
Dengar:
Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita:
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah.
Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif:
Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari seorang suami?
Mengapa Perempuan Begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..
1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.
Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.
Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami Yang Sentiasa Tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.
Bilakah seorang isteri kurang akal?
— Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.
Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
— Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh Mempamerkan Kelembutan (Gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar.
Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
— surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami Yang Kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa Jelas Dalam Menyelesaikan Masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Seorang Yang Humor
Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa.
Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.
Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan Kasih Sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri Penghargaan Kepada Isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima Segala Kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
— Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup: Memahami Isteri Bukannya Sukar, Tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
— Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
Sekarang Giliran Anda..
Sekarang saya mahu dengar daripada anda:
Apa yang anda fikir tentang checklist diatas?
Atau anda mempunyai persoalan yang bermain dalam fikiran.
Apa pun anda fikirkan, tinggalkan komen pada ruangan dibawah
Saya akan berada diruangan blog ini pada sepanjang hujung minggu ini untuk membalas segala komen dan menjawab persoalan.
Jadi jika anda soalan atau buah fikiran, pastikan anda meninggalkan komen sekarang.

Apa yg perlu saya buat apabila isteri kata dah tawar hati & ingin dilepaskan?
Permasalahan dia, saya yg kdg2 marah atas kelemahan dia. Salah saya tidak menasihati dgn baik. Kdg2 saya penat & emosi, maka anak2 & isteri akan saya marah tetapi saya akan minta maaf kemudian. Sampailah satu tahap, isteri kata dia dah tiada perasaan dkt saya sbb dah lama pendam. Saya dah cuba berkali meminta maaf & sering jg meminta dia luahkan yg terbuku kalau ada mslh tp isteri lbh byk berdiam diri.
Saya perasan dia semakin jauh drp saya. Tidak byk berckp kecuali menjawab soalan saya. Isteri sorg yg baik & bekerja. Cuma dia sendiri tiada jwpn kecuali berkata tiada perasaan kpd saya. saya terlalu sygkan dia & risau dgn keadaan anak2 yg masih kecil.
Byk kali sy bg dy hint sy dahagakan kasih syg seorg suami. Tp dy x ambil peduli. Ladang2 barang dpur apa yg hbis phn dy x ambil thu. Dy belikan sy apa2 pun dy akan mngungkit.. selama kawen smpai ank 1 ni sy x pernah dpt duit dari gaji dy… sy x kesah. Sy nk perhatian dy. Tp dy x bg hm. Sy sedih. Slalu sy pendam. Sy ingin bercerai
Assalamualaikum. Boleh Kita share masalah Ni dgn lebih lg?
Sy hari2 menangis .. sy tengok muka dy tdur .. tp dy x pernah tengok sy atau peluk2 atau apa2 pun. Sy shj yg buat.. bila dy mahu sexs shj dy layan lpstu trus tdur. Kenapa dy buat sy mcm hamba nfsu semata. Sedangkan perasaan sy diabaikan. Sy tdk merasa sy seorg istri. Sy sperti pelayan pelanggan shj. Sy sedih sgt2 . Hnya tuhan yg maha mngetahui
Kes sy terbalik pulak, sy suka bermanja manja dgn isteri tpi dia selalu mengelak dan cuba lari dari sy. Dipegang peha katanya geli. Dipeluk x bleh kuat katanya x bleh bernafas, tanya apa2 nk jawab punya La berat mulut. Bila bersama dia nk terus habiskan cepat2. Sy x bahagia langsung!
Hati sy sedang menangis pilu. Sy sunyi. Kluarga mertua x sehaluan x suka pd sy kerana sy tiada harta tiada pkerjaan. Suami sy tentera. Sy selalu diabaikan. Sy slalu tunggu dy balik. Berharap dy akn layan sy. Balik kerja dy x layan sy. Dy mkn dan tdur. Dy mkn x tunngu sy .. sy ada ank kcik jmur 2bulan.. sebelum sy nikah dgn dy , dy seorg duda ank 1. Sy trima seadanya. Sy muda 5tahun dri dy . skrg umur sy 23thun.. mcm mna ya awk sy nk buat. Sy slalu ckp sy kurang perhatian. Dy selalu perli2 sy.. layan acuh x acuh. Sy pernah kena pukul.. sy sunyi . Tiada tmpt mngadu..
sampai bila nak biarkan suami puan buat begitu..
dan jika sampai tahap pernah kene pukul… maih bersabar lagi ke..
buat je aduan pada pejabat kadi untuk kaunseling suami tu
bagaimana pula kalau sy rasa asyik sy je yg kene mulakan dulu, sedangkan bagi sy ada masa isteri pun kene mulakan dulu… baru lah kita sebagai suami rasa perlu dan diperlukan…
Pandangan sudara betul tapi kita sebagai suami pasti akan buat yang terbaik untuk isteri walaubagaimana pun di mata isteri masih ade kecacatan dan kesilapan yang ia akan jadi kan isu bagaiman tuan kalau semua pekara yang tuan telah tulis kan itu saya telah cuba lakukan tapi hampa isteri tetap berperangai begitu bnyak ciri ciri isteri saya yang telah tuan tulis kan di atas kadang2 saya pula rasa nak lari dari rumah tapi memandangkan anak anak masih perlu kan perhatian saya saya cuba pujuk hati saya sendiri
minta pendapat semua .. macam mana pula dengan keuangan rumah tangga .. siapa yang lebih layak.. isteri atau suami ..
Checklist di atas bagi saya tepat dan isterinya sangat bertuah memiliki ciri-ciri suami yang memahami isterinya. Mulianya sifat keperibadian suami itu.
Pandangan saya sebagai isteri, Ada perkara lagi yang tidak disentuh oleh tuan penulis yang prihatin..iaitu..
Isteri perlukan suami ikhlas dalam melaksanakan Tanggungjawab Bersama selain daripada tanggungjawab suami.
Lebih-lebih lagi di rumah. Malangnya dan kasihan kami sebagai isteri membuat semua kerja rumah. Pertolongan suami (yang sebenarnya salah satu Tanggungjawab bersama perlukan dilakukan itu) hanya apabila si isteri meminta tolong dan bukan mudah untuk mendapat pertolongan itu..walaupun isteri ajak berbimcang untuk agihkan tugas di rumah seperti suami, mandikan anak, uruskan sampah dan sebagainya..selebihnya isteri buat yang lagu banyak kerjanya, memasak, basuh pinggan mangkuk kuali, membasuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, gosok baju suami, anak, tidurkan anak, hantar dan ambil anak ke/dari sekolah, dan lain-lain..kalau tiada keikhlasan untuk membantu dan rasa tanggungjawab atas tugasan yang diagihkan..isteri Mana yang tahan..isteri mana yang khusyuk mahumendoakan kejayaan dan kebaikan suami jika asyik nangis dan emosi dengan kepenatan kerja rumah..dan juga berasa seperti orang gaji..lebih perit kalau tidak diberi nafkah lebih-lebih lagi zahir?..kalau dapat ibarat gaji kepada isteri..hilang penat lelah..tambahan pula kalau isteri bekerja?..siapa yang tahu..isteri luahkan pada suami yang tidak memahami?
Lengkaplah kehidupan isteri jika suami tahu tanggungjawab dia seperti tuan tulis di atas dan tanggungjawab bersama..Subhanallah…
Apakah Komen tuan penulis atas pendapat saya di atas. Kerana ini salah satu masalah yang saya hadapi..
Saya cuma nak share permasalahan isteri kepada sahabat di luar Sana (suami-suami) dan minta pandangan tuan penulis juga..sekian..
Wassalam,
Ya seharusnya suami perlu memahami kepenatan emosi serta fizikal isteri, dan membantu meringankan beban si isteri dengan ikhlas.
Namun tidak semua lelaki faham tentang perkara ini. Mereka memerlukan lebih masa untuk memahami perkara seperti ini. Salah satu sebabnya adalah sifat ego.
Saya berharap puan boleh terus bersabar.
Assalamualaikum,
Perasaan kita sama puan..sabar selagi boleh bersabar..
Ya Allah..sggh sakit rasa hati ini.
Saya nak bertanya. Saya kadang kadang tertanya. Perhatian tu sepenuhnya tu kena lebih dari segalanya ke macam mana. Kadang saya rasa keliru kadang saya rasa rimas kadang saya rasa pelik. Kenapa isteri atau orang perempuan begitu.
Berilah perhatian sekadarnya membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi.
(Bukan bermakna sehingga kita perlu mengabaikan perkara lain).
Ya mereka bukan makhluk yang sempurna, tapi terimalah kelemahan itu dengan hati terbuka dan sabar melayan karenah mereka.
Yang pelik tu kerana mereka selalu dahagakan perhatian.
Bersabarlah, nak buat macam mana.
Bini saya pun macam itu juga. Huhu.
Untung lah isteri anda encik muhamad naim. Semoga rumahtangga kekal hingga ke syurga
Saya seorang isteri yg kesunyian….sy slalu merajuk dgn suami sy..sume punce dr die…sy lebih kerap merajuk selepas pertengkaran besar kerana suami ade pempuan lain..die terpaksa putuskn hubugan nye dgn pempuan itu..sy jd sensitif dn cepat merajuk.tapi suami sy lansung xnk pujuk sy..sy slalu menagis tanpa die tau..smpai hati die buat x tau dgn sy…kadag2 sy rase nk bunuh diri…lg pon byk sgt perangai yg sy x suke…dh tegur tapi susah sgt nk berubah
Jangan putus asa puan.
Kadang-kadang Allah datangkan masalah ini sebagai satu ujian untuk melihat kita bersabar atau tidak.
Suami sy bukan sekadar ade hubgan biase dgn perempuan lain tapi suami mcm ade dua isteri…die buat maksiat tanpa rase bersalah dgn Allah dan sy…die berhenti buat maksuat setelah sy dpt tau…dn die terpaksa putuskn hubugan dgn perempuan yg berstatus akan bercerai dgn suami nye….smpai skrg suami sy xdpt lupekan perempuan itu…sy bertahan demi anak2..selama 20 tahun perkahwinan sy dgn suami.selame itu nafkah batin x sempurna….apa lg nafkah zahir…dulu sy x penah kusah pasal nafkah batin..tapi bile die smpai dh buat maksiat sy jd sakit hati.sgt
Macam mana kalau suami x hargai ape kita buat untuk dia komen x sedap lah, lantai melekit ade saje komen yg x sedap didengar
Bersabarlah ye puan.
Memang ada sesetengah suami bersifat sedemikan.
Semoga dengan berkat kesabaran puan, puan diberi pahala syurga
Salam.. en muhamad Naim, anda mmg seorang penyabar
Bagi saya apa yang penulis tulis ada lah betul dan saya ingin menambah sedikit pandangan dari apa yang saya nak sebagai seorang isteri adalah
a. Suami yang taat pada perintah Allah… Kerana jika dia taat pada perintah Allah, solat lima waktu dan berjemaah sekali.
b. Suami yang sama sama memegang dan memimpinkan tangan isteri ke syurga Allah. Berapa banyak hari ni kes curang kes suami tidak heran dengan tanggungjawab nafkah.. hanya kerana kepentingan diri sendiri..
c. Suami yang memahami konsep rumahtangga yang memerlukan sikap toleransi bersama-sama. Sekarang sudah banyak cerita isteri diperlukan seumpama hamba, suami sibuk dengan gajet.. dan biarkan isteri melakukan kerja rumah bersendirian.
d. Suami yang tinggalkan maksiat … huhuhu
Semua ini adalah kerana sikap ego suami sendiri.. tetapi bukan semua suami bersikap ego sebegini.. jika andai dijodohkan dengan suami yang menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh.. Alhamdulillah seronok mendengar nya.
Doakan suami saya sebegitu jugak..
Saya setuju sangat…Allahuakhbar…semoga semua lelaki diluar sana memiliki ciri-ciri seperti di atas..
Bahagia di dunia & di akhirat, di dunia bersama keluarga tercinta..
Aamiiiin untuk Puan Casis dan doakan untuk saya juga….
Saya dalam dilema.isteri telah terlalu tawar ati pada Saya,jiwa nya telah kosong utk saya.usia perkahwinan kami 11tahun di kurnia 3anak.semua berpunca Dr permasalahan ekonomi keluarga yg berbangkit yg belum Ada penyelesaian nya.bagaimana Saya mahu mengatasi nya,puas Saya mohon maaf dan berjanji akn berubah Dan buat yang lebih baik,dia tetap dgn perasan hati nya.saya amat menyayngi isteri saya.saya buntu terasa sudah tiada nikmat untuk hidup.
Pandangan saya..
Encik boleh pergi pejabat agama..hanya semata-mata untuk khidmat kaunseling kerana ramai yang pakar dan terlatih di Sana. Sedikit sebanyak encik Ada tempt yang betul untuk meluahkan perasaan dan mereka akan mendalami masalah encik dan isteri sekali. Kaunseling pejabat agama bertujuan utama untuk membantu memberi Jalan yang lebih baik bagi menyatukan, mengharmonikan lagi rumahtangga..insyaAllah akan Ada perubahan dan kebaikan walaupun sedikit..boleh senaraikan masalah siap-siap..Dan catit dan rakam pandangan dan cara penyelesaian supaya dpt membantu di kemudian Hari..
Cuba la encik..kadang-kadang call susah nak angkat..walk in je..
kalau sy… apa kata encik kukuhkan semula ekonomi encik… buat kerja sehingga dapat gaji n utamakan yg komitmen … bia kita makan sikit atau beralas perut dari kita sentiasa kenyang tp komitmen terabai… sbb isteri x nk kemewahan tp dia nakkan keselesaan bila dgn suami… jd encik settlekan hal encik satu persatu… n bila da settle satu prsatu… encik infirm pada isteri… cth… awak bulan ni abg dah settlekan itu ini… lama2 bila dia nmpk effort kita i.allah dia akan jatuh hati semula… sbb wanita bila syg sampai mati dia akan syg… jarang sy nmpk wanita bila suami mati dia kawin lain melainkan dia x syg sgt pada suaminya yg dulu wallahualam…
Salam, tak tahu macam mana boleh terlintas nak komen. saya baru kahwin lingkungan dalam 4bulan. Baru je lagi. Tapi kdg2 saya byk terasa hati dgn suami sy. dia suami yg bertaggungjawab dari segi nafkah, solat dan menghormati ibu bapa serta orang tua. Tapi sejak kenal dgn dia, dia mmg tak bagi saya check hp nye. Sebelom khawin saya biarkan sebab saya takde hak nak marah. tapi dah khawin same jgk. mcm saya nie org asing. saya bukan tak percaya pd suami .paswrd hp dia pun saya tak tahu. saya bukan nak check 24jam..tapi sbg seorang isteri knapa prlu berahsia. segala apa yg dia nk bt hobi dia semua saya tak pernah halang. main bola, game, cycling, futsal. malah dia pernah tipu saya. keluar dgn kwn urusan kerja tapi sbnrnya dia keluar dgn kwn2 tgk wyg. dia ckp takut nak bagitau saya. mungkin dia fikir saya tak bagi dia keluar dgn kwn2 dia. saya tak pernah pun marah klu dia luangkan masa dgn kwn2. sebab dia byk abiskan masa dgn kerja. jadi saya cuba utk faham dia. dan saya bukan lah seorang suri rumah sepenuh masa. saya bekerja ofis hour isnin – jumaat. Balik kerja saya uruskan urusan di rumah seperti kemas, memasak dan sebagainya. saya tak pernah abaikan tanggungjwab sy sbg seorg isteri. Memang tak dinafikan hati saya mmg mudah tersinggung dan terasa hati. lumrah perempuan. Saya byk kali rasa kurang kepercayaan saya terhadap suami saya. Kdg2 dia selalu whsapp senyum2 dpn hp. Saya tak pernah ambil tahu fb suami. tapi sepupu saya tunjukkan profile suami saya. “love single” katenye. bila tnya suami dia kata takde masa nk ubah. klu bkk fb pun hanya sepintas lalu je. saya sedih. dulu dia ckp taknak ada instagram. tapi saya perasan dia ada instagram. klu sy lalu atau pandang arah dia terus lock hp dia. seolah2 dia nak rahsia kan daripda saya. saya tak bahagia dgn cara mcm nie…..dia xpernah update yg dia dah berkahwin, apatah lagi gambar saya. sedih saya…saya bukan nk populariti tapi ckuplah kwn2 tahu yg dia sudah berkhawin. mungkin ada hati someone yg perlu dia jaga. suami saya mcm tak jujur dgn saya. bila saya tegur dia marahkan saya balik. saya taknak bukak aib dia. Dan bila sikap dia dgn hp mcm tu saya kerap gaduh dgn hal remeh mcm nie. sampai dia tak nak balik rumah dan dia ckp dia dh fadeup dgn saya sebab saya selalu merajuk dan bermasam muka. Saya tertekan dgn sikap dia yg tak pernah mengaku salah. tolong bantu saya………
Assalam sis.. apa yg sis alami suami suka berahsia, sama jugak la dgn sy alami. Tp hal sy ada jalan cerita sendiri mengapa suami sy menjadik sgt berahsia.. setelah dia penah kantoi..
Kadang terasa jealous dgn kawan2 yg slalu tag dlm facebook atau upload gambar sama2. Sy x dpt buat smua tu.. makan hati jugak.. penah sy ckp tp dia ckp x nk tnjuk kebahagian pada org lain.
So sis, sama2 la kita bersabar ye. Cuma, jika ade sesuatu yg tak baik.. Allah akan tunjuk satu hari nanti. Berdoa la untuk Allah tutup smua Aib tu
maaf sekadar pandangan lelaki memang susah nak mengaku salah, ada lelaki yg x mcm tu alhamdulillah… apa yg sy boleh advice sbgi rakan2… apa kata puan fikir yg positif dulu… kerana bila negetif syaitan akan tambah lagi rasa was2 dlm diri kita… mcm isteri sy.. dia sering senyum walau sy x bg buka fon sy… walaupun dia tahu password sy…. maaf spatutnya suami kene tunjuk tauladan dulu… tp dalam kes puan ni… sy rasa cuba puan yg buat perkara baik2… mcm senyum stiap kali dia balik, sambut dengan mesra layan baik2… walau dalam hati ada syak… ingt syurga isteri ada pada suami…. jgn negetif… sbb manusia bila kita buat baik nak2 pasangan… lg la… mesti pasangan kita akan rasa bersalah dalam melakukan hal yg salah… n i.allah dia akan perbaiki sendri plahan2… n doa sent
Kalau nak suruh isteri saya kefahaman apabila saya kerja . Bagaimana cara nya?
Assalamualaikum
Terdetik nk tulis juga pengalaman saya
Rumh tangga saya dah senja ☺️dah 30 thn kami mendirikan rumh tangga ,tapi sampai saat ini saya mash bersabar dengan semua perangai suami yg saya pasti bila terkena pada anak2 zaman sekarang mereka pasti takan bersabar hingga 30 tahun lama nya.
Suami saya jenis ego 101 %?
Suami dan saya tiada komunikasi sebb dia yg xsuka .
Suami xpernah nk mesra
Dengn anak2 pun dari kecil sampai sekarang tiada komunikasi
Suami lebih memberat kn hubungan dengan org luar hubungan dengan kawan2
Dari pada istri dan anak..
Bila saya tegur sikap dia yg lebih ambil berat perasaan org lain (anak istri org)
Dari pada perasaan saya dia akan marah saya,dia akan merajuk dengn saya.
Suami xpernah kisah dengn perasaan saya.
Tapi dia akan marah bila saya tidak melayanni kawan2 wanita nya istri kepada kawan2 nya .
Ada masa saya dah rasa penat dah dengn suami,
Saya anggap ini semua ujian hidup saya
Tapi ada masa nya saya rasa penat sangt pikir kn sikap suami yg dari muda sampai ketua xberubah2 ?kenapa saya terdetik untuk meluah kn ,itu krana saat ini pun membuat hati saya menangis
Sedih bila melihat suami acuh xacuh dengan saya dengan anak cucu
Dan dia lebih seronok bergurau senda dengn irg lain .
Yaa allah
Kuat kn aku menghadapi sikap suami
Bimbing aku dalam mengambil keputusan
Lindungi aku dari perbuatan yg tidak kau ridhoi
Aamiin..
Semoga doa Puan dimakbulkan..Aamiiiin…yra..
Ntahlah… suami sy lgsg xpeduli kot… mcm2 cara dah buat tp xapalah… mgkn Allah mmberi keredhaanNya kpd sy dgn cara ini… mghapuskan dosa2 sy dgn brsabar… fainnama’lusriyusro… innama’alusriyusro.., setiap kesusahan akan disusuli dgn kesenangan…. sy cuba mndidik hati…. mudah2an….
yer btol kata kata encik mmg isteri lapar perhatian..nthla tak tau na ckp..kecik ati sgt dgn suami ..kata nya sy punca rezeki xckup sbb sy xbekerja..xcr duet..ddk rumah xbt ap…die bt kerja pn merungut , sy xmntk perhatian 109% ..10 mnt on da ckup..kkdng balik kj trus naik tungkat atas..trun makan sy xrase keharmonian dlm rumah tangga..dan paling kecil ati bila suami layan ank berbeza beza..suami mcm bencikan ank permpuan..katanya kne layan kasar sbb die perempuan..allahu..sy btol btol xtahan dgn semua perangai suami..dan hari ni die tlah jatuhkan talak 1 pada saya…
Assalamualaikum tuan, sy telah berkahwin hampir 2 tahun dan ad seorang anak. Sebelum berkahwin suami sy seorang kaki perempuan pergi ke club minum arak panas baran suka marah sy tengking maki hamun dan banyak menyakiti sy.. hancurnya hati sy xboleh digambarkan.. terlalu sakit.. tetapi sbelum berkahwin dia telah berjanji untuk berubah.. disebabkan sy terlalu menyayangi dia.. sy terima dia kembali dan akhirnya berkahwin.. dia mmg berubah x minum x berfoya2 lg.. panas barannya masih ad cuma kurang dr dlu.. tetapi sy masih x boleh redha dgn semua yg dh berlaku.. sakit yg terlalu dalam smpaikan bila kami bergaduh dan dia meninggikan suara panggil kau aku atau menyakitkan hati sy membuat sy menangis, sy akan teringat semua yg dia dh buat pd sy sbelum kami berkahwin.. semua tu membuat sy tersiksa sbb sy berkahwin dan akan menghabiskan sisa hidup sy bersama dgn org yg sgt jahat dgn sy dlu.. kdg sy rasa sy benci dia.. sy menyesal terima dy dlu.. sy rasa tersiksa dlm perkhwinan ni.. tp sy sygkan dia sygkan anak kami.. patut ke sy meninggalkan perkahwinan ini? Atau ini dugaan supaya sy belajar untuk redha dan menerima baik buruk suami sy? Sy terlalu confius.. tlg lah tuan berikan sedikit nasihat.. terima kasih
Assalamualaikum tuan, saya nak minta pendapat. Saya dah berkahwin dengan isteri saya selama hampir 2 tahun dan telah dikurniakan seorang anak. Sepertimana penulisan tuan diatas, memang benar apa yang dikatakan. Isteri saya ialah seorang yang baik dan penyayang, tapi kami pernah juga bergaduh disebabkan kadangkala hal2 kecil. Ianya sehingga membawa kepada beliau untuk pergi meninggalkan saya. Saya dah cuba buat yang terbaik, dalam menjaga urusan rumahtangga kami dan mengurus isteri saya tidak kira dalam apa hal sekali pun. Saya tahu dan faham ada kala masanya saya tidak dapat sempurnakan sebaiknya dalam menguruskan hal2 kami. Dan itu sentiasa membuat beliau marah dan menjadikan kami bergaduh biarpun punca hal adalah sekecil2 hal sehinggalah sebesar2 hal. Sejak berkahwin saya sudah tidak mengendahkan hal2 hobi saya seperti keluar bersama kawan2 atau beraktiviti luar. Semua masa saya telah tumpukan untuk isteri saya. Sentiasa saya cuba berikan perhatian sebaik2nya kepada isteri saya. Ada masa saya rasakan yang apakah selama ini tidak pernah cukup perhatian dan masa yang telah saya berikan kepada isteri saya? Tidak pernah juga saya tidak memenuhi permintaan beliau. Pernah juga kami jadi bergaduh disebabkan saya keluar makan tengahari dan berkata akan menelefon isteri saya selepas makan, tapi saya lewat telefon sehingga dia marahkan saya dan mengamuk. Apakah sentiasa perlu wanita untuk mengamuk disebabkan hal yang kecil. Saya tak pernah anggap ini hal remeh, dan saya tahu saya cuma manusia yang kadang kala terleka diatas urusan lain seperti kerja. Apakah cara terbaik untuk menguruskan perasaan amarah isteri saya? Sentiasa saya merendahkan suara, bersabar dan cuba berkomunikasi baik untuk selesaikan masalah ketika isteri saya dalam keadaan marah, akan tetapi sentiasa juga isteri saya akan tetap berkeras mahu meninggalkan saya pulang ke kampung halamannya. Apakah cara terbaik untuk bantu redakan perasaan marah seorang isteri? Sedangkan saya suami sentiasa bersabar dan berlemah lembut dalam menyelesaikan pergaduhan antara kami, tapi sukar juga untuk selesai. Harap saya dapat nasihat yang dapat membantu saya mengharungi asam garam rumahtangga..
I feel u bro… Sabarlah.. Kita pon kene didik mereka..
Assalamualaikum..
Sy seorang Ibu kpd 2 ank.. Dulu sy pernah Bkerja selama 5thn Dan mmpunyai duit sndri.. Slpas mlahir Kan ank kdua sy xbkerja dn Jdi surirumah.. Skrg masalah sy, sy stress bila ddk rmh.. Suami Kdg2 weekend dia Ada kerja atau Ada kelas.. Jadi 7 hari ddk je dkt rmh.. Sy sllu jgk Mgadu dkt suami Sy bosan ddk rmh buat bnda sama je.. Suami ckp Nk buat mcm mana.. Kalau kja Smpai mati pon duit xkn Cukup.. Dia ckp.. Sy kcik hati. Dia ckp mcm tu.. Sy Cuma Nk kalau hari cti tu kalau xde hal bawak la kami jln2.. Kalau Nk jln2 sy je yg akan ajak dia.. Tu pon Kdg2 dia Xnk.. Alasan mls la.. Jauh la.. Dia mcm Xpaham apa yg sy nk.. Pnh dulu sy mrjuk dia x pujuk sy.. Sy perli dia. Masa Blajar dulu bila sy mrjuk Siap blikn Aiskrim mcflurry bgi.. Siap bgi utk kwn2 Skli.. Skrg sy mrjuk buat xthu je.. Thu x dia jwb ape.. ” buang masa je pujuk” kecik Hti sy.. Sy plk jnis kjp je mrjuk.. Kalau mrjuk sy yg pujuk diri sndri.. Sy buntu. Suami plk jnis Xsuka bckp, bsmbg.. Bcrta.. Sy plk suka bcrta apa2 sja dkt dia.. Respond dia ala kadar je.. Mcm xbminat.. Tlg sy..