Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan.

rasa kasih dan sayang
memberi kasih dan sayang itu kadangkala menyakitkan * Sick by Alephunky

Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita.

Mengapa harus begitu?

Tidakkah lelaki juga punya perasaan?

Benar, lelaki juga mempunyai perasaan. Mencintai, menyayangi, mengasihi, sama seperti apa yang wanita itu rasakan.

Tetapi mengapa semua perasaan itu kelihatan begitu ketara dalam diri seorang wanita?

Secara ironinya, setiap wanita dikurniakan rahim daripada Allah S.W.T.

Bukankah rahim itu bermaksud ‘sayang’?

Justeru itulah wanita lebih menunjukkan belas, kasih dan sayangnya.

Tidak kira kepada sesiapapun yang telah Allah gerakkan hatinya.

Mungkin kepada insan yang bergelar kekasih, kepada anak-anak dan mungkin juga kepada insan di sekelilingnya. Wahai wanita, teruslah menyayangi, teruslah mencintai dan teruslah meluaskan rasa kasihmu.

Tidak kira kepada sesiapapun yang engkau rasakan baik untukmu.

Kerana rasa kasih dan sayang yang engkau miliki itu adalah hadiah untukmu yang dikurniakan Allah buat insan disekelilingmu.

 

Bila kasih dan sayang kita diabaikan.

Ada satu ketika seorang wanita itu akan terasa terbeban dengan kasih dan sayang yang terkumpul di dada hanya kerana kasihnya tidak berbalas.

Dan mungkin kerana kasihnya dipersiakan oleh mereka yang tidak tahu menghargainya. Harus bagaimana?

Jika menyayangi itu menenangkan hatimu, maka mengapa harus berhenti?

  • Ada isteri yang terus menyayangi isi rumah tangganya dan sentiasa terus melaksanakan tanggungjawabnya, sungguhpun dirinya dan perasaannya selalu diabai suami.
  • Ada ibu yang terus mendoakan anaknya, sungguhpun anaknya selalu mengasingkannya.
  • Ada guru yang tetap mendidik dengan ikhlas sungguhpun dia tahu ada anak didiknya yang tidak lagi mahu mendengar suaranya.

Analoginya, jika kita berjalan di sebuah kota.

Ada seorang miskin di situ. Duduk bersila di celah-celah bangunan menadah meraih simpati.

Lalu hadir seorang manusia yang penuh belas memberi bantuan kepada si miskin itu.

Nah, apa yang engkau rasakan apabila melihat peristiwa itu?

Tidakkah engkau akan melihat baik kepada si pemberi itu?

Percayalah, begitu juga kasih Allah.

Memberi itu tidak salah. Ketahuilah, setinggi-tinggi dan seindah indah pemberian itu adalah kasih dan sayangmu.

 

Sudah Terlalu Lelah Dalam Memberi Kasih dan Sayang

Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku lakukan?

Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan!

Mengapa mereka terlalu buta?

Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang menenangkan hatimu.

Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu.

Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan Allah.

Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.

Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita.

Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.

Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi.

“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

 

Artikel ini dikongsikan oleh Sufi Hafawati Binti Ideris, seorang penuntut ilmu dan pendidik, ke inbox kami. Semoga perkongsian beliau memberi manfaat yang besar kepada kita semua.Pernahkah situasi dimana pengorbanan dan kasih sayang yang ada berikan kepada seseorang, hanya dipandang sebelah mata, malah tidak diambil kisah?

Jika ya, mungkin ia pernah melemahkan semangat anda.

Kami disini suka untuk mendengar apa yang berlegar dalam hati dan minda anda mengenai isu ini. Segala komen & perkongsian amat kami hargai. 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

44 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Orang yang tersakiti
Orang yang tersakiti
3 tahun yang lalu

Saya nak minta pendapat kalian yang baca komen saya. Skrg nie musim pkp jadi kuliah sy dijalankan secara talian. Pada masa yang sama saya yang akan masak, kemas dan cuci pakaian. Tetapi mak ayah saya tidak pernah hargai diri saya yang melakukan semua keje tersebut. Bila saya suarakan saya penat mereka mula menengking saya. Utk pengetahuan kalian kelas sy bermula jam 8 pagi dan akan habis kul 5 ptg. Sy perhatikan mak ayah saya hanya hargai kakak dan abang-abang saya sahaja kerana mereka menghulurkan wang kpd mak ayah saya sehinggakan saya tidak boleh menegur sikap anak saudara saya takut kakak saya marah dan tidak bercakap dengan mak ayah saya. Mak ayah saya sangat sayang akan kakak saya sebab dlm adik-beradik sy, dia yang banyak bagi duit bulanan kat mak ayah saya jadi saya tidak boleh cakap atau tegur kelakuan anak² saudara saya. Saya agak sedih dengan keadaan ini selama saya tinggal di rumah sambil belajar dengan assignment bertimbun saya tetap jalankan tugas saya sebagai anak tapi mereka tidak pernah berterima kasih kepada saya. Hari² saya fikir untuk keluar dari rumah tu. Mohon beri kata-kata yang boleh saya fikirkan cara bagaimana saya nak mereka sedar dan boleh terima apa yang saya ingin luahkan kepada mereka. Selam ini saya luahkan mereka tidak pernah memahami malah memarahi saya seperti saya anak derhaka walaupun saya tidak menggunakan intonasi tinggi dan kasar.

Luna Angel
Luna Angel
4 tahun yang lalu

Saya fikir yang adik2 saya xsayang saya pun..padahal macam2 saya buat utk mereka dari segi memasak,mengemas rumah dan sebagainya..pendek kata smua sy buat..tapi apabila bergaduh dorang kata saya xpandai jadi kakak..jadi seorang kakak ini kerja yang susah..adik2 selalu negatif dgn kakak sendiri..dorang nmpk buruk saya sahaja..kadang2 saya menangis mengenang apa yg adik2 buat terhadap saya..atleast hargai lar kakak sewaktu dia ada?? why always keep blaming me?? Kadang2 fikir nak kahwin & ada keluarga sendiri..itu lebih baik daripada saya selalu makan hati dengan perangai adik2..sayang seribu sayang pun xguna klau org tak hargai kasih sayang seorang kakak

Some cursed diamond
Some cursed diamond
Reply to  Luna Angel
4 tahun yang lalu

Wehhhh I feel youuu.. I hope you stay strong okey. Xtau la.. rase nk larikan diri dari rumah.. ramai kate rumahku syurgaku. Tp aku.. ntah. Kalau ckp lebih pon.. org laen xfhm..the omes yg jd sulung+strict parents je phm btul2 perasaan ni. Im sorry. For everything. Btw, Luna Angelllll remember okay, you cannot keep it alone. At least, share it with someone(it can be anybody that you trust) so you wont feel it too heavy to keep it, okay. I dont even know you.. but I LOVE YOU?

bidadari sepi
bidadari sepi
4 tahun yang lalu

amat perit menyayangi seseorang yang tidak membalas kasih sayang kita….sampai satu saat saya rasa teramat penat….rasa igin mengalah, berhenti sahaja…tapi hati ini degil….saya tak sampai hati untuk berhenti menyayangi walaupun tidak dihargai….:(

Nadia
Nadia
4 tahun yang lalu

setelah diberikan segalanya, kini saya menyedari dia mencintai saya bkn kerana menerima segala kekurangan yg ada pada diri ini, tetapi cuma tempat persinggahan diwaktu sepi sahaja :,(

Kesha
Kesha
4 tahun yang lalu

Saya sukar mempercayai suami , kerana dia tidak pernah menghargai peluang yang saya telah beri . Kini saya bertahan untuk anak2 . Suami ada menyatakan beliau menyesal dengan perbuatan nya tapi atas dasar hilang kepercayaan membuat saya makin susah untuk mempercayainya lagi . Dia berusaha bermacam2 untuk mendapatkan/menagih kasih , syg dan cinta saya tapi saya tetap dengan keegoan saya untuk tidak mempercayainya . Bagaimana saya mahu melupakan perbuatan suami . 2kali saya beri beliau peluang tapi dia tetap macam tu . Tak menghargai pengorbanan saya yang telah melahirkan zuriat dia 3orang anak gadis ? . Untuk peluang terakhir saya mengatakan bahawa saya inginkan penceraian . Itu jalan terbaik buat kami sekiranya dia melakukan perbuatan sama sekali lagi .

Si pipi merah
Si pipi merah
4 tahun yang lalu

Dia pernah hadir tanpa dipinta. Pada mulanya, ingin mencari perhatian dariku, selalu memanggil namaku, ingin berada dekat denganku, gurau sendanya menghiburkan hati walaupun hambar. Selama aku hidup tak pernah ada seorang lelaki pun yang pernah kisah pasal dirku dan aku sedar semua tu. Aku tak letakkan harapan yang tinggi pada lelaki sebab aku tahu betapa sakitnya sebuah pengharapan yang tak terbalas. Aku cuba sedapkan hati yanh dia cuka tegur sebagai biasa pada mulanya dan aku tak pula nampak dia tegur dan layan perempuan lain macam dia layan aku. Tak tahu apa yang menyebabkan aku membuka pintu hatiku untuk menerimanya dan rasa bahagia sangat bila tahu ada yang sedar kehadiran diri ini. Tapi tulah, disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kini, dia dah jauh beza dah tak sama macam dulu, dah jarang sangat tegur, usik pun dah tak ada, nak panggil nama pun jauh sekali. Akh tak tahu apa yang menyebabkan dia berubah sekelip mata. Tapi hati aku masih tak boleh terima kenyatann susah nak move on. Ku tertanya-tanya kesalahan apa yang aku dah buat kenapa sampai hati dia mainlan perasaan kalau betul tak suka jangan beriya-iya mendekat. Nanti yang tanggung sakitnha pengharapan orang lain yang rasa. Entahlah, semoga suatu hari nanti Allah bukakan pintu hatimu untuk menyedari ada insan terluka di balik senyumanmu.

zura
zura
4 tahun yang lalu

Pernah berkorban segalanya namun rupanya dia menyayangi dan mencintai orang lain.. sakitnya Allah saja yg Mengetahui..

Myra
Myra
5 tahun yang lalu

Kenapa lelaki sebelum dapat beria sgt nak kan kita tapi bila dh dapat terus abaikan..itu yg sy alami saat ini..rsa mcm dh takde mkna di sisi dia tp masih lg bertahan hanya disebabkan rasa sayang pada dia..tp dalam masa yg sma ada seseorg yg cuba curahkan kasih dan syg pada sy..sy kenal lelaki ni dulu sbelum tunang sy.Tapi sy takde hati dkt dia dari awal lg..3tahun dia menanti sy dan sabar dgn sikap sy..sampai skrg dia masih menanti sy..skrg timbul kekeliruan di hati sy sama ada nk pilih org yg kita syg atau org yg sygkan kita..bahagia ke hidup dgn org yg belum tentu sygkan kita seperti kita sygkan dia..

Ima
Ima
Reply to  Myra
2 tahun yang lalu

Solat istikharah. Mungkin lah
. Pilih orang yg sayang kita.

Chaa Mie
Chaa Mie
5 tahun yang lalu

saya disini ingin meminta pendapat..saya sudah lama kenal dgn seorng wanita ini tapi sye try hard untuk dpt dye sampai skrng masih xdpt tawan hti dye mybe dgn kehidupan sye belum stabil..bnyak2 wanita sye kenal dye sorng laa sye ada dlm hati.dye mmg seorng pendegar setia tapi bile saya diam dye pon diam..kalau seminggu,seminggu laa diam..n sye jea akn start conversation..apakah sye perlu give up??

Krol
Krol
5 tahun yang lalu

kenapa wanita sahaja? Bagaimana dengan lelaki? Adakah dayus lelaki menagih kasih dari seorang wanita?

Nizam
Nizam
Reply to  Krol
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, tergerak hati utk share satu pendapat dan luahan ringkas juga mengenai pengorbanan dalam mengharapkan kasih sayang dan ketulusan cinta pasangan, rasanya tidak terlalu mendalam ke dasar pemikiran kita dlm memahami makna, maksud dan tujuan bagi seseorang itu mengejar utk mempertahankan cinta dan kasih sayang bagi menyampaikan tujuan n matlamat setiap muslim, pastinya, rata2 akan menerangkan bahawa mempertahan cinta itu utk kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga sekaligus membimbing pasangan dan keluarga sebagai bekal perjalanan meniti jambatan Akhirat yg mesti ditempuhi oleh setiap insan, iaitu dapat menyantuni insan tersayang dan keluarga kearah jalan yang diredhai Allah dunia dan akhirat. Saya tertarik dalam coretan saudara mengenai dalam memberikan kasih dan sayang, ada ketikanya kita akan dihadiahkan dengan hal2 yang menyakitkan hati kita sendiri, tak kurang juga apabila usaha itu turut melibatkan tekanan keatas fizikal dan mental atas segala kepahitan bagi maksud agar pasangan membuka mata dan hatinya melihat pengorbanan pasangannya memberikan kasih sayang. :-),… Setiap apa yang diusahakan paati membuahkan hasil, bergantung corak usaha itu dilaksanakan, alangkah malangnya bagi seseorang apabila mendapati pasangannya tidak menunjukkan rasa gembira dan bersyukur diatas segala ikhtiar dan susah payah pasangannya itu, lebih malang lagi sekiranya pasangannya tidak mampu memahami makna redha dan rendah hati.