Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. Saya sudah 2 tahun bersama zj tiap hari selalu bersama dia baik makan bareng jalan bareng selalu membuat aq bahagia bersama dia akan tetapi jalan menunjukkan lain. Tanpa ada sebab apapun dia langsung memutuskan sy dan mengatakan “tolong jangan ganggu aq lagi” bagaimana bisa sy terima. Sudah sebulan ini sy sudah tidak bertemu lagi tp tiap waktu teringat dia dan dada terasa sesak dr sakitnya hati. Setelah melihat tulisan diatas membuat sy evaluasi diri bahwa mungkin sy kurang mendekatkan diri kepada allah. Insya allah mulai sekarang sy ingin mendekatkan diri dan ikhlas melepaskan dia zj mudah mudahan sakit ini bisa hilanh dan dapat beriman amin YRA.

    Reply
  2. Sye baru je putus hubungan dng c dia,Kerana klurga sye tk merestui hubungan kmi berdua.bergitu berat untuk sye lupakan dia,lepskn dia..hati bergitu sakit sngt…
    Sye berharap dpt ketnangan dari tuhan dan berdoa agar dia dpt bersma seorg yg dpt bhgiakn dia,..

    Reply
  3. salam. saya baru abis baca tulisan tulisan. apa yang tuan tulis diatas semuanye kena pada diri saya.
    saya sebnarnya baru juga putus cinta. 8 tahun bersama. tp berakhirnya kisah saya sama dia di time raya haji. saya mmg sakit. sampai saat ini masih sy tidak boleh terima kenyataan. setiap kali tidur pasti mimpikan dia. bangun dari tidur pasti teringatkan dia. 8 tahun buka masa yang pendek. terlalu lama kami bersama. terlalu byk kenangan. Ya Allah. saya cuba nak lupakan dia tp makin ingin lupakan makin pikiran menjadi jadi. sekarang sy ibarat “mayat mati”…

    Reply
  4. Alhamdulillah perkongsian hebat… setiap dari kita tak pernah lari dari kesedihan dan kegagalan dalam perhubungan… Melihat orang lain bahagia membuatkan kita merasa lebih rendah diri akan kekurangan kita dan kekurangan paling BESAR yang kita akan rasa bila kita TIADA TEMAN HIDUP / TAK KAWIN LAGI…itu jugak yg saya rasa…
    Melihat kesakitan dan kesedihan, sebagai satu keajaiban itu bukan mudah tetapi renungkan kembali kehidupan kita… bila ada CINTA kita lupa kecintaan kpd Allah swt… bila kita RINDU kekasih kita lupa untuk rindu Rasulullah saw… bila kita sibukkan diri dengan SMS/CALL setiap hari kita lupe pegang AlQuran…dimanakah kita unutk mempersoalkan ujian yang Allah berikan kepada kita…

    Maafkan saya…sekadar perkongsian…

    Reply
  5. Kisah sy,sama2 kerja sbg pem.tadbir..lain sekolah..lama knl tp mula nk rapat dgn die bln 2 2016..sy cuba trima org lain stlh 3 thn x berkwn dgn mna2 lelaki,mula rapat die dh bukak crita nk hantar tanda,kmdian dia ade ckp ‘dh 3 series jmpe syg so syg lh orgnya’..die ade ckp lg ‘syg dh ready blom?ready jd kwn,lwn abg dn pling pntg isteri abg’..pnh jugak die ckp ‘abg akn jdkn syg hak abg spnuhnya’..strt bln 5 dh jrg wsap..die mula abaikan sy,xde tnye kbr,sy wsap pun x reply dh,sy cuba kuatkn ht..msih setia menunggu..kmdian sy trnmpk komen di fb die ade girl lain pggl die ‘b’..ya sy cmburu tp die ckp sy fikir bukan2,fikir negative dn mcm2 lg die kate..6/8/16 sy x thn dh..sy tnye die masih syg atau x..die ckp abg mls nk fkir dh,serah pd takdir..jd sy pun mntk die lepaskn dr hati die..die buat..so sy dh tau yg die xsyg sy lg..sy. Tau spe sy diht die..then sy dpt tau 3/9/16 die dh bwk girl lain jmpe parents die..die tgglkan sy dgn mcm2 tuduhan..sy sedar sy x baik,xjugak alim,sy hnya ppuan biasa,sy perlu dibimbing..mcm mana sy nk hadap die bila ade meetg/bengkel/kursus bersama..sakitnya hnya Allah yg tahu…

    Reply
  6. Cerita sya..kami dah bhububgan lama..dan lpas study Akan nikah..namun cinta kami tak di restui..dia mnta putuskan hubungan..Baru dua minggu kami putuskan hububgan atas dasar orang Tua peremuan tidak suka sya Ada hubungan dgn anak dia..sya cuba merayu minta untuk di terima namun apakan daya semua usaha yg saya lakukan hanya sia-sia..family perempuan tetap tida terima sya..sy dah bg yg terbaik untuk anak dia..setia..bantu dia soal perbelanjaan di ipt..sekarang mak dia tunag kan dia dgn budak satu ipt sya juga..saya hanya mampu ikhlas Dan redha melihat dia dah jdi tunag orang..sakit hati hanya Allah yg tahu..susah sy nak move on dri dia..sbb syg yg teramat..tpi syg tidak cukup untuk mnjanjikan dia jodoh kita..rasa mcm nak berhenti study..pindah ipt..smua Ada..Ya Allah..mngkin ini sudah ketentuan Allah..Allah bg dia dgn org lain..Allah nak kita balik kepada nya..dekatkan balik dgn Allah..kejar cinta Allah..cinta matlamat yg sebenar2..pasti Allah Akan gantikan dgn org yg tepat Dan jodoh yg lebih Baik..sabar ikhlas Dan redha..ketentuan qada Dan qadarnya Allah..perbaiki diri InsyaAllah Pasti Akan peroleh jodoh yg Baik.

    Reply
  7. Sy kenal dengan R dekat Fb dia add sy.knl dlm tempoh 3-4 bln.cuti kami sama.hr kamis.kami selalu hbiskan ms bersama time cuti.R pndai amik ht dia mnta bila keluar pakai baju sama. Sy seorg yg ksr,tp dia blh sabar dgn sy. Kadang terhinggap tumbukan kat muka dia tp dia relax dan tersenyum. Tp seminggu lps R senyap.sy whatapp dia tak reply, pm n msg sy pun x reply. Sy pelik. Sy agak dia dah x nk kwn dgn sy. Tp 2-3 hr lps sy dpt whatsapp dr seorg yg tak dikenali yg mengaku dia isteri R. Ms itu tuhan shj tau perasaan sy. Sy pernah bertanya dengan R dia sdh berkahwin ke blm. Tp biasa la dia nafikannya. Isteri R bg tau dia di mrh R sbb sy blok semua no R. Sy explain perkara sbnr dan katakan pd isterinya yg sy akn lupakan R dan mnta maaf ats pe yg terjadi (wlupun bkn slh sy). Sy pun blok kedua2 mereka sbb x nk ade sebarang hbgn dgn mereka. Tp keesokannya sy terima lg msg dr isteri R. Sy terus telefonnya mmberitahu yg sy xnk diganggu oleh dia.sy harap dia phm dan mnta dia jaga R baik2. Sy masih lg diganggu oleh R. Sy dah pnt melayan kerenah mereka berdua. Sy bukan jns yg suka meruntuhkan rmh tangga org. Pada sy biar la hati sy sakit sekarang drpd sakit akn dtg.sy berdoa semoga rmh tangga mereka menjadi aman dan harap R berubah.

    Reply
  8. hhhh… Memang dah jalan hidup seperti ini jadi memaksakan kehendak pun hasilnya akan lebih buruk

    lebih baik pasrah dan berserah diri pada yg kuasa yaitu Allah ta’ala

    Reply
  9. Sye da kapel ngn ex 7 taun.kenal mse pgi kem rkan mude.time tu sye dgn ex sblom dia.pastu dia mnx no fon kt best friend sye.ex sye curng then sye trus kapel ngn dia.dia msuk u.sye la tukang anta balik dia.sye suke sbb dpt jmpe dia.sye da 2 ari xle nk tido sbb ni.sye ni jenis jelous.dia blja rmai kwn.sye x suke.tpi dia lgi syg kwn dia dri sye.tu sye plik.sye ni mcm kne game pon ad.dri dia xde pape.skrng da ade kje sume.sye yg tlong dia.suport dia.dia pindah brng sye yg anta.xtw la.mne de org perfect dlm dunia ni.sye mmg ase mcm nk g langgr lori.ati sakit mcm tu skli.mngkin slah sye jgk.xreti nk pjuk2 ni.ntah.asenye sye akn jdi bujang smpai mati kot.huhu.and mak bapak dia x suke ngn sye.sbb sye ni xpndai nk mnyembang.da 7 taun tpi x pndai2 lgi nk smbng.huhu.tpi sye rse mcm sye ni just dgunakn la.huhu.sedih sgt.lepas penat lelah sye.just ingt nk kawin ngn dia.sye cdng mid year taun depan.tpi x tw plak bole terkandas skrng.sedih teramat.lgu bruno mars mmg syok lyn.ngn lgu terakhir.asyik nangis je sye ni.huhu.

    Reply
    • thanks atas motivasi yg sudi dikongsikn.. bnyak yg sy dpt. pengalaman mematangkan kita. setiap apa yg terjadi jdkn pengajaran…pe2 pon jd truskn perjalnan hidup yg sementara nie.moga Allah sntiasa merahmati hdup kita…
      #akujugapendosa

      Reply

Leave a Comment