
Sakit.. yang amat!
Backstab!
Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik-beradik sendiri.
Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.
Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.
Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.
Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?
Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit.
Sakit tanpa luka.
Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
kawan baik
Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.
Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.
Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.
Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.
Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.
Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.
Sabar, sabar dan sabar..
Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam. Anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah.
Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.
Memaafkan..
Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata.
Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.
Ya, dengan ikhlas.
Kenapa?
Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.
Nescaya kita akan bahagia :)

macam mana nak sabar bila dapat tahu perkara ni berterusan jer? Sahabat sendiri yang dulunya susah dan senang bersama kini dah berubah.. sungguh … kalau ada masalah pun kita boleh bawak bincng kan? so apa masalahnya sampai nak putuskan hubungan persahabatan tu? benda kecil jangan diperbesarkan.. sahabat tu sekarang dah ada kawan yang lain.. me? hurm.. tengok dalam tong sampah je lah..jumpa punya..
#Luahandaripadahambaallah
salam. jawapan mudah? EGO (maksud; pengalaman individu yang berbeza yang mewujudkan pelbagai nilai yang berbeza).
jangan putuskan hubungan. memadailah jadi kenalan buat sementara waktu. Sedangkan tempoh idah pun ada dalam hubungan paling rapat antara manusia (suami isteri), inikan pula sesama kawan.
Forgive but never forget.
Ikhlas memaafkan bukan bermakna hal SEGERA menjadi seperi sediakala sebelum kesilapan dilakukan.
Seperti Rasullah SAW amat gembira apabila mendengar berita Washi memeluk Islam, tetapi tidak mahu berhadapan dengan Washi, kerana baginda masih teringat akan pembunuhan bapa saudaranya Hamazah oleh Washi sebelum memeluk islam.
Tiada lagi benci, tetapi tidak lupa.
jadilah seperti garis selari, atau biarkan masa mengubati.
Salam,saya ada kawan baik,3orang,nk masuk 10 thun dah kawan,msalah,bile dgn dorg saya rasa sy plg takde keistimewaan lngsung,sukan takhebat,muka taklawa,belajar apetah lagi,dorg semua pndai,friendship kitorg cool,takdemasalah,smpai la masuk form4 kawan2 saya sikit2 berubah,baru2 ni due dr dorg masuk asrama,org cakap,bile dh masuk asrama,sikit2 prngai berubah,saya takprcaya,tp lama2 sy perhati memang betul,berubah,lg jelas bile masatu ada kem dan kene tido asrama,org cakap bile dah tido sebantal bru tau prngai sbnar kawan,betul,lain,saya kene layan macam sampah,kawan sy due org tu tklayan sy pun,dorg layan kawan yg lagi satu tu,means dorg bertiga je la,kawan saya yg lg sorg tu pulak,selalu kalau sy ajak keluar,ada je alasan,tp bile tau saya ada duit ke ape,laju jugak lah,pastu ada satu prngai die,bile sy tkfaham something,die ajar,tp ajar dgn cara rendahkan sy depan org ramai,marah sy kuat2 smpai org dengar,malu beb,bnyk lgi lah sbnrnye,rasa tkterlarat nk crita,smpai one day saya bebetul dah tawar hati,saya mula belajar buat semuanya sndiri,keluar sndiri,belajar sndiri,and skrg saya rapat dgn sorg budak ni,die pun ibarat macam kene lupe member,kawan die semua talam,cakap belakang dan pinggirkan die,skrg saya rapat dgn die,tp bile sy dah rapat dgn die,kawan saya ni pulak mula nk rapat semula,kdg saya saje ajak g tempat cikai,biasa die taknak,ni nak pulak,seolah die tknak sy rapat dgn org lain,tp bile saya ada takhargai,tp skrg hati saya dah ttakrasa apa2,even kalau dorg bertiga keluar tkajak takbgitau saya pun saya dah takkesah dah,so.. pandangan admin?
Samalah saye pun mcm ni juga ..
Saye ade seorang kawan yg sangat rapat dah mcm adi beradik dah .. ade satu masa tu saye buat kesilapan kecil jee lepas tu die marah sangatt dengan saye dan langsung dah tak tegur saye sampai skrg 2013-2017.. ermm :( entah lah kenapa dia berubah
Tolong jelaskan
Assalamualaikum..
Saya ada seorg kawan baik..Tp dia dah buang saya, puncanya sebab dia dapat tahu isteri dia senyap2 mengadu masalah rumah tangga mereka kepada saya di dalam whatsapp..Lepas kejadian tu saya ada pergi jumpa dia untuk meminta maaf dan memberi penjelasan,tapi dia langsung tak bagi peluang, hanya mndiamkan diri..Dia juga telah “blocked” sy dia smua talian dan laman sosial..sekarang dh 5 bln kejadian tu berlaku,tp dia masih menjauhkan diri..Saya hanya nak selesaikan benda ni sahaja,tak nak tergantung macam ni..
salam zack,
Saya rasa awak sedar kesilapan awak. Tak mungkin seorang lelaki bukan mahram menjadi pendengar masalah kepada isteri orang lain. Meskipun awak berniat baik, dalam apa jua keadaan, akhirnya awak juga yang akan dipersalahkan.
Samada isteri orang, atau perempuan bukan mahram. Mereka akan mengadu masalah kepada kita orang lelaki, sering kali bukan mahu mendengar penyelesaian, tetapi hanya mahu orang mendengar saja, yang untuk jangka masa panjang, jika lelaki itu bukan dari kalangan orang yang mempunyai autoriti untuk menyelesaikan hal rumah tangga (seperti kadi), atau saudara mara lelaki, Perempuan ini, akhirnya kita juga akan dipersalahkan, dan mereka akan menyatakan mereka mangsa (cerita tak habis). Berhati-hati mendengar masalah perempuan bukan mahram ini. Seeloknya pada awal isteri kawan awak ini menceritakan masalah ini, awak majukan saja kepada perempuan lain untuk menyelesaikan.
Kawan baik awak sangat marah dan blocked awak, itu perkara yang mana-mana lelaki akan buat. Awak dah silap. lebih tersilap lagi kalau awak berhubung dengan whatsapp berkenaan hal rumah tangga kawan awak dengan isterinya.
Bagilah kawan awak masa. Saya percaya awak tidak menceritakan hal sepenuhnya. Apa lagi yang awak buat, Bagi saya, tindakan kawan awak itu adalah respond natural seorang lelaki.
Nasihat saya, ceritalah habis-habis punca sebenarnya (awak cerita separuh-separuh macam ni, lepas tu mahukan penyelesaian?) kepada orang dekat yang ketiga. 5 bulan tak mahu jumpa awak memang seperti kawan awak tu memang tak mahu dengarkan kata awak. Kita pun tak tahu apa isterinya yang ketakutan (setelah kantoi) alasan apa yang diberikan kepada suaminya.
Argh!! Saya pernah tersilap juga dalam memberi nasihat kepada bukan mahram. seeloknya cegah sebelum terlambat. Sekarang ini pun dah terlambat. Tiada penyelesaian mutlak di sini. awak carilah orang ketiga, atau mutual friend antara kamu berdua untuk menyelesaikan hal ini. Dan jadikan ini pengajaran kepada awak, yang bukan mahram (terutama isteri orang) kalau ada masalah, sila rujuk mahram mereka.
Salam.
boleh jadi motivasi diri segala kata-kata yang diberi disini kerana saya juga sedang bergaduh dgn rakan saya, rasa nak cincang2 je, baru kejap tadi dia kasi “fuck” dengan saya, tapi bila baca, memang memberi panduan untuk saya
Assalamualaikum.saya hilmi,18 thun..saya skg blajar d ipt mara..dlu saya dgn kawan baik saya dri sabah,skg dia dah pindah ke ipt lain…saya dripada sabah n blajar d melaka….saya ada 6 org kwan sekelas…mula2x diorang ni layan saya baik je..lama diorang dah suka menganjing kag saya…suka kutuk2x saya.suka kutuk negeri saya…. Klau sekali dua tkpe jgak.ni dah bnyk sngatlah…mulanya aq bsyukur dpt kwan mcm diorang..sbab smua spm 7A keatas..mmg pndai lah..tpi adab tu mcm org bodoh…tu sebab aq dri dlu bkawan dgn budak2x bawahan je…sbab diorang tahu jaga hati org,biar kurang pandai dlm plajaran tpi aq suka adab diorang.x mcm budak2x pndai ni….saya skg mcm nak give up n bhenti dri ipt ni…tpi saya ksihankan org tua saya….saya dah x snggup nk susahkan org tua sya….tlong lah saya bagi pendapat mcmna nk hadapi benda ni..sbab just 8 bulan je lagi aq nk habis blajar kat cni….tpi klau trus mcm ni aq tkut aq tk dpat nk tahan dgn perangai durang…x thu apa salah yg aq buat….saya skg sume kje sya buat sorang2x even makan sekali pun sorang2x…tolong bagi saya pendapat admin…saya dah buntu sangat ni…..
zulhilmi,
Saya yakin ada lagi hal yang belum zulhilmi ceritakan sepenuhnya. Saya hanya boleh berandaikan, mereka semua pada awalnya memang baik dengan anda, dan kemudian mungkin mereka merasakan anda tak kisah apabila dibuat sebagai bahan jenaka.
Apabila hal ini berlarutan, kebiasaannya susah nak berhenti apabila menjadi kebiasaan. Orang kata, alah bisa tegal biasa. Mungkin mereka mahu berhenti, tapi tidak sedar, atau tidak tahu, kerana sudah biasanya begitu.
Seeoloknya cakaplah denga baik dan jujur, minta dihentikan ejekan tersebut. Cakap cara baik selalunya orang faham. Jangan emosi semasa menyampaikan. Jangan api dibalas api, tapi balaslah dengan air.
Zulhelmi patut merujuk kepada kaunselor ipt untuk tindakan terbaik. Saya juga pernah berjumpa dengan kaunselor dan menceritakan hal saya yang lain, dan nasihat yang saya dapat kongsikan adalah, dalam apa jua hal, pastikan kita WIN-WIN situation. Sekarang ini Zulhelmi dalam keadaan LOST-WIN situation. Zulhelmi lost kerana stress, kawan2 zulhelmi adalah WIN.
Nasihat terbaik, jumpalah kaunselor di IPT Mara, ceritakan masalah ini tanpa menceritakan siapa kawan tersebut, dan mintalah nasihat bagaimana. Mungkin memerlukan beberapa sesi jika hal ini lebih besar dari yang diceritakan, tetapi insyallah ini juga merupakah salah satu usaha.
Ya memang btul belum smua yg saya critakan kepada admin..apa2xpun,stu cadangan yg baik dari awak n smua yg awak cakapkan tu mmg btul..insyallah saya cuba terapkan apa yg awak nasihatkan..trima ksih atas pndangan tersebut….
saya bukan admin. maaf. haha. asalnya saya berkunjung ke blog ini pun sebab saya ada masalah dengan kenalan yang dahulu rapat dengan saya.
Orang putih ada kata, “Birds of a feather flock together”.
Dua orang yang baik, berkawan, dan keberlansungan berkawan itu bergantung kepada niat, dan keserasian.
Boleh jadi kerasian itu minat bermain bola.
mengumpat orang lain
memfitrah orang lain
minat menghadiri kuliah agama
dan bermacam-macam lagi. Baik atau buruk, burung yang mempunyai warna yang sama, terbang bersama.
Konflik sememangnya tidak dapat dielakkan, lagi lagi kita sesama manusia.
Tambahan pula jika hati itu jauh dari rindu dari masjid, dan merasakan “aku takpe dah dalam urusan agama”.
Riak, Ujub, bangga diri itu penyakit hati. Nak mengubati, wahyu ilahi, dan perlu pandangan orang lain yang baik akhlaknya. tidak boleh diubati sendiri sendiri.
Goodluck supaya awak dapat mencari penyelsaian terbaik dalam menyelesaikan konflik.
Kita mengaku beriman, tapi kita akan diuji.
Saya mmg sedang menghadapi perkara yang sama..Saya mmg tak reti buat kawan..Dari dulu berkawan dengan sepupu..Baru2 ni,dia dah semakin rapat dengan rakan sekelas dia..Mula2 boleh tahan lagi rasa hati..Semakin lama,apabila dia ada bersama kawan2 dia,langsung tak pandang saya lagi..Kalau rehat bila saya datang duduk sebelah dia,sanggup dia pusing membelakangi saya dan terus bersembang dengan kawan2 dia..Lama2 saya pon belajar untuk pergi ke mana2 sorang2..Ye la..Siapalah saya nak memaksa dia berkawan dengan saya @ tidak berkawan dengan orang lain..Mmg rasa sakit hati..Selama bertahun-tahun berkawan,dalam seminggu boleh berubah..Tetapi itulah lumrah kehidupan..Manusia berubah..
Sy ade 5 member baik yg ok 2 orang jer yang lain tu 3 orang perlukan sy ketika susah jerr kalau diorang ade masalah diorang ajak larr sy temankn dia kalau diarong senang diorang boleh tinggalkan saya seorang diri dekat rumah..so sy nk mintak pendapat admin blog nie tolong saya ape yang perlu saya lakukan pade diorang
Bercakap terus terang dengan mereka. Cakap memolek. Kalau mereka nak keluar, tanya nak pergi mana, boleh ke join. Mungkin mereka beranggapan anda tak minat nak join mereka.
Adakah hal ini berlaku sekali sekala, atau sentiasa berlaku. Jangan jadikan mereka sebagai teman rapat jika selalu berlaku dan mereka hanya baik ketika susah. Letakkan meraka pada tahap rakan biasa saja. Tolong jika berkemampuan, dan prioritikan hal sendiri.
Syukri mungkin terasa sebab syukri rasa rapat dengan dengan mereka, tapi adakah mereka rasa rapat dengan syukri?
langkah terbaik, bicara secara elok. Lihat dan nilailah sendiri samada mereka itu teman baik, atau teman biasa. Ingat juga ketika syukri susah, adakah mereka tolong? Sesungguhnya komen diatas mungkin hanya situasi dipermukaan. Berbincanglah dengan 2 orang member baik yang ok tu. Minta pandangan mereka juga.
Good luck
-bukan admin
Assalammualaikum ..nme sye m ..seorang popuan yg berumur 18 tahun.dan sye ade sorang kawan rapat ni nmenye n(tknk ckp nama dia sbb aib)sbnarnye sye ade rmai kawan baik nih dlm 4 org camtulah ..tpi dorang sume duk jauh .rasa rndu sgt2 sbb kitorang dh hbis spm jadi dh lme takjumpe..bgi sye dorang baik sgt tulah yg watkan saya jdi rindu..tpi skunk nih dorang sombong ..org call n mesej wsap dm tak balas..lme2 sye kata lantak ko lah .mesti tak rndu aku nih .dan masalah sye skg ni adalah kawan rapat sye yg N tu.sye tak anggap dia kawan baik cuma rapat je la sbb dia ni menyusahkan saya dan sebagainye .dia suke memaksa dan sume dia je yg betul..mentang2 rumah kami dekat dia asik nk dtg umah sye je .ni yg watkan sye tak selesa..lpastu dia suka ikut ckp dia je cotohnye kne belajar ngn dia(sambung belajar t tmpat sama) dan kerja sama2.hampir selalu dia call sye ..sye rimas sgt .ape nk buat ni .saya pening lah
Awk anggap die sbagai rakan rapat not rakan baik kan.Awk kene jujur dgn die,klu awk biarkan,die takkan tahu yg awk x suka sikap die.Maybe if die bff awk sekalipun,klu perangai dh melampau,kite terlepas ckp jgk kan..Bincang baik baik n elakkan pergaduhan or situasi janggal berlaku antara korang.sbb,dlm hal ni pun nk salahkan rakan rapat awk pun x guna,sbb,die x tahu yg awk kurang selesa..tegur dgn cara baik n sopan :-)
Saje nk share :-)
SAYA 12THN…
DULU SAYA ADE 9 ORANG KAWAN BAIK.DIA ORANG DAH DI KIRA MACAM KELUARGA SAYA SENDIRI.TIME SAYA 11THN SAYA SELALU RAPAT DENGAN MEREKA TAPI SEKARANG MEREKA BUKAN LAGI KAWAN SAYA.SEMENJAK SAYA TURUN KELAS MEREKA LANGSUNG TAK HAIRAN KAN KAT SAYA LANGSUNG.SAYA GERAM SANGAT DENGAN MEREKA.SALAH SEORANG DARI MEREKA TU ADE SEORANG BUDAK NI.DIA KALAU KELUAR RUMAH LANGSUNG TAK PAKAI TUDUNG.
Tak yah kwn lah dgn org mcm tu,wat tak tahu jer! #marah#
kali kedua saya komen kat sini tapi motif saya adalah utk berkongsi saja…sbenarnya saya perna cuba utk mendamaikan 2 org kawan saya yg dh 2 bulan x bertegur n sering memburukkan pihak masing”. masa tu saya ada bgi cadangan dgn kawan yg satu tu supaya dia berbaik saja..tapi dia ckp “kau diam la perempuan gila!kau xtau apa2 jgn cakapla. sana la kau perempuan bodoh jijik aku dgn kau!”…sejujurnya saya sudah maaf kan dia n x kisah dia ckp mcm tu dgn sy sbb sy tau dia tengah emosi masa tu…n skrg saya cuma nak bgitau dia..klw dia trbaca komen sy ni…saya nak suruh dia tegur saya balik sbb sy x nak putus silaturahim n masuk neraka .
assalam,
sy ada sorg bff ni. sy syg sgt dgn dia sbb kmi kwn dri f1 lgi. sy betul” anggap dia bff sehinggakn sy sanggup ikut dia pindah sekola jauh wlwpun sy x sbrp minat pun dgn sekola tu..pastu sy sabarkn je klw dia malukn sy dpn org ramai…perlekehkan apa yg sy ckp..aibkan sy dpn kwn” yg lain…tapi sy biarkn je wlwpun sakit hati sgt”…????perna satu masa sy ,dia n sorg lgi kwn kmi duk lepak” kat lab…masa tu sy tnyala dia apa yg buat dia x suka dgn sy…dia ckp wy dh bnyk berubah sjak masok sekola baru…dia ckp sy gedikla ..ikhtilatla…padahal semua tu x betul..kwn sy yg sorg lgi diam je…lps dia hambir semua benda yg sy x buat tu…kmi trus balek dorm. kat dorm kwn yg diam je tu ckp yg apa yg bff sy ckp tu x betul langsung…lgipun sy mmng jarang sngt bckp dgn bdk lelaki wlwpun classmate prmpuan. terkilanla dia ckp mcm tu…lps bbrp hari tu…dia pegi bagitau org yg sy ni munafik…ntahlq apa benda munafik yg sy buat…dia siap ungkit lgi setiap bemda yg diq perna hulur kat sya…sy ingat sbgai sahabat diq ikhlas bantu sy tpi sbnarnya x…kli ni sy mmng x boleh trima lgi n skrg sy dh nekad x nak rapat lgi dgn dia..penat sy brusaha buat dia senyum hari” dgn lawak yg sy cuba buat tpi apa yg dia ckp “tolongla sapot lawak dia” x ketawa..senyum pun x…org lain chill je ketawa dngar lawak sy tpi dia siap jeling lgi..dia lngsung x hargai kewujudn sy..????????