Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. Sama la dgn sya..Sy bru dua hari lpas dikecewakan..dia org kedah(31) sy kelanta(27)..kami kenal dh 3 tahun..jnji nk kawin apa semua..dlam 3 tahun bercinta sy dgn dia xpernah bersua muka..whatsapp n call je..video call pn bru je aktif..tu pn jrg2. tahun pertama semua indah2..bila msuk tahun ke dua sy perati je dia bila nk usaha jmpa ke apa..sy selalu tanya bila nk dtg jmpa..dia kata tggu dlu..dari hari ke hari sy tgk xde apa2 kemajuan..lama2 sy jadi sangsi dgn cinta dia..sy layan dia nk x nak..sbb sy takut nk letak harapan tggi..tapi sy dh syg dia..sy setia lg tggu..1 lg dia ni kaki layan game. Semua game kt fon tu dia main.. Sy xkisah yg tu minat dia. Bila dh layan game mcm tu mesti ada group..dlu mula2 knal apa2 msj sy diutamakan..skrg semua lain..alasan dia sy pn sama layan dia mcm tu..sy ni sibuk bersebab. Sy kerja office hour..kdg2 xsmpat nk layan dia 24jam..sy ingat dia faham..2hari lpas sy rsa dia lain sgt..kami bergaduh Dan sy minta putus dgn dia..huhu tp sy masih syg kt dia sbb geram sgt. sy rsa dia dh ada org lain..bila sy tnya btul2 dia mengaku yg dia dh terima seseorang..atas alasan dia sunyi..what?? Dan bila sy tnya bila dia mula cinta ngan pompuan tu 5 minit lpas sy minta putus…huhu betapa hncur nya hati sy ni.. Rupanya dia knal pompuan tu dh 2 bulan..tggu sy tinggalkan dia je..dan pompuan tu 2 tahun muda dri sy.. smpai hati dia buat sy mcm ni..3 tahun tggu ini je yg sy dpt..apa2 pn sy bersyukur Dan redha hrp ada hikmah disebalik semua ni..hrp pompuan tu dpt layan msj dia 24jam.. dan nk tgk sgt dia cpt2 kawin..thanks awk buat sy mcm ni..sy xminta doa yg buruk2. Sy doakan awk kawin ngan pompuan tu..dh pompuan tu nk sgt kt awk..ambik lah..huhu Keep positive noni..

    Reply
  2. Sy bru dua hari lpas ptus cinta..dia org kedah(31) sy kelanta(27)..kami kenal dh 3 tahun..jnji nk kawin apa semua..dlam 3 tahun bercinta sy dgn dia xpernah bersua muka..whatsapp n call je..video call pn bru je aktif..tu pn jrg2. tahun pertama semua indah2..bila msuk tahun ke dua sy perati je dia bila nk usaha jmpa ke apa..sy selalu tanya bila nk dtg jmpa..dia kata tggu dlu..dari hari ke hari sy tgk xde apa2 kemajuan..lama2 sy jadi sangsi dgn cinta dia..sy layan dia nk x nak..sbb sy takut nk letak harapan tggi..tapi sy dh syg dia..sy setia lg tggu..1 lg dia ni kaki layan game. Semua game kt fon tu dia main.. Sy xkisah yg tu minat dia. Bila dh layan game mcm tu mesti ada group..dlu mula2 knal apa2 msj sy diutamakan..skrg semua lain..alasan dia sy pn sama layan dia mcm tu..sy ni sibuk bersebab. Sy kerja office hour..kdg2 xsmpat nk layan dia 24jam..sy ingat dia faham..2hari lpas sy rsa dia lain sgt..kami bergaduh Dan sy minta putus dgn dia..huhu tp sy masih syg kt dia sbb geram sgt. sy rsa dia dh ada org lain..bila sy tnya btul2 dia mengaku yg dia dh terima seseorang..atas alasan dia sunyi..what?? Dan bila sy tnya bila dia mula cinta ngan pompuan tu 5 minit lpas sy minta putus…huhu betapa hncur nya hati sy ni.. Rupanya dia knal pompuan tu dh 2 bulan..tggu sy tinggalkan dia je..dan pompuan tu 2 tahun muda dri sy.. smpai hati dia buat sy mcm ni..3 tahun tggu ini je yg sy dpt..apa2 pn sy bersyukur Dan redha hrp ada hikmah disebalik semua ni..hrp pompuan tu dpt layan msj dia 24jam.. dan nk tgk sgt dia cpt2 kawin..thanks awk buat sy mcm ni..sy xminta doa yg buruk2. Sy doakan awk kawin ngan pompuan tu..dh pompuan tu nk sgt kt awk..ambik lah..huhu Keep positive noni..

    Reply
  3. Sy(37)& nur(28) brkawan dah 4 tahun. Dia org kelantan. Sy org kl. Kami brjanji nk kahwin. Tahun ini 2017, di bulan puasa & raya baru2 ni, kami mcm/mmg telah putus. Disbbkn sy lmbt sgt hntar rombongan kawin. Sy tgh kumpul duit. 4 tahun 4 tahun jugak. Tahun 2017 ni mmg plan nk hntr rombongan dah. Mmg niat sy nk isterikan dia. Cantik sgt dah hrpan ni. Tp dia berubah sekelip mata.. skrg sy frust menonggeng. Sakit pedih hati ni sbb sy dah 3kali mcm ni. Kali terakhir 15 tahun lalu. Sy kenal nur dgn hrapan dia jd isteri sy.. tp knp dia berubah?? Yassin, quran, doa, solat, sy buat n bca utk try lupkn dia. Tp mcm dah xbleh lupa sbb sy trlalu tua utk frust2 mcm ni.. knp dia kejam.

    Reply
  4. saya pula bercinta dengan gadis kristian. gadis iban .. saya ni yatim piatu . mak ayah dah pergi sejak tadika lagi. saya mula kenal dia masa bersekolah di tingkatan 3 .masa itu dia tingkatan 1 sampai lah sekarang umur saya 22 tahun .beberapa hari lagi nak puasa saya yang minta putus . kerana dalam beberapa tahun hubungan kami selalu saya dengar complaint dari pihak keluarga dia . jangan kawan dengan lelaki melayu islam . ibu dia tak restu .terumbang ambing perjalan hidup ni sehingga satu tahap saya sendiri yang minta putus sedangkan saya yang selalu pertahankan benda ni..niat dihati nak mengislamkan dia.dia pun minat akan islam . tapi apakan daya. keluarga dia lagi penting daripada saya yang sebatang kara ini.. sekarang tengah down sangat . haha . tapi saya pasti saya akan move on. biar lah sakit sekarang daripada sakit akan datang . tapi sakit dihati ni ya allah.. benar benar seperti mayat hidup..doakan saya supaya move on ya..saya tak akan bercinta lagi . saya cuma nak mencari hubungan halal . bercinta selepas nikah insyallah.

    Reply
    • Law rase leh nangis…nangis la sepuas2nye…jangan memendamkannye..tkot makan diri…aku ni dh slow2 dpt melupakan hal silam tu…jgn dipikirkan sangat bro…kehidupan ni harus diteruskan…yakinlah jodoh maut ditangan Allah s.w.t….kite xtau yg mana akan menanti kite kemudian hari…..bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor..patah tumbuh hilang berganti…..

      Reply
      • kongsi lah tips . kalau ada lah..dah mcm apa hidup kawan semenjak dua menjak ni..haha..aih susah benar ..8 tahun bukan singkat..

        Reply
  5. Taknak cakap banyak…5tahun kenal dalam 1saat je terputus hubungan….mak ayah dia tak merestui atas sebab alasan kenal salah seorang dari keluarga aku ni leh meyebabkan keluarganya boleh dapat malu..kalaulah aku tahu semua ni dah tertulis macam tu…takkan ku kenal dengan sidia bernama perempuan…hahahaa….sakit,pedih,atuk nenek segala kesakitan aku rasa…tak hilang hilang sampai ke hari ni…..

    Reply
  6. Sy baru sahaja dikecewakan sakit dan luluh hati hanya Allah yang tahu. Sy kenal dengan dia selama setahun. Kami rapat dan dia sering mengucapkan kata manis dan cinta. Dan menjanjikan perkahwinan kpd sy. Disebabkan sy jenis yg pendamkan perasaan sy tak pernah berterus terang dengan dia, smpai lah sy dpt thu dia kembali semula dgn kekasih lama. Mmg cintanya tidak ikhlas pada sy. Dia mengaku hanya menganggap sy sebagai kawan dan tiada perasaan langsung selama ini kerana selama ini adalah gurauan semata. Betapa kejam kata2 nya. Sy redha walaupun perit sungguh untuk ditelan. Semoga jalan ini mendekatkan sy kpd Allah swt.

    Reply
  7. Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
    Izinkan aku untuk mencitanya
    Namun bila waktu ku telah habis dengannya
    Biar cinta hidup sekali ini saja

    Reply
    • Nasib kita serupa. Ini cinta pertama saya. Di usia 40an baru saya terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup saya. Pada mulanya saya menolak kehadirannya kerana dia suami orang. Tapi melihat kesungguhannya tanpa di sedari, saya sdh jatuh cinta. Walaupun hanya 6 bulan bercinta, terlalu banyak kenangan bersamanya.

      Nasihat rakan2 tidak dapat mengubat hati. Saya tidak dapat bangkit. Hanya sedikit iman dan tanggungjawab kepada masyarakat dan family memberi kekuatan kepada saya utk meneruskan kehidupan.

      Wahai masyarakat, saya bukan perampas. Dia milik Allah satu2nya. Saya tidak akan memisahkan kasihnya kepada isteri dan anaknya. Ya Allah bantu lah Hambamu ini. Tunjukkan aku jalan keluar.

      Janjinya utk menyunting saya sebagai isteri masih terngiang2 di telinga. Walapun saya sdh berumur 50 thn walau bagaimana kondisi saya. Mg

      Reply
  8. Niat nak sentiasa ada time susah senang dia
    End up dia gunakan n ambil kesempatan kt atas saya
    Die takde keja tetap..sy tolong sikit2 dr segi kewangan
    Lepas setahun dia mula berubah..kerap gaduh..sampai saya decide nak ignore utk ajar die..tapi rupenye dia makin jauh dengan saya..
    Ramai kwn tmasuk fmili suruh saya tinggalkn die..tapi sy degil..saya makin merana..
    Dia makin berubah..sentiase salahkan saya..
    Instinct sy kuat cakap dia dah ada perempuan lain
    Takpela..saya cuba lepaskan die evendo sebelum ni byk kali sy tewas bila die pujuk saya…
    Hargai orang yang ade mase susah senang kite n byk berkorban utk kite..

    Reply
    • Payah nak dapat yang sempurna..kadang dpt yg baik..kite permainkan..bila kite wt yg terbaik..dia permainkan..manusiakan…tapi..memang pedih….

      Reply
  9. Camne nak buat ,kalau stiap kali kita cuba untuk lepaskan dia,dia dtg balik .n stiap kli dia dtg balik,dia akn ulang benda yang sama .n saya akn lupakan Allah lagi .bila sedih,baru cari Allah.
    Tlg saya

    Reply
    • relax je.. saye pon same jugak..tapi saye x tau perlu nak buat ape kat sume yg berlaku kat dunie ni.

      Reply

Leave a Comment