13 Cara Sahabat Toksik Membuatkan Anda Menderita (Kawan Makan Kawan)

sahabat toksik bahaya

Pernahkan anda rasa selalu dipergunakan oleh orang lain?

Segala kebaikan yang anda lakukan hanya digunakan orang lain demi kepentingan diri semata-mata. Malah diberi pula ‘racun’ kepada anda.

Awas, anda mungkin sedang dipergunakan sahabat toksik!

Bagaimana anda boleh tahu anda sedang berada disekitar sahabat toksik? Dan paling penting, apa yang anda harus buat mengenainya?

Secara mudah, sahabat toksik boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai tingkah laku yang sangat tidak menyenangkan, dan meracuni kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, mereka sama sekali tidak positif ke atas kehidupan orang lain.

Mereka akan buat segala-galanya nampak teruk, tidak pernah berpuas hati walaupun sebeberapa banyak kita usahakan.

Bahaya sebenar orang sebegini adalah kepakaran mereka memanipulasi keadaan, suka membuatkan anda rasa bersalah, dan membuatkan seolah-olah anda berhutang sesuatu kepada mereka.

Mereka memerangkap anda secara psikologi.

Mereka juga berterusan mengambil sesuatu atau kesempatan daripada anda..

.. atau berterusan melakukan sesuatu yang menyakitkan anda, kemudian mengatakan mereka lakukan semua itu hanyalah untuk anda.

Sahabat toksik  boleh dijumpai di mana-mana. Di sekitar kejiranan, tempat kerja malah juga keluarga.

Malah, hampir semua orang dikelilingi orang sebegini.

Semakin anda dewasa, anda akan menemui semakin banyak orang-orang sebegini masuk ke dalam kehidupan anda..

Kita mungkin tidak boleh mengubah mereka, tetapi kita boleh ubah cara kita berurusan dengan mereka.

Terdapat beberapa perkara orang toksik lakukan untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan mereka.

Mengetahui bagaimana jenis-jenis kelakuan mereka akan membantu anda untuk menyelamatkan diri dari dimanipulasi secara berterusan.

Bagaimana?

Mari saya jelaskan..

1. Mereka selesa berbohong.

Pertama sekali, selalunya sahabat toksik suka untuk menipu.

Mereka suka membelit dan mereka-reka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct.

Mereka selesa untuk menipu secara kecil-kecilan, sehingga anda tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah mengenai setiap kata yang keluar dari mulut mereka.

Dan apa yang paling bahaya, mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis dan nampak menyakinkan sehingga kita tidak berasa syak.

 

2. Mereka pakar memanipulasi keadaan

Anda akan rasa hanya anda yang bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan mereka.

Sahabat toksik bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka, dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

Mereka tidak pernah ambil peduli tentang apa perasaan anda.

Mereka hanya mengambil berat tentang perasaan mereka, apa yang mereka mahu lakukan, apa mereka perlukan, dan bahagia memanipulasi anda untuk memastikan hajat mereka dipenuhi.

Dalam persahabatan, ini mungkin dengan:

  • Meminta anda untuk menjaga anak-anak mereka walaupun ia bukan mudah untuk anda
  • Memaksa anda untuk menukar rancangan untuk bertemu dengan mereka
  • Membuatkan anda down dengan mengkritik penampilan, personaliti atau kemahiran anda.

.. dan pelbagai lagi.

 

3. Projecting perasaan mereka ke dalam anda

Sahabat toksik tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya.

Perkara ini dipanggil projecting. Mereka memancarkan perasaan mereka terhadap diri anda.

Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

Ia mungkin kedengaran lembut seperti, “awak OK ke ni?” atau lebih terarah, “kenapa awak marah pada saya?” atau “saya tengok anda moody je ni.

Anda akan berterus-terusan mempertahan diri anda (sebab anda memang tak rasa macam itu) dan perkara ini akan berulang-ulang.

Anda kena perlu jelas tentang perkara ini.

Jika anda berasa seolah-olah anda telah mempertahankan diri anda terlalu banyak kali terhadap tuduhan dan soalan yang tidak berasas, anda mungkin telah di projecting.

 

4. Mereka selalu penuh dengan drama

Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang.

Mereka ditipu, rumah mereka dimasuki pencuri, dompet mereka hilang. Hidup mereka kelihatan selalu ditimpa masalah.

Benarkah begitu?

Atau mereka memperbesar-besarkan cerita untuk menarik perhatian dan meraih simpati?

Mungkin perkara itu benar-benar berlaku, tetapi ia tidak perlulah terlalu dramatik.

Apa pun alasannya, anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama, dan sentiasa berlebih-lebihan dalam menghadapi pengalaman negatif yang menimpa mereka.

Menggunakan nasib malang mereka untuk menarik perhatian anda kepada mereka.

 

5. Selalu membuat anda dilemma

Sahabat toksik menggunakan rasa bersalah untuk mengawal persahabatan.

Mereka kerap akan meletakkan anda dalam kedudukan di mana anda perlu memilih di antara mereka dan sesuatu yang lain – dan anda akan sentiasa terasa wajib memilih mereka.

Mereka pakar membuatkan anda rasa kasihan terhadap mereka.

Lakonan mereka licik seperti layak untuk memenangi anugerah Oscar.

Orang sebegini akan menunggu anda mempunyai sesuatu komitmen dan akan memulakan drama.

“Kalau awak betul ikhlas berkawan dengan saya, awak jangan balik kampung cuti ni”

Rasa bersalah memainkan peranan besar dalam hal ini. Manusia normal, pasti rasa amat tidak selesa diselubungi rasa bersalah. Anda rasa berdosa bila tidak membantu mereka.

Tetapi malangnya, perasaan ini akan menjerat anda nanti.

Masalah ini tidak akan pernah berhenti. Kita tiada kebebasan untuk menentukan halatuju kita sendiri.

 

6. Mereka tidak pernah mengaku salah

Selalunya mereka sukar meminta maaf.

Sebelum mereka sesekali mengatakan maaf, mereka terlebih dahulu akan berbohong, memutarbelit cerita.

Mereka mengubah bagaimana sesuatu itu berlaku dan menceritakan semula ia dengan begitu meyakinkan bahawa mereka tidak salah 100%

Seboleh-bolehnya mereka akan melibatkan orang lain.

Mereka mahu anda berasa bersalah kerana menyalahkan mereka.

Jangan mengalah dengan kebenaran pada anda, tetapi jangan meneruskan perdebatan dengan mereka.

Percayalah mereka lebih handal memutarbelit keadaan. Just move forward.

Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

 

7. Mereka sukakan melemahkan semangat anda.

Mereka akan mencari sebab berita baik anda bukan sesuatu yang bagus.

Sebagai contoh:

Bila anda berjaya menamatkan pengajian dan grad, mereka akan berkata “jangan gembira sangat, kerja belum tentu ada untuk course ni”

Bila anda berjaya mendapat kerja, mereka akan  berkata “gaji tak berbaloi dengan kerja kau buat ni”

Bila anda mahu berkahwin, mereka akan berkata “cukup ke nanti duit kau untuk tanggung anak bini nanti”

Anda nampak coraknya disini.

Mereka sentiasa cuba untuk membuatkan anda ragu-ragu dan down.

Jangan biar mereka memperkecilkan anda. Lagipun anda tidak perlukan pendapat mereka juga.

Mat Lutfi pernah mengeluarkan video mengenai masalah ini. Orang sebegini Mat Lutfi gelar BOB.

Ketahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut di: 4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

 

8. Mereka selalu meninggalkan perbualan tergantung.

Mereka tidak menjawab mesej anda.

Mereka tidak melayan panggilan telefon.

Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

Mereka muncul bila memerlukan anda – kemudian offline (tanpa menjawab pertanyaan anda).

Perkara ini berlaku berulang-ulang sehingga anda berasa jenuh dengan mereka.

Sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang anda tidak akan pernah membuat anda seperti sampah. Mereka akan cuba mengakhiri perbualan dengan baik.

Perkara sebaliknya berlaku jika mereka memerlukan anda. Sila rujuk point No. 13 dibawah

 

9. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam.

Mesej yang disampaikan mungkin nampak murni, tetapi disampaikan dalam nada yang membawa maksud lain.

“Kau buat apa hari ni” boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada bagaimana ia diucapkan.

Untunglah naik gaji.. kerja “rilek-rilek” pun gaji banyak.. 

Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

Malah bila kita bertanya mengapa mereka bercakap sebegitu, mereka akan menyerang kita dengan mempersoalkan pula mengapa kita ‘terlebih sensitif’, kenapa kita nak marah – seolah-olah kitalah yang mencetuskan pertengkaran.

 

10. Bercakap benda yang tiada kaitan

Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas.

Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

Masalah yang akan timbul adalah anda akan sibuk pula mempertahankan diri untuk sesuatu yang sudah selesai pada enam bulan lepas, dan bukannya dapat fokus menyelesaikan isu yang sedang berada ditangan.

Selalunya, ia akan berakhir seolah-olah kitalah yang jahat terhadap mereka.

 

11. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain

“Kau selalu buat macam ni…”

“Kau tak pernah nak faham aku…”

Sukar untuk mempertahankan diri dalam bentuk manipulasi sebegini. Orang toksik selalu mengambil perkara kecil untuk diperbesarkan untuk membuktikan kelemahan anda.

Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih.

Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. It’s always someone else’s fault. Malah anda juga akan dipersalahkan.

 

12. Mereka suka menilai

Kita semua membuat kesilapan kadang-kadang, tetapi orang toksik akan ambil perkara itu sebagai sesuatu yang sensasi.

Sahabat toksik selalunya akan membuat anda rasa sentiasa diperhatikan.

Mereka akan bersikap judgemental dan menjatuhkan harga diri anda dengan menunjukkan anda lemah kerana telah membuat kesilapan.

Tidak salah melakukan kesilapan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup.

Jadi mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

 

13. Hanya mengambil dan jarang memberi

Sahabat toksik selalu mengambil.

Anda ibarat ‘pokok pinjaman’ dan mereka adalah ‘pemetik’. Harta anda adalah harta mereka. Segalanya mereka mahu pakai, dari sebesar kereta, pakaian, wang dan sehinggalah masa anda yang berharga.

Apabila mereka membuat panggilan atau whatsapp, mereka mengharapkan anda memberi respons serta-merta. Jika tidak, inbox anda akan dibanjiri mesej agar menjawab mereka.

Apabila tiba giliran anda untuk memerlukan bantuan, jangan berharap kepada rakan toksik untuk bertindak balas. They won’t.

Apa yang anda perlukan, tidak sepenting apa yang mereka buat pada waktu tersebut.

Anda akan diberi pelbagai alasan (yang direka-reka) dan anda mesti faham.

Hanya masalah mereka yang lebih penting berbanding masalah anda.

Dapat?

 

Anda tidak mahu bersahabat tapi pada masa yang sama rasa terperangkap..

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat.

Sudah menjadi sunnatullah, badan kita tidak boleh menerima elemen-elemen beracun kerana ia akan menjejaskan tubuh kita.

Dalam kes ini, ia akan merosakkan jiwa kita.

Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.

Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah saw. Bersabda :

Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”.

(HR. Muttafaq ‘Alaih).


Adakah hidup anda sekarang ini wujud sahabat yang bersifat toksik sebegini?

Kongsikan pada ruangan komen dibawah bagaimana anda berhadapan dengan mereka.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

63 thoughts on “13 Cara Sahabat Toksik Membuatkan Anda Menderita (Kawan Makan Kawan)”

  1. sy ada kawan toksin …

    tapi sekrang sy dh tak kawan dh maksudnye just hanya bertegur bila perlu

    selalu cerita / memburukkan sy dekat org lain
    pandang rendah pada kemampuan sy
    iri hati kalau sy baik dgn org2 yg bg die org berkepntingan

    suka beremosi kejap tetiba marah tak bertegur
    kejap okay

    hanya harapnkan kita sahaja borak dan tanya pasal kehidupan dia tapi dia tak pernah tanya kehidupan kita

    now sy rase syukur Allah dah tubjuk perangai dia dan sy sekarang dh rse tenang cube berkawan dgn org2 positive dan bawa diri sendiri je lg bagus

    suami pun bertoksik juga, asyik salahkan sy dlm sume hal

    saya sabar kerana Allah, tp kdg2 sy depresss mintak Allah amik nyawa sy

    tp bila fikir balik, ini ujian utk sy…

    doakan sy semoga kuat sebb sy dikelilingi org2 toksik, kdg2 sy penat sgt, Al quran ubat sy sekrg ni dan semoga sy istiqamah….

    Reply
    • rakan sekerja awak sebijik rakan sekerja saya yg toksik juga…saya harap Allah tunjukkn sikap dia yg sebenar sebab selama ni dia pandai pura2 baik depan semua org

      Reply
  2. saya ada kawan tpi dia cumaa lyn saya mcm inginkn apa yg saya adaa..mungkin iri hati..diaorng akn buat mcm ii supaya nmpk saya yang salah

    Reply
  3. saya kalau boleh memang x mahu bersemuka dengan mamat toksik ini,tetapi kalau duduk di kelas pun cikgu tetapkan meja saya menghadap meja dia dan dia menghadap saya,memang buntu la,nak tukar cikgu pulak x bgi,soo kdng2 kalau boleh hari2 la mamat ni nak down kan mood dengan memaki x tentu pasal,expect aq nih tahu smua benda dalam hidup,lpstu kalau aq x dpt jwp persoalan dia padahal boleh ja tanya kt cikgu tetapi punya x maunya tu boleh pi maki hbis sya sbb x tahu.Saya sekelas sejak tahun lepas ok lgi sbb tahun tu banyak lgi mrmber yng aq ngam dan mamat tu ngam,tetapi sekarang mamat tu hnya nak berkepit dengan aq ja dah mcm x dk life dah nk ikut orang,jdi tekanan jugak yang teramat pada diri saya yng lemah ini.dan dia juga suka membuka aib dengan menceritakan kisah lama yang x patut diungkit,tetapi sejak semenjak ini saya tekad untuk mute status sya dripda dia dan ig supaya dia tidak lagi mngambil maklumat yng boleh membuat cerita yang mengaibkan.

    Reply
  4. Semua kawan saya macam tu….sebab tulah saya payah nk mulakan persahabatan takut berulang tapi tk pa pada pandangan saya lebih baik tk ada sahabat kalau ada sahabat tapi hati tk tenteram

    Reply
    • betull… sy pun kebanyakkan sahabat dah tak ada org yg benar benar ikhlas kat dunia ni, termasuk adik beradik, suami dan yg terdekat.. niw kawan biasa2 hubungan dgn manusia biasa2!byk kali dipergunakan dan dikhianati …

      dah tak percayakan sesiapa

      Reply
  5. Saya ada juga pengalaman pahit dengan “sahabat” toksik ni. Memang benar apa yang disebut diatas. Saya ada berkawan dengan seorang budak toksik sejak berumur 15 tahun lagi .. sehingga SPM. Selama 3 tahun saya berkawan dengan dia.. masya allah .. saya memang cuba untuk banyakkan bersabar. Macam macam yang dia telah lakukan lebih lebih lagi dalam mengambil kesempatan. Yes kesempatan is the number one they want. Antara yang saya ingat masa tu hal duit. Bukan saya tidak bagi meminjam duit.. tapi diikutkan logik dia adalah orang yang berada .. saya pula orang yg kurang senang. Entah la.. memang susah untuk diceritakan.. sehinggalah suatu hari saya mengalami masalah mental.. pendekkan cerita pembelajaran dan kehidupan saya hancur. Tapi alhamdulillah saya sentiasa berdoa kepada allah supaya permudahkan hidup saya dunia barzakh dan akhirat kelak. Nasihat saya buat sesiapa yang sedang dalam perangkap “sahabat” toksik anda seperti saya dahulu.. langkah pertama yang saya lakukan adalah tidak melayani setiap katanya. Menjauhi dirinya. Sibukkan diri melakukan aktiviti kegemaran. Yang masih bersekolah .. misal malu untuk mencari rakan baru.. pergilah ke kaunseling untuk meminta bantuan daripada guru.. berkawan la dengan guru.. tidak salah .. malah guru juga akan membantu kita dalam sesi pembelajaran.. mana yang ada apps wasap, instagram dan sebagainya tolong.. tolong mute status/ blok sahaja jika perlu.. saya yakin melalui media sosial juga mereka dapat melemahkan jiwa dan semangat anda.

    Reply
  6. Saya ada seorang rakan sahabat yg juga merupakan rakan sekerja saya…..selama berapa tahun saya kerja dengan dia dah banyak kali saya berkorban masa untuk gantikan shift dia…..dari dia nak bertunang,kahwin sampai dia cuti bersalin suma bole katakan saya yg cover dia…..malah srkarang nie kalau dia ada masalah kesihatan pun saya kuatkan diri juga walaupun saya sendiri tak sihat masa tu untuk coverkan dia….kira mmg saya banyak tolong dia….tapi baru2 nie saya dah sampai tahap di mana saya tak boleh lagi tahan diambil kesempatan macam ni…..bila saya berterus terang dia mula ungkit benda2 kebaikan yang dia buat….padahal kebaikan yg saya buat tu apa jadi….burn hbs…saya tau dia ada anak nak luangkan masa dengan family….saya ibarat macam tak ada family kalau nak asyik coverkan untuk dia….paling saya tak suka bila dia gunakan status bujang dgn kahwin dia…. Seolah2 saya tak memahami situasi dia…..sepanjang saya tolong dia sbb saya mesti fikir yelah dia anak,anaknya sakit lah,itulah….tapi bila time saya tiba2 meroyan sepanjang karangan….menunjukkan dia mangsa keadaan….apa patut saya buat dengan orang macam ni….saya cuma nak cari rezeki malah saya fikir kita perlukan satu sama lain….tapi kenapa bila bab saya dia nak menang…saya bukan jenis nak cari gaduh sebb saya tau mmg tak sampai ke mana karangan tu….

    Reply
    • Samalah kita saya pun gitu juga tapi pelik sikit asyik asyik aku belanja..cubalah dia belanja sampai aku tiada budget terus merubah wajahnya last last aku ambil cuti sakit sebab tak tahan perangai nya..ia ingat saya Taukey bank ka sahabat toxic kejam ambil kesempatan dalam kesempitan.strees aku ..

      Reply
  7. Saya Ada Seorang Kawan Rapat, Kitorang Memang Rapat dari zaman sekolah tapi bila umur makin meningkat sehingga sekarang satu demi satu perangai dia saya jadi tak suka, hidup sya tak aman dan rasa terperangkap sebab perangai dia semua ada dalam list ni, kitorang dah kawan memang lama, tapi sejak satu hari sya tengok dia susah.. saya bawak dia masuk company saya dan jadikan dia supervisor tapi tak lama, sebab sikit demi sikit perangai dia saya jadi tak selesa., kereta, moto, duit semua dia pernah pinjam kat saya.. , aib saya pun dia tak jaga.. padahal saya yang banyak tolong dia, tapi satu hari saya diberi ujian, Allah berikan dugaan kepada saya, saya terilbat dalam kemalangan jalan raya kaki kiri saya patah, saya terbaring selama setahun, selama saya terbaring Dia contact saya pun tak, takde khabar berita pasal dia. Saya terangkap sebab walaupun dia macam tu, dia ada juga tolong saya masa motor saya rosak kat tengah highway tapi tu lahh perangai dia saya tak boleh terima..

    Reply
  8. Saya ada seorang je BEST FRIEND FOREVER TILL JANNAH. But bila sorang lagi kwn perempuan saya..(saya cuma anggap dia sebagai kawan biasa) Nazirah datang ke arah kami.. permulaannya biasa je. Tapi… semakin lama kami berkawan.. dia rampas BFFTJ saya,Fatin. Then, tak cukup dengan rampas n hasut fatin tu, dia kacau saya pula. Macam ambil kesempatan. Saya ada bagi mereka hadiah… tapi… nazirah amat sama dengan yang dikatakan (sahabat toksik) nazirah langsung tak bagi apa-apa untuk saya.(tak mengharap dia bagi pun.) Dia hanya bagi untuk fatin. Untuk saya dia langsung tak bagi. Selepas BFFTJ saya dan sahabat toksik saya tu berkawan dan jadi rapat, saya pun pergi ke arah kawan-kawan saya yang lain. Mereka sangat lucu dan memahami. Saya lebih bahagia dengan mereka berbanding dua lagi kawan saya tu.

    Reply
  9. Saya ada housemate yang sikap macam tu.. Harini saya terlepaskan kemarahan kat diaorang sebab diaorang salahkan saya… Saya dah lama sabar, saya dah lama tahan, saya telan saya tutup sebelah mata dengan apa yang diaorang buat kat saya.. Tapi saya tetap dipersalahkan… Apa patut saya buat? Saya tak tahu nak share kat siapa masalah saya.. Tak de sorang pun kawan perempuan yang betul2 ikhlas kawan dengan saya.. Sepanjang saya belajar saya dapat rasakan kawan2 perempuan saya cuma nak ambil kesempatan dekat saya.. Saya buntu tak tahu macam mana nak hadap diaorang lagi…

    Reply
  10. orang macam tu mmg ada dan amat mengganggu fikiran…..mereka ini datang dalam hidup kita seperti saka yg tak diundang……dari sifat dan aktiviti kita yg merugikan……kdtgan mereka smestinya tambah merugikan….. ..yg positifnya….dihujungnya kita akan dapat balik diri kita yg sepatutnya sebagai hamba Allah yg sabar, tidak boros, tidak lalai, tidak menunjuk2, dan tidak negatif lagi……inshaallah…kdg Allah meletakkan kita di kelompok yg salah untuk menyedarkan kita.

    Reply
    • Betul tu. Yakin lah bahawa semua ini adalah ujian yang diberikan daripada allah. Mungkin untuk kita berubah? Mungkin untuk kita mengenal dunia? Mungkin tingkatkan lagi kesabaran? Mungkin supaya kita sentiasa ingat allah? Mungkin untuk kita sentiasa bersyukur? Mungkin untuk kita setiasa rindukan syurga? Bencikan dunia yang sementara ni? Malah.. mungkin juga sebuah kenikmatan yang diberikan kepada kita supaya mudah mendapatkan bekalan akhirat, dengan mengendalikan kehidupan secara bijak menyelesaikan masalah. Semoga allah sentiasa melindungi kita semua aminn. :)

      Reply
  11. Bagi saye. Manusie hanye ade mata Je.. Menunjukkan jiwe. Allah taala Telah ciptakan seperti itu. Kene kawan dngan sume orng

    Reply
  12. Setiap hari saya berdoa kwn2 saya tidak begini kerana sy ingin temui mereka di Jannah bukan sebaliknya….sy ingin mereka menegur jika salah melakukan kesalahan berkaitan islam dan kehidupan sy tiada ibu bapa malahan adikberadik byk hal sendiri…kpd kawan2 tmpt berkongsi segala senang dan duka walaupun bukan ingin membebankan drp segi ekonomi Alhamdulillah masih mencukupi makan dan pakai tidak perlu berhutang….cuma segala rasa kadang2 datang walaupun sudah berdoa kepada yg maha Esa masih perlu para sahabat yg selesa bercakap2 untuk melegakan sedikit masalah melanda….mendengar dan pendapat yg baik juga adalah nikmat yg Allah beri cuma kesal jika pendapat itu bukan yg ikhlas saya tidak tahu hati mereka…Bg saya semua kawan2 saya sifatkan baik sahaja….satu lagi adakah bersifat keras dengan sahabat itu elok?

    Reply
  13. Just be yourself.

    Mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

    Kerana yang akan menilai kita hanyalah Tuhan yang Esa. =)

    Reply
  14. Assalamualaikum, saya punyai ramai kawan di sekeliling. Namun, pada suatu hari saya berkenalan dengan satu mamat ni.
    Dia punya sembang kencang itu ini buat saya percaya. Hingga satu hari, saya bercerita kehebatan dia pada kawan lain. Kawan saya lagi lama kenal mamat tu since dia memang kerja da lama di tempat kerja saya tu. Katanya, mamat tu memang kuat menipu.
    Hingga satu hari saya terdetik untuk menyemak latar belakang mamat tu. dan memang benar. dia penipu.

    Selang beberapa bulan lamanya saya menjauhkan diri dari mamat tu, mamat tu buat fitnah tentang saya. Habis dia buat cerita pada kawan2 sekerja saya. Katanya saya sudah pergi ke rumah family dia. Kenal each other. But once saya dapat tau status dia duda, saya lari dari rumah dia.

    PENIPU!

    Habis semua kawan2 fikir saya ‘desperate’. Minati dia dalam diam. MALU!
    Saya tak faham kenapa dia perlu buat fitnah pasal saya. GERAM.

    Apa saya perlu buat untuk terus kuat dalam tempat kerja dan hentikan mamat tu dari menipu dan membuat cerita tentang hal saya lagi?

    Reply

Leave a Comment