
Apakah Kesalahan Bertudung Yang Selalu Berlaku?
- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
- Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
- Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
- Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
- Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
- Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
- Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
- Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
- Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
- Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
- Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
- Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
- Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna!
Setuju dgn artikel ni.. Cuma ada sedikit penjelasan bab aurat kaki.. Info yg saya baca, aurat kaki ada sedikit khilaf ulama.. Boleh jelaskan?
Senarai lelaki yg kita perlu jg aurat.
Sepupu, ipar duai, bapa saudara suami, anak saudara suami, suami kpd mak saudara kita..
Kalau ad yg trcicir, sila tambah ye..
Mohon pencerahan bagaimana pula aurat dengan abg ipar,adik ipar??
Both abg ipar dan adik ipar lelaki are NOT yr mahram. Therefore wajib sebagai muslimah, kita mesti tutup aurat. Senang faham – siapa2 lelaki yg boleh kita nikahi adalah bukan mahram bagi seorang perempuan.
Alhamdulillah. Terima kasih kerana menulis blog ini. Saya masih tidak bertudung, namun itu saja aurat sy yg masih tidak ditutup. Sy memakai baju berlengan panjang, dan labuh serta seluar yang tidak ketat. Jarang sekali saya memakai kain berbelah dan baju yang jarang. Apatah lagi berhias lebih untuk orang lain. Kadang2 naik hairan sy dengan org yang bertudung tapi berpakaian lebih seksi, bermekap lebih vogue drpd sy dan sy lebih menjaga pergaulan tidak menepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim. Tapi org ramai memandang rendah pd sy hanya sbb tak bertudung. Tulisan blog ini diharap mampu membuka mata pada rakyat Malaysia khususnya tentang erti sebenar aurat. Apa2 pun, inshaAllah saya akan bertudung dengan sempurna pada masa terdekat ini. :)
Nak tambah lg satu… Bertudung tapi menyanyi merdu dan menari di khalayak ramai.. Salah kan tu? :)
jangan merasa diri lebih baik sbb kite semua tidak sempurna…semoga Allah mberi hidayah dan rahmat pada kite semua.amin
Nak copy juga masuk blog boleh?
Salam perkenalan… :)
perempuan perlu di bimbing dan sokongan yg positif… kita semua ada latar belakang keluarga yang berbeza… don’t put effort in first place.. ALLAH decide everything…
perempuan perlu di bimbing dan sokonganyg positif… kita semua ada latar belakang keluarga yang berbeza… don’t put effort in first place.. ALLAH decide everything…
Salam..Mohon copy..tq.
Mintak copy =)
Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
maaflah tapi ramai kaum wanita dari malaysia sudah berpakaian begini.
amat tidak senang bila mata memandang.
harap article ni ada juga lah orang akan tahu mana yang betul dan mana yang salah
hehe
saya nak tambah 1 lagi :
“BERTUDUNG DAN SOLAT TAPI RAMPAS SUAMI DAN KIKIS DUIT SUAMI ORG TU TAKDE GUNANYA BERTUDUNG”
jgn silap n salah faham, bertudung itu sendiri hukumnya wajib atas perintah Allah menutup aurat samade hati seseorang itu baik atau buruk itu dah cerita lain misalnya as u said kikis harta orang itu xde kena mengena dgn dia menutup aurat…..
..mengapamuslumah semasa belajar di SMK@SAM@SMKA, kemudian k universiti boleh pakai tudung labuh yang sangat menepati akhlak dan syarak. Tetapi malangnya bila terjun ke alam pekerjaan, mereka dah melupakan sedikit demi sedikit tudung labuh ini. Bila suami tegur, ada sahaja alasan, siap bagi hujjah syarak lagi. Ustazah kain! Bahkan ustazah lah di mana-mana sekolah lebih jangok dan berhias lebih daripada guru-guru lain. Guru b.inggeris, sains, matematik pula yang sopan bertudung labuh. Kadang-kadang ibubapa yang datang ke sekolah pun keliru bila bertemu dengan ustazah jangok akhir zaman ini. Mohon pencerahan
betul! setuju sgt. Sbb ustazah sekolah anak sy pakai mini kurung n tudung dedah dada… dadadididudu… dagdigdud
ade lg sy nk tmbh skit…btudung tp upload gmbr kt fesbuk yg meliuk lintuk, menggoda hati llaki, yg mpamerkn keayuan diri sndiri utk dpuji n dpndg llaki lain…kbykn mrk sedar dgn kcntikn diri sndiri ttapi sngaje m’upload gmbr2 tsebut agr mjadi phatian llaki dan merasa bangga dgn klbihan yg mrk ade…ade yg m’upload gmbr2 tsebut dgn niat utk blawan2 dgn kaum sjenis dgn bkate ddlm hati,” Aku lg cntik dr kau”….hmm…sedar2la wahai perempuan…jgn MURAHkn hrga diri anda!
Saya tahu ramai orang baca blog dan artikel macam ni, tapi mereka sekadar baca saja tapi hakikatnya yang disampaikan tidak sampai ke hati untuk ambil pengajaran. Kesannya, hal ini tidak mampu menjadikan diri seseorang lebih baik jika dia tidak berusaha untuk diri sendiri.
SLM.klu tdng tu menampak perhiasannyer..cnthnyer tdg ITU terlalu mnyerllah shingga menrik Perhtian lelaki tuk mlihtnyer??
x boleh.. sbb dah tabarruj dlm bab pemakain klu pakaian itu trlalu mnyrlah.. haram bagi seorg wanita ber tabarruj dlm pakaian ny.. kcuali d hdpan suami ny
Mohon copy di blog :)
boleh =)
natsumi, setuju sgt2 dgn awk..
mmg kelemahan wanita adalah pada aurat..
hu3
artikel ini bnyk menyedarkan saya. Terima kasih kpd penuliss ;)
mintx copy…tq,,semoga ALLAH sentiasa d aty kte
Silakan… :)
wanita memang kelemahannya pada aurat. lelaki kelemahanyye pd syahwat.
aurat wanita memang susah nak dijaga, sebab tu kena cuba sebaik mungkin utk mjaganya :)