
always happen. but things happen for a reason, right? mungkin, kita terpisah, kerana insyaAllah Dia tak mahu kita terluka lebih dalam.
– sederhanaindah
Bismillahirrahmanirrahim
Kerana hakak baru sahaja lepas patah hati 6 bulan yang lalu. Diam tak diam dah 6 bulan perkara itu berlalu.
Alhamdulillah hakak baik-baik saja sampai ke hari ini, malah hidup lebih tenang. Bukan kata hidup tak tenang ketika “itu”.
Hubungan yang dimaksudkan bukan bercouple, sungguh akak pun tak suka couple. Mungkin sebuah hubungan sahabat yang bertukar kepada cinta.
Dia melamar akak untuk dijadikan isteri, lalu akak setuju tapi dalam tempoh 5 tahun lagi. Tak sampai setahun pun lagi, hubungan dah tamat.
Alhamdulillah. Masha Allah hebat kan.
Banyak hikmah yang hakak dapat selepas peristiwa “itu”
Bila dikaji, dikaji dan dikaji…
Ya, ada 1000 sebab dan alasan Allah beri akak pengalaman itu, mungkin ramai yang akan tidak percaya akak melalui percintaan, “percintaan kunun -,-“. Tidaklah bercinta, mungkin sekadar persinggahan.
Akak tak salahkan dia, akak tak salahkan sesiapa, malah akak berterima kasih kerana diperkenalkan dengan dia. Kenapa?
Bukan nak tuju dekat Allah semata.
Mungkin ada silap akak juga kerana tidak menjaga ikhtilat walaupun dia seorang kawan lama, ikhtilat tetap perlu dijaga. Kalau tak dijaga beginilah jadinya.
Sebab itu lah yang akak kata tadi, Allah beri akak pengalaman.
Mungkin akak tahu, terdapat dosa-dosa yang akak lakukan ketika peristiwa itu.
Allah nak kenalkan akak dengan “cinta”. Kerana selama ini, akak mengaku “cinta sesama manusia sebelum halal” itu perkara yang remeh.
Dek kerana fikiran akak yang kadang-kadang sempit, terlalu memikirkan pandangan orang (kadang2 je, kadang2 langgar aje). Bhahahahahaha.
Allah beri “dia” untuk uji akak. Dan akak gagal mengawal perasaan waktu itu.
Mana taknya, “dia” yang dimaksudkan itu kawan akak sendiri. Kadang-kadang fikir rasa macam kelakar sangat.
Okay, akak akan share apa yang akak dapat daripada peristiwa “itu”
Yang pertama-tama sekali, akak sangat menyesal bila memikirkan reaksi akak ketika dia ingin memutuskan “hubungan” itu.
Akak tidak dapat mengawal diri, seolah-olah akak kehilangan diri akak. *mohon jangan simpati dengan statement saya, ini bukan statement sedih. Sekadar perkongsian.
Ya, akak rasa akak hilang diri akak. Ibaratnya macam melesap seorang Munira yang waras. Kesalnya melebihi akak kehilangan “dia”. Sebab apa?
Akak dah tak ada Munira yang “kuat”, “hati kering”, “tak berperasaan”. Akak menangis macam orang gila.
Sampai satu masa, akak tersentak ketika berfikir dan waktu itu akak sedang berdoa.
Ada satu doa yang akak selitkan sebelum2 ini, tetapi akak tidak doa lagi waktu itu.. Akak terlupa yang Allah makbulkan doa akak.
“Kenapa perlu kita marah bila Allah makbulkan doa kita”.
Akak bukanlah seorang alim ulama, yang mana bila doa, doa terus dimakbulkan. Tidak sama sekali. Tapi, akak kira ini mungkin sebagai tanda Allah makbulkan doa akak.
Akak terlupa yang akak memang minta Allah pisahkan “dia” dari akak, kerana semakin hari berada dalam “hubungan” itu, semakin akak gelisah memikirkan yang diri ini belum berkemampuan untuk menjalin hubungan halal.
Tidak mungkin untuk terus berada dalam hubungan yang “tidak halal” itu selama 5 tahun dalam perbincangan akak dan dia. Tidak kisahlah bagaimana pun cara Dia pisahkan akak dari dia.
Akak kira ketika akak berdoa sebegitu, akak cukup kuat untuk terima perpisahan itu.
Tetapi, tidak mengapa, Allah itu Maha Kuat. Dia beri akak kekuatan untuk teruskan hidup akak. Akak mengaku yang akak sangat tak professional.
Untuk “dia”, akak tidak bencikan “dia”. Akak mula jauhkan diri dari dia bukan kerana bencikan dia. Bukan kerana marahkan dia.
Tapi akak sedang berusaha untuk tidak hadir dalam hidup dia lagi. Akak nak bantu dia lupakan akak jugak seklaigus akak boleh lupakan dia.
Akak taknak jumpa dia lagi bukan kerana akak sakit hati mahupun patah hati mahupun sedih, tetapi akak malu..
Malu kerana akak tidak snegaja menunjukkan seorang Munira yang gagal mengawal luka itu. Akak sedang belajar untuk redha dan ikhlaskan hati.
Akak bersyukur Allah pisahkan akak dengan dia. Tapi dalam masa yang sama akak mengaku akak masih punya rasa sedikit “sedih”.
Tapi, tidak mengapa. Apalah sangat dengan 1001 kebahagiaan dan nikmat yang Allah beri sehingga hari ini.
Cerita akak bukan untuk menagih simpati pembaca-pembaca, akak ingin nasihat mereka mereka yang pernah, sedang dan mungkin bakal patah hati.
Kita tidak akan tahu apa yang akan jadi masa hadapan.
Kerana apa yang berlaku pada akak juga suatu yang tidak dijangka. Allah datangkan dia pada akak dalam keadaan yang tak dijangka, dan dia tinggalkan akak pun dalam keadaan yang memang akak tak pernah jangka.
Walaupun tempoh “itu” sangat sekejap, iaitu mungkin cuma 3 bulan. Tetap memberi kesan pada diri akak. Tetapi, tidak mengapa.
Allah sayangkan akak, kerana itu Allah berikan akak ujian sebegini. Pernah dengar tak orang kata, “orang-orang yang Allah uji, orang yang Dia sayang“.
Bukan akak nak kata, akak ni baik sebab Allah sayang. Tapi, sebab akak ni kurang baik, Allah bagi ujian tu supaya akak jadi jadi lebih baik.
Akak ni taklah baik sangat, tak jahat sangat jugak. Hihihi.
Mungkin akan ada yang kata, “kau dah buat dosa atas silap kau sendiri, lalu kau nak kata Allah sayang kau kerana diuji sebegitu, kau fikir kau siapa? fikir kau siapa? Hahahahaha, alaaa macam lagu Nanasheme”
Tak apalah, akak tak kisah pun orang nak fikir gitu. Akak ngaku silap akak.
Tapi, Allah itu kan Maha Pengasih, jadi mesti Dia dah ampunkan akak, dan mesti Dia lebih kasihkan akak kalau akak sedih atau gembira, akak dekat dengan Dia.
Tak salah jugak bila sedih terus luah dekat Allah, bukan di fb, twitter, dan etc.
Sebab kita ni hamba, Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali” Ayat ni pun terang tang tang kata, semuanya Dia, Dia , dan Dia. siapa? Allah lah.
eh ayat ni bukan guna untuk orang meninggal je tau, juga boleh disebut bila ditimpa musibah, arabnya disebut “Innalillahi wainna ilaihi raji’un”
Ingat, tidak semua Allah pilih untuk hadapi ujian begini. Mungkin Allah nak kenalkan kita dengan orang yang salah dulu.
Supaya nanti akan ada yang betul datang.
Bukan yang datang suka-suka, dan pergi suka suka. Ujian sebegini akan menguatkan lagi diri dan hati.
Ya, mungkin proses ini akan mengambil masa yang lama untuk kita rawat luka “hati” yang sukar untuk sembuh.
Orang kata, “baik luka tangan, kaki, badan daripada luka hati. Sebab luka secara fizikal kita boleh nampak, dah nak sembuh ke, dah sembuh ke, tapi hati? Wallahu’alam.
Jadi, minta lah Allah untuk sembuhkan hati kita yang mungkin sudah berkecai, minta lah Dia cantumkan semula. Sebab Dia Maha Berkuasa, Maha Penyembuh dan Dia juga Pemilik Hati kita.
Kita sebagai tuan punya badan kepada hati itu, juga perlu berusaha untuk sembuhkan luka itu. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.
Buat yang melalui peristiwa ini, akak nasihatkan supaya sentiasa balikkan diri kita pada Allah.
Jangan kerana hal sebegini, kau lemah. Jangan kerana seorang makhluk, kau salahkan Pencipta. Jangan kerana seorang yang belum tentu halal buat kita, kita hidup segan mati tak mau.
Jangan dik, jangan.
Jangan cakap, “akak tak rasa, senanglah cakap”.
Akak dah rasa dik, akak tahu tak mudah, tapi setiap keperitan itu akan ada ganjarannya nanti. Kuncinya, “sabar” dan back to Him. Turn to Him.
Sungguh akan kau rasa ketenangan itu. InsyaAllah.
Sudah sudah seksa diri dengan bersedih hati, teruskan melangkah. Adakah kau hidup sekadar untuk bercinta? Tidak kan?
Nah, bangkit kerana kita masih muda, masih banyak tanggungjawab yang perlu kita galas. Soal hati, cinta serah pada Dia.
Sampai masanya nanti bila kita sudah bersedia, mungkin belum sempurna bersedia, akan Allah hadirkan ‘dia’ yang baru atau mungkin ‘dia’ yang lama untuk menjadi pasangan hidup kau hingga ke syurga.
Haaaaa, tapi bila akak kata “dia” yang lama tu, jangan lah adik berharap lagi sekali, biar secara sederhana, kelak jatuh sekali lagi. Sakit bukan?
Put your trust on allah.
Again, only Allah!
Nahh, pada waktu itu, kau usahalah yang sepatutnya, kerana cinta itu fitrah, jangan dijadikan fitnah, perlu diusahakan tetapi usaha mengikut syariat. Bagaimana?
Setelah kau minta Allah bimbing kau untuk usaha ke arah itu, “baitulmuslim”.
Dan ingat saat kau bersedia mungkin tidak sempurna, tetapi dalam keadaan Allah kata, kau sudah layak untuk punyai pasangan.
Anggaplah peristiwa itu sekadar ujian untuk kau mendekatkan diri lebih kepada Allah Yang Maha Esa. Ujian itu sebagai medium untuk kau mula berkasih sayang dengan Allah.
Sebagai medium untuk kau kenal apa itu cinta manusia, cinta keluarga, cinta sesama saudara dan semestinya cinta yang paling agung nan indah cinta kepada Allah dan Rasul.
Cuba sehabis mungkin untuk jauhkan diri dari peristiwa itu, bukan melupakan, tetapi dijadikan teladan.
Melupakan itu suatu yang sangat mustahil kerana mahu tidak mahu perkara itu sudah ada dalam catatan buku kita. Melainkan kita eksiden, lupa ingatan ke?
Haishhh jangan jangan! Akak gurau je, jangan buat naaa. Naudzubillahiminzalik. Ingat allah :)
Semoga awak awak yang membaca entry kali ini dikurniakan Allah pasangan halal yang ikhlas untuk bersama dengan awak awak untuk menuju ke Syurga Dia melalui jalan yang diredhai dan dipermudahkan ke arah itu. InsyaAllah.
Setiap kali diuji, ingatlah ayat 286: al-Baqarah
” Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya……”
Bagi yang masih sedih, atau tiba-tiba teringat dekat “orang” tu, bacalah surah Ar-Rad, ayat 39 letakkan dekat dada. InsyaAllah akan tenang :)
Dan satu lagi perkongsian daripada, Kak Zara
“Ya mufarrijal humum, Ya Mufarriju farrij, Farrij a’nna humumana, Ya hayyu Ya qayyum, Ya zaljalali wal iqram”
Maksudnya: Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah dukacita, susah dan masalah kami. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri”
“Carilah suami/isteri untuk dijadikan kekasih, bukan mencari kekasih untuk dijadikan suami/isteri supaya cinta yang Allah hadirkan tidak tercemar dengan hubungan hubungan yang tidak halal”
Assif jika terdapat kekurangan.
Dan jika terdapat keburukan dalam diri saya daripada cerita saya jangan diikut, mana yang baik jadikan teladan. InsyaAllah.
Bersyukurlah kerana kita diselamatkan dan diberi kesempatan oleh Allah daripada mendekatkan diri ke api neraka. Alhamdulillah.
Perkongsian ini adalah dicatatkan oleh Nur Munira (migozarad). Semoga ilmu dan nasihat yang dikongsikan memberi 1001 kebaikan yang boleh dikutip oleh kita semua
Assalamualaikum…
Terima kasih atas artikel yang sangat bermanfaat untuk saya…melalui fasa patah hati dan kembali untuk bangkit memang menyakitkan tapi alhamdulillah Allah sentiasa bersama dengan hambanya…saya tahu untuk melupakan tapi saya berharap agar saya mampu untuk terus kuat menghadapi ujian Allah…terima kasih untuk tips dan doa yang patut saya amalkan…penat menangis untuk mereka yang pergi tinggalkan kita…semoga kita semua terus kuat menghadapi ujian Allah dan bertemu dengan jodoh yang terbaik diantara yang terbaik…sekali lagi terima kasih untuk perkongsian…betul-betul memberi inspirasi kepada saya…
Assalamualaikum kak, Alhamdulillah, saya sedang mengalaminya seperti akk, cuma cara dan keadaannya mungkin berbeza. Tipulah sekiranya saya xsedih, memang sedih dan kecewa bila orang yang kita harapkan akan setia dan bersama dengan kita hingga ke Jannah menipu kita. tapi saya kembali sedar, yang saya pernah berdoa sekiranya dia bukan untuk saya, tunjukkanlah kepada saya. Allahu akhbar, Allah makbulkan doa saya. Kandungan tulisan akk memang bg semangat kat sy. Hanya Allah yang boleh beri ketenangan kat kita, dan yang penting kembali bertaubat pada DIA. Alhamdulillah… saya bersyukur sgt sbb DIA pilih saya untuk lalui walaupun sakit tak tertanggung bila mula2 dikecewakan. Terima kasih sis utk kata kata semangat tu. Moga Allah bantu mudahkan urusan akk. amiin..
Assalammuailaikum kak,saya rasa bersyukur kerana dapat menemui artikel akak. akak saya ingin meminta pendapat akak. sekiranya kita sudah lama mengenalinya, dan kerap kali kami bergaduh akan tetapi kami tidak boleh dipisahkan. hubungan ini teramatlah susah untuk dipisahkan. sekadar bergaduh besar pasti akan berbaik balik. tetapi saya sedih saya masih muda. saya mmg ingin bersama dia. tapi bukan masa sekarang. tapi kenapa hubungan ini susah untuk dileraikan? hermm, dan bagaimana untuk saya explain kan kepada dia?
perkongsian yang amat bermakna,,terima kasih. hanya Allah yg dpt membalasnya
Semoga Allah mengganti dengan yang lebih baik
amiiin
assalamualaikum kak. saya hampir menangis baca artikel akak. Allahu Akbar. err kak, mungkin pengalaman kita berbeza. saya percaya yang Dia takkan uji kita melainkan kita mampu tuk tempuhi ujian tu. kak, saya tak tau apa yang saya perlu buat sekarang. saya masih di bangku sekolah, lagi beberapa bulan lagi saya akan duduk spm. saya ada kenal dgn seorg ni dari insta. perkenalan kmi pun baru bermula awal tahun ni. tapi saya tak sangka yang dia akan bertindak “camtu”. ya kami tak pernah berjumpa pun. sekadar berbalas teks di whatsapp. kami sebaya. sejak dia buat “camtu”. fikiran saya perasaan saya… entahlah kak, kekadang dalam kelas pun sukar nak beri tumpuan. saya nak terus bercerita kat sini sebab saya nak dengar pandangan dan nasihat daripada akak. tapi saya segan, jadi saya harap kita dapat berhubung kat mana2… melalui emel ka? saya tunggu akak. Assalamualaikum =)
waalaikumussalam. adik boleh emel akak [email protected]
eh silap,
[email protected]
Saya suka membaca artikel ini. Ada manfaat yang dapat saya sharekan dengan pesakit saya.
Sepanjang 6 tahun saya terlibat dalam bidang rawatan sihir, kes-kes patah hati begini ada juga yang datang.
Minta saya pulihkan semangat mereka. Saya nasihatkan mereka, benda ni fitrah. Kehilangan orang yang kita sayang sudah tentu pengalaman yang menyakitkan.
Tetapi sabar dan yakinlah bahawa apa yang berlaku semuanya dengan izin Allah dan pasti ada hikmahnya.
Mustahil perbuatan Allah itu sia-sia. Saya hanya manusia biasa. Tidak ada apa yang dapat dilakukan. Mungkin ini caranya Allah nak dekatkan hamba dengan Tuhannya.
Teruskan menulis :)
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram (Qs Ar-Ra’d 28).
Terkadang ada momen benar-benar ‘down’, tapi teringat ayat ”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” insyaAllah Allah akan selalu memberikan jalan dan kemudahan untuk kita sehemua. :)
islam itu indah… semua hal diajarkan dgn baik, bahkan utk masalah hati sekalipun
Alhamdulillah,
setelah membaca artikel ini, bisa membuat hati bisa lebih mengerti.
Semoga selalu diberi kesempatan untuk mendapatkan yang terbaik..
ya allah rase bersyukur sngat dapat jumpa artikel ni, rase sama sangat dengan ape akak lalui yg bezanya dia bukan kawan lama saya.
4bulan lepas saya kenal die, tp kerana sebab2 tertentu rase mcm die makin jauh dan jauh sebab kalau mesej tak macam dulu lagi. instinct ni kuat cakap dia macam dh buang kita.tapi nasib baik nya saya masih pegang dengan janji pada diri sendiri iaitu saya taknak couple dan keluar dgn mana2 lelaki sebelum kahwin.alhamdulillah masih pegang dgn janji itu dan kami xpernah declare as a couple, cuma saya rasa ikhtilat tu masih tak terjaga sebab kami selalu bermesej.memang betul dia datang tanpa disangka, pergi pon tanpa disangka.lelaki pertama yang saya benarkan untuk mengenali diri saya adalah dia.sebelum ni saya memang bnyak mengelakkn diri utk kenal mana2 lelaki.
dia pergi mcm tu je tanpa tinggal kan ape2 pesanan dan seolah olah mcam dah tak wujud diri ni.pergi saat-saat saya tengah genting menyiapkan thesis.
doakan semoga saya tabah.
Aku juga pernah ngerasain patah hati, tapi setelah baca ini insyaallah jadi semangat lagi
makasih nasehatnya
Alhamdulillah…
Allah rezekikan saya pagi ini untuk baca entry akak ni..
I feel the same..
semua dari awal mmg salah saya, sebab tersungkur jatuh,
I feel very bad, sebab dulu seorang saya, jaga ikhtilat,
bila disebabkan perasaan yang saya kira Allah hadirkan untuk saya sebagai ujian,
sy akui saya lemah.. saya kalah..
akhirnya merana sendiri..
I really miss the old me.. and I try to get a new me yang dulu2 tu..
sebab saya yang dulu2 tu, dia sangat bahagia dengan hidup dia..
moga Allah akan beri peluang lagi pada kita semua untuk berubah kepada yang lebih baik..
insya Allah.. aamiin..
in shaa Allah, semoga allah mempermudahkan urusan adik ye. jatuh bangkit, jatuh bangkit, and begitulah sehingga benar benar istiqamah. sebab istiqamah tu susah nak dapat. jadi itu saja caranya. Islam ni sbenarnya mudah saja. Dia dah tegah or ingatkan kita untuk tidak berbuat sesuatu yg boleh mendatangkan kemudharatan, tapi bila kita dah buat, bukan Dia benci kita terus, tapi Dia kata jangan putus asa dengan rahmatnya :)
Alhamdulillah,setelah membaca artikel ini,bisa membuat hati lega.karna saat ini saya sedang merasakan hal yg sama.
hehehe. nancep di hati :-)
Patah hati manusiawi, tapi terlalu berlarut-larut itu yang tdak baik.
Betapa Islam telah mengajarkan kita dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’qub agar tidak larut dalam kepedihan.
walaupun gak hilang total, alhamdulillah bisa berkurang :(
dengan mmbaca artikel ini sya mnjadi lbih tenang dan mndapat plajaran yg sngat besar :’)
Assalamualaikum….saya pernah dan sedang mengalami kejadian seperti ni…rapat…kemudian menjauh dan akhirnya dibuang sebagai seorang kawan….Agak lama saya bersedih…akhirnya terfikir sampai bila saya nak bersedih sedangkan dia tetap menjauh. Dia pernah berkata, dia takkan kembali bilamana dia buat keputusan untuk pergi. Saya rindukan kawan tersebut hingga kini. Tapi andaikata Allah s.w.t tetapkan supaya dia pergi, mungkin untuk kebaikan saya..saya cuba redhakan hati menerimanya. Insyaallah…walaupun susah, life must go on right..bersabarlah..mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
takpa dikk. In shaa Allah. semua tu perlukan masa. orang akan cakap yang tindakan orang ditinggalkan ni over sebab orang tak alami. Kadang2 mesti tetiba datang rasa tu. Adik labuhkan cinta pada yang sepatutnya dahulu. siapa? Allah. tenang nanti dik, pasti. Dia kan pemilik hati kita. Banyakkan bersujud dekat Dia. nanti lama-lama dah takda masa nak fikir. sibukkan diri :). semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik. Rabbi Yassir wala tuassir. rabbi tammim bil khair :D