
Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil..
Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Sebenarnya kita berat melepaskan kerana:
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
terima kasih..
coretan yang amat bermakna…
betul..
Alhamdulillah..
ssh sgt nk lepaskan..saye x de kekuatan lg :’)
Ya Allah, tabahkanlah diri ini..
:)
alhamdulilah..artikel ini sdikit sbanyak dpt membantu saya..
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat..
artikel yg sgt brsesuaian ngan keadaan sy skrg…mohon share :)
Saya minta izin share entry ni ye dalam blog saya…
alhamdulillah..selama 2 thn ujianNya tak berlalu dengan sia2. perit dgn rasa kehilangan tp diganti dgn ketabahan yg tak pudar. dan akhirnya Allah menggantikan yg selain dia yg sdh tiada. Sesungguhnya Allah menguji makhlukNya mengikut kemampuan..terima kasih juga tuan blog krn byk kata2 yg dikongsi sgt bermakna buat diri ini..:)
kata-kata semangat yg baik utk sy.. mmg itu yg sy nk wat.. lpskn s’sorg wlpn perit… blog nie byk m’bantu sy…
mnta izin utk share…
HAIYA KAWAN2 SEMUA HAA.. INI KAN BASIC LIFE PUNYA WORDS.. SUDAH BUILT IN DALAM KEPALA O… TAKKAN TAK TAU, SEKOLAH RENDAH SUDAH BELAJAR MAAAA HAIYA… LU TAK TAU LAGI KA.. TAPI INI KATA2 MEMANG BAGUS..
ketika membaca artikel ni….hati saya tersentuh……melepaskan di saat perit adalah keputusan yg tepat………bila kita tahu kebahagian yang bakal diterima oleh nya..maka lepaskan la dengan seikhlas hati…..
bukan senang nak lepaskan
seseorg yg kite syg.. hmm.. :(
really touched my heart..walau berkali-kali baca airmata still akan mengalir…Allah maha mengetahui, Dia akan gantikan yang lagi baik dari dia…thanks a lot to this blog…really impressed
harap2 cmtu laa kan?? amin….
mintak share…><
silakan.. :)
cinta…. adakalanya menghancurkan hidup manusia… adakalanya memberi kebahagiaan… itulah cinta manusia… jika aku tahu cinta ini sgt membebankan dan sgt menyeksa aku, aku memohon pada allah, jgnlah cinta itu hadir dlm hati aku kerana aku sgt terseksa.
jika cinta yg dtg selepas ini
masih menyakitkan.. maka, ku
mohon pada Mu agar jauhi aku..
artikel ini sangat membina diri saya. terkena dekat batang hidung sendiri. sedang mengalaminya dan sangat sukar..sedang dalam proses melepaskan..InsyaAllah..
betul… huhu.. diri ini sangat lemah… berusaha untuk tidak memikir tp terkadang jatuh jugak menangis..
Insyaallah… nak jadi kuat tu memerlukan masa.. :)
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”Sumber: Ketika Harus Melepaskan Cinta.. | Paradigma MUKMIN https://akuislam.com/blog/renungan/ketika-harus-melepaskan-cinta/#ixzz1P218xlBe
Sesungguhnya Allah mengetahui yg terbaik untuk umat-Nya…Bersyukurlah diatas segala kurniaan-nya
find Allah and he or she will find u…
terima kasih
cinta perlukan pengorbanan..dan itu yg membezakan antara cinta yg suci dgn nafsu yg keji.wallahua’lam
mohon share:)
silakan hanim.. :)
Saya minta izin utk share entry ni ye ?
Kebetulan saya dalam situasi yg lebih kurang begini…
Terima kasih…entry ni banyak membantu…
salam..setuju dgn artikel ni..kebanyakan remaja, sukar untuk melepaskan..kerna pikir, mungkin si dia terbaik…mungkin tiada lagi peluang selepas ini…dan turut memikirkan, yg si dia bakal ‘jatuh’ ke tangan orang lain…
ini yg saya selalu pikirkann si dia tidak pernah berkata sygkan saya.. tapi si dia masih malayan sya dengan baek.. jadi sya masih menunggu si dia membuka hatinya untuk sya.. pada masa yg sme si dia selalu menguji hati sya..adakalnya hati sya terlalu sakit adakah perlu syg terus menunggunya atau lepaskn dia.. hurmm