Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?

kawan baik
kawan baik yang mengkhianati

Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik-beradik sendiri.

Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.

Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit.

Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.

Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.

Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.

Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.

Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.

Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah.

Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan..

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata.

Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.

Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.

 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia :)

kawan baik

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

168 thoughts on “Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?”

  1. Hmm I confuse… Lme sgt confuse.. sbb I tk Tau yg I nie tepuk sblh tgn org dia pun anggap I best friend dia… selalu lepakk ok je I ajk gi mne2 dia onz Kalu gaduhh dia akn ckp Aku tkleh tkde Kau, Aku bersyukur ad kau sorgg yg bole Aku brgntung kt uni tu tpi bila dia post dia bgi Hadiah kt org I jadi mcm perasaan tu lagi kuat yg I nie syok sndiri… Sbb I don’t get nothing, n dari situ I baru sedar slma nie I bagi Pape kt dia but she never give me back.. bukan jenis menghrpknn blsnn taw I tk Prnh trpkir lngsung yg dia aknn give me something or wht… Tpi bila I pikir balekk she give so many things to other friend which is our uni friend too.. I jadi mcm oo Aku Nie spe?.. day by day I try to move on n husnudzon tpi makan diri I… Bila I nk move on dia dtg, text me n I cannot avoid.. I know I’m a bit toxic coz feeling like this.. but I trust that I’m not alone… I know ap Yg I rse nie org lain pun alami gak..tu jelaa trasa hati coz I don’t deserve that part maybe… I think maybe I just tmpt dia utk bergntung kt uni…n ttiba rasa mcm dipergunakan hahahah..lol Hmmm

    Reply

Leave a Comment