Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. Makaseh yaa kak :) artikel ini cukup untuk mmbina dri sya ke arah yng lbih baik dri sblumnyaa.power gila ayat tuu

    Reply
  2. Terima kasih atas nasihat tersebut saya percaya Allah hanya uji kita kita cinta lah pada Allah bukan berharap cinta akan tidak pasti

    Reply
  3. Says nak katakan putus contact, bkn jg. Sebabnya sy tgh mengalami salah faham dgn bf. Says dh perli dia yg dia x penuhi janji secara x sengaja kerana ikutkan perasaan marah Dan merajuk. Lepas tu dia pn balas balik dgn perli saya. Says plak jenis sensitif, mudah koyak lah katakan. Kira dia revenge habis habisan kenakan sy balik spaya says fhm dia sakot hati. Sbb bateri dia habis, conversation kami tamat dsitu tanpa pengakhiran. Saya pn xtahu nk balas apa sbb dua2 pn tgh marah. Says cumamampu berdiam Dan tenangkan hati. Berniat hemdak memimta maaf esok. Tetapi x tahulah. Says syg dia tp sbb slalu bergaduh kblakangan ni buat sy Dan dia jd renggang. Bila dia ckpdia nk ajar says psl bnda ni, saya pn sentap. Says dh xtahu nk buat apa. Bingung kecewa sedih smpai ke page ni bru tlerai airmata.

    Reply
  4. Allahuakbar. Mengalir air mata tatkala membaca artikel ini. Sangat sempadan dengan situasi saya hadapi sekarang. Saya tidak pernah kecewa dengan cinta, ini pertama kali. Dan melalui pengalaman ini, banyak hikmahnya. Ketika kesakitan, baru tersedar betapa lekanya kita terhadap Allah. Sesungguhnya, setiap perkara yang terjadi itu adalah aturan Allah dan yakinlah, Allah lebih tahu akan urusan yang lebih baik buat kita. Istigfar, dan terus berdoa.

    Reply
  5. Terima kasih atas perkongsian ini, saya pun rasa sakit sangat bila putus, lagi2 bila dia lebih kan lelaki yang baru dia kenal, lelaki yang dah ad isteri, saya betul sayang kan dia, memang betul, niat nak halalkn dia, tahun ini nk tunang, tapi tak jadi sebab ini, takpela, saya redha, saya maafkn dia, mungkin saya bukan yang terbaik, sebab tuh hadir lelaki tuh, saya terima benda ini berlaku, saya sayang dia, nak dia bahagia walaupun bukan dengan saya

    Reply
  6. Izinkanlah saya menulis / menebar sejumlah doa, semoga Allaah SWT mengabulkan – KHUSUSNYA TERKAIT JODOH. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘alamiin.

    Lebih dan kurang saya mohon maaf. Semoga Allaah SWT selalu mencurahkan kasih sayang kepada kaum Muslim : yang hidup dan yang mati, di dunia dan di akhirat. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.

    PEMBUKA :

    اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله

    Asyhaduu anlaa ilaaha illallaah wa asyhaduu anna muhammadarrasuulullaah

    أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

    A’uudzubillaahiminasysyaithaanirrajiim

    بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
    الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
    مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
    اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
    اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
    صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ

    Bismillahirrahmaanirrahiim

    Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin,
    Arrahmaanirrahiim
    Maaliki yaumiddiin,
    Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin,
    Ihdinashirratal mustaqiim,
    Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi ‘alaihim waladhaaliin

    آمِيْن يَا اللّٰهُ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

    Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.

    SHALAWAT

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

    Bismillaahirrahmaanirrahiim

    اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

    Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin, hamdan yuwaafi ni’amahu, wa yukafi mazidahu, ya rabbana lakal hamdu. Kama yanbaghi lii jalaali wajhika, wa ‘azhiimi sulthaanika.

    اللهم صل و سلم و بارك على سيدنا محمد و إخوانه من الانبياء والمرسلين
    وأزواجهم والهم و ذريتهم واصحابهم وامتهم أجمعين

    Allaahumma shalli wa sallim wa baarik, ‘alaa Sayyidinaa wa Nabiyyinaa wa Maulaanaa wa Maulaanaa Muhammadin wa ikhwaanihii minal anbiyaa-i wal mursaliin, wa azwaajihim wa aalihim wa dzurriyyaatihim wa ash-haabihim wa ummatihim ajma’iin.

    Ya Allaah, berilah shalawat serta keselamatan dan keberkahan, untuk junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad SAW dan saudara-saudaranya dari para Nabi dan Rasul, dan istri-istri mereka semua, keluarga mereka, turunan-turunan mereka, dan sahabat-sahabat dari semua Nabi dan Rasul, termasuk Sahabat-Sahabatnya Nabi Muhammad semua dan semua yang terkait dengan Nabi Muhammad SAW.

    RAGAM DOA

    اللَّهُمَّ اِنَّا
    نَسْئَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ
    اللَّهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ الْجَنَّةَ
    وَ نعوذبك
    بِكَ مِنَ النَّارِ

    Allaahumma innaa nas-aluka bi-anna lakal hamda, laa ilaha illa anta al-mannaan badii’us samaawaati wal ardhi, yaa dzal jalaali wal ikram, yaa hayyu yaa qayyum. Allahumma innaa nas-alukal jannata wa na’uudzubika minannaar.

    Ya Allaah, kami meminta pada-Mu karena segala puji hanya untuk-Mu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Karunia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allaah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum –Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada Makhluk-Nya. Ya Allaah, kami memohon kepada Engkau surga, dan berlindung kepada Engkau dari neraka.

    اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

    ALLAAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU. LAA TA’KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASYFA’U ‘INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA’LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN ‘ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI’A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL ‘ALIYYUL AZHIIM.

    Allaah, tidak ada Tuhan (yang berhak atau boleh disembah), melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk dan tidak juga tertidur. Kepunyaan-Nya adalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allaah tanpa izin-Nya.

    Sesungguhnya Allaah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allaah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allaah meliputi langit dan bumi. Dan Allaah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allaah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surat Al-Baqarah ayat 255).

    آمِيْن يَا اللّٰهُ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ للَّهُمَّ اِنَّا أَنعوذبك مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

    Allaahumma innaa na’uudzubika min ‘adzaabi jahannam, wamin ‘adzaabil qabri, wamin fitnatil mahya wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal.

    Ya Allaah kami berlindung kepada Engkau dari azab Jahannam, siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari keburukan fitnah Al-Masih Dajjal.

    ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMAR-RAAHIMIIN.

    Ya Allaah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

    رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرِ فَقِيْرٌ

    RABBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHAIRIN FAQIIR.

    Yaa Rabb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

    Ya Allaah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik-baik dzat yang mewarisi. (QS. Al-Anbiya-i’: 89).

    اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

    Allaahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.

    Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan Ibu Bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil.

    Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku, dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ). (QS. Ibrahim: 41).

    Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (QS. Al-Ahqaaf: 15).

    رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْ بَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَ يْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُ نْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

    Rabbanaa laa tuzigh qulubanaa ba’da idz hadaitanaa wahab lanaa min ladunka rahmatan innaka antal-wahhaab.

    Ya Allaah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapatkan petunjuk, berilah kami karunia. Engkaulah Yang Maha Pemurah. (QS. Ali Imran [3]:8)

    اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

    Allaahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.

    Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan Ibu Bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil.

    رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ

    Rabbanaa waj’alnaa muslimaini laka wa min dzurriyyatinaa ummatam muslimatal laka.

    Ya Tuhan, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu, dan jadikanlah pula keturunan kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu.

    رَبَّنَا غْفِرْلَنَا وَلِوَالِدِيْنَ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ أَلْأَ حْيَآءِمِنْهُمْ وَاْلأَ مْوَاتِ, اِنَّكَ عَلَى قُلِّ ثَيْءٍقَدِيْرِ

    Rabbanaghfir lana wa li walidiina wa li jamii’il-muslimiina wal-muslimaati wal-mu’miniina wal-mu’miniati al-ahyaa-i minhum wal amwaat innaka ‘ala qulli syai- in qadiir.

    Ya Allaah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kami dan segala dosa orang tua kami, dan bagi semua Muslim lelaki dan Muslim perempuan dan mu’min lelaki dan mu’min perempuan, yang masih hidup maupun yang sudah mati. Sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Kuasa atas segala-galanya.

    Ya Allaah, terimalah amal saleh kami, ampunilah amal salah kami, wujudkanlah niat kami, rahasiakanlah cela kami, mudahkanlah urusan kami, lindungilah kepentingan kami, ridhailah kegiatan kami, angkatlah derajat kami dan hilangkanlah masalah kami.Sekarang dan selamanya.

    Ya Allaah, berilah kami kesanggupan dalam menjalani berbagai ragam / corak kehidupan ini. Berilah impahkan Kasih Sayang-MU kepada kami, sehingga kami bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian yang selalu membawa kebaikan buat kami. Sekarang dan selamanya.

    Ya Allaah, tetapkanlah kami selamanya menjadi Muslim, tetapkanlah kami selamanya dalam agama yang kau ridhai – Islam, tetapkanlah kami selamanya menjadi umat dari manusia yang paling engkau muliakan – Sayyidinaa wa Nabiyyinaa wa Maulaanaa Muhammad Shallallaahu’alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi, wa baraka wassallam.

    اللَّهُمَّ
    اِنَّا نَسْئَلُكَ إِيْمَانًا لَا يَرْتَدُّ وَنَعِيْمًا لَا يَنْفَدُ وَقُرَّةُ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ وَمُرَافَقَةَ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى
    جنة الْخُلْدِ

    Allaahumma innaa nas-aluka iimaanan laa yartaddu wa na’iiman laa yanfadu wa qurrota ‘ainin laa tanqathi’u wa muraafaqata nabiyyika Muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallam fii a’laa jannati khuldi.

    Ya Allaah, kami memohon kepada-Mu keimanan yang tidak pernah berbalik kepada kekufuran; kenikmatan yang tidak pernah habis; cindera mata kebahagiaan yang tiada berakhir dan kenikmatan untuk dapat mendampingi Nabi Muhammad SAW di dalam surga yang paling tinggi nan kekal abadi. (Imam Nawawi Al-Bantani dalam Kitab Nasha’ihul ‘Ibad).

    اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

    Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiini waddun-yaa wal akhirati wa ’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taubatan qablal mauti, wa rahmatan ‘indal mauti, wa maghfiratan ba’dal maut. Allahuma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil mauti, wannajaata minannaari wal ‘afwa ‘indal hisaab.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keselamatan dalam agama, dunia, akhirat, kesejahteraan/kesehatan jasmani, bertambah ilmu pengetahuan, rezeki yang berkat, diterima taubat sebelum mati, dapat rahmat ketika mati dan dapat ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sekarat dan selamatkanlah kami dari api neraka serta kami mohon kemaafan ketika dihisab.

    اللَّهُمَّ
    اِنَّا نَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدِّيْنِ وَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

    ALLAAHUMMA INNAA NAS-ALUKAL ‘AFWA WAL ‘AAFIYAH FID DIINI WAD DUN-YA WAL AAKHIRAH.

    Ya Allaah kami berharap kemaafan dan himpunan kebaikan dalam agama, dunia dan akhirat.

    Allaahumma inna nas aluka husnul khaatimah wa na’uudzubika min suu ul khaatimah.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu akhir yang baik dan berlindung dari akhir yang buruk.

    Allaahuma inna nas’aluka ridhaka waljannata wana’uudzubika min shakhkhatika wannaar.

    اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

    Allaahummakhtim lanaa bil-islaami wakhtim lanaa bil-iimaani wakhtim lanaa bi husnil khaatimati.

    Ya Allaah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khaatimah.

    اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة
    ونعوذبك من سخطك والنار

    Allaahuma innaa nas-aluka ridhaaka waljannata wana’uudzubika min shakhkhathika wannaar.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami mohon keridhaan-Mu dan surga, kami berlindung kepada-Mu dari kemurkaan-Mu dan siksa neraka.

    اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنا دِيْنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنا وَأَصْلِحْ لنا دُنْيَانا الَّتِي فِيهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لنا آخِرَتنا الَّتِي فِيهَا مَعَادُنا وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لنا فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لنا مِنْ كُلِّ شَرٍّ

    Allaahumma ashlih lanaa diinanal ladzii huwa ‘ishmatu amrina Wa ashlih lanaa dun-yaanal latii fii haa ma’asyunaa. Wa ashlih lanaa aakhiratanal latii ilaihaa ma’aadunaa. Waj’alil hayaata ziyadatan lanaa fii kulli khairin. Waj’alil mauta raahatan lanaa min kulli syarrin

    Ya Allaah, perbaikilah agama kami karena itulah pedoman untuk urusan kami, Dan perbaikilah dunia kami karena itulah kehidupan kami. Dan perbaikilah akhirat kami karena itulah tujuan kami. Jadikanlah hidup kami sebagai tambahan kebajikan. Jadikanlah mati kami sebagi istirahat dari segala keburukan.

    أَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا اْلغَلاَءَ وَالْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْفَحْشَاءَ وَلْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ اْلمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالْمِحَنَ مَا ضَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ, مِنْ بَلَدِنَاخَآصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ اْلمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً, إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ. غَفَرَ اللهُ لَنَ وَلَهُمْ, بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

    Allaahummaadfa’ ‘annal-ghalaa a wal balaa a wal wabaa a wal fahsyawa a wal-munkara was-suyufal-mukhtalifata wasy-syadaa-ida wal-mihana maa zhahara minha wa maa bathana, min baladinaa khaashatan wa min buldanil-muslimiina ’ammatan, innaka ‘ala kulli syai-in qadiir. Ghafarallaahu lana wa lahum birahmatika yaa arhamar-raahimiin.

    Ya Allaah yang menghilangkan segala ‘bebendu’ (penderitaan / kesengsaraan), cobaan, kesusahan, kejelekan, kemungkaran, kekeliruan yang bermacam-macam, kesedihan, cobaan yang tampak serta cobaan yang tidak tampak dari negeri kami khususnya, dan umumnya dari negeri-negeri kaum Muslim, sesungguhnya Engkau Ya Allaah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allaah memberikan ampunan bagi kami dan mereka semua dengan Rahmat-MU Ya Allaah, wahai Zat Yang Maha Rahiim

    Ya Allaah, curahkanlah segala kasih sayang-Mu ke seantero semesta – khususnya kepada kami, keluarga kami, bangsa kami, negara kami dan umat seagama kami. Sekarang dan selamanya.

    Ya Allaah, lindungilah / bebaskanlah seantero semesta dari segala musibah – khususnya kepada kami, keluarga kami, bangsa kami, negara kami dan umat seagama kami. Sekarang dan selamanya.

    Ya Allaah, curahkanlah kami rezeki yang barakah, salamah dan karamah. Jika di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sulit, permudahlah. Jika jauh, dekatkanlah. Jika dekat, satukanlah. Jika sedikit, banyakkanlah. Jika haram, sucikanlah sekaligus halalkanlah. Sekarang dan selamanya.

    Ya Allaah. Berilah kami kesehatan yang prima, kecerdasan yang serba bisa, kekuasaan yang menjaga, kekayaan yang berlipat ganda, pasangan yang sempurna dan keturunan yang berguna. Sekarang dan selamanya.

    اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَنْتَ المُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ البَلَاغُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

    Allaahumma innaa nas-aluka min khairi maa sa-alaka minhu nabiyyuka muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka was sallam wa na’uudzu bika min syarri mas ta’aadzaka minhu nabiyyuka muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka was sallam wa antal musta’aanu wa ‘alaikal balaaghu wa laa hawla wa laa quwwata illa billaahi.

    Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu sebaik-baik apa yang pernah diminta oleh Nabi-Mu Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka was sallam, dan kami berlindung kepada-Mu dari marabahaya yang Nabi-Mu Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka was sallam pernah berlindung kepada-Mu darinya, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkau pula yang menyampaikan, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Mu.

    DOA MOHON JODOH (UMUM) :

    رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَا جِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَا جْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

    Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiina imaamaa.

    Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

    رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

    RABBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHAIRUL WAARITSIN.

    Ya Allaah, aku mohon cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kebahagiaan / kebajikan hidup ke jalan yang Engkau ridhai. Dan karuniakanlah padaku keturunan yang shaalih.

    Ya Allaah. Jika pendampingku telah Engkau ciptakan, segera gerakanlah hatinya untuk menujuku, segera pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju ridha-Mu. Karena Engkaulah yang berhak atas hati hamba-hamba-Mu. Dan Engkau jua yang kuasa membolak -balikannya.

    Ya Allaah bila dia jauh, segera dekatkanlah, segera eratkan hati kami dalam ikatan karena-Mu, segeralah tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu.

    Ya Allaah, Yang Maha Pecinta Pemilik Cinta Sejati. Jika cintaku kau ciptakan untuk dia, segeralah tabahkan hatinya, segeralah teguhkan imannya, segeralah tegarkan penantiannya.

    Ya Allaah, Sang Pemilik Hati. Jika hatiku Engkau ciptakan untuk dia, segeralah penuhi hatinya dengan kasih-Mu, segeralah terangi langkahnya dengan cahaya-Mu, segeralah limpahkan kelapangan di kalbunya dengan kesabaran, segeralah temani dia dalam kesepian.

    Ya Allaah, tiada tempat ku bersandar selain kepada-Mu, kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya, kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya, kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya. Segeralah mekarkan cintaku bersama cintanya, segeralah satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta-Mu.

    Ya Allaah, aku yakin bila saatnya sudah menghampiri, pasti kebahagiaan itu aku dapati, mohon segeralah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku ini.

    Ya Allaah, segeralah kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan, baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku, agar kami segera sama-sama berjamaah untuk tetap menuju-Mu, segera bimbinglah hati kami, segeralah kuatkan hati kami. Segera penuhilah dengan kasih sayang-Mu.

    DOA LELAKI MOHON JODOH :

    Rabbi hablii milladunka zaujatan thayyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju bihaa wa takuunaa shhahibatal lii fid diini wa dun-ya wal aakhirah

    “Ya Rabb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

    Allaahumma inni as-aluka zaujatan hasanatan jamiilatan kaamilatan wa tsabbit qalbahaa iimaanan bika wa birasuulika fid dun-ya wal aakhirah.

    DOA PEREMPUAN MOHON JODOH :

    RABBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THAYYIBAN WAYAKUUNA SHAAHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIRAH.

    “Yaa Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

    PENUTUP

    Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksaan neraka serta masukanlah kami ke surga bersama orang-orang baik.

    Rabbanaa taqabbal minna innaka antassamii’ul aliimu wa tub’alainaa innaka antattawwaaburrahiim. Washshalallaahu ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa wa maulaanaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka wassallam.

    Tuhan kami, perkenankanlah do’a-do’a kami, karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang. Shalawat, salam dan berkah semoga dilimpahkan kepada junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad s.a.w, atas keluarganya, sahabatnya dan umatnya semuanya.

    HASBUNALLAAH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR.

    Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

    Subhana rabbika rabbil ‘izzati, ‘amma yasifuuna wa salamun ‘alal anbiyaa-i wal mursaliin, walhamdulillahirabbil ‘aalamiin.

    Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.

    Ganie, Indra – Bintaro Jaya, Tangerang Selatan, Banten, Indonesia

    Reply
  7. terime kasih ats perkongsian artikel..bile saya baca..hati sy rse tenang..mungkin btol..sy telah menganggap dia la dunia..diala nyawa saya yang memberi semnagat kepada sy selama 5 tahun bercinta..mcam2 telah kami lalui bersama dari jalan kaki ke naik motor dan juga hingga adenya kereta..tapi dunia yang saya sangkakan bagai syurga tibe2 menjadi kelam bile die tibe2 bgitau si dia tawar ati dgn saya..selama sy bercinta say tak pernah sekali menduakan ataupon mencari perempuan lain..semua saya buat ats niat sy nk jaga n bahagiakan si dia..si dia terus menghukum saya tnpe cube untuk memberi saya pilihan..bermcam2 telah sy lakukan utk selamatkan hubungan ni..tapi si dia mcam sudah berputus asa…jujur saya terasa hati..jujur sy kecewa..segala memori..usaha yang saya buat seolah2 menjadi sia2..bukanla saya berniat utk melukan hati si dia..sekiranya ade salah..sy akn cube sedaya upaya menyelesaikan ats niat saya sygkan die..saya sygkan hubungan ni..tp..sy paham..si dia dah takde hati kt saya..n telah membuang saya..betapa hancurnye ati ini..mmg ada kalanya saya cube untuk senyum..tapi senyuman tu hnye sbgai luaran untuk menutup segala kesakitan yg saya lalui..saya tau ape yg saya lalui tidakla seberat pasangan lain di luarsane..tpi bg saya..ia memberikan kesan yg besar terhadap diri saya..sejujurnya saya tak kuat..ada kalanya rindu datang terutamanya sebelom tidur and sewaktu bngon pagi..rse kehilngan membuatkan ati saya hibs..dan merasakan kemana hilangnya hati saya..sya mohon seiapa yang membaca ..dapat mendoakan saya supaya sy tros kuat menghadapi ujian ni..

    Reply
    • Sama macam sy bro..hmpir sebijik smuanya..5thun jaga die..last2 die tawar hati..dan dpt tahu die buka hati die utk lelaki lain dan tlh berhubung lama tanpa pengetahuan diri ini..sungguh kelam rase dunia ni..sgt menyayangi si die..sgt mencintai si dia..setia hnya utk die..tp ini yg sy dapat..pengakhiran yang xpernah sy bygkn..doakan utk diri ini jgk bro..terase dunia ini kejam..moga diriku dan org2 yg sme situasi dgn diri ini kuat hadapi smua ini..amin

      Reply
      • Sy pula 7tahun bercinta . bermacam dugaan sy lalui bersama dia , dia setia sy juga setia . punca putus dgn dia sbb sy ajak dia kawin utk halalkan hubungan kami yg terlalu lama bercinta . malah dia nekad putuskan hubungan ni tanpa berfikir ke depan . mudahnya dia buat keputusan mcm tu . sy sangat sedih dan kecewa knape diuji mcm ni . hmmm doakan sy utk terus kuat . redha dgn ujian Allah . terlalu sedih utk sy kongsikan . pada Allah sy meminta petunjuk . amin .

        Reply
  8. Saya nk ucap terima kasih atas artikel yg berguna ini. Saya dan pasangan saya sering bergaduh setiap hari. Saya akui apabila kami bergaduh kami sering melukai hati masing-masing. Kami akan berkahwin tidak lama lagi . Apabila bergaduh kami akan diam beberapa hari dan apabila sudah ok , kami akan contact seperti biasa. Selalu bila kami bergaduh mesti akan diakhiri dengan tangisan saya . Bila pasangan saya buat salah saya selalu cepat maafkan dia sebab saya seorang yang hati lembut . Tapi apabila saya buat salah saya terpaksa tahan berminggu-minggu untuk dia maafkan saya. Saya sedih dan ingin bawa jauh diri saya . Patutkah saya keraskan hati saya dan pergi . Saya akui saya pun ada salah tapi kenapa saya dilayan seperti tiada kebaikan langsung yang saya buat . Saat ini selepas saya membaca artikel ini saya bertekad untuk bawa jauh diri saya kerana tak ingin dilukai lagi.

    Reply

Leave a Comment