Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. Assalamualaikum. Saya brcinta dnan dia dah setahun sepuluh bulan. saya berikan seluruh jiwa saya padanya. saya percayakannya. saya sanggup buat apa apa saja untuk dia. banyak sngat kenangan dmgan dia sbb kitorang satu kelas. setiap hari ada ja suprise dia buat. tapi satu hati kitorang gaduh. selalunya dia akan pujuk. tapi saya yg kena pujuk diri sendiri. kitorang gaduh dalam dua bulan. spanjang dua bulan tuh saya asyik teringat kan dia. sampai satu tahap saya tanya dia. dia sayang saya tak? tapi cra dia reply sngat mnyakitkan. saya minta maaf kat dia pasal segalanya dan terus break. lepastu, hati saya sakit sangat. satu hari kawan dia gtau saya rupanya time kitorang gaduh dia kapel dengan senior setahun tua dari kitorang. time tu baru saya sedar kenapa sejak kebelakangan ni dia berubah. sejak tu saya mnyesal. saya benci dia. tapi saya masih sayangkan dia. nasib baik saya terbaca artikel ni. minda saya dibuka seluas luasnya. saya sedar saya ada Allah yg maha esa. saya sedar semua ni ada hikmah. dulu saya lalai kejar cinta dia. Alhamdulillah. trima kasih atas artikel ni. sangat membantu

    Reply
  2. Sakitnya ya Allah hanya tuhan yg tahu. Sy bukan muda lagi. Pd kali ini sy berharap akan berakhir dgn pernikahan. Xda kami bercinta2.Setakat berkenalan.Xada syg2 dlm message atau calls. Setiap hari sekadar bertanya khabr. Sy dan dia cuba menjaga ikhtilat krna kami berjanji utk bercinta selepas nikah. Namun yg menjadi kerisauan sy kerana manhaj kami tidak sama.Akhirnya apa yg sy risaukan ternyata benar. Dia mmg terkejut dgn manhaj sy, sehingga mgkin dia mmikirkan saya sesat. Akhirny terus memutuskan hubungan. Dan sy ditinggalkan dgn rasa sakit tidak terperi. :( :(

    Reply
  3. Pertama kali bercinta daku kenali si dia, disebabkn si dia tersalah kol sewaktu belajar di matrikulasi. Dari itulah mengenali isi hati si dia. Tetapi hubungan kami tidak dapat bertahn lama, mula masuk universiti. Haluan kami telah terpisah. Hubungan jarak jauh mungkin memeritkan hati si dia. Secara tiba2 si dia mntak putus kerana perasaan sayang si dia semakin pudae, walaupun tiada apa yng berlaku diantara kami berdua. Terpaksa juga merelakan diri meninggalkan si dia walaupun hati ini tetap mencintai si dia. Pernah berjanji sehidup semati agar hubungan ini sampai ke pelamin. Tapi apakan daya, mungkin ini ujian yang diberikan terhadap kami berdua. Masih mengharapkan si dia masih boleh menerima diriku kembali. Tetapi aku hanya bertepu sebelah tangan. Tidak dpat menghilangkan kesedihan yang terbuku dihati. Menganggap ini sebagai satu ujian untuk diriku.

    Reply
  4. baru putus cinta utk 2 bulan.. kali ke dua bercinta.. sakitnya hanya Allah yg tahu.. ada hari saya ok, ada harinya saya asyik tringtkan dia.. saya berharap sgt agar sakit ini cepat sembuh supaya utk saya move on.. sy redha sebab saya tahu cinta yg tidak menuju ke arah perkahwinan adalah haram. Saya dahulukan syariat Allah walapun putus cinta adalah satu perkara yg sgt menyakitkan.. skrg hanya menghitung hari dgn sabar, sehinggalah hari yg saya dah totally get over it tiba.. setiap hari hanya mengingati Allah, dan bersabar… mintalah pertolongan Allah dgn sabar dan solat.. inshaAllah…

    Reply
  5. saya beragama india.saya kawan dengan girl melayu.saya berkawan 5 thn.dlm masa 5 thn dia tipu saya 3 kali dengan ada scandal lain.bila dia tahu lelaki itu semua tipu dia kembali pada saya n saya maafkan dia n terima.sekarang dia buat saya lagi.bila saya tanya dia just jawab takde jodoh n dia ada laki baru.saya jaga makan minum dia n segala keperluan dia.bila saya dah bersedih utk peluk islam n kahwin dia.dia lontarkan kata2 yang buruk pada saya n family dia.saya berkerja sebagai seorang exec di sebuah syarikat besar.saya tak boleh lupa dia sampai sekarang.tapi dia happy pasal ada orang lain.apa perlu saya buat.

    Reply
  6. semua org mrsa bnd y sma. sakit hati, kecewa sbb kn cinta manusia. saat ni, aku snd tgh mrsa. tp aku yakin, allah xkn bg ujian melebihi kesnggupan hmba nye.btl lh tu..
    Dia bg ujian ni supaya kte igt n kmbli pd Dia. positif, redha n ikhlas kn ap y trjd. cz people said.. Allah turun kn hujan d tghri sbb Dia nk bg pelangi. ad hikmah ssuatu tu trjd. jd jgn mnyesali.. all is well !! ^_^

    Reply
  7. Btul hdup kita ibarat roda satu masa kte di cewakan stu masa kte akn mndpt cnta yg sjati iaitu slpad nikah.bykn solat slawat zikir utuk mndpt syafaat dn petunjuk drinya.insyallah d bri pluang stu masa mndpt cinta yg di idamkn jgnla kte lupa yg telah membrinya tkot kehilngn skli lge.

    Reply
  8. Koq Q malah nangis ya,,, gx tau ne,, ihhhh… air mata’a keluar sndiri… “Trima kasih ya allah,, ternyata iman hamba memang masih lemah”.. Maafkan hamba-MU yg lenga ini ya allah.. Amiiinnnn”……

    Reply
  9. saya terlalu sayangkan dia. saya sayang sangat sampai saya sanggup mengalah. dia terpaksa kawin dengan ex dia. ex dia dah ugut sampai nak kacau periuk nasi kami. saya buat semua ni demi dia. sebab saya sayang saya lepaskan dia. saya minta dia buat keputusan untuk memilih dan ternyata tiada tempat untuk saya walaupun dia sendiri tak rela dengan keputusan yang dilakukan. situasi kami tak ubah macam lagu “ditelan pahit dibuang sayang” sekarang saya sakit rindukan dia. saya harap sangat dia tahu sayang saya takkan pernah berubah. orang sayang eywan.

    Reply

Leave a Comment