Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?

putus cinta
Bagaimana mengubat rasa putus cinta?

Istilah ini sering kita dengari bukan?

Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini.

Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta.

Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini.

Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”.

Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

 

Sakitnya Rasa Putus Cinta!

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya.

Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat..

.. namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit bukan?

Ya, saya juga seperti anda.

Pernah melalui semua ini.

Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini.

Putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.

Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah.

Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini.

Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi.

Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.

Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini.

Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari.

Bukan kah ini satu pembaziran?

Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita?

Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan?

Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu.

Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.

Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.

Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

 

Kemudian, Apa Perlu Buat Jika Putus Cinta?

Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit.

Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi.

Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?

Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji.

Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah.

muslimah high classTetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita.

Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.

Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau.

Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah.

Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah.

Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah.

Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita.

Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu.

Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita.

Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini.

Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu.

Tapi, jangan pula berlarutan.

Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

 

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa.

Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.

Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua.

Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.

Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan.

Semua ini tak mudah.

Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?

Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?

menyakitkan hati

Seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita.

Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”.

Ya, ikhlas lah.

Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini.

Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan.

Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.

Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita.

 

Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita?

Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya?

Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.

Jika anda bertanya, Mengapa?

Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui.

Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.

Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, banyakkan zikir.

Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita.

Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan.

Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita.

Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai.

Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.

Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga?

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Demi Cinta

Ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan.

Peganglah pada janji-janji Allah.

Dia sentiasa dekat dengan kita.

Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

— Surah At-Talaq ayat 2-3.


Artikel ini adalah perkongsian daripada Haziyatul Najihah Hasin ke inbox emel kami. Semoga memberi kebaikan dan manfaat kepada semua..

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

147 thoughts on “Bagaimana Menghilangkan Rasa Sakitnya Putus Cinta?”

  1. saya juga ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah.Dulu saya dan dia hubungan kami sangat bahagia jarang bergaduh dan dia juga lelaki yang sangat baik kepada saya.Dia juga adalah cinta pertama saya kerana dulu saya hanya suka seseorang tapi tidak bercinta.Tetapi disebabkan dia mempunyai ramai kawan perempuan yag rapat dengan dia saya takut nk keluar dengan dia disebabkan kawan perempuan dia.Kawan perempuan dia akan menganggap saya sebagai perampas kawan mereka.Pernah suatu ketika kawan perempuan dia bercerita buruk tentang saya kepada orang lain.Saya berasa malu.Jadi saya bertanya kepada dia tentang kenapa kawan-kawan perempuan dia buat saya macam ini.Tetapi dia tidak percaya dengan kata-kata saya dan menggangap saya tipu.Disebabkan hal ini dia meminta break kepada saya tetapi saya berusaha mempertahankan hubungan ini dan kami pun dah berbaik balik.Namun malang tidak berbau setelah berbaik beberapa bulan dia telah memutuskan hubungan ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.Saya begitu tertekan dan agak kecewa kerana selama ini dia sering membalas mesej saya hanya sepatah sahaaja;))))))) Apa-apa pun saya akan menjadikan ini sebagai pengajaran kepada saya walaupun saya masih tidak boleh lupakan dia…….

    kepada mereka yang masih dalam fasa move on percaya lah ada lagi jodoh yang terbaik untuk anda semua…percaya diri dan percaya ALLAH

    Reply
  2. Saya baru ditinggalkan hari ini. Sebenarnya sudah seminggu tetapi saya masih in denial. Hubungan kami sangat bahagia, jarang bergaduh dan dia lelaki yang sangat baik. Saya anggap dia sebagai hikmah dari tuhan selepas dikecewakan dengan teruk 2 tahun lalu. Saya amat mempercayai dia adalah yang terbaik untuk saya malah dia sudah datang berjumpa kedua ibu bapa saya dan memberikan saya cincin tanda. Tetapi benarlah, manusia berubah. Dia meninggalkan saya pada hari anniversary kami sendiri. Malah, kami langsung tidak bergaduh, tiada apa-apa tanda. Tiba tiba sahaja dia mengatakan bahawa dia sudah tawar hati dan mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan. Namun saya sudah dapatkan closure saya sendiri kerana saya sedar bahawa tiada guna merayu pada orang yang tidak sudi. Breaking up sucks but staying in a relationship in which you are no longer loved and appreciated is worse. Saya masih punya harga diri. Sedih memang sedih tapi saya tahu saya tidak boleh menyeksa diri sendiri sedangkan sudah jelas dia tidak sayangkan saya. Langsung tiada hormat pada diri saya sehingga tidak beri apa-apa penjelasan seolah saya tidak ada makna pada dirinya. Saya bersyukur tuhan selamatkan saya dari lelaki pengecut dan tidak matang. To those heavy hearts who are reading this, kuatkan hati dan know your worth. Sedikit cliche but it’s the truth. Banyakkan berdoa. Masa untuk kita re-claim diri sendiri dan focus on your own growth.

    Reply
  3. Saya baru sahaja ditinggalkan malam Jumaat,dan mengetahui kebenaran pada hari Jumaat yang mulia.Semuanya kerana saya terlalu percaya dan termakan kata-kata manis dia sampaikan kalau rasa kopi itu pahit,taruk mulut dia pun boleh sebab manis sangat?.Memang betul orang kata,don’t judge a book by its cover.Muka baik sesuci malaikat belum tentu hatinya seputih susu.Bahkan,dia siap boleh pasang 4 orang pada masa yang sama.Memang terkilan.Semuanya berkat dua orang rakan saya siasat hal ini dan wajah sebenar dia terbongkar pada hari itu juga.Semuanya disebabkan memilih wanita yang kaya melebihi wanita yang cerdik.Cinta memang membutakan,apatah lagi harta.Mujur mereka berdua tahu,kalau tidak entah apa jadi pada saya akan datang nanti.Rahmat Allah itu luas.Dia lebih menyayangi saya lebih dari lelaki itu?.

    Apa-apapun,ia menjadi satu pengajaran bagi saya sampai bila-bila.

    Reply
  4. Alhamdulillah terima kasih untuk artikel ini. Saya sangat memerlukannya. Saya juga baru putus cinta. 5 tahun perkenalan, dia memilih org lain yg baru dikenali selama 2 bulan. Dan selama 2 bulan, rupanya dia curang di blkg saya dgn wanita itu. Saya ingatkan dia putuskan saya hanya kerana kami duduk berjauhan, dan ibunya tidak mahu dgn org yg jauh. Tapi rupa rupanya, dia sudah menjalin hubungan dengan wanita lain. Patut lah semudah itu dia melafazkan kata putus. Sakit dan perit hanya Allah yang tahu. Setiap malam saya nangis, saya tak makan, saya tak boleh tidur. Asalkan tutup mata je, saya duk terbayang dia, kenangan bersama dia. Saya kecewa, sedih, terkilan diperlakukan sebegitu. Adakah saya sudah tiada nilai di mata dia? Alhamdulillah saya mempunyai kawan2 yg supportive, yg selalu mengingatkan saya kepada Allah. Yang banyak memberi kata2 semangat. Dan skrg saya masih di fasa mencuba menerima ketentuan Allah. Walaupun kadang2 saya masih bersedih, tapi perlahan lahan saya cuba untuk bangkit. Saya tahu, saya tak boleh biarkan diri saya terseksa mcm ni. Ini semua ujian drpd Allah agar saya lebih dekat kepada-Nya. Harap semua doakan saya. Saya sedang berusaha utk melupakan dan memperbaiki diri. Saya doakan anda semua juga terus berjuang dan jangan putus asa.

    Reply
  5. Dulu saya kena tinggal mcm tu je.. sb dia dh jadi student usm.. sya kerja kilang..ada la jugak bantu dia dari segi kewangan…sya murung… sya.. sya pernah berjln dlm rumah.. non stop..sampai aruah ibu.. peluk saya.. sambil menangis…aruah bak pula.. membisik ayat alquran..di telinga…sya x bole mkn
    …. tido.. x bole bekerja.. tpi kehidupan mesti diteruskan. Sya hidup dan masih menanti dia… walaupun saya tau itu tak mungkin terjadi. Saya menanti sampai saat ini.. hampir30 tahun.. dan saya amat sedar itu satu perbuataan yg sangat bodoh.. kerana dia cinta pertama saya…jadi semua yg di luar sana… jangan jadik macam saya..bangkit dari kesedihan… buktikan pda yg melukakan anda… perbuataan kamu itu tidak menjadi kudis bagi ku..

    Reply
  6. Ya Allah terima kasih atas artikel ni. Betul² mengusik jiwa yg tgh sedih. Betul apa orang cakap. Couple bertahun tahun bkn tiket itu jodoh kite. Dan benda tu betul² jadi pada saya. 2 kali saya di curangi. Kali pertama saya tetap pertahankan. Tapi jadi kali ke 2, saya dah lemah. Tak mampu nak cakap apa. Sedih sgt². Mcm² saya dah rancang utk perkawinan. Saya anggap dia dah berubah. Tapi masih dengan perangai lama dan orang lain. Dia buat saya mcm takde perasaan. Allah je tahu betapa sedih hati saya. Mase awal² terbongkar rahsia mmg saya down sgt. Rase mcm tak perlu hidup dh atas dunia. Takde faedah. Tapi alhamdullilah slow² saya cari artikel² yg boleh naikkan semangat saya. Saya bersyukur Allah selamat kan saya dari org yg salah. Allah turunkan ujian bkn sebab die nak tgk kite kecewa. Tapi Allah sayangkan kita. Kepada yg sedang broken. Anda tak keseorangan. Saya doakan anda semua bangkit dari kesedihan. Doakan saya jumpe jodoh saya ye :’) 

    Reply
      • Its okay. Awak kene cuba hadam kan segala ujian yg Allah turunkan. Percaya la cakap saya. Hari demi hari awak akan boleh terima. Niat dalam hati utk berubah dan iklaskan segala yg awak buat. Insha’allah tenang hati tu nanti. Perasaan ni die dtg dan pergi. Mase die dtg tu byk² kan fikir benda lain yg lebih baik :)

        Reply
  7. Sudah berapa lama saya dirundung kesedihan kerana hubungan saya dan dia seperti tiada penentu dan tergantung.tapi hati saya sangat mencintai dia walaupun saya sering merasa disakiti dengan perbuatannya.adakalanya dia begitu ambil berat,adakalanya dia acuh tak acuh hingga saya tak tahu siapa saya dalam hatinya.nak bertanya saya perempuan,nanti dikatanya saya perasan sendiri.tapi saya benar2 keliru dengan sikapnya.kadang2 rasa macam nak menyendiri dan pergi jauh dari dia,tapi saya tak mampu.saya terus-terusan menghantar whatsapp tanya khabar pada dia walaupun saya tahu dia tak akan baca sampai seminggu lamanya.tapi saya tahu dia aktif bersosial media.dia banyak merahsiakan macam-macam perkara dari saya.kadang-kadang saya rasa dia datang pada saya bila perlu je.sedangkan saya perlukan perhatian dia.tak dapat kerap,10,15 minit dalam sehari pun saya dah bersyukur.tapi sepanjang perkenalan kami dia tak pernah tanya khabar atau ambil tahu kerap pasal saya.10 patah saya cakap,cuma 2,3 patah je dia jawab.saya tak mahu mendesak sebab saya tahu kerjaya dia macam mana.saya betul2 keliru.seringkali saya berdoa memohon pada Allah agar diberikan petunjuk,namun buat masa ni masih belum dapat jawapan.

    Reply
  8. Terima kasih bagaimana sy boleh mendptkan no untuk dihubungi supaya boleh membantu saya terutamanya berkaitan dengan hubungan yg terpisah.

    Reply
  9. Saya baru je putus dengan dia petang tadi. Saya sedih sangat sampai terpaksa google macam2 untuk hilangkan sedih, sampai terjumpa artikel ni. Rasa macam segala effort yang sy berikan sebelum ni cuma sia2. Siang malam sy tunggu dia. Dia cuma ada kadang2. Saya faham yang dia mungkin banyak kerja bukan cuma melayan saya. Tapi sy sedih bila dapat tahu dia boleh main game sampai ke subuh setiap hari, tapi tak boleh ws tanya khabar selama berminggu atau berbulan. Saya sgt kecewa sbb kami putus kerana perkara kecil. Bukan sebab orang ketiga atau sebab dia menipu saya ;”(( selama bertahun kami kenal, hanya sebab ni saja kami perlu berjauh ;”(((

    Reply
  10. Saya seorang lelaki, saya kali pertama menyayangi seseorang wanita ini kerana beliau telah memikat hati saya.. namun dia pernah berkata dia sanggup menunggu saya, tapi kelakuannya tidaklah nampak dia ingin menunggu saya malah dia berhubung dengan ramai lelaki( saya mempunyai social acc beliau kerana die pernah beri pada saya dahulu). Pada suatu hari, dia memberitahu bahawa dia mintak maaf dan dia beritahu dia hanya nak berkawan, ketika itu saya rasa seperti dipermainkan hati …Hanya Allah sahaja yang tahu….betapa sakitnye hati saya sehinggakan sampai ke harini masih belom boleh untuk lupakan…Saya amat kesal kerana saya sudah terlanjur menyanyagi dia malah dia tidaklah seikhlas untuk menerima saya dalam hidup…. saya kesal kerana saya telah mengenalkan dia kepada parents saya….sampaikan ke hari ni parents saya masih igt saya dengan beliau dan saya x mampu untuk memberitahu perkara tersebut… saya dalam keadaan yang amat sedih…..kadang-kadang x mampu nak berkata-kata… kerana perasaan sayang masih ada tetapi iannya bercampur dengan kecewa yang amatlah dalam…. saya hanya mampu berdoa seperti admin beri nasihat di atas…. dan saya cuba untuk bermuhasabah mungkin ada hikmah dari sebalik perkara ini berlaku …..doakan saya agar saya terus kuat untuk mengharungi dugaan yang saya hadapi dan akan datang…. terima kasih atas nasihat admin dan beri saya peluang untuk luahkan di sesi komen ni ….Maaf dan terima kasih…

    Reply

Leave a Comment