
Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita.
Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.
Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu.
Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat.
Malah mungkin menfitnahnya kembali.
Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan.
Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat.
Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.
Apa yang Menyebabkan Seseorang itu Tersinggung?
Tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya.
Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung.
Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri.
Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.
Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa.
Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah untuk membuat kita tersinggung.
Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam rasa tersinggung:
Pertama, belajar melupakan.
Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita.
Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu.
Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya.
Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.
Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit.
Kita lebih banyak tidak tahu.
Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah.
Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan.
Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan.
Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.
Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat
Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita.
Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita.
Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita.
Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah.
Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Ketiga, kita harus bersimpati
Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita.
Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.
Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”.
Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir.
Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.
Oleh itu, kita harus belajar bersimpati.
Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain.
Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan.
Ingat!
Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri
Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama.
Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan.
Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya.
Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik.
Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Penutup: Mari Kita Sentiasa Memaafkan Orang Yang Membuat Silap Terhadap Kita
Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian.
Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah.
Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…”
— Surah Ali-Imran ayat 159
sangat bermanfaat . syukran jazillan :)
Alhamdulillah.
Sama-sama
As salam tq smg sy dpt mngaplikasikn tips2 yg diberikn dgn bersungguh-sungguh.
InsyaaAllah
izin share y ….makasih
Silakan.
Semoga kebaikan dapat disebarkan
semoga dapat manfaat dri cara-2 yang diberi. in shaa Allah :)
Amin. InsyaaAllah
insyaallah sy cuba padamkan.
Sy bukanlah sejenis y cepat kecil hati.
Tetapi tersinggung apabila rakan bergurau kasar berkenaan fizikal tubuh.
Makanan kegemaran sy.
Alhamdullilah…ada hikmahnya…untuk sy terus abadikan diri kepada Allah.
Banyakkan bersabar.. Kadang2 manusia ni tak sedar akan percakapan dia yg mengguris hati orang lain.. =)
hati mudah tersinggung waima dengan sepotong ayat.. moga hati ini mudah memberi kemaafan kepada orang lain. InsyaAllah :)
Insyaallah sis.. Kuatkan hati =)
Suatu artikel menarik menyedarkn saya akn kelemahan diri sendiri dimn sukar utk memaafkn org lain
Setiap kelemahan diri sentiasa boleh diperbaiki :-)
akhirnya bertemu juga jawapan, selama ni mencarik…terima kasih atas tips
welcome sis.. =)
sama spt hati sya yg slalu tsinggung..ya allah.. smoga engkau mmudahkan apa yg mjadi ksusahan pd ku..aminn..
susahnya nk buat..tp,inshaallah..thanks ataz perkongsian niey..smoga thabat dlm dakwah..hehe
betol2.. memaafkan mmg satu part yang susah nak dibuat =)
all depends on our mind act
ini lah yg dinamakan:
2 benda yg kite kene lupa setiap hari: lupa kebaikan kite pada org & lupa keburukan org pada kita
betul2.. lupakan kebaikan yg diberi =)
Isk tersinggunglah dengan artikel ni. Asyik fokus pada orang yang kena singgung je. Macam mana pulak dengan yang menyinggung..Mcmlah perbuatan menyinggung tu bagus!!!!
Erm, kan tajuk artikel ini pun dah membayangkan contentnya untuk merawat hati yang tersinggung.. jadi pastilah untuk orang tersinggung.. jadi awak janganlah tersinggung dengan artikel ini.. :)
nk share ley x akk?
Boleh ukhti… :)
minta izin utk share kt blog saya..:)
:)
Hebat ya.. Nmpknya kayu kena redha kpd paku yg telah mmberi kesan pdnya dan kesan itu bkn utk sehari dua tapi selama2nya.. Hnya Allah mmpu membalas..
Biarlah Allah menentukan…
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI..SGT MEMBERI KESAN :)
sama2.. moga2 bermanfaat.. :)
ssuai dgn saya yg cepat tersinggung =.=!
semoga bermanfaat untuk awak.. :)
ALHAMDULILLAH SATU CERITA YANG SANGAT MENARIK BAGI SAYA KERANA SAA ADALAH GOLONGAN SEPERTI DIATAS SENTIASA MEMENDA RASA DIATAS KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP KELAKUAN MANUSIA TAPI SAYA BERSIKAP UNTUK BERDIAM DIRI DARI MENYTAKAN ATAU MENYUARAKAN NYA DAN MENYEBABKAN MASALAH TERHADAP DIRI SAYA.
Semoga ia dapat memberi manfaat..
Memang. Sedih dan bengang, marah dan kecewa bukan benda yang senang kita lupakan. Bukan mudah untuk kita hilangkan.
Tetapi kita mulakan dengan step pertama.
Memaafkan.
Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.. :)
TQ ADMIN
sama – sama.. :)
minx izin share. . . :)
Semoga bermanfaat..:)
Bagusnya