
Dengar:
Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita:
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah.
Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif:
Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari seorang suami?
Mengapa Perempuan Begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..
1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.
Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.
Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami Yang Sentiasa Tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.
Bilakah seorang isteri kurang akal?
— Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.
Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
— Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh Mempamerkan Kelembutan (Gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar.
Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
— surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami Yang Kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa Jelas Dalam Menyelesaikan Masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Seorang Yang Humor
Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa.
Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.
Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan Kasih Sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri Penghargaan Kepada Isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima Segala Kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
— Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup: Memahami Isteri Bukannya Sukar, Tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
— Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
Sekarang Giliran Anda..
Sekarang saya mahu dengar daripada anda:
Apa yang anda fikir tentang checklist diatas?
Atau anda mempunyai persoalan yang bermain dalam fikiran.
Apa pun anda fikirkan, tinggalkan komen pada ruangan dibawah
Saya akan berada diruangan blog ini pada sepanjang hujung minggu ini untuk membalas segala komen dan menjawab persoalan.
Jadi jika anda soalan atau buah fikiran, pastikan anda meninggalkan komen sekarang.

Assalamualaikum tuan,
Saya masih dalam usaha untuk memahami isteri. Kadang bila saya dah buat sesuatu yang dipinta tapi masih tidak cukup baginya. Itu yang buat saya buntu. Walaupun saya rasa sedih atau terasa, saya cuba untuk taknak tunjukkan. Saya taknak buat dia terasa. Orang tua-tua banyak bagi nasihat supaya bersabar dalam hubungan. Itulah pendekatan yang saya ambil. Boleh tuan kongsikan bagaimana untuk saya dapat mengembirakan isteri saya. Saya tak sampai hati melihat isteri saya selalu bersedih sebab saya
Baru nk mula nya kisah kami ini.. dan awal awal kami dah merasa kan seperti yg admin cerita.. so terima kasih admin.. apa yg saya bole ambil.. saya jadikan ia pengajaran untuk sye
Lelaki nak 2 bende ja dari isteri. Itu pun susah dia nak bagi. Semua 10 tu dah bagj pun dia buat dono je. Aku dah geram dgn bini ak.
Artikel apa ini, saya dah beri semua tapi masih dapat layanan sama. Hari-hari saya kena “gaslight” bahawa saya yang salah dan mesti menuruti kehendaknya. SEMUA SALAH SAYA.
Membaca artikel anda menyebabkan saya semakin teruja untuk membunuh diri. Im tired of this!
You are stronger than this bro.
Lagu yang selalu buat ak kluar dari suicide adalah “Ya Sudahlah – Bondan Prakoso” & “Kau Tak Sendiri – Brondan Prakoso”
Ikhlas dari insan yang tak jauh dr kematian. Hit me up kalau nak berborak. IG: xnrlasertag
Dah buat semua..sama juga..xde beza pun..siap cakap suami tak boleh diharap..
Assalam admin..saya sgt termotivasi dgn tulisan tuan..dan berharap rumah tangga saya akan sentiasa harmoni..
walaupun saya hanya isteri kedua dan x pernah merasai apa yg tuan perkataan dlam setiap tulisan tuan.
mohon tuan beri tips dlm penulisan akan datang ..bagaimana cara yg sesuai utk wanitq yg menjadi isteri kedua utk tidak terasa hati dgn apa yg suami buat.
sbb saya xnk suami mendapat susah atas ketidak redhaan saya (dlm bab nafkah,masa utk saya)
suami hanya menjadi suami saya 6jam je sehari yakni di masa bekerja.
cukup masa dia akan balek kerumah isteri pertama dan saya terbiar ?
Terima kasih kpd.penulis artikel ini.Menitis air mata saya bila membacanya.Terasa spt ada yg.memahami saya…Mendapat Suami baik adalah satu anugerah tetapi suami baik tak semestinya dia memahami kita…demi sebuah ikatan ‘kita terpaksa memujuk hati kita’.Tapi sampai bila kita akan kuat?lama kelamaan kita akan rebah tersungkur.Apa kita perlu buat saat itu??
Suami sy lebihkan mak sendiri drp isteri sendiri..bukan sy cemburu ke apa tapi suami sy sgt jarang call sy..wasap pon sekejap je..tapi suami sy boleh katakan selalu call mak sy wlupon semasa kerja..tp sgt jrg call sy..ada 2 bulan mcmtu..bila tanya alasan sibuk kerja..bila sy call suami amat susah skali nak angkat..bila cakap ada masa call la suami hanya jwb insyaallah..sy dan suami pjj dah 2 tahun..sebulan skali jumpa tu pon 2 ke 3 hari je dlm sebulan..lg 1..bila sy berkias nak mintak baju baru..suami cakap ‘sy nak bagi mak rasa apa mak x pernah rasa dulu.maaf la kalau sy berat sebelah’ allahu..sedihnya hati sy..sy sedar,sy pon bekerja..tp apa salahnya belikn sy baju selai pon x pe..sy bukan meminta2 tp sy hanya nak merasa pemberian suami..tanda syg..utk pngetahuan encik,sepanjang kami berkahwin,suami x pernah hulur duit nafkah pada sy..wlupon 20sen..sy sedar sy pon bekerja jugak mungkin sbb tu suami x hulur nafkah pd sy..ya sy mmg x kisah bab tu..cuma sy tringin nk merasa pemberian suami..baru2 ni kami selisih faham..sampai dia cakap ‘sy rasa kita ni mula x de keserasian.awak masih muda.awak fikir la baik2.kalau awak rasa x sesuai dgn sy,bgtau sy.sy dah bosan dan makin muak dgn perangai awak’.ya Allah..Allah saja yg tahu perasaan sy pada masa tu. Puncanya sy cakap ‘maaf la kalau sy x pandai nak layan awak,sy tringin nak menyembang2 mesra2 mcm psgan lain’.skarang ni dah lebih 2 minggu dia x nak wasap sy dan ckp kurang selesa dgn sy. Doakan hati sy tabah dan kuat…….
Insyaallah..doa dan tawakkal pada Allah..moga sis dan suami berbaik2 semula aamiin..
Moga puan bertabah..jgn jemu berdoa kpd Allah utk mminta pertolongan..mungkin ada hikmah di sebalik ni..redha dengan ujian Allah..moga ada sinar kebahagiaan yg sedang menunggu puan nanti.InsyaAllah..
Sedihnya. Saya harap kak dapat bersabar dan berdoalah pada Allah. Redha setiap apa yang berlaku. InsyaAllah sinar kebahagiaan akak akan datang.
Sabarlah,saya blh rasakan betapa tersiksanya hidup dlm keadaan tersebut.Saya pnn pernah mengalaminya.Maklumlah suami saya anak sulung.Masa akan mengubah situasi.Sabarlah.Itu jrr yg blh saya ucapkan.
Sedih sy baca luahan puan… Semoga puan terus tabah jika mampu dan jika tak mampu harapan mummy agar diberikan petunjuk oleh Allah untuk selesai kan masalah puan.. Sementara itu puan cuba pujuk hati dengan mendengar ceramah di youtube seperti ceramah dari Dr. Aisyah Dahlan atau video lain yg boleh menenangkan hati kita dan buat kita tdk terlalu tertekan dgn masalah duniawi… Harap membantu…semoga yang baik2 sahaja untuk puan sekeluarga..
saya berumur 56 tahun; saya perhatikan melalui pengalaman saya dan kawan kawan.. isteri ni bila dah stabil; anak dah ramai dan berdikari, duit nya dalam bank dah banyak, rumah dah ada atas nama dia .. mula tunjukan kekuasaan. semua kena ikut cara dia, mula cuba kontrol suami.
Saya faham apa yg sdra dan kwn2 sdra alami. Bg pihak kaum isteri, mungkin ada sedikit kesilapan dgn sikap kami. Namun sy rasa bukanlah isteri2 berniat begitu. Isteri pd suatu ketika apabila memerlukan suami di sisi, yg dpt menghiburkan hatinya adalah anak2 yg sedang membesar sahaja. Inilah yg membina keakraban ibu dan anak2 sehinggalah anak2 telah dewasa. Mungkin kerana itu isteri telah terbiasa dgn suami yg sering tiada. Dan pd ketika ini, suami pula akan rasa tersisih. Dari segi ‘suka control’ pula, isteri control kerana inginkan yg terbaik kerana suami ada kalanya berbuat sesuatu tanpa berfikir pjg dan mudah dipengaruhi kwn2. Di usia lewat 50an ini juga suami selalunya stabil dari segi kewangan dan lbh suka menghabiskan masa dgn hobi dan bersama kwn2. Sikap suami yg membiarkan isteri membuat keputusan serta menguruskan itu dan ini sejak awal perkahwinan akan melahirkan isteri yg telah terbiasa dgn semua nak ‘cara dia’ sahaja. Ini sekadar pandangan saya, tidak semestinya benar untuk semua situasi.
bena sungguh abe. bila dia dah stabil, anak dah besar. dia tak perlukan suami lagi. in fact suami ini merimaskan bagi mereka. tu kekadang terdetik dalam hati untuk bercerai shj.
? lebih perhatian
No10..baru je sy laluinya..suami sy dh tawar hati pada sy..dia kata dia dh fedup dgn perangai sy..padahal sy merajuk sikit dlm wassap je..kami pjj..disebabkan tu dia kata mcmtu..6 bulan lamanya kami x berselisih faham tp kali ni sampai seminggu lebih x wassap..call ape lagi la.dia kata lagi “lepas ni apa2 yg awak buat sy x nak campur” dan “sy x suka cara awak,x sesuai dengan sy”.bila sy minta bincang dia x nak..dia cakap “kalau bincang pon sama je.fedup”. Sy sedih sgt ni ustaz..sy cuma merajuk sikit je pon..puas sy minta maaf tp dia x nak terima maaf sy..mcmana ni ustaz sy buntu..sblum ni kami rancang nak buat rumah tp atas nama sy..lps benda ni jadi dia cakap “awak uruskan la sendiri.tu hak awak”. Sy betul2 sedih..dan tertekan..sy x pernah meninggi suara ke melawan dia ustaz..apa yg dia suruh sy patuh..dia suruh tukar kereta baru sy tukar..dia suruh beli tanah sy beli..
ini makna nya suami dah memang tak berkenan dengan isteri. kalau ikut ibrahim jenang pintu patut di tukar. isteri kena faham. kalau dari mula dah begitu, dan isteri bersabar dan mempertahan rumahtangga. rumahtangga dapat diselamatkan sehingga anak dah besar panjang. tapi banyak kes selepas 25 tahun bersama dalam keadaan yg sentiasa suam kuku akhir nya bercerai jua. sebab apa ? dari mula nya memang dah tak ngam. banyaknya masa yg terbuang percuma.
Assalamualaikum tuan,
Penulisan tuan seperti apa y di fikirkan dan dirasai oleh sy…isteri bukan nak lebih cuma nak perhatian dn tanggungjawab berjalan tanpa gagal…tnggjwb tu bukan setakat bagi belanja then selesai, tp kasih syg, keselamatan, perhatian dll…tmbhan pula dilema perkahwinan pjj menambahkan parah apabila suami tidak dpt merancang dgn baik & memahami isteri secara mendalam….setelah sy renung sedalamnya perkara ini..bagi saya isteri kene bg perhatian diri sendiri, jgn harapkan apa2 dr suami, hidup ikut flow..”fokus life peribadi” .sebab suami pun manusia kdg2 dia sendiri pun x paham apa dia nak, mana mungkin dia nak faham pasal isteri…kesimpulan mcmni Perkahwinan adalah jodoh/takdir, kehidupan slps kawin tambahan kerja, tempoh perjalanan perkahwinan spt keretapi last2 ada stesen akhir then berhenti… kegembiraan cari sendiri cth abiskan duit gaji sendiri, saloon, join ride dll… Y penting tggjwb isteri/ibu jgn gagal..y lain terserah pd takdir & y penting lalui kehidupan muda hgga tua tanpa rasa kecewa…
Assalamualaikum.Selamat pagi. Dan maaf mengganggu. Sekiranya tidak berkeberatan, bolehkan ustaz tlg selesaikan atau beri pandangan yang ter aik utk saya?ini masalah saya
Saya belum berkahwin. Sepatutnya saya sudah berkahwin tetapi diswbabkan oleh PKP ianya terpaksa ditunda. Kerana terperangkap urusan kerja.. Saya anggota bantuan di Genting Highland.. Memang 3bulan x boleh turun bukit. Kerja setiap hari nonStop. Masalah utama bermula sebulan lepas. Tunang saya diserang penyakit Appendix dan perlu menjalani pembedahan. Operation tersebut alhamdulillah berjaya. Tetapi seperti mana2 pesakit yang lain, keadaan fizikal dia memang KO khusut dan serabai. Dan saya tiada masalah langsung dgn itu. Tetapi apa yang menyebabkan saya mengamuk (just percakapan melalui whatsapp shj tanpa invoice dll). Bakal mak mertua saya telah snap sekeping gambar tunang saya ini tanpa tudung dgn berpakaian hospital dan uploadkan di status whatsapp. Kali pertama dia buat, aaya tegur secara elok tetapi tidak diebdahkan. Keesokkannya dibuat lagi. Pada masa itu, saya memberi mereka dua pilihan yakni delete gambar yang diupload di status whatsapp atau putuskn hubungan. Pagi itu di akhir 10Ramadhan saya terlampau stress dgn masalah kerja, masalah peribadi, rungsingkan keadaan tunang saya.. Menyebabkan saya melakukan perbuatan terkutuk ini. Bakal mak mertua saya memilih utk tidak delete gambar tersebit di atas alasan tunang saya masih lagi di bawah tangungannya maka dosa pahala dia y tanggung. Boleh bantu sy uz
Assalamualaikum Ustaz. Sy baru berkahwin dalam setahun lebih. Sy duda anak 4 dan isteri janda anak 3. Sblm perkahwinan kami sama berjanji dan bersetuju utk menerima semua anakx mcm mana anakx kita sendiri. Bila pertengahan rumah tangga kami mula goyang. Disebabkan bekas isteri lama sy nk berjumpa dgn Anakx sy ini, dia terus marah dan menhalang. Padahal semua anakx dia nk berjumpa dgn ayahx mereka sy tidak pernah menghalang pun. Sbb sy tahu mereka pun ada hak keatas anakx mereka. Disbbkan itu juga isteri sy memulaukan sy dan anakx bergaduh x nk tegur sy marahx kan sy dan anakx melemparkan katax yg kesat, menengking sy. Keluar rmh tanpa izin sy. Mgunkit hbs apa yg telah di bantu menghinax sy buruk sangka terhadap sy. Kadang mengambil masa yg lama baru nk baik. Pernah Sampai sy dan anakx kena halau keluar rmhnya berminggux dia x lyn sy dan anakx sy. Mengasingkan bilik mengurung dirinya dan anakx nya supaya tidak bergaul dgn sy dan anakx sy. Sehingga makan sy dan anakx pun dia x masak dan ambil tahu pun. Dia lansung x menghargai sy dan anakx. Sedih kan. Sy seorg suami yg cuma memahami isteri. Sy tolong dia masak sediakan makan utk kami dan anakx bersamax, tlg buat kerja rmh samax, duit nafkah sy beri potong gaji 5 ratus lbh setiap bulan msk akaun dia. Lps pembelanjaan dapur kongsi bersamax sbb sy x nak dia merasa beban seorg diri. Sy selalu berjemaah bersamax isteri dan semua anakx kami. Jd skg apa lg yg perlu sy buat lg demi kebahagian rmh tgga sy ni Ustaz. Mohon pencerahan TQ.
Saya sesorang suami yang mudah berfikiran buka² terhadap isteri saya. Saya sabar ketika. Sewaktu nya saya tinggikan suara ketika bergaduh . Isteri saya pergi dengan tanpa keizinkan saya. Saya sudah berubah dalam perkara saya telah melalukan kesalahan dahulu . Isteri saya asyik kaitan kisah² silam saya . Pada satu masa ni. Saya telah berhubung dlm talian appkasi mesengger fb . Dia telah dakwa kan saya tetang nafkah , selama 5bulan. Sdang kan dalam masa dia pergi tanpa kan izinkan saya. Sy tetap bagi nafkah zahim . RM100 bank in akaun dia. Selapas tu datang musim pkp corona19 baru2 ni. Jadi saya tak sempat gaji kerja. Jadi saya mohon duit bantuan dapat dari pihak kerjaan . Tapi duit bantuan tu masuk terus akaun isteri saya . Jadi duit bantuan sarah hidup itu pun terus masuk akuan isteri saya . Slepas tu duit bantuan printin nasional baru2 ni pom terus masuk akaun isteri saya. Jadi duit BPN 1000 pertama tu. Isteri saya telah kongsi kan saya separuh rm500 ke akaun saya. Jadi fasa ke dua duit bantuan telah masuk akuan isteri saya. Dalam musim pkp sy tak dapat berkerja. Jadi perlu kah bagi nafkah zahim kat isteri saya . Sedang kan saya tanpa isteri disisi.
Banyak manfaat daripada penulisan ini..macam mana nak mengatasi isteri kadang2 ok kadang x ok..sy sendiri pon kalau isteri x ok buat hal sy sendiri ada rasa nak marah kepadanya..kadang2 kita sabar jugak tp sampai satu masa sy tinggi jugak suara..
Selepas membaca,dapatlah sedikit ilmu dan perkongsian,apa yg nk sya ceritakan,sy hdup dalam dilema,bila bekerja dlm stu sektor,sy dkenali dgn tegas,tp bila dlm hal kkluargaan sy jd kurang ktegasan,dan khdupan perkhwinan saya ibarat spt timbul tggelam,tmbul tggelamnya ialah sikap isteri sy yg panas baran. contoh yg saya nak berikan,ketika saya nak buat susu anak,apabila saya tidak letak tempat asal thermos air panas, sya akan dimarah,dtengking rata,habis,walhal sy kdg2 terlupa bukan sgaja,ibarat kesalahan sy tu kesalahan yang besar,termasuklah kesalahan yg lain,mmg saya akan dimarah mcm budak2,ditengking bagai nak rak seolah tidak hormat saya sbg suami, saya hanya mampu bersabar dgn apa yg saya terima,sehinggakan saya termenung seorg diri memikirkan sampai bila saya nak hidup mcm ni,kesalahan yang kecil dimarah ,pukul rata habis,,apbila dia mmbuat kslhn,saya tgur scra baik ,berlawanan dgn apa yg dia buat kepada saya. Saya jadi dilema,apakah aku ni tersalah pilih psgan,memang saya ni bukan sempurna orgnya,tetapi saya cuba yg terbaik dlm stp perkara,bnyk klmahan yg saya rasa dlm diri,dan cuba untk berlembut ,bersabar dgn isteri,sekalipun dimarah,ditengking ,apa yg blh saya buat ialah sabar dan cuba untuk mengubah sikap isteri saya.Apa yg saya harapkan ,semoga dia berubah mnjadi yg lbh baik dan memahami perasaan suami,sekalipun kesalahan yg kecil,berfikirlah secara rasional dan istighfar banyak2.jangan kerana kemarahan menguasai diri,kamu hanya menempah nama di neraka.sekian.
pada pendapat sy bg yg nk didik isteri satu kene tegas… honestly .. tapi bukan beerti marah…. cuma kita firm dgn kata2 kita… kalau x isteri akan perlekehkan kita… kedua yang saya nampak…. bak kata ustaz fadhilah kamsah…. selain kita tgk kekurangan isteri kita… kita tgk blik diri kita… cth isteri marah2 kita ada x kita marah2 org luar x tentu pasal?? atau pukul rata sama?? kalu ada… kita ubah sikap….
atau apa kata kita yg ceriakan keadaan… bila isteri marah2 kita sbb kita x kemas… cth buat susu anak lps tu termos kita letak tempat lain…. even sekejap je… tp apa kata kita sbgi ketua keluarga tunjuk sikap kene tegur salah kita trus ubah sikap yg lg baik… so trus letak air tu kat tempat asal…. n if isteri kita marah… mcm biasa kita try pikat dia dgn mcm2 cara buat yg tersweet habis…. mcm mana awal2 kita mengorat dia… tp ingt jgn sesekali tunduk pada isteri…
atau pendapat sy… akhir skali… ayah mertua sy satu contoh tauladan yg terbaik utk sy santuni…. ayah mertua sy…. dia sentiasa bersabar dan sgt kuatkan kesabarannya… bila emak mertua sy tinggikan suara, suka salahkan ayah sy… dan mcm mana ayah sy dapatkan kesabaran yg sangat tinggi 1 solat ayah sy sangat jaga… walau dia belajar di oversea… 2 ayah sy kerap berpuasa sunat… asal ada je puasa sunat pasti dia akan puasa.. i.allah x nampak ayah sy missed puasa sunat…. 3 bila waktu lapang ayah sy akan mengaji alquran.. x secara kuat… hanya sekadar dengar ditelinganya…
Saya pun ada sedikit nak kongsi saya suda masuk 8tahun jalan kan rumah tangga tiba2 pada satu masa saya dapat tau yang bakas kekasih suami saya chet dia dan saya pun tak tau apa perbulan mereka dan mungkin ada satu masa suami saya sedar atas perbuatan dia tiba2 dia pergi bolck perempuan tu dia takut saya tau
Tu masalah suda selasai
Tapi lagi satu masalah suami saya selalu
Tidur ruang tamu dan saya dan anak2 di bilik
Saya tanya suami kenapa tak tidur kat bilik terus suami jawp kt bilik.pasan tu alasannya Sampi saya merasakan bosan dan hati tertanya2 ada kh suami saya da tak sayang saya hati tak tenang
Alangkah bertuahnya kalau dpt sang suami yang cuba faham hati prempuan. tak kan brlaku isteri yg mkn hati. Kat luar orang nampak kita pasangan sempurna. Allah maha tahu hati ini. Siang mlm suami btemankan handphone, tidur berasingan kononnya panas wlaupun sy dah letak aircond, masih tak sudi tidur sbilik. Mkn pun tak nak semeja. Bila ditegur melentng n jerit kuat2 agar jiran dengar. So bila kita malu, kita tutup mulut. Nk ajak berbincang diam2 menjerit sampai semua ank tahu hingga ank naik angin begaduh pulak dengan ank. Kerana tulah, sy diam, pendam rasa tak nak kecoh. Langsung tak gentleman. Kalau kita cuba buka minda dia ingatkan balik pengorbanan kita, byr rumah, n blj2 lain nk bg dia tenang dia kata kita mengungkit. Isteri durhaka, dia tak redha. Sebenarnya awal perkahwinan dulu baik je hinggalah bila dah start ada handphone, dia lbh suka kwn dgn ank2 muda. Bila sy tbaca msg2 dia ,phone semua psword. Pergi mana2 main keluar je wpun sy ada dpn mata. Bila tanya, kata dikongkong, bosan, tak bebas. Abis2 tak puas hati, lari 1atau 2 hari tido hotel. Kita n anak 2 yg mkn hati.
Perkahwinan sy Baru berusia 1tahun. Tapi sy dh bosan dengan suami sy. Suami keluar Sana sini jumpa kawan sy kadang sampai sebulan x nampak dunia luar langsung terkurung dlm rumah sendiri. Wlpn bkn masa mco. Sekadar nak ikut pergi kedai runcit beli barang pun tak boleh.. Kalau dirumah. Bila sy duduk di bilik atas. Dia diruang bawah. Bila sy turun dia naik ke atas. Kadang mlm pun tidur sendiri Walaupun suami Ada dirumah. Dia tidur dibawah. Bila ditanya buat apa. Main hp. Bosan. Sangat2 bosan. Sehinggakan rasa xada apa untuk dibual. Kalau keluar pun hp sentiasa ditangan. Bila sy tegur kata sy Ada ni didepan. Kejap lg main LA hp tu. Tidak diendahkn. Bila bercakap pun tgn memandang hp juga. Boleh bermanja hanya bila dia mahu. Jika tak akan ditolak. Bila sy lakukan semua ni balik dengan dia lg dia suka sy tak mengacau.. Haha.. Saya bosan.. Curang? Sudah sy maafkan Walaupun perit. Hingga Kan sy malas nk tgk hp dia atau bertanya. Sebab bosan nak skit hati. Sy sudah nekad untuk bercerai, disahkan mengandung pula.. Saya bosan.. Hidup seperti patung terkurung dalam rumah sendiri.
Kesiannya awk.. semoga awk kuat, anak bukan penghalang utk berpisah. Teruskan aja, biar dia kahwin dgn hp dia tu