lagi seorang duda aku tau duit gaji ia kasi terus bini dia tapi paham lah stock jimat untuk diri sendiri jangan susahkan kawan ..nanti saya berhenti kerja malas sudah..bagus saya jaga hotel elaun rm300 tidak aku bising..ini bikin habis duit aku saja..kawan kawan lain pun ingat aku banyak duit..macam malas sudah ku bertugas bagus aku jaga kedai x wife aku..senang lagi tidak bising..ini sampai duit di bank pun tidak cukup Pah paham lah situasi duit tidak cukup ..mcm mau kasi mati kawan saja damam..

    Reply
  2. Saya ada mereka cari bila perlu sahaja. Bila dah senang mereka lupakan saya . Sya chat pon tak reply . Seperti saya tak wujud dalam kehidupan mereka

    Reply
  3. saya ad seorang kawan macam ni.. and dia lebih tua dr saya.. saya 22.. dia dah 30an daa.. tp perangai still budak2… kejap2 nak merajuk.. kejap2 nak tarik mukaa.. saya x paham.. sedangkan saya x tahu pon apa salah saya.. dtg kerja macam biasa.. ttbe bila saya tegur diaa haii ke ape ke.. sepatah je dia jawab.. macam saya pulak ada salah.. sedangkan saya x tahu pape.. mmg kne banyak jaga hati dia.. penat sangat.. ingt time zaman sekolah je ada macam ni.. rupanya org tua pon perangai mcm ni..apa perus saya buat?

    Reply
  4. aku ada masalah dekat tempat kerja . and yessss ! apa yang aku baca 100% sama dohhhh . aduhhhh . aku masih disini sebab pkp dan mencari rezeki . sini boss semua okay . cuma staff jaaa . padahal kami tiga orang jaaa dekat sini but macam ramai sangat sampai nak menghina dan bagai bagai lagi . aku hanya mampu istigfar dan minta allah tu kuatkan hati aku . ni first time aku kerja dapat member toksik gila babi . aku kerja sini sebab member aku ajak . dah lama dia ajak . tapi bila dah kerja sini dia pun termakan dengan hasutan psiko tu . dan aku keseorangan (dekat tempat kerja jerh laaa) tempat lain aku ada ramai laaa kawan bodoh . haishhh .

    Reply
  5. bullshit je kalau ada kawan toksik ni sebenarnya…feel likes depresion and anxiety bila dekat dengan diorang ni macam barua betul toxic friend ni bullshit

    Reply
  6. Saya pon ade kawan baik toksik mcm nie dulu … Selalu cari slh sya.. perli2 mcm mmg kte bersalah die je selalu btol … Kuat menilai buruk psl org … Tp bile ngan org lain pura2 baik pijak semut xmati dgn muke die yg polos tu… memang suke memanipulasi .. memang suke memutar belit cerita…Die xbg sy kwn dgn org lain plak tu die tuduh sy mcm2 kalo sy ade nak berkwn atau berborak ngan kawan yg lain.. mcm kna kongkong .. segala gerak geri diperhatikan… Rase x selamat .. hidup lam ketakutan tp xleh nak lari sbb sama u sama bilik n same kls .. bile sy cbe menjauhkn diri dari die, die marah sgt asyik memerli aje n buat mcm sy org plng bersalah di dunia… Dulu pnh rase pts ase n terlalu stress dpt kwn camni.. mmg terganggu result cgpa sy… blaja pon xfokus… rase tkt menyelubungi diri. sume yg sy buat sentiasa slh di matanya.. ade je yg xkna dgn atinya … Pelik sy rase teruk sgt ke sy nie smpi die perli2 sy sbb sblm nie sy pon ade kwn baik tp xdelah berperangai begini ..mule2 kwn perangai die ok tu yg jd kwn baik.. tp bile dah lame2 baru tunjuk belang sebenar die .. Alhamdulillah dah putus kawan dgn die… Tp mmg teruk die kutuk sy dan tuduh mcm2 psl sya xnak kwn ngan die lagi… siap bagi beratus2 mesej psiko sy delete sumeny sy xsnggp bace menggigil bace ayt die jadi trauma sy bertahun jgk trauma… Call pon beratus2 kali…setelah berminggu akhirnya die lepaskan sy mknya dah x kol n mesej2 g ..Alhamdulillah hati ku dah tenang sejak putus kawan ngan die…

    Reply
  7. Saya banyak sangat sahabat toxic selalunya saya ja beria mesej atau bersungguh dalam berbual tapi selalu dibalas respond yang annoying dan dibuat2.Sejujurnya saya seorang pemalu tetapi kelakar dan pandai berbual tapi jarang diberi peluang menyertai group.Kadangkala hanya dibuat sahabat sementara kerana kesunyian.Saya kerap prihatin dan bantu rakan kalau diminta tetapi kalau ajak atau minta tolong rakan sukar sangat.Kadangkala apabila ajak perji ke toilet macam2 alasan bagi even kalau ajak 5 orang sorang ja yang volunteer.

    Reply
  8. Kawan saya merata rata macam memaksa saya…kadang saya minta tolong ngan dia lepas dia habis tlong tu trus dia minta spent ape tah.dan bila saya cakap saya tiada duit dia paksa jugak dia cakap “ok, aku tolong kau tak tolong aku” …..syedehh lah hidup sya mcm nii sya rasa bersalah dan taktah nak buat apa….. harap ada orang yg boleh tolong/balas…

    Reply
  9. Ada supervisor yg bersikap cuba menghasut org2 bwhan membenci syarikat dan bos disbb kan gaji yg sedikit..selalu byk berckp dari membuat kerja.bila kena cover org cuti merungut.lebih memilih rakan yg boleh mendengar ckp dia.sering meminta di belanja dari membelanja org lain dlm cara paksaan.bila dpt teguran bos,suka membandingakn kesalahan dia dari org lain utk menunjukkan org lain lagi bersalah.suka mengungkit dan tidak matang dalam pekerjaan.

    Reply
  10. cara aku senang je . aq jauhkan diri daripada dia . series aq stress dengan dia . look , smpai aq kena bukak page ni . aq dh xnak dh ad kawan macam ni series , kau bukan shabat tapi musibat. sejak dri tu aq dlte num dia , dia chat aq xbalas dh , chat pulak bnda xpeting . chat tuduh ii . aq malas dah . aq nak hargai yang mana hargai aq je . yg xnak , pergi lah kau sejauh mana pon , ada aq kisah . aq bukan tak sayang kawan ii aku tapi aku xtaknak kau benci aq , tapi kau hasut yang lain jugak .

    Reply
  11. pernah ada kawan mcm ni.. terseksa batin.. tersepit dgn kehendak hati sendirii.. selalu rasa down dan tiada arah tujuan.. tetapi, skrg syukur, dh x close sangat dah..cuba mengelak dna menjauh… biar dia tau yg ada org xtahan dgn sikap mcm tu.. bukan selalu kta dpt jd “bahan” mereka

    Reply
  12. Saya rasa memang betul pasal kawan toksik saya selalu terasa ape yg saya buat ni salah bile die buat betul

    Reply
  13. Saya ada kawan yg buat saya tak senang hati. Pernah block dia sebab tak tahan, tapi lepas beberapa hari saya pula yg minta maaf padanya kerana tak mahu bermusuhan..saya fikir, mungkin Allah hantar dia untuk menguji sifat sabar saya dan untuk bantu mengubah dia ke arah lebih baik..

    Waktu berbaik tu, saya dah jelaskan apa saya nak dan tak nak di perlakukan pada saya, macam faham untuk beberapa waktu…tapi makin lama, dia jadi macam dulu..masih mencari saya hanya melepaskan marah dia pada orang lain, guna perkataan yg kurang sopan, dan sering menilai kehidupan orang lain..bila saya respon dan mencari positive setiap apa yg dia burukkan, dia pula menilai saya seolah-olah saya “budget baik” dan asyik mencari salah dia dalam semua perkara..

    Entah la, mungkin betul la katanya, saya tak memahami dia dan tidak menjadi pendengar yg baik ketika dia ada masalah.

    Reply
  14. Saya ada kawan toksik,semua ciri2 diatas ada pada kawan saye tu,,,patutkah putuskan persahabatan saye dengn die?

    Reply
  15. saya ada rakan sekerja yg mempunyai hampir semua ciri2 yg disebutkan…saya cut off all communication with her dan tidak menganggapnya kawan lagi…ever.

    Reply

Leave a Comment