
Dengar:
Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita:
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah.
Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif:
Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari seorang suami?
Mengapa Perempuan Begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya, saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..
1. Isteri Adalah Makhluk Yang “Laparkan” Perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.
Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini.
Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis adalah satu aktiviti yang mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami Yang Sentiasa Tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.
Bilakah seorang isteri kurang akal?
— Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah terlalu ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga.
Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
— Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh Mempamerkan Kelembutan (Gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar.
Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
— surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami Yang Kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa Jelas Dalam Menyelesaikan Masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Seorang Yang Humor
Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa.
Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda.
Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan Kasih Sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri Penghargaan Kepada Isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima Segala Kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
— Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup: Memahami Isteri Bukannya Sukar, Tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
— Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
Sekarang Giliran Anda..
Sekarang saya mahu dengar daripada anda:
Apa yang anda fikir tentang checklist diatas?
Atau anda mempunyai persoalan yang bermain dalam fikiran.
Apa pun anda fikirkan, tinggalkan komen pada ruangan dibawah
Saya akan berada diruangan blog ini pada sepanjang hujung minggu ini untuk membalas segala komen dan menjawab persoalan.
Jadi jika anda soalan atau buah fikiran, pastikan anda meninggalkan komen sekarang.

Salam. Saya seorang suami, kebanyakkan apa yg saya perhati isteri saya bila hendak keluar dgn kwn nya saya slalu meng izinkan, tetapi bila sy nak kluar dgn kawan2 saya mula la brmacam macam ragam yg akan dilakukan oleh isteri saya seolah olah sy tak pernah mengizinkan dia kluar dgn kwn nya. Mohon pencerahan utk perkara ni kerana sy musykil bkn skali dua tp dah byk kali sy mula tidak faham. Kami blm ada anak lagi
Wassalam,
Sebagai suami kita memang mempunyai hak dan kuasa dalam rumah tangga, tapi hendaklah perkara ini hendaklah diselesaikan secara berhikmah.
Mungkin saudara boleh menerangkan secara slow talk dengan isteri mengenai kebebasan yang telah diberikan kepadanya dan mengharapkan win-win situation dalam perkara ini.
Dalam rumah tangga, tolak ansur sangat diperlukan.
Assalamualaikum , ingin mendapatkan pencerahan , baru bernikah dalam tempoh dua minggu , sebelum kenal memang mengenali bakal suami seorang yang terlampau fokuskan kerja n sibuk . sehingga urusan perkahwinan banyak tertangguh dan diselesaikan saya sendiri alasannya majlis lelaki mak ayah dah urus dan kenapa saya perlukan dia untuk cari n teman , cuba untuk positif dan faham situasi . saya pernah tegur , dan suami kata lepas kahwin tak akan bawa sikap sebelum kahwin , tapi sebaliknya dua minggu lepas nikah , sama juga tiada masa yang diluang sedikit untuk saya , bangun tidur , terus bersiap kerja dan balik lewat 3-4 pagi terus tiduq , lepas subuh sambung tidur dan bangun terus bersiap kerja , saya dah cuba untuk faham tapi sebaliknya langsung tak hiraukan perasaan saya yang diluah . saya sehinggakan bertahan airmata n sakit hati . saya tak nak gaduh tapi bila saya meluah hanya kata maaf tetapi tetap pentingkan diri n kerja . saya cuba sabar dan berinteraksi cara baik tapi saya tiada mood n down , seolah hidup menyendiri .
tentang nafkah , ingin pencerahan .
sejak bilakah nafkah perbelanjaan barang dapur harus diberikan ? patut ke komitment company dikaitkan dalam nafkah (andaikan suami berikan rm100 dan jadi rm50 sebab ada hal lain yang patut ditangani) ? dan rm50 atau rm100 untuk sehingga sebulan lebih , atas asbab duduk menumpang sementara dirumah abangnya , saya nak bekerja luar tidak dibenarkan .
Bersabarlah dan cuba berbincang dengan sebaik yang mungkin (tanpa campurtangan emosi).
Nafkah perlu diberikan setiap bulan oleh suami, tetapi mengikut kadar kemampuannya.
Salam, saya seorang suami, baru berumah tangga selama 1tahun, isteri sedang mengandung 8bulan. saya sentiasa cuba yang terbaik untuk menjaga isteri saya mengikut syarak. Isteri saya juga seorang yang muslimah dan sangat menghormati saya dan menjaga makan minum pakaian dalam rutin harian saya, juga sering solat berjemaah bersama. dia seorang isteri yang baik dan solehah. Tutur katanya juga lembut.
Alhamdulillah sehinga hari ini setahu saya belum pernah saya abaikan tanggungjawab seorang suami, sy sentiasa tanya duit poket dia dan menghulur kepadanya sedangkan saya sendiri berlapar. sy tidak pernah sentuh duit nafkah bulanan setelah menghulur kepadanya. sekiranya ada terkurang sy cuba untuk memenuhi yang saya mampu. Pendek cerita kehidupan kami suami isteri memang tiada masalah setakat ini. ke dua2 belah mertua juga melayan kami dengan baik sekali.
Artikel tuan yg diatas sekurangnya 80% sy laksanakan dalam rutin kehidupan rumah tangga. mungkin ada yang terkurang kerana saya juga manusia bukan sempurna.
Dalam kebahagian yang sy kecapi bersama isteri, saya juga terasa bebanan dan stress melayan kerenah isteri. saya rasa makin bosan saban hari akan sikapnya yang bagi saya suka mengonkong saya setiap hari. Kami akan bergaduh apabila saya melakukan hobi saya atau aktiviti saya. contoh seperti bersukan, keluar bersama kawan, main game etc. Bukan lah bergaduh yang teruk, hanya sekadar bermasam muka dan tidak berkomunikasi…
untuk pengetahuan tuan, dalam saya menjalankan apa2 aktiviti saya, saya tidak tinggalkan dia dalam keadaan lemah, dalam keadaan dia sakit, kelaparan atau sebagainya, lagipun dalam rumah ada ibu dan ayah saya yang menemani sekiranya saya keluar melakukan aktiviti di malam hari. saya melakukan hobi atau aktiviti bukannya selalu, dalam sebulan lebih kurang 4kali, itu pun bukannya fullday. munkin sekali keluar dalam 5jam atau kurang dari 5jam bersama kawan2 sy. Jarang2 skali sebenarnya saya keluar, kerana kebanyakan masa hanya terluang untuk isteri walaupun seringkali diajak keluar oleh kawan2, kerana saya sedar status saya.
pernah juga terjadi masa keluar bersama kawan tiba2 isteri tidak sihat muntah2 alah mengandung, saya terus balik tingalkan kawan2 dan cancel semua aktiviti sy. begitu juga semasa bekerja saya ambil halfday cuti kecemasan ketika mana dia perlukan saya. saya tidak pernah abaikan dia. TETAPI SAYA SERING DITUDUH ABAIKAN DIA… kerana sikapnya ini, setiap hari balik kerja sy terpaksa bergegas terus balik ke rumah untuk menunjukkan lagi yang saya sentiasa utamakan dia. kerana setiap hari dia akan tanya bila nak balik bila nak balik bila nak balik bila nak balikkkkkkk.
saya faham dia perlukan perhatian dan kasih sayang sepertimana artikel yang tuan tulis. tidak cukupkah dengan apa yang saya dah beri mcm ni? kenapa hobi saya digangu, sy juga perlu ruang masa saya… hobi dia adalah mengangu hobi saya… pernah berbincang pasal ni, sy luahkan semua yang saya sering dikonkong, tapi air matanya mengalir, dia terlalu sensitif… saya lemah dengan air mata dia dan wajah dia yang ikhlas.
Keadaan yg saya hadap semua ni memberi tekanan kepada saya, membuatkan saya rasa sakit kepala memikir. kadang sy termenung sorang dan berfikir indahnya kehidupan waktu bujang…
sebenarnya, dia adalah isteri yang baik dan sgt menghormati saya…
apa pandangan tuan? adakah disini saya yang bermasalah? atau ada yang saya perlu perbaiki atas diri saya?
As Salam tuan,
Bersabarlah, itulah asam garam rumah tangga.
Mungkin kita telah cuba yang terbaik, tetapi pasangan kita masih melihat yang kurang.
Bukan isteri tuan sahaja, isteri saya pun begitu juga lebih kurang sikapnya.
Apa-apa pun, kita juga sebagai suami akan dipersalahkan.
Memang begitu sifat dan kerenah perempuan, akalnya kurang, emosinya banyak.
Apa yang boleh kita buat adalah bersabar, bersabar dan bersabar.
Sambil itu kita menasihati isteri secara berhikmah tanpa putus asa.
Semoga tuan terus kuat untuk bersabar.
InsyaaAllah ada manisnya nanti.
sebagai seorang isteri, sy yakin dia menghargai segala pengorbanan dan memahami hobu encik. tetapi ada dua perkara di sini yg dia xdpt explain:
1. lain perasaannya tinggal serumah dengan mentua walaupun dilayan dengan baik. lebih2 lagi kalo itu bukan tempat sendiri, tak banyak perkara boleh dibuat. kalau boleh mahukan suami sentiasa di sisi, walaupun xberbual bersama pun.
2. perempuan mengandung sebenarnya sangat2 terbeban dari segi fizikal. 24/7 sentiasa rasa xselesa tapi tanggung semuanya dalam hati. sekadar urutan di kaki n belakang, hanya 10% kesakitan sebenar hilang. walau sakit, jika itu sahaja yg suami mampu buat, isteri xminta lebih.
bayi kecil pula lagila byk kerja yg perlu dibuat oleh isteri termasuklah recovery badan sendiri utk tahun2 mendatang. sekiranya xdijaga dgn betul, kerja2 harian dan emosi akan terganggu sb badan dh xmampu.
apa yg encik boleh buat adalah berbincang dgn tenang. tanya apa yg dimahukan dengan bahasa yg baik.
selamat menyambut keluarga baru!
salam sy da berkawin 5tahun.penah bercerai tp rujuk semula.masalahnya suami sy ni xpernah nk berubah.makin hari makin lalai .main hp main game.hal rumah tangga xambik kesah.bile sy da xtahan sy luahkan sume kat suami sy mcm xguna.sy pulak yg di salah.bila suruh solat makin suruh makin liat nk solat.mcm ade yg pelik.sifat pun makin hari makin berubah.jd maknusie yg xde hati dan perasaan.bayangkan selame 5tahun sy menanges.sy xde masalah lain .masalah sy hanye sikap suami sy aje.sy berdoa tuk suami sy wlau pun hati sy ni pedih.sy sakit anak sakit suami sy buat xtau je.bile saya da marah die akan salahkan sy.belah mcm 2 je tampa rase belas kasihan.sampi hari ni hati sy xleh ubah ape yg saya fikirkan.ape yg sy mahukan hanye untuk lepaskan diri dari maknusie mcm suami sy.sy rase dizalimi.
Memang permainan video game sudah menjadi barah dalam masyarakat moden sekarang ini.
Cukup melalaikan manusia dari tanggungjawab yang sepatutnya.
Dalam situasi ini, apa yang terbaik adalah puan cuba dapatkan nasihat dari mereka yang lebih berautoriti seperti jabatan agama dan nasihat dari ibu bapa atau ustaz.
assalamualaikum.
apa yg tuan sebutkan diatas adalah 100% betul.
sya ada satu masalah utk tangani suami sya yg kuat main game ..balik keje kt umah dia akan tgk fon main game.. bagaimana carenya utk atasi masalah ni? kdg sampai gaduh berlarutan. suami sya xsuka ditegur dan seorang yg ego. kami selalu bergaduh. utk pengetahuan tuan kami baru berkahwin. setahun lebih. dan tinggal bersama mertua dan adik ipar. bagaimana utk sya ikhlas utk pikul tanggungjawab isteri? ?
Assalam,
Dalam perkahwinan, komunikasi adalah yang paling penting. Komunikasi yang baik selalunya akan menyelesaikan banyak masalah yang timbul.
Ya, saya akui lelaki yang bergelar suami ini majoritinya adalah EGO dan tidak suka ditegur.
Oleh itu apa yang boleh puan boleh lakukan adalah cuba lakukan komunikasi secara berhikmah dan slowtalk. Bercakap secara sopan dan jelas.
Suami walaupun dia tidak betul dan salah, dia tetap rasa ingin dihormati sebagai suami.
Maka sedaya-upayalah untuk bercakap secara baik-baik dan tidak emosional.
InsyaaAllah dia boleh menerima perkara ini.
terbeik
saya mempunyai masalah.tapi saya tidak tau ini masalah atau cuma ketakutan saya akan suami saya yg lebih membela teman dari pada istri…saya mau bertanya apakah seorang istri tidak boleh memberikan pendapat.melarang suami untuk temanya..apa istri salah ketika marah ketika suami lebih membela temannya sehingga mengakibatkan pertengkaran diantara kami
Sebagai isteri, walaupun setinggi mana kemarahan pun kita terhadap suami, adab berkomunikasi dengan suami tetap perlu dijaga.
Suami selalu rasa ingin dihormati. Oleh itu bercakaplah secara baik, sopan dan jelas.
Nyatakan apa yang puan rasakan dan sebab puan tidak suka dengan perbuatannya. InsyaaAllah pasti si suami boleh menerima jika dinyatakan secara baik dan berhikmah
terima kasih
Sama-sama
Security
Kelemahan isteri mmg slalu suami nampak Dan disebut berkali2. Tiada peluang diberi utk isteri berubah. Tetapi kelemahan suami bila ditegur isteri dijadikn perkara tidak penting, atau perkara yg remeh.
Bersabarlah puan.
Itulah yang dipanggil EGO, dan ia memang tinggi di dalam diri seorang lelaki bergelar suami.
Berdoalah agar suami dilembutkan hati dan gunakan secara berhikmah untuk menegur suami.
Assalam.. Sy ada berkhwin selama 5thun ada seorang ank lelaki brumur 5tahun kehidupan rmh tgga kmi xmenentu sbb sy n suami xde tmpat tgl yg tetap kjap sy blik rmh nenek (sbb sy mmbesar dgn nenek) kejap syg blek rmh mertua sehinggahlah 5thun brturut” sy ada masalah dimana sy tertekan n merasa ditekan oleh nenek sendiri meskipun sd brkhwin seolah” nenek sy msi control sy .. Bila sy d rmh mertua berbulan” lamanya nenek sy kata sy da lupakan die pdhl sy sklikala jenguk die segala hal rmhtgga sy nenek syg kena tahu dr segi kewangan truatama bila brtngkar dgn suami kdg sy mngadu dgn nenek tp nenek sy hnya kata itulah pilihanmu sndiri , suami kata sy lbihkan nenek sy dibndingkan suami sndiri smpai tnggungjwp trhdp suami sy abaikan . Apa yg ptut sy buat agar sy x terasa hduo sy seolah” di control nenek sy apalgi nenek sy sensitif sgt.
Bersabarlah puan.
Gunakan kebijaksanaan untuk menjaga hati nenek.
Walau apa pun, sebagai isteri, puan tetap kena lebihkan suami dalam apa jua perkara.
Mungkin nenek puan tidak faham mengenai perkara ini, tetapi disinilah kita perlu bijak dalam berbicara serta perbuatan untuk menjaga hati orang tua.
Saya tak faham kenapa suami saya tergamak meminta izin berkahwin dengan seorang gadis yang berbeza umur 20 tahun dan dalam masa yang sama menyatakan yang dia sangat menyayangi saya dan anak-anak. Kalau benar sayang kenapa perlu menduakan saya. Kalau saya tidak sempurna kenapa tidak bagi peluang saya menyempurnakan apa yang tidak sempurna. Di manakah letaknya kesetiaan. Tidakkah dia tahu atau merasakan sakitnya hati saya yang terluka. Saya tak faham.
Leave your husband. Build your life
Tinggalkan shj tua bangka yg tak sedar diri macam tu. dia akan berjanji macam2, boleh adil, akan tetap sayang, bla bla. Tapi itu semua janji. Dan janji lelaki memang tak boleh pakai. Ditch him.
Salam…nk tnya…bagaimana dgn nafkah seorg isteri..suami sy benarkn sy bkerja..tp dia pernh bkata..dia ada hak juga ke atas gaji yg sy terima tiap2 bln..walaupun dlm hati sy kata tidak…ada kah benar apa yg dia kata…AKU YG BENARKAN KAU (ISTERI) BKERJA DAN AKU JUGA ADA HAK DIA ATAS GAJI YG LAU TERIMA..
Wassalam,
Tidak, suami tidak berhak terhadap gaji isteri. Haram jika suami mengambil isteri jika isteri tidak redha.
Malah sepatutnya suami yang WAJIB memberi nafkah kepada isteri semampu yang boleh, walaupun isteri sudah kaya.
Only a man replies this way. Wow.
Ini sudah digariskan dalam Islam.
Adalah wajib memberi nafkah kepada isteri
Suami memang tiada hak, tapi wajar kah isteri ny membiarkan suami jika kesusahan, hubungan yg baik itu adalah saling membantu
yes…suami isteri kena saling mbantu..tp klu dh nafkah mmg wajib suami bg kan?ikut pd kemampuan suami..klu dh isteri smua yg tanggung tu rasanya cam dh melampau kot
Satu je nak beritahu… Semua diatas ni tak berguna andai isteri memg jenis tak taat pd suami.. Ada Suami yg buat terbaek lebih lg drpd di atas pun.. andai dah sikap dr keturunan pun jadi taatnya tiada… Sbb tu rasulullah berpesan cari wanita dari 4 sebab… Dr 4 sebab itu pula dipericikan carilah yg tdk digalakan dinikahi pula…
Suami lebih malang kalau menikahi jenis 6 wanita ini.. annanah, mannanah, hannanah,haddiqah, barragah, dan syaddiqah.. kalau sesiapa yg Bernikah jenis 6 wanita ini.. kesannya memg ada.. buatlah terbaek sprti nabi nuh, pun klau dah lantang suara tinggi drpd suami pun boleh hilang pedoman..
Demikian juga seorang Muslim harus waspada terhadap fitnah wanita, karena di antara manusia ada yang terseret oleh kecintaannya yang berlebihan terhadap istrinya sehingga ia berbuat durhaka kepada orang tua, memutuskan silaturahmi dan berbuat kerusakan di bumi, sehingga laknat Allâh akan menimpanya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ ﴿٢٢﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ
Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerusakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; lalu dibuat tuli (pendengarannya) dan dibutakan penglihatannya. [Muhammad/47:22-23].
Di antara manusia ada yang diseret oleh kecintaannya kepada isterinya untuk mencari harta yang haram guna memenuhi kecintaannya dan memuaskan syahwatnya. Di antara mereka pun ada yang saling membunuh dengan tetangganya dengan sebab ulah isterinya. Maka, hendaklah seseorang berhati-hati terhadap fitnah wanita.
Kecintaan suami terhadap isterinya dan kecintaan isteri terhadap suaminya tidak boleh menjadikan keduanya mengharamkan apa yang telah Allâh Subhanahu wa Ta’ala halalkan dan menghalalkan apa yang telah Allâh Subhanahu wa Ta’ala haramkan, atau melakukan dosa-dosa dan maksiat karena ingin mendapat keridhaan masing-masing dari keduanya atas yang lain.
1. Al-Annanah (suka mengeluh)
Yang dimaksud adalah perempuan yang banyak mengeluh, selalu menampakkan rasa sakit/ beban/ pekara yang dialaminya walaupun itu hanya disebabkan oleh masalah/ perkara kecil. Perempuan semacam ini bila sudah menikah akan sering berpura-pura sakit/ menampakkan atau bahkan membesar-besarkan beban/ masalah yang dimilikinya kepada suaminya, supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugas harian.
2. Al-Mananah (suka mengungkit-ungkit)
Perempuan yang apabila pernah memberikan sesuatu, dia akan mengungkitnya kembali di suatu waktu yang lain dengan mengatakan, “Saya telah melakukan/ memberikan untuk kamu itu dan ini”.
3. Al-Hananah
Perempuan yang suka merindui dan mengingat-ingat kembali bekas suami atau anak dari bekas suaminya atau kekasih di masa lalunya. Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha menuruti segala keinginannya.
4. Al-Haddaqah (boros)
Perempuan yang menginginkan setiap hal ketika berbelanja dan suka membeli banyak barang daripadanya, sehingga membebankan suaminya untuk membayarnya.
5. Al-Barraqah
Terdapat dua makna, yang pertama berarti suka berhias setiap waktu (melampaui waktu berhias pada umumnya) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempesona walau bukan kepada suaminya. Makna kedua berarti perempuan yang tidak mau makan kecuali bila dia seorang diri.
6. Al-Syaddaqah (cerewet)
Perempuan yang banyak bicara, ketika berbicara dia tidak tentu arah dalam setiap pembicaraannya (berbicaranya ke sana kemari tanpa ada topik yang jelas).
“Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan, yaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Al-Syaddaqah.” (Imam Al-Ghazali)
Rasanya 6 jenis wanita ini lebih ramai wujud zaman sekarang ni…
ciri-ciri di atas sudah ada pada dia yg pernah hadir dalam hidup sy…tp sayang jodoh kami tiada….sy redha kerana perancangan Allah adalah yg sebaik-baiknya..
Sy berumur 28 dn isteri sy brumur 18..bagaimana nak mengajarnya utk jadi matang Tampa menyedihkan hatinye.kadangkala sikapnye yg degil membahtah je ap yg sy ajar utk mmbuatkn die lbh matang
salam.. saya nak minta sedikit pendapat apa yang harus saya buat.. saya baru berkahwin 7 bulan dan tinggal di rumah mak mertua saya tapi dalam rumah itu ada kakak suami saya yang sudah berkawin bersama suami die serta anak die 3 orang dan kakak die seorang yang baru bercerai serta anak lelaki yang da besar.. Jadi saya da rasa tak ada keselesaan sebab saya tak biasa duduk ramai-ramai, susah jugak untuk saya rasa bebas dekat rumah dan dari segi aurat pun susah sangat untuk menjaga sebab tinggal sebumbung dengan abang ipar suami saya.. dengan kadang-kadang ada perli dari kakak-kakak die. saya hanya duduk bilik nak masak sarapan pagi kadang-kadang mak mertua saya da masak kan untuk suami saya lepas tu cakap suami saya lapar sedangkan suami saya baru bangun tidur.. jadi saya sangat2 tak selesa dekat rumah tu sampai tahap nak masak bila ada orang ramai dekat depan rumah saya tak selasa ke dapur kalau keluar bilik pun ajak suami saya keluar sekali. saya pernah berbincang hal ini dengan suami saya tapi itulah alasan die tak boleh keluar rumah sebab ayah dan mak die tak kasi keluar rumah sebab die anak lelaki seorang sedangkan die ada 4 orang kakak dekat atas die.. bila bincangkan benda ini kami selalu bergadoh dan sekarang suami saya selalu marah-marah salah sikit marah.. sebenarnya saya baru lepas tekanan keguguran tapi suami saya makin pemarah. saya sampai balik kerja petang kalau suami tak balik lagi saya tak nak balik dulu.. sampai soal nafkah duit bulanan pun kakak die nak masuk campur sebab paksa suami saya bagi duit lebih dekat mak die setiap bulan dan cakap takkan isteri nak berkira kalau tak bagi duit patut ke saya mengalah takyah bagi nafkah dekat saya.. inilah serba sedikit dapat saya cerita kalau boleh saya nak minta pendapat sebab saya tak ada jalan mungkin saya salah dan perlu perbaiki dan mungkin saya kena berbincang dengan suami dengan cara apa..
awak..nasib kite sama :( bila kita persoalkan pasal aurat dia x kisah pun..
salah ke kite mintak hak keselesaan kite dr segi aurat..tak kisah buruk mana pun rumah janji hidup susah senang sama2..bila bincang pasal rumah je mesti bgaduh..
Saya nAk tanya Macam mana cara nak faham suami saya.apa yang ditulis dalam article cik memang betul.adakah Salah untuk saya meminta suami mengambil cuti untuk diluangkan dengan saya.Suami Enggan mengambil cuti dengan Alasan sibuk..apa yang perlu saya lakukan..
Sejak kebelakangan ini suami saya asyik tidur di luar saja tinggallah saya bersama anak yg berumur 9 bln lebih..sentiasa memujuk hati untuk bersbar..pernah tanye dia kenapa asyik nak tido luar aje..katenya nak tenggok sukan olimpik..tapi dh beberapa hari berlalu sukan olimpik masih juga tidur diluar..saya rasa macam nak bawak anak balik kampung..biarlah kalau dia selesa duduk seorang di rumah..rasa sedeh sangat
saya lagilah suami dah biasa dibesarkan tidur di ruang tamu. sampai dah ada rumah sendiri pun dia nak tidur di ruang tamu. suami isteri perlu ada privasi dalamrumah tangga. gap dengan anak untuk mengasingkan tempat tidur itu harus. sari bujang sampai ke branak masih lagi tidur di luar. bagaimana tu ye?allahuakbar
Apa yang disampaikan penulis sangat bagus, idealnya seorang suami memang harus demikian adanya. Sebagai seorang suami, seharusnya memikirkan, bagaimana agar anggota keluarga, yaitu istri dan anak dapat bahagia di dunia dan di akherat nanti. Terima kasih artikelnya.
Terima kasih tuan kerana sudi meninggalkan komen :)
Isteri sy trll tamak perhatian smp die boleh cemburu mak mertua nya sendiri. Cemburu kalau sy lyn mak bpk dan keluarga sy .padahal sama jer layanan yg sy bagi cuma die kata die tak nk ada pesaing . Mula2 sy boleh terima perangai dia cm tu tp lama lama sy plak jadi rimas. Semua sy buat tak kena dI mata nye .bila sy ty ape yg awk mahu ? Tiada jawapan.
Die smp tak hormat keluarga sy dan sy rasa ini dah melampau mengada nya.
Mak bpk dia pun tak tahan dgn sikap mengada nya tu yg suruh kawin jugak.
Sy yg jadi mangsa . Sekarang sy hidup dlm tekanan . Tolong lah sy.
As salam,
Harap tuan dapat bersabar dengan karenah isteri tuan yang sebegitu. Gunakan pendekatan lembut tetapi tegas dan nyatakan pendirian anda sebagai ketua keluarga.
Memang setiap orang berbeza, tapi pasti ada weak point yang kita boleh gunakan untuk memperbaiki keadaan. Mungkin tuan boleh mencari apa yang isteri tuan suka/takut dan sanggup berubah demi tuan.
Apa pun terpulang kepada tuan.