Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. Saya berterima kasih atas nasihat awak dalam artikel ini. Jujur saya cakap, sejak baru² nie saya baru break dengan pasangan saya. Lebih tepat lagi, pasangan saya yang acuhkan saya. Ya Allah, hanya tuhan yang tahu bagaimana sedih nya saya. Alam remaja saya dahulu habis dengan memori bersama si dia. Saya nie bukan jenis lelaki yang buaya darat. Saya kalau dah sayang memang saya stay. Tapi entahlaa kenapa tuhan takdirkan saya macamni. Menangis saya semalaman terkenangkan segala memori dan saat indah bersama si dia. Hancur hati saya. Pada awal kami putus, saya menelefon si dia dan tanyakan khabar apa semua. Yalah dah masuk 2 minggu kami x berhubung sejak awal bulan satu tahun nie. Bila saya telefon je terus hati saya jadi retak ibarat seketul batu yang dihempas penukul bila si dia cakap dia dah buat keputusan dan dia harap saya menerimanya. Belum sempat si dia cakap apa keputusan dia saya dah boleh agak. Saya terus menepis dan memberontak. Tapi si dia yang saya sangkakan yang terbaik rupanya hanya bunga dedap. Dia dengan egonya yang tinggi melambung tu masih berkeras even saya berkali² pujuk si dia untuk membubarkan keputusan dia tu. Tapi apakan daya, dia berkeras dan x endahkan saya. Hati saya mula rapuh, mula berkecai satu per satu. Pada 12 feb tu, time saya berada di masjid meminta dan mengadu pada Allah. Terlintas dalam hati sya untuk call si dia. Bila saya call si dia dan dengan izin Allah dia angkat dan sambut panggilan saya. Hati saya yang retak dan rapuh ini mula menjadi api yang membakar. Saat itu, saya menjadi berubah. Saya agak defensive seolah² ada sesuatu kawal diri saya. Saya mula berkasar dengan si dia. Segala cemuhan dan kata² kesat saya luah padanya. Saya menjadi marah. Dalam 10 minit saya menegking si dia akan perbuatan dia yang sememangnya x adil, dia mula menjawab akan tetapi saya langsung putuskan talian. 2 minit selepas itu, saya buka ws dan chat si dia. Seolah² hati saya ni masih x puas. Saya chat si dia dengan segala ayat dan maki hamun. Sehinggakan pada akhir messej saya. Saya berkata ” Aku takkan sesekali maafkan kau sehingga tujuh keturunan kau!! “. Yalah, kalau difikirkan semula, kenangan saya bersamanya itu tidak seindah pasangan lain. Saya ibarat sampah baginya. Masa berjumpa pun sangat jarang. Hanya ws dan call sahaja yang membokehkan kami berhubung. Dia seolah abaikan saya bila kami bersama. Sejak habisnya persekolahan, kami langsung x pernah jumpa sehinggakan dia buat keputusan untuk putuskan hubungan kami. Siapa yang tidak sakit kan dibuat sebegini? Sudah hampir setahun kami jarang jumpa. Nak kata dating berduaan memang langsung x pernah. Saya rancang nk bawa dating hancur bila saya dapat tahu melalui kawan saya mengatakan dia seolah x kisah dengan rancangan saya. Sekarang, semua tu dah jadi kenangan. Saya sekarang dalam keadaan berkabung. Pagi dan malam saya sangat berbeza. Dulunya indah sekarang dah kosong. Saya selalu memohon kepada Allah untuk kuat kan hati saya. Biarlah dia yang balas semua perbuatan si dia suatu hari nanti.

    Apapun, Allah dah buka hati saya untuk baca artikel ini dan semua nasihat ni sangat berguna untuk saya terus bangun dari alam kesedihan dan kesakitan secara berperingkat. Terima kasih kepada insan yang menulis artikel ini. Saya harap, hidup saya akan jadi lebih indah dari sebelumnya.

    P/S : mengejar cinta Allah adalah lebih untung dari mengejar cinta manusia. Bila kita kejar cinta manusia ini, tidak ada apa² pun yang kita dapat melainkan kesakitan dan pembaziran wang, masa dan tenaga. Akan tetapi, kalau kita kejar cinta Allah, insyallah Allah akan hadiah cinta manusia yang lebih kekal dan bersifat jannah tanpa kita sedar. Kerana segala keputusan Allah adalah yang terbaik buat kita semua.

    Akhir kata, saya nasihatkan bercinta itu bukan mudah kerana banyak ujian dan cabaran yang akan kita lalui. Tambahan pula, sebagai seorang lelaki pasti banyak dan besar tanggungjawab dia. Kena ingat bahawa kita lelaki akan jaga anak dara orang. Dan dialah tanggungjawab kita untuk jaga. Jangan pernah mensiakan kepercayaan dan kesetiaan hati seseorang lelaki pada kamu wahai wanita. Kerana dua elemen ini bukan senang² nak dapat zaman sekarang. Jadi, belajarlah untuk hargai jasa orang kerana dengan penghargaan yang kecil itulah besar maknanya kepada mereka…. Sekian.

    Reply
  2. terima kasih atas artikel ini .. bila baca komen2 kt bawah ni .. rasanya kisah cerita mrka lbh sakit n pedih dr apa yg sy lalui .. 3thun .. dr dia ada apa2 smpaikan xda apa2 .. sy support.. habiskn duit utk dia .. bekerja lbh msa .. buat 2 kerja smata2 nk tlg dia kumpul duit utk masuk meminang .. tpi jnji tggl jnji .. dlm diam dia bersama perempuan lain .. lbh menyakitkan hati bila kereta sy, sia pakai utk bawa permpuan tu jalan2 waktu sy bekerja .. jln2 kt mall dgn perempuan tu bila sy kt rumah tgh bersiap2 utk mjlis anak kakak .. dia bergembira dgn yg lain . tpi Allah buka mata sy .. dia pujuk2 dgn jnji manis .. hampir sy termkn tpi Allah tunjukkan lagi bila perempuan tu sggp ambik flight utk jmp dia .. dan mlm tu juga hp dia off utk sehari2 .. rasanya sy mmg dh fhm n dh dpt jwpnnya .. kuatkan hati sya .. sy tahu dia bkn terbaik utk sya .. walopun sy harap dia sekarang msh memujuk sya utk maafkn dia ..

    Reply
    • Kuatkan semangat dan yakinlah Allah sedang merancang yang lebih baik.
      InsyaaAllah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

      Reply
  3. terimakasih artikelnya. sedikit banyak memberi motivasi tuk saya yang saat ini sdg benar2 merasakan sakit dan pedihnya ditinggalkan setelah setahun saya dikejar laki dn berjanji ingin berjuang tuk saya. tapi dia meninggalkan saya skrg dan dengan mudahnya dia bilang ingin cari wanita lain. sungguh saya merasa sakit dan rasanya mendedam.

    Reply
    • Move on dan lupakan kisah lama.

      Tiada guna bersedih-sedih dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
      Teruskan melangkah dan capai kehidupan yang lebih baik.

      Reply
  4. Aku ambil, aku senyum, aku hadap dan aku pergi…

    Demikian lh berakhirnya cinta bersamanya.. 5 tahun bukan ms yg singkat.. Aku tglkn segalanya unk nya…
    Ms yg akn menentukan segalanya…
    Skrg aku btl2 down.. Jatuh terduduk.. 2 hr dri x terurus… Akk2 dn keluarga yg memberi sokongan.. Betapa zalimnya kau tglkan ku saat aku terkontang kanting…
    Zalimnya kau pd hari khamis kau berjnji mau berkahwin tetapi pd keesokkn hr nya kau memutuskan segalanya..
    Skrang aku belajar bertatih semula, aku akn belajar merangkak semula dr bawh…
    Terima kasih atas segalanya..

    Reply
    • Bersabarlah.
      Kuatkan hati dan lupakan kenangan lama.

      InsyaaAllah untuk setiap apa yang terjadi, pasti akan ada hikmah yang Allah akan tunjukkan nanti.

      Reply
  5. Dah seminggu aku dapat kad kawin dia. 10.11.2018 dia akan kawin. Mungkin itu pilihan terbaik bg dia. Lagipun dia xde perasaan pada aku, aku bertepuk sblah tangan. hadiah aku beri pun dah dipulangkan tanpa dibuka sedikit pun padahal lama juga diberi. Kecewa mmg kecewa kena redha. Lgpun aku ini suami org, dia xnak orang tuduh dia perampas sbb aku pegawai dia satu tempat kerja. Dan dia merupakan pembantu operasi aku yg baik dan aku telah memerhatikan sejak tahun lepas lagi. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Cuma aku agak malu sbb meluahkan rasa suka pada org yang salah.hihi. Saya doakan awak bahagia hingga ke jannah.

    Reply
    • InsyaaAllah.

      Lakukan yang terbaik untuk kebaikan semua pihak.
      Pasti ada hikmah dan ganjaran untuk setiap kebaikan yang tuan lakukan.

      Reply
  6. terima kasih atas nasihat itu. sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa gelisah dan patah hati saya. haha.
    Saya baru sahaja putuskan hubungan dengan si dia. Nak dikatakan couple, pun tidak. Entahlah. tetapi kami masing-masing serius dalam hubungan ke arah fasa perkahwinan. Disebabkan kami sudah lama kenal hampir 4 tahun tidak silap saya. Dan saya juga pernah berjumpa family dia. Acap kali kalau saya jumpa mak dia, mak dia akan bertanya perihal hubungan kami ‘ bila kami boleh langsung nikah atau tunang’. Saya hanya berkata ” andai ada jodoh, insya Allah. Allah Maha mengetahui segalanya.” pada ketika itu saya baru sahaja habis study dan baru mula bekerja dan dia juga. Saya yakin ketika itu masing-masing tak yakin untuk ke alam berumah tangga. Bagi saya agak muda ketika itu.

    Dalam perhubungan kami tidak ada masalah. bergaduh pun tidak. berselisih faham pun tidak pernah sekali. kami jarang telefon melainkan hal-hal penting. Dating atau jumpa saja-saja jauh sekali. melainkan wasap. Haha.

    pada pertengahan tahun ke-4 perkenalan kami, si dia bertanya bila saya bersedia untuk berumah tangga. saya jawab belum lagi. Dan dia turut tanya adakah saya tidak kisah kahwin pada umur lewat 20an dan awal 30 an. pada ketika itu saya berumur 26 tahun. Rancangan awal saya kahwin umur 27 atau 28 bagi saya dah terbaik buat saya. Saya jawab saya okey dalam bab lewat atau cepat. sekiranya dia serius dengan saya. saya pun akan turut serius. bagitahu sahaja bila nak masuk meminang. ada juga saya tanya pada dia, sekiranya dia ada kenalan orang lain, silakan. Jangan marah pembaca semua kalau saya soal begini pada dia. Tujuan saya adakah dia betul2 serius dengan saya atau tidak. balik semula persoalan tadi, dia jawab” tiada” kerana hubungan kami pun dah terlalu lama. dan saya tahu family dia kerap menanyakan hal saya dan dia. aduh. kesian saya terhadap dia. kalau ikutkan saya pun menanti-nanti juga bila dia nak masuk meminang saya. Asyik tanya perancangan dan bila sahaja. Bagus sebenarnya ada perancangan. tetapi ia lebih baik sekiranya kita berbincang antara dua pihak, keluarga lelaki dan perempuan. Ia akan jadi lagi mudah.

    sepanjang perkenalan saya dengan dia, ada juga lelaki lain cuba merisik saya tetapi saya tolak kerana saya yakin dengan si dia. setiap kali saya solat saya mohon padaNya supaya Allah permudahkan urusan kami dan panjangkan jodoh kami.

    tidak lama kemudian Saya dapat khabar melalui wasap yang dia beri pada saya yang dia telah mengenali seseorang. Dan dia baru sahaja kenal.Hancur dan luluh hati saya. Tujuan dia bagitahu adalah kerana tak mahu hati saya terguris. hahaha. Bila ditanya soal seperti ini siapa tak terguris? Ada ke sesiapa yang tak terguris? Saya hanya jawab ” teruskan kenal dengan dia dan jangan sakitkan hati dia sepertimana awak sakitkan hati saya”. jawapan saya mcm ego pun ada. sedangkan boleh je bawak bincang. hahaha. Ada juga saya minta dia perjelaskan kenapa boleh jadi macam ni. Jawab dia parent nak dekat-dekat sahaja. heh! Boleh pulak kau blame parents kau. Saya agak tak berpuas hati dengan jawapan dia bagi. Banyak juga saya tanya sebenarnya. Kang panjang pulak luahan ni macam novel. Akhirnya, baik saya undur diri, move on dan bawa hati yang lara ini terbang ke angkasa. haha.

    P/s: Kenal selama mana pun kalau bukan jodoh, dia tetap bukan milik kita. Kita rancanglah walau macam mana pun, perancangan Allah itu lagi terbaik apa yang kita rancang.

    Reply
  7. Dalam usaha membaik lepas dah pernah putus tunang satu kali, selepas 4 tahun saya berkenalan dengan seorang perempuan. Sepanjang setahun berkenalan kami jadi rapat. Sebegitu rapat sampai kami pergi ekspedisi bersama. Travel bersama. Sampai saya jatuh cinta dengan beliau. Dari tahun kedua perkenalan saya semakin serius bekerja dan mengumpul untuk bernikah. Dalam tempoh tiga tahun berkenalan tak pernah melampaui batas. Dalam tahun ini, dalam kesibukan di tempat kerja baru, saya terlalu sibuk. Tapi tidaklah sampai mengabaikan dia. Saya tinggal di kl, dia di jb. Maka lebih berhubung dengan social media dan telefon. Dalam kejauhan, saya betul2 berserah dan percaya dengan beliau. Yakin dan bertawakal. Tapi saya lupa untuk mengingatkan matlamat bersama. Dalam bulan ini, yang sepatutnya saya dapat status pekerja tetap adalah di mana saya merancang untuk melamar dan terus berkahwin dengan beliau.

    Malang nasib saya, awal bulan ini juga, tidak kurang dari sepuluh hari yang dijanjikan untuk melamar beliau, pada satu malam saya terima mesej dari beliau. Bahawa beliau dan keluarga dah terima pinangan lelaki lain. Yang rapat juga dengan beliau menurut kawan2 lain yg duduk senegeri dengannya. Saya begitu kecewa. Namun tidaklah bersedih atau marah terlampau. Saya sangat kecewa tapi mujur sibuk bekerja seharian pagi ke malam. Tak lah terasa sangat kejadian ni.

    Benar2 kecewa dan sepi. Andainya benar nak jadi isteri pasti berjaga2 dalam perhubungan. Takkan sampai mencari dan merapat dengan lelaki lain. Katanya sibuk jun-august. Saya bagi peluang dan tak kacau masa beliau. Tapi ini lah yg terjadi.

    Sebab sepanjang bersama beliau saya benar2 elak untuk berhubung dengan perempuan lain. Yang penting2 sahaja. Kenapa jadi macamni? Jangan risau, saya tak fikir lebih2 benda macamni. Sbb ini petanda dan ujian. Menunggu sedikit masa pun dia tak sanggup. Apatah lagi berpuluh tahun kehadapan. Mungkin ada bagusnya. Tapi hati dah sayang..

    Yang saya betul2 marah dan kecewa. Rakan2 beliau yg saya kenali dan rapat juga dengan saya, semuanya “menasihati” dia untuk pergi dengan lelaki baru ini. Entahlah, mungkin lebih stabil pekerjaannya, mungkin lebih berharta, mungkin lebih cool, mungkin lebih perkara2 yang saya tak ada. Tapi mengapa nak marah lagi. Benda sudah jadi.

    Ingin jugak saya menyesali apa yg dah terjadi ni. Tapi sia2 lah hidup saya kalau rasa macamtu. Sampai bila nak menyesali kejadian. Saya dah berusaha dan ini yang saya dapat. Takdir manusia dah tertulis. Andai genggam sekuat mana jika bukan hak yang ditentukan oleh kita, terlepas juga. Ujian jarak dan masa. Allahu..

    Benarlah allah cakap. Manusia ni hanya merancang. Sekeras usaha saya demi meningkatkan tahap hidup untuk masa depan, sentiasa ingat dia. Sikit pun tak dihargai. Malah dipersalah mengabaikan beliau. Sakit juga dengar katanya begitu. Alhamdulillah masih tabah dan mampu bertenang. Sayang seribu sayang namun inilah realiti. Hakikat ketentuan tuhan.

    Hanya mampu menangis dan tenggelam berseorangan. Sebab saya lelaki. Orang mesti akan cakap itu dan ini. Nasihat itu dan ini. Tapi yg menggalas di bahu itu saya. Yang bergelut dengan kekecewaan itu saya. Ya lah walau tak terluah yang bergelora di dada. Andai mengadu dengan keluarga pasti akan kena marah dan diperlekeh. Andai bercerita kepada kawan itu saya lah yang salah. Andai bercerita kepada orang tertentu perempuan itulah yang salah.

    “Ah biarkanlah kisah ini berlalu nanti akan timbul bahagia. Sabarlah” ringan pada lidah tapi langkah begitu lesu sekali.

    Ya tuhan mahu menguji. Saya terima walau tak kuat. Pada wajah dan gerak di tempat kerja pasti profesional. Pulang ke rumah, selesai solat malam, saat berbaring pasti terfikir kesepian ini.

    Umur 30an dan masih bujang. Pasti merasai sepi dan keinginan macam rakan2 lain. Yang berkeluarga dan dikurniai jodoh seawal umur 23. Alhamdulillah dan tumpang bahagia tengok mereka dengan anak2 dua tiga orang. Bahagia diuji sekian hal, namun boleh gagah menghadapi bersama keluarga. Rezeki pun lebih baik berbanding yang masih bujang.

    Benar ada yang diuji lebih kritikal dari saya. Ada bermacam kisah orang yg telah saya dengar. Itu kisah mereka, syukur tidak diuji sekian cara oleh tuhan.

    Hati lelaki. Bukan menidakkan dengan ego. Bila benar2 terluka, pasti lemah dan lesu. Cumanya harus terus gagah melangkah. Masyarakat pasti expect lelaki selalu kuat. Lelaki kena tegas. Lelaki kena tenang. Tapi jarang diketengahkan. Orang selalu menulis artikel tentang betapa perempuan berasa sekian sekian. Tapi jarang menyentuh perihal hati lelaki.

    Untuk lelaki macam saya, mungkin saya tak romantik, kerja biasa2, gaji pun cukup makan saja belum mampu bermewah selesa. Mungkin ini punca retak pada mata beliau. Mungkin dia tak sanggup tunggu. Sebab saya berusaha. Kerja kumpul apa yang patut. Memang pada kerja baru ni banyak makan masa dan fokus saya. Saya mintak beliau tunggu sikit je lagi. Alahai.. Maka melepaslah saya. Sakit sekali. Tak mampu untuk marah dan bersedih, tapi saya betul2 kecewa.

    Semua barangan beliau saya dah poskan. Cincin yang saya sediakan, segala hadiah2 dari beliau. Sebahagian simpanan dari tabung kami berdua pun saya pulangkan. Gigih, walau rugi sikit pada saya. Walau pedih mengenang semua kenangan bersama. These things has got to go.

    Entahlah kenapa kuat untuk meluah di sini. Kenapa kuat untuk memulangkan semuanya pada beliau. Kenapa boleh relax pun saya tak tau. Cuma saya fikir pasti ada kesan daripada amal baik dan solat2 kita. Andai saya macam waktu pertama putus tunang; yang sama juga cabaran jarak jauh, pasti meronta2 marah dan sedih sebab waktu tu tak jaga amal sangat. Tak solat. Tak mengaji. Tak positif. Alhamdulillah atas semua dugaan. Alhamdulillah yang telah saya atasi.

    Mohon doa kalian saya berterusan dalam kebaikan. Diberikan kekuatan untuk merangkak di jalan yang allah redhai. Semoga saya beruntung meniti jalan2 orang yang diberi nikmat. Sukses dalam hidup dan kerjaya. Harapnya cepat sembuh luka di hati ini sebab saya berhajat untuk menamatkan status bujang ini secepatnya dalam keadaan terbaik dengan insan terbaik pada waktu terbaik. Teringin juga menimang zuriat sendiri dan semoga sempat menghadiahi orang tua saya cucu2 yang sihat dan soleh sementara mereka masih hidup di dunia ni.

    Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca buah fikiran saya ini. Saya tak pandai untuk bercerita tapi saya harap poin saya sampai.

    Reply
    • Terima kasih kerana berkongsi.

      InsyaaAllah pasti akan tiba jua kebahagiaan yang dinanti.
      Allah adalah penulis jalan kehidupan yang terbaik, sesuai dengan kita.

      Yang penting kita perlu yakin :-)

      Reply
    • Subhanallah..semoga kamu mendapat kan yg terbaik kelak amin ..kl kota yg sangat menyakitkan bagi saya..

      Reply
  8. Putus cinta? Putus tunang? Putus di saat lagi 9 hari sebelum hari akad nikah? Allahu hanya Allah yang mengetahui. Bukan hanya diri aku, semua yang lain terlibat. Especially mak ayah aku. Kesian depa.

    Reply
  9. Assalamualaikum ,

    Saya nak tanya pendapat sedikit , si lelaki pernah ajak saya berkahwin tetapi saya macam tak ready dan ada beberapa kekangan kehendak hati yang saya terlalu ikut salah satu nya saya tunggu abang saya berkahwin dahulu tetapi pada masa yang sama jika terlalu lama abang saya tidak berkahwin saya akan berkahwin dengan si dia jika dia sanggup tunggu saya . Hal ini menyebabkan si lelaki macam tidak puas hati sehingga dia berkata kepada saya duit yang dia kumpul untuk kahwin tu akan digunakan untuk membeli motor , tetapi saya tak bagi dan saya cakap baik pergi umrah dengan duit tu disebabkan dia sudah mempunyai kenderaan. Tetapi sekarang ni si lelaki maklum kepada saya yang dia dah nak kahwin dengan rakan sekerjanya pada bulan ini pada hari raya haji ini . Hati saya perit dan saya sedih . Saya juga tidak boleh terima kenyataan atas apa yang terjadi ini. Adakah saya terlalu bodoh sehingga menolak pelawaan si dia untuk berkahwin sebelum ini . Adakah saya 100% bersalah dalam hal ini . Hati saya pada saat ini terlalu sedih dan kecewa disebabkan saya tidak pernah berhubung dengan mana-mana lelaki lain sebelum ini walaupun kami tidak contact, kerana saya masih berharap pada dia . Sekarang sudah terlambat jika saya mahu luahkan segala isi hati saya padanya sebab saya tidak mahu merosakkan hubungan dia dan juga bakal isterinya. Tetapi hati saya sangat-sangat pedih dan tertekan dengan keadaan ini . Saya seolah-olah macam “Mayat Hidup” . Sedih sangat . Saya sedang cuba ikhlaskan hati untuk mendoakan yang terbaik untuk si dia . Tetapi saya sendiri pula yang sedang berperang dengan perasaan dan emosi .

    Apa yang patut saya lakukan ?

    Reply
  10. TAPI EN SAYA X BERAPA NAK KUAT BUAT MASA SEKARANG
    LAGI SATU MUNGKIN INI CUMA ANDAIYAN SAYA SAHAJA DIA SEOLAH-OLAH BAIK SANGAT DAN SUKA MENASIHAT ORANG ALAIN PADAHAL DIA BUAT JUGAK PERKARA YANG TIDAK SAYA SUKADAN DIA TIDAK PERNAH MENGAKU KESALAHAN NYA DAN TERAMAT EGO…..
    EGO NYA AMAT TINGGI

    Reply

Leave a Comment