
Dengar:
Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita:
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah.
Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif:
Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari seorang suami?
Mengapa Perempuan Begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..
1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.
Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.
Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami Yang Sentiasa Tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.
Bilakah seorang isteri kurang akal?
— Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.
Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
— Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh Mempamerkan Kelembutan (Gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar.
Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
— surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami Yang Kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa Jelas Dalam Menyelesaikan Masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Seorang Yang Humor
Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa.
Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.
Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan Kasih Sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri Penghargaan Kepada Isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima Segala Kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
— Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup: Memahami Isteri Bukannya Sukar, Tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
— Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
Sekarang Giliran Anda..
Sekarang saya mahu dengar daripada anda:
Apa yang anda fikir tentang checklist diatas?
Atau anda mempunyai persoalan yang bermain dalam fikiran.
Apa pun anda fikirkan, tinggalkan komen pada ruangan dibawah
Saya akan berada diruangan blog ini pada sepanjang hujung minggu ini untuk membalas segala komen dan menjawab persoalan.
Jadi jika anda soalan atau buah fikiran, pastikan anda meninggalkan komen sekarang.

assalammualaikum..tuan, sy minat mengikuti artikel dan penulisan tuan dlm blog akuislam ini..dn utk kali ni sy amat tertarik dgn apa tuan smpaikan utk topik di atas. ya tuan, benar apa yg tuan katakan. spt sy, sy seorg isteri yg dahagakn perhatian dn kasih syg, tdk d nafikn usia perkahwinan kami bru msuk thn kedua, dan msih byk yg perlu kami pelajati. namun, akhir2 ini sy xmerasakan spt d awal perkahwinan, semakin lama sy berjauh hati dgn suami. ini bukanlah perkahwinan yg pertama kali. sy pernah gagal sekali..dan sy xnk melalui kegagaln tu skali lg. terlalu singkat utk sy menerimanya. sy cuma bunu dn xtahu nk buat apa bila sy x d beri perhatian, seolah2 d tiadakan. hanya bila perlu, dia ada. bila xd perlukan, dia dgn perangainya sndiri. kdg2 sy terasa spt d gajikan saja..arah itu ini..tnpa sikid pun bertanya adakah sy ok atau tidak. pendek kata, sy byk terasa hati dgn suami sy. cuma apa yg dpt sy lakukan utk hilangkan rasa kecewa sy..sy kerap ngaji dan berkurung serta diamkan diri. sy xpasti bagaimana dan apakah kesudahan kami. sy hrp tuan dpt berikn sedikit kata² smgt atau post lg penulisan yg lebih kpd alam rumahtangga. terima kasih tuan. -jazakallahhukhair- Assalammualaikum wbt.
maafkan sy… sy cuba bantu… apa kata puan try cantikkan diri puan depan suami puan…. sbb maaf kata… perempuan bersolek memang kadang2 kami terasa hanya utk orang pandang dia cantik kemas pandai bergaya… tapi bila sampai di rumah… allah… sedih… xyah cakap muka tepek bedak sejuk lah… tapi pakai pun biasa2… cuba ok pakaian tu mcm biasa… tp kemaskan rambut tu biar nmpk kemas, baju tu nmpk cantik sikit walau duduk di rumah…. cakap dengan sopan santun tp jd diri sendiri.. jangan ubah watak puan… mcm mana masa dulu puan pun cuba nk pikat hati suami utk jd suami puan… so sama juga dengan puan yang sekarang…. jgn bila keluar siap beria2 cantik di rumah sedih je tgk… atau di rumah tiada special… cuba kat rumah jdkan special…. kalau minyak wangi jgn pakai banyak2… cukup stakat dapat dihidu suami puan… makeup xperlu… cukup skadar muka nmpk seri sikit… jgn makeup ala2 model… n paling penting masak yg sedap2… andai kata x tahu masak cth je tau… try tgk kat youtube…. kalau pandai so masak sedap2 atau masak biasa2 tp nmpk special…mcm shila rusli buat kat tv…masa lauk kicap tp deco dengan cili je dah nmpk wow… utk pikat suami apa salahnya… n paling akhir lps usaha… doa selalu…moga2 allah lembutkan hati suami puan… dan suami2 dan mudah2an semua org terutama org islam hidup aman damai berumahtangga …. i.allah allah akan bantu sbb usaha kita dah ada….
Assalamualaikum..
Di awal usia perkahwinan saya & suami semuanya baik² belaka.. Sekarang hampir 4 thn kami berumahtangga.. Setiap hari, setiap masa banyak perkara yang kami pelajari untuk kenal hati budi masing²..kini saya sedikit terkilan dengan sikap suami yang tidak menunjukkan kesungguhannya dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan sering mengungkit sesuatu perbuatan di dalam rumahtangga.. Suami bila marah terus mengeluarkan perkataan memcarut, bila sy membawa diri tiadanya di pujuk & suami lebih suka kalau sy berdikari sendiri tanpa dia.. Kadangkala sy rasa sunyi, tambah lagi masih belum memiliki anak.. Sy tidak salahkan suami kerana sy sedar sikap panas baran & bebelan sy membuatkan dia rasa sy tiada hati & perasaan.. Sekeras mana pun sy, sy tetap wanita yg dahagakan “perhatian” org yang dicintai.. Jadi soalan sy di sini..Adakah sikap suami sy normal atau pun belum matang untuk kendalikan rumahtangga..? & apa yg perlu sy perbetulkan sekiranya sy terasa hati dengan suami?
kalau sy… jgn cakap pasangan kita x matang…. even matang tu satu definisi yg subjektif…. susah kita nak tentukn seseorg tu matang atau x kadang2 dia x pandai selesaikan masalah yg puan nak… tp dia matang dalam praktik kan apa yang puan cakap…. cuma… sy rasa mcm ni… apa kata puan cuba jangan bebel banyak2… jujur lelaki letih dengar puan…. kami bukan mcm ustaz ebit liew atau apa tah lagi kami bukan golongan ulama atau anbiya… kami manusia biasa yg darjatnya mungkin biasa2… iman kami juga seringkali goyah…. cuma puan jangan selalu bebelkan suami puan… cakap lembut2… kami lelaki ada ego yg sgt tinggi… kalau skali kami keluarkan… walau perempuan tu nmpk hebat… pasti goyang…. so puan perbaiki diri … tegur cara baik2… suami tu peneman, sahabat, buddy kita didunia dan akhirat… so kenapa mesti kene bebel… n suami puan dah besar…. bukan budak kecil… just betulkan sikit.. andai kata dia malas… puan cuba tegur dia abg… sy tgk kat iklan ni mcm ok abg kerja dia… nk try x??… x pun abg sy tolong abg buatkan resume nak?? means tolong bantu… support suami… kadang2 pasangan kita jd berubah karaktor asbab kita juga… dan lps tu jgan lupa berdoa pada allah agar allah kuatkn hati kita iman kita terutama suami kita sbb kalau hubungan dgn allah kita xde sedekah xde… mcm mana allah nak bantu sbb hijab dosa kita tebal nk ditembuskan doa utk naik ke langit…. semoga allah bantu kita dan juga semua manusia… baik yg hidup dan yg telah meni
Asslmulikum saya berkahwin 5 bulan yang lalu dan kali ke dua begitu juga isteri saya kali kedua juga kahwin persoalan saya begini waktu tidur saya bertanya pada isteri sendiri kenapa tak boleh dekat dekat katanya panas kecuali ada kemahuan baru boleh dekat dekat tapi bagi saya hal mcm ini saya kurang mesra sbb Kami suami isteri dan sampul bila jadi mcm ini tapi isteri saya berkata perangai dia memang mcm ini di tempat tidur dan sama seperti ada suami dulu.. sekian terima kasih harap bagi Sya pendepat
Saya bukan tidak suka balik rumah mertua tapi saya perlukan masa bersama suami di rumah sendiri..Hampir setiap minggu saya bergilir balik ke rumah mertua dan rumah mak saya.. Kekdg tu, bile turn rumah sendiri, terpaksa dikorbankan..Bile turn rumah mak saya, boleh lah saya bersuara untuk balik lebih awal atau dating berdua tanpa rasa diadili oleh mata-mata yang sentiasa mencari perkara yang boleh diadili.. Mungkin remeh bila saya persoalkan yang saya kena sentiasa pakai tudung di rumah mertua..Klu ddk dalam bilik, dipertikaikan pulak..tp sesungguhnya, bukan mudah ye..bila turn rumah mertua, hari khamis, saya dah mula tertekan memikirkan weekend yang sepatutnya merupakan hari yang boleh saya bermalas-malas dan bebas. Saya tak fikir suami saya faham ape yang saya rasa dan inginkan.. Hati menangis dan merintih sebab hal kecil macam ni..tp bukan saya tak pernah take it easy..tp take it easy..mudah dikatakan, tidak mudah dipraktikkan.
Sy dh 3 hari merajuk x berckp.ngan en suami…kadang2 bila dh selalu sgt pendam..benda kecik pon bole jadi besar..sy menunggu dia memujuk sy…namun hampa..skrg kami buat hal sendiri..sabtu lepas habis class sy x balik umah..ingat kn dia akn cari..atau wsap…namun tiada..knp…knp..dia terlalu ego..sy sedih..skrg hati dh mula tawar..sbb dh selalu sgt jadi mcm ni…x pernah di pujuk..23hb january ni..dh 20 tahun usia perkahwinan sy..tolong doakan..yg baik2 buat sy…
Tu masalahnya bila benda kecil kemudian nak pendam dan bagi jadi besar. Sepatutnya makin berusia, kita semakin matang, tapi bila isteri ni asyik nak kena pujuk, memang persoalkan juga, ‘jadi suami ni asyik nak kena pujuk je ke’.
Assalamualaikum.. Beruntung lah para isteri di luar sane yg dpt suami seperti di atas.. Hampir 7 tahun kawen tp ssh nk kecapi kebahagian yg sy idamkan. Suami pulak jenis ego, x phm keadaan isteri yg penat menguruskan ank2 sorg diri.. Siang si isteri bekerja, balik rumah terus uruskn rumah pulak.. Kite pulak ibarat tunggul dkt rumah. Suami keluar rumah lgsg x bgtau die nk kemana.. Dh la kurang bercakap, bile isteri marah, tarik muka, merajuk, isteri juga lah yg pujuk diri sndri. Sedihnya dpt suami jnis perangai mcm ni… Pernah berbincang tp sekejap je berubah. Lpstu buat semula perangai lama.. Smpai bila agknye keadaan mcm ni.. Mmg isteri tmptnye di sisi suami, tp suami pun perlu di sisi isteri juga.. Baru lah rmhtgga bahagia dan harmoni.. Pernah terdetik nk cerai, tp pk ank2 yg masih dahagakan kasih syg kami, sy tempuh juga kesakitan tu wpun hati sakit sgt dan perit sgt.. Hanya Allah yg tahu betapa seksanya jiwa ni menahan sabar.. Semoga sy akn terus kuat utk mengharungi rmhtgga ini lpsni.. Aamiinnn..
Sabar la ye..sy pulak dpt isteri yg mcm suami awak tu..pernah juga dia curang..tp sy dpt tangkap lebih awal..pk kan anak2 jela sy masih bertahan..susah kan nk cari kebahagiaan
Allahhhhhh
Semoga awak diberi jalan, dipermudahkan urusan & tabah mengharunginya..
Saya pun mengalami masalah yang sama. Kadang terasa nak undur diri. Rasa diri tak dihargai. Terkadang dia buat kita seperti tak wujud. Keluar sana sini langsung tak bagitau. Tidur pun macam masihh bujang. Langsung tak boleh ditegur. Kalau ajak bincang, marah. Buka mulut hanya untuk menyalahkan kita saje.
Istri bukan untuk dicintai tapi untuk buktikan cinta tuhan,Suami@dunia bukan matlamat jadikan Tuhan matlamat hidup.Nescayalah wajah dunia menjadi indah semula
Assalamulaikum.. Bsyukur nye sy kalo suami boleh fhm mcm dlm artikel ni.. Ni x.. Nk ckp lebih mcm buka aib suami. Nmpk mcm isteri x bsyukur. Ermm suami jenis susah bgn pg. Sruh tido awal x mau. Pg2 myusahkan isteri. Sy ade 4 org ank lg nk di jaga. Smua kecik2 lg. Yg sulung anak syurga. Ckp pon x pndai lg. Letih nye hidup sbg isteri slma 9 tahun. Sy x tau nk bsyukur mcm mane.. Nafkah x pernah bg. Sy keja gred lg tggi dr asben. Tp layan mcm bibik jer. Curang dah bape kali. Mkn minum dia pon sy tggung.famly dia backup dia. Kantoi curang xnk ngaku.. Sy juga yg kena pukul.. Tang mane sy nk bsyukur. Suami yg x setia.. Suka menipu.. Nafkah dan mkn minum pon sy cri sndiri. Anak xnk jaga.kalo ajak berbincang nk gaduh jer.. Kata sy kongkong dia x bg bsosial.. X boleh lepak ngn kwn la. Abis sy ni ape.. Keja pon x boleh nk kursus jauh2.. X boleh nk p family day office. Smua aktiviti x boleh sbb ade anak kecik. Abis tu dia sy dlm pantang pon boleh p kursus ngn skandal.. Huhu.. Mnta lepaskn sy ckp sy isteri derhaka.. Asik2 suruh sy jd mcm isteri firaun setia wlaupn suami jahat.. Firaun xpe juga kaya. Dia.. Spender pon sy belikan.. Berdosa ke kalau sy nk jadi janda.. Sbb asben suka bskandal dgn janda2.. Ermm.. Sy xde hati dah nk hidup..letih sgt..
Sabar la sis
Yang terbaik pergi pejabat agama minta fasakh je. Untuk kebaikan sis dan anak2.
Sila daftar kembalibecinta.com dan like page diyana tahir…. Sangat membantu ?♥️
Puan perlu bertindak, pegi shj pejabat agama dan jelaskan masalah puan. Lelaki mcm ni tak layak digelar suami dan ayah. Semoga dipermudahkan urusan puan dan anak2.
Semoga puan diberi kekuatan.. Jika tiada apa kebaikan yg dia tunjukkan dan xpernah nak berubah lebih baik berpisah jalan terbaik… Semoga Allah memberi petunjuk…
Assalamualaikum. Saya menghadapi masalah yg hampir sama. 10 tahun menanggung semua keperluan keluarga kerana suami tidak bekerja. Suami buat berniaga online sambil sambil sahaja. Tiada income. Apa patut saya buat? Hubungi saya 019-4332485
Terima kasih atas perkongsian tuan.. Sy balik dari jakarta ni akan usahakan utk pujuk wife g holiday kasi cool sbb sy bz kerja lately. Semoga wife sy maafkan sy sbb tak dgr cakap bwk baju lebih dari 4 helai sblm bertolak. Perkara kecik jd besar bila lawan cakap wife ni. Kne hanguk je pasni.. Jadilah yes boskuu sy menurut perintah. Utamakan kata2 isteri.. Kemudian baru dgr ckp anak. Sekian
Sayapon dalam masalah ni… harap2 Allah masih bg kesempatan tuk sy berubah jd lebih baik bg keluarga sy… isteri n anak2 dah lari umah maknya ni… bla tdo mlm sorang2 bru hilang akal jd gila… 13 thun tdo sama isteri anak2 1 blk… byangkn bla xde… Ya Allah aku x mampu hidup tanpa isteri ku dan anak2 ku.. kesalahan ku adalah xmampu membantu dr segi kewangan n x menjaga perasaan isteri… kuat melenting tp sy buat semua kerja umah… isteri perlu msak je bla sy sruh… yg lain semua sy buat k… marahnya xpadan dngan salah sy padanya… segala susah senang bersama hilang begitu saja… MAAFKANLAH SUAMI MU INI… Ya Allah lembutkanlah hati isteriku untuk kembali kepangkuan ku… sesungguhnya aku x mampu hidup tanpa isteri n anak2 ku
Salam, apa pendapat tuan.
Usia perkahwinan kami 4 tahun. Saya cemburu bila suami terlalu enjoy dengan kawan2 office dia. Selalu keluar lunch ramai2 tempat yang best. Pergi karaoke time lunch. Pergi mall kadang2 tu. Lepas tu post kat socmed. Lagi sy panas tu, tengok kawan perempuan dia yang post tu. Kalau semua lelaki sy tak kisah. Ini bercampur perempuan. Lepas tu bila tegur dia akan cakap “ala bukan semua perempuan” lagipun sy kenal kawan perempuan dia tu. Tapi saya tak suka bila dia terlalu enjoy. Macam laki belum kawin je rupa. Sedang kan bila kami keluar tu tak de pun dia ajak enjoy2 macam tu. Tak macam zaman bercinta. Lain sangat lepas kahwin. Ini hanyalah 1% kisah sy. Yang lain sy tak cerita.
Salah ke kalau sy cemburu? Salah ke perasaan sy ni? Kotor ke hati sy kalau cemburu pasal benda ni? Adakah ianya hal remeh temeh saja dan sy perlu pendam sendiri? sebab dah tegur pun dia kata tak salah jugak. Atau memang perasaan sy je yang terlalu memikir2 yg sy tak suka.
Perkongsian yg baik….sama seperti apa yg saya rasa…seirg istri sanggup korbankn segalanye demi suami dan ank² tp kadang² suami leka n lalai apa yg seorg istri mahukn…bukanlh material yg dikejar tp perhatian yg dicari n tu lagi susah nk dpt berbanding harta benda.
Syukur alhamdulillah utk istri yg mndapat llaki yg mmahami… ??? Sya bukan tak bersyukur… Tp hati istri mana yg tahan bila suami lebih pentingkn masa dgn kwn2 dalam gme.. Keje pagi blik ptg.. Start pkul 11-4 pagi main gme dgn kwn… Tiap hari mcm tu… Bila cuti plak.. Hnya tdo la layananny… Sya ada ank kecil brusia 11 bulan.. Suami tak bantu pn sya utk uruskn hal2 dlm rumah… Sya plak tggl dgn mertua.. Tiap hari bercanggah pendapat.. Kerana rasa hormat sya sggup utk bdiam diri dn makan hati.. Bila mgadu dgn suami.. Suami plak akan tengking. ??? Fmly sya jauh.. Kat sabah.. Skrg prsn cinta kasih dan syg sya dgn suami mkin bkurg… Sbb sya da letih d abaikan… Sya tahu sya hnya istri.. Tak ada hak pn d mata keluarga ni.. Tapi sya ada hati.. ??? Skrg sya slalu rasa letih tp dia ttp sama dn tak berubah.. Wjarkah bila sya mintak utk d lepaskn.. Sbb dia tak prnah berikan sya duit blnja slama 7 bulan atas alasan sya xperlukan duit sbb tinggl dgn dia… So, apa pulak pndapat awak???
Duit belanja suami wajib beri walaupun tinggal bersamanya.
Duit belanja, pakaian, makanan, tempat tinggal harus disediakan oleh suami
Nak meluah wasap saya kite sama2 anak rantau 0173881327
sy skaaaa artikel ni.. hahahaha..lps ni suami2 d luar sna.. fhmi lh isteri anda.. sy sbgai pmpn.. dn skg sdh bglr istri.. sy pn kliru dgn dri sndri.. d pjuk pn sy mrh.. tk pjuk lg mrh.. hahaha..sbnrnya bkn sush pjuk istri.. suami jgn tamakkan pujukan ok. hehhe..
Padu penulisan ini. Ye kita bukan yg terbaik tetapi kita cuba menjadi yang terbaik utk org rumah kita. Terima kasih diatas penulisan Tuan Hamba. Hamba menyedari kekhilafan diri ini. Allahu.
Pengongsian yg Terbaik?
Kaum hawa
Sy sbg isteri mmg tahu kesilapan n kelemahan sy tp dy x pernah ambil tahu…bila sy bg tahu ttg nafsu sy dy hny blh gelak n cuba berdalih yg sy ini hny cari silap org…
Selama 17 tahun sy hidup dgn dia sy x pernah minta d luar kemampuanny tp blh dia ckp sy nk hidup dgn ny hny nk senang ny shj…klu sy nk senangny shj dr mula2 kwn lg sy da tau yg dy tu sekadar cukup shj…
Sy x pasti la klu btl rezeki km ni sempit sbb dy x pernah berikn sy duit blnj bulanan sy walau RM50…sedangkn jumlah itu blh dia bg kn utk sy…bila sy n ank2 minta bli itu ini…blk2 dy ckp x de duit…sbb tu la dia x de duit…ckp mcm tu jk…kdg sy menangis tgk ank2 nk sst x dpt…kdg sy usahakn utk bg ank2…dulu sy x bkrj sbb tkt ank sy hilang lg…jd sy berhenti kerja…ank2 da bsr sy kerja semula…lps
Terima kasih, saya Akan praktikkan perkara yang telah tuan kongsikan☺️
Terima kasih, saya Akan praktikkan perkara yg telah dikongsikan?