Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?

kawan baik
kawan baik yang mengkhianati

Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik-beradik sendiri.

Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.

Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit.

Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.

Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.

Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.

Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.

Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.

Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah.

Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan..

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata.

Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.

Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.

 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia :)

kawan baik

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

168 thoughts on “Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?”

  1. mcm mana nak buat pada kwn dlu dia baik dgn kita pas dapat kwn baru dia jahat dgn kita kaki cucuk bos hai hai kita .kadang kadang nak tgk muka dia lg mcm meluat mcm sampah .

    Reply
  2. aku lagi suka kawan yang nakal daripada kawan yang acah baik sebab yang acah baik ni selalu cakap sakitkan hati. mentang2 tak pernah buat dosa besar selalu cakap menyakitkan hati. aku suka kawan yang nakal sebab selalunya diorang hormat aku dan peramah. walaupun dapat tentangan daripada orang tua tapi aku tetap nak berkawan dengan kawan yang nakal sebab seronok sangat layanan diorang terhadap aku. tapi sekarang sejak masuk universiti aku selalu keseorangan/lone ranger sebab takde kawan yang nakal. semua kawan yang perangai baik adalah di universiti tapi mulut masya allah tuhan saja yang tahu betapa takde insuransnya mulut diorang. jadi lebih baik aku jadi lone ranger. aku jadi lone ranger sejak aku lahir lagi. jadi sejak itu aku tau mana permata mana kaca yang boleh dibuat kawan. sekarang ni sejak aku duduk kl lagi ramai kawan yang hipokrit. bila susah baru nak mesej tanya khabar. lepas tolong terus bla macam tu jer.

    Reply
    • kalau aku bla macam tu jer sebab kawan yang ego ni kita kena layan dia macam anak raja. tak boleh buat silap kepada dia nanti mulalah datang dia punya ego tu. cari jer kawan baru

      Reply
  3. selalu pujuk hati sendiri bile dgn dy, tp dy slalu ckp yg sy suka skit kn hti dy.. dy suka mnylah kn org smpai salah dy sendiri dy xnmpak, bila ad msalah keluarga, mslah bf, mslah xpuas hti dgn org lain, sy yg jdi mangsa tidak ditegur nya, then dy tgur balik selepas 1minggu, suka hati je dy bt sy mcm 2,. sy tau dy ckp sy mcm2 di blakang.. tp sy tetap lyan karenah dy mcm biasa, sbb sy fikir kawan nk lama, smpai 1 tahap yg sy xblh terima dy bt kt sy wlahal bnda kecil dibesar2 kn, sy rasa mcm bodoh sgt knp sy blh brthan dgn dy pdahal sy tau perangai dy.. sy sgt berhati2 memilih kawan sblm ni.. sakit sgt rasa nya..

    Reply
    • kau carilah kawan baru sebab banyak kawan yang layak selain dia. aku banyak kali tukar kawan kalau kawan tu annoying gila. dalam hidup ni kita kena cari kawan yang boleh sokong hidup kita, bukannya kawan yang mendownkan kita. kita mesti fikir kepentingan diri lebih daripada orang lain. nanti dapat sakit hati kalau lebihkan orang lain.

      Reply
  4. Boleh saya minta pendapat sedikit…Saya ada seorang sahabat,tapi dia selalu busy sampai tak sempat untuk melayan saya.Dia asyik melayan orang lain je.Tapi bila saya layan orang lain,dia cakap dia cemburu.Dia salahkan saya balik,sedangkan bila dia buat dkt saya mcm tu takda pon saya merungut macam dia.So,apa yang patut saya buat?

    Reply
  5. Sakit hati memang sakit xtau nk ckp mcmna kdng2 kita dh buat yg terbaik tpi ttp duk megata xtau apa lg org xpuas hati dng kita…sindir2 2 jng ckp la selalu..apa nk buat dng org2 mcm nie yee….klau ikt hati mau je santau diorg2 nie..tpi kita masih lg waras xkn nk buat mcm 2 kan…berserah pd allah moga org2 yg 2 smua sedar dri kesilapan mereka amin..

    Reply
  6. Saya ada seorang kawan @ bff. Kami hnya berkwn berdua shja. Lama2 ada yang dh masok geng kami.. Sorg member ni mmg x bole tgok sye lebih dri dy mgkin dy x bole tgok sye ad bff.. Then slow ii dy mcm pisahkn kami. Semenjak kami berjauhan tu kami asyik gdoh saje..n sekarang makin trok pulk.. Sebelum ni kami bergurau dgn sgt ii kasar.. Tapi semenjak dy berkawan dgn minah tu cepat sgt iiii terasa. Mybe dy dengkin sy lebih dari dy.. Ap yang saya ada semua dorang perli.. Walhal 1 sen pon x guna duet dorng. Bila sye perli sikit ii tau pon nk terasa kadang ii saya terpikir mereka sedg bagi pahala dekat sy.. Dorg racun org ramai supaya bnci kn saya.setiap hari mereka akan perli saya.. Saya maseh bersbr n brsbr.. Tapi smpai 1 tahap sabar saya akan meletop.. Ap yg perlu sy lakukn

    Reply
  7. Di sekolah saya selalu kesepian lagi2 dalam kelas sebab kwn saya hanya melayan kekasihnya sahaja..jadi saya jadinya dilupakan..aduh sakitnya hati

    Reply
  8. Kawan saya ada seorang yang macam tu….selama saya hidup dgn dia,dia baik tapi bila masuk tahun 2018,dia dah jumpa kawan baru,kawan lama dia tinggal….sakit hati saya…kenapa dia buat saya macam tu…dia dah xlayan saya macam dulu!!!!!!

    Reply
    • kita mempunyai nasib yang sama,,bykkn berdoa syg saya tau ini smua ujian tuhan walaupun saya pun tk bole terima nsib saya tpi saya cuba untuk tenangkan diri n redha dgn apa yg berlaku❤

      Reply

Leave a Comment