Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan.

rasa kasih dan sayang
memberi kasih dan sayang itu kadangkala menyakitkan * Sick by Alephunky

Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita.

Mengapa harus begitu?

Tidakkah lelaki juga punya perasaan?

Benar, lelaki juga mempunyai perasaan. Mencintai, menyayangi, mengasihi, sama seperti apa yang wanita itu rasakan.

Tetapi mengapa semua perasaan itu kelihatan begitu ketara dalam diri seorang wanita?

Secara ironinya, setiap wanita dikurniakan rahim daripada Allah S.W.T.

Bukankah rahim itu bermaksud ‘sayang’?

Justeru itulah wanita lebih menunjukkan belas, kasih dan sayangnya.

Tidak kira kepada sesiapapun yang telah Allah gerakkan hatinya.

Mungkin kepada insan yang bergelar kekasih, kepada anak-anak dan mungkin juga kepada insan di sekelilingnya. Wahai wanita, teruslah menyayangi, teruslah mencintai dan teruslah meluaskan rasa kasihmu.

Tidak kira kepada sesiapapun yang engkau rasakan baik untukmu.

Kerana rasa kasih dan sayang yang engkau miliki itu adalah hadiah untukmu yang dikurniakan Allah buat insan disekelilingmu.

 

Bila kasih dan sayang kita diabaikan.

Ada satu ketika seorang wanita itu akan terasa terbeban dengan kasih dan sayang yang terkumpul di dada hanya kerana kasihnya tidak berbalas.

Dan mungkin kerana kasihnya dipersiakan oleh mereka yang tidak tahu menghargainya. Harus bagaimana?

Jika menyayangi itu menenangkan hatimu, maka mengapa harus berhenti?

  • Ada isteri yang terus menyayangi isi rumah tangganya dan sentiasa terus melaksanakan tanggungjawabnya, sungguhpun dirinya dan perasaannya selalu diabai suami.
  • Ada ibu yang terus mendoakan anaknya, sungguhpun anaknya selalu mengasingkannya.
  • Ada guru yang tetap mendidik dengan ikhlas sungguhpun dia tahu ada anak didiknya yang tidak lagi mahu mendengar suaranya.

Analoginya, jika kita berjalan di sebuah kota.

Ada seorang miskin di situ. Duduk bersila di celah-celah bangunan menadah meraih simpati.

Lalu hadir seorang manusia yang penuh belas memberi bantuan kepada si miskin itu.

Nah, apa yang engkau rasakan apabila melihat peristiwa itu?

Tidakkah engkau akan melihat baik kepada si pemberi itu?

Percayalah, begitu juga kasih Allah.

Memberi itu tidak salah. Ketahuilah, setinggi-tinggi dan seindah indah pemberian itu adalah kasih dan sayangmu.

 

Sudah Terlalu Lelah Dalam Memberi Kasih dan Sayang

Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku lakukan?

Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan!

Mengapa mereka terlalu buta?

Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang menenangkan hatimu.

Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu.

Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan Allah.

Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.

Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita.

Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.

Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi.

“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

 

Artikel ini dikongsikan oleh Sufi Hafawati Binti Ideris, seorang penuntut ilmu dan pendidik, ke inbox kami. Semoga perkongsian beliau memberi manfaat yang besar kepada kita semua.Pernahkah situasi dimana pengorbanan dan kasih sayang yang ada berikan kepada seseorang, hanya dipandang sebelah mata, malah tidak diambil kisah?

Jika ya, mungkin ia pernah melemahkan semangat anda.

Kami disini suka untuk mendengar apa yang berlegar dalam hati dan minda anda mengenai isu ini. Segala komen & perkongsian amat kami hargai. 

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

44 thoughts on “Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan.”

  1. Saya yakin takdir Allah adalah yg terbaik untuk hamba2nya..
    Sy juga yakin..kalau ujian yg Allah beri itu hanya pada orang yg die tahu org itu boleh..
    Senyum itu bukan sedekah shj malah die juga menyembuh segala sakit..
    Klu anda rasa sakit rasa sedih cuba anda senyum pasti punya sedikit ketenangan..
    Sy juga mngalami keadaan yg sama cuma sy masih punya Allah..sy yakin Dia tahu ape yg terbek tuk sy..?

    Reply
  2. barangkali ada antara kita mmg tidak ditakdirkan menerima ttp cuma memberi.. memberilah dgn ikhlas semampu yg boleh.. andai lelah berhenti seketika.. berikan kasih syg kpd diri sndri juga.. tepuklah bahumu sdri katakan… tahniah diriku… kamu sgt kuat dan sgt baik.. mungkin mrk tidak ditakdirkan menyedari kasihmu.. ttp Allah pasti tahu.. sdg kasih ALLAH juga tidak mrk sedari.. namun Allah ttp juga memberikan.. Ikhlaskanlah hati bhw apa yg kamu lakukan hanyalah utk meraih kasih Ilahi..

    Reply
    • Rasa sedih bila orang yang sangat disayangi bersikap acuh x acuh..ada umpama tiada…dan sy umpama melukut ditepi gantung..lalu pada Allah jualah segala ketentuan…

      Reply
      • So true… Tak Mahu ianya terjadi pada anak2 , cukup lh Saya yg merasanya…
        Focus on my hubby, kids n org2 yg really care n luv

        Reply
  3. Assalamualaikum wbt….. tetiba terbuka artikel ini…di kala ati dirundung kesedihan…cuba muhasabah diri…byk khilaf……terasa amat berdosa…..meminta, menagih pd hamba Allah….pd Allah? astargfirullah….ya Allah, sesungguhnya Kau tunjukkan lah jln bg hamba mu ini….aku perlukan kekuatan utk meneruskan tugasku sbg ummi pd ankku…..isteri yg solehah pd suamiku…..

    Reply
  4. tolong doakan saya. sesungguhnya dugaan perasaan dalam melayari kehidupan memang amat berat….namun aku yakin, Allah menguji hamba-hambaNya mengikut kadar ketahanan hamba-hambaNya itu…..walaupun sering kali mahu sahaja menamatkan keperitan ini

    Reply
  5. saya juga mengalaminya… tetapi saya tak mampu menahan sakit lagi diduakan… katanya dia terlampau sayangkan gadis itu, saya perlu membantu menyakitkan hati saya sendiri, dengan melihat dia mencurangi saya… adakah patut saya bertahan?

    Reply
    • Dicurangi amat lah sakit’sy dah merumahtangga msuk 9thn 2019 ini’dugaan yg sy alami dari awal pernikahan amat lah tidak diduga.awalnya semua baik-baik saja’berseling tahun ke tahun’mula la goyang rumahtanggku. Sy amat mencintai suami sy. Sy buat apa saja untuk buat dia bahagia walaupun tidak dihargai sy tetap bertahan.apabila kita dapat tau org yg kita cyg selama ini curang dibelang kita hati bagaikan nak retak.tpi apa daya kita tak mampu halang kemauannya…. sy bersabar hari demi hari.sy bertanyak pada diri sy kenapa harus ini terjadi terhadap sy. Tak kira siang dan mlm sy sellu menangis? meratapi diri sy kenapa? Kenapa ini yg sy harus rasakan.kenapa sy di curangi sedangkan sy amat menyanyagi dia.hari demi hari sy berpikir sampi bila ianya berahir.
      Alhamdulilah allah dengar jeritan hati sy?
      Dia beruba.dia selesaikan smuanya dgn baik.dia akaui sala silapnya terhadap sy.dia mau perbetulkan keadaan seperti dulu lgi Sy amat bersyukur sangat-sangat. Akhirnya dia beruba.

      Kesabaran itu lah yg membuat kita bertahan…hati kena kuat untuk hadapi cobaan yg allah berikan.apapun masalah dalam rumahtangga pasti ada jln penyelesaiannya. Cinta kita terhadapnya jgn perna pudar suatu saat dia akan sedar siapa yg betul2 hargainya..

      Semoga allah kekalkan hubungan kami hingga akhir ayat AMIN YARABAL ALAMIN.

      Reply
  6. Sy menangis membaca artikel ini min. Sy sedang mengalaminya juga. Orang yang sy anggap sahabat sy slama 5 thn ini trnyata tidak mengaggap sy slama ini.. Sy sangat sedih bahkan sy sempat berfikir untuk membencinya, tp membaca artikel ini sy jadi brubah fikiran.. Sy ingin tetap bersikap baik dengan mereka :) krn sprti kata Admin “inilah kasih sayang sy yg tidak trbatas hadiah dari Allah SWT”
    Soal sifatnya yg jahat dan tidak mengaggapku sama skali, biarkan menjadi urusan Allah .. Smoga sy slalu diberikan keikhlasan dan kesabaran :) Amin allahumma amin

    Reply
  7. sy mngalami hal d atas..rsa skit dada mnhan sbak bla mngingat apa yg d beri mcm tdk d hargai:-( dan setiap kmaafan yg sy bg pun jd sia2..sgt mnguji diri..

    Reply
  8. assalamualaikum…blog ini dapat memotivasi saya..

    saya sangat terharu dengan isi blog ini..

    dan saya juga sedang mengalaminya..

    selama ini pengorbanan kasih saya hanya di abaikan..dan tidak dihargai..

    tp aq selalu berdoa. pabila dia jodoh saya..maka dia akan kembali pada saya..
    insya allah.

    Reply
  9. Salam..admin sy perlukan nasihat…hati sy slalu disakiti shbt baik sendiri..kadang2 sy tfikir.pengorbanan dan kasih syg yg sy beri..lama kelamaan dipandang sepi oleh die…kadang2 setiap pertanyaan dan ambil berat oleh sy dibals dgn kata2 yg kurang enak..seolah2 sy langsung da tak penting dlm hidup die..sy sedih…kenape layanan baik diberikan tp dibalas dgn kesakitan yg berulang…people change like hour…kadang2 sy terfikir,mudahnye hati manusia tu berbolak balik..setiap kali bermasalah sy ttp hulurkn kata maaf dulu demi mjaga hubungn.walaupun sy tahu sy xde slh…tp kenape ego seseorg begitu tinggi smpi tak dpt hargai perasaan org lain..?doa sy x prnah putus…tapi sy tertanye mengapa berkali disakiti,tp perasaan syg masih ade?utk ape?

    Reply

Leave a Comment