
Istilah ini sering kita dengari bukan?
Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.
Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.
Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.
Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.
Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?
Sakitnya Rasa Putus Cinta!
Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.
Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..
.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?
Ya, saya juga seperti anda.
Pernah melalui semua ini.
Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.
Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.
Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?
KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah.
Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.
Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.
Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.
Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.
Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.
Bukan kah ini satu pembaziran?
Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?
Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?
Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.
Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.
Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.
Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.
Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?
Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?
Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.
Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.
Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?
Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.
Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.
Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.
Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.
Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.
Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.
Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.
Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.
Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.
Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.
Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.
Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.
Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.
Tapi, jangan pula berlarutan.
Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.
Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan
Sedih dan kecewa itu perkara biasa.
Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.
Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.
Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.
Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.
Semua ini tak mudah.
Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?
Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.
Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.
Ya, ikhlas lah.
Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.
Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.
Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.
Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?
Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?
Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
Jika anda bertanya, Mengapa?
Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.
Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.
Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.
Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.
Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.
Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.
Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.
Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.
Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?
Sama-samalah kita muhasabah diri.
Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.
Peganglah pada janji-janji Allah.
Dia sentiasa dekat dengan kita.
Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
— Surah At-Talaq ayat 2-3.
Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..


saya bujang, bercinta dengan janda anak 1, saya telah pertaruhkan segala usaha, tenaga dan harta saya untuk mereka berdua, cumanya Allah belum beri sy kesempatan berbicara tentang perkahwinan setelah 2 tahun bercinta. beberapa bulan lepas, dia terkatoi dengan saya..menghubungi dan berjumpa dengan ex boyfriend dia. saya tanya, kenapa masih nk berhubung..dia kata..just kawan..xlebih dari itu..bila sy sedar sya belumlagi jadi suaminya..jadi sy cuma menasihati utk dia menjaga batas..dan perasaan saya. lama kelamaan benda itu jadi serius dan utk pertama kalinya, sy pergi dr hidup dia..4 hari tanpa berhubung..dia memujuk saya utk kembali..demi anak dia yg sy sgt rapat…saya kembali pada dia..sy lembut hati dan balik kepadanya..
malam tadi..sy bawa dia ke satu majlis kawan sya..semasa berborak dengan kawan2 lain..dia minta pergi ke tandas..HP nya ada depan sya..tetibe bunyi ringging…sy jawap fone…sebelum sy cakap hello…ada bunyi satu suara lelaki di talian “sayang buat ape?..dah tido ke?”…saya terperanjat..dan terus diam membisu…bila dia dtg smua kt tempat kami berborak tu.,.sy whatsap dia..mtk dia tgok fone dia..siapa yg call. dan kenapa dia panggil syg..dia terus buat muka tidak bersalah dan mengatakan saya kuat cemburu…saya diam.. sya pulang drp rumah kawan..dia tidur di belakang..anak nya duduk ditepi sya..sepatah pun dia tidak bersuara..
sampai di pejabat saya..sy minta dia bawa balik kereta , kerana ada kerja lain yang sya hendak selesaikan di pejabat.smpai di bilik pejabat sya..sy terlelap kepenatan..bila sy bangun..ada msg dri dia mengatakan “kau berambus dari hidup aku”…..
sy tersenyum..saya senyum kerana selepas sy jawap panggil telefon dr lelaki tu…sy berdoa pada Allah…jika dia jodoh sy panjangkan Ya Allah…jika dia bukan jodoh saya..Jauhkan la dia dri sy Ya Allah…
subhannallah….Allah Maha mendengar…
saya akan pergi sayang..pergi jauh darimu..
Allah put u in my life, for a reason…and Allah removes u from my life for a better reason..
wallaualam…
assalamualaikum wbt..
Allahu.. kuatnya awak.. mengapa sy xleh kuat
Baru terjadi maybe jarang kita dengar lelaki kecewa sebabkan cinta… But i dah rasa sekarang.. Since sekolah lagi until degree we together. I try cuba lupakan dia but i can’t… In shaa allah i akan cuba sedaya upaya i tuk lupakan dia hahahaa Thanks for this entry.. We have Allah SWT…
Allah ada..
Hurmmm
Aku suami orang, baru nak berkenalan, dia ckp, dia, tak de perasaan pun pada aku..kahkah aku je perasan rupanya..baru tahu dia dah tunang, kalau aku tahu daripada awal, takde minat pun pada tunang orang, malas nak dikacau..mmg ada hikmah tidak diteruskan..hikmahnya aku sedar isteriku 9 tahun aku kawin dengan dia dan 14 tahun yang aku kenal isteriku skrg adalah yg terbaik buatku.
Sy janda ank 3 dan dia duda xde ank..kami berkenalan melalui fb dan start rapat 3 bulan yg lpas..bila dah rapat jd timbul la perasaan syg..sy tau sy bukan satu2 nye perempuan yg berkawan dgn dia..tp dia selalu bg harapan..disebabkan kami ddk 1 taman jd kami akn berjmpa klu ade ms terluang..tp disebabkan satu conversation smlm..dia mula menjauhkn diri dr sy..klu dlu sblm tdo msti kami akn whatsapp or call..bgn pg akn wish gudmorning stiap hari..tp dah seharian semalam dia mbisu..tanpa gudmoning dan gudnite wish dr dia..sy rs down sgt..kenapa dia sanggup buat sy mcam tu?..harap2 doa putus cinta ni dpat buatkan sy cepat utk melupakan dia..semoga dengan ujian ini buatkan sy lebih dekat dgn Allah..aamiin
Bantu diri dengan solat hajat, bantu diri dengan surah alwaqiah. Bantu diri untuk sentiasa memahami ayat2 Allah dalam surah ar,-rad. Sama2 kita amalkan. Saya seperti kalian , berusaha untuk melepaskan dan berdoa untuk yang terbaik.
Hmm ketika ini aku rasa sakitnya putus cinta, aku dan dia sebaya umur dah 2 tahun lebih bercinta. Aku masih lg study. Dan dia dah berkerja office hours kadang balik sedikit lewat. Kdg pukul 9 10 baru mula chat call bagai dah tu aku pulak nak study. Kdg utk bersama dia aku study pukul 3 pagi. Bila sepenuh perhatian aku berikan dia mula mengantuk itu ini. Aku beri peluang utk dia rehat. Tp bila cuti je tak penah ada masa utk aku. Selalu pegi mancing dari pg smpai malam. Dah balik dia penat bilanya nak ada masa dgn aku. Sampai satu hari dia bgtau dia nk pegi mancing lagi nanti lalu aku tanya dia antara mancing dgn aku mana dia pilih. Dan dia pilih mancing dari aku dan skrg aku dan dia dah berpisah baru lg. Hmm aku tak marah dia nak mancing ke apa ke cuma tak boleh ke dia berikan sedikit masa dia untuk aku. Kalau aku boleh beri dia masa kenapa tidak dia. Apa semua ni salah aku yg tak fahamkan minat dia ? Hmm skrg aku cuba rawat semula hati ni.
Saya berumur 28tahun dari Perak.si dia berumur 22tahun dari tganu.Da 2bulan putus setelah 8bulan bercinta….manis nye saat bcinta.si lelaki bjanji sumpah setia hingga akhir nyawa..ketawa bersama menangis bersama.selalu buat vid call untuk solat bjemaah.vid call bace yassin bersama.hari2 sepanjang hari call wassap n vid call.sume nye indah belaka.si lelaki slalu menangis takut kehilangan saya.tetb hubungan kami tidak di restui org tua lelaki itu.dan kami tputus begitu sahaja tanpa ada pjelasan dari si lelaki.n now dia dah ada penganti..mase tengah bcinta saya pernah cakap dgn dia,kalau dah tak suke saya bagitau elok2.jumpa buat kali terakhir..sampai sekarang dia tak buat begitu.tkilan sangat.hanya Allah je yg tau btapa perit nye hati ni.dan sekarang saya perbanyakkan mbace yassin dan perbetul kan solat.cuba untuk dekat balik dengan Allah.mgadu2 dengan Allah.saya banyak bace yassin supaya nak lupa kan dia.tapi lagi mengingatkan sebab selalu bace bersama dia.dan di saat saya bace yassin hanya air mate sebagai peneman…semoga ada hikmah nye. Ya Allah cepatkan lah saya lupe kan si dia sperti aku lupekan Mu di saat sedang sronok bcinte dgn si dia.????
saya jgak dari perak,, kerja di KL,, saya telah lalui keperitan jauh teruk dari cik,,tapi pendekatan cik ini betul,,,balik pd Allh kan… sampai 1 saat kita mengadu yang kita telah sangat penat doa utk lupakan dia… btul x?
Subhanallah
Terima kasih diatas perkongsian diatas..buatasa ni sy betul² kecewa ngn seseorang…mmg betul ape yg diceritakan diatas….mood down sngat…kadang² sy xtahu nk luah dgn siapa…bila terfikir kenangan silam tntu hati jdi sebak…ape yg perlu sy buat yer