Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?

kawan baik
kawan baik yang mengkhianati

Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik-beradik sendiri.

Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.

Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit.

Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.

Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.

Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.

Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.

Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.

Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah.

Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan..

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata.

Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.

Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.

 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia :)

kawan baik

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

168 thoughts on “Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?”

  1. Saya ada dua sahabat baik..kami tiga serangkai.. dua sahabat saya ni tua setahun dari saya.. thats mean, saya macam adik..sayalah yang paling banyak kerenah dan banyak buat hal..Ya Allah, mereka cukup sabar dengan saya..

    Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan mereka berdua dalam hidup saya.. saya memang akan kenang mereka sampai bila-bila..kerana kasih sayang mereka berdua juga merupakan salah satu sebab saya bertahan di tempat belajar selain kebergantungan kepada Allah dan cinta ibubapa..

    syukran buat Akak dan Ma..

    Reply
  2. Saya ada seorg sahabat. Mmg berkawan baik sgt, segala masalah saya share kat dia, bila gembira pun share dgn dia, selalu keluar lepak bersama. Tp pd satu hari tu hati sy sgt terluka apabila mendapat tau die keluar dengan teman lelaki sy. Dia mula menyukai teman lelaki sy. Sy dgn teman lelaki mmg menjaga batas pergaulan, dan jrg berhubung. Sy pun x tahu mcm mne perkara ni boleh terjadi. Mereka bersama. Jadi sy kehilangan shabat dan org yg sy syg. Pape pun sy redha. Cepat hati manusia ni berubah.

    Reply
    • Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita.

      Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya. Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

      Reply
    • kwn sy pun pernah berdepan dengan keadaan macam nie. tp yg ambil bf dia bkn best frenz tp her housemate. sedih giler bila housemate dia buat muka tak ada perasaan langsung bila perkara ni terbongkar.

      Reply
  3. yee betul..xkan sebab satu kesilapan dia kita lupa 1000 kebaikan yang dia curahkan kat kita…Walaupun yang satu itu sangat sakitkan hati…

    Reply
  4. saya alami masalah yang sama. bersahabat dengan seseorang. tapi semakin lama semakin banyak yang tak kena. sampai satu tahap, saya seolah olah berpura-pura setiap kali dihadapannya. padahal ada rasa tak enak di hati. saya keliru samada semua tu atas faktor perwatakannya yang semakin ketara hari ke hari atau bisikan syaitan semata mata. sehingga saya merasakan saya telah bertindak zalim kepadanya.

    Alhamdulillah artikel ini dah buka mata hati saya. Insyaallah, saya cuba untuk melupakan segala yang pahit dan ikhlaskan hati dalam persahabatan ini. segala kebaikan dia saya tak mahu lupakan. :) terima kasih.

    Reply
  5. Kawan baik…susah senang bersama.adat berkawan pasti ada yg terluka hati.nma pun hati.kadangkala persefahaman sering teruji tapi percayalah sahabat yg baik hnya mahukan yg terbaik pd sahabatnya.beruntunglah sesiapa yg punya sahabat begini.

    Reply
  6. terima kasih utk artikel ni..
    sy pnh rasa perasaan yg mcm ni pd kwn baik sendiri…
    mungkin Allah sedang menguji persahabatan kami…
    saya sayang kawan baik saya…

    Reply
  7. lately ni, saya berkecil hati dengan sorang kawan. Macam2 saya fikir negatif pasal dia. Salah satunya, Hipokrit.Tapi, Allah sayang saya supaya saya tak tersimpang jauh dari jalan yg diredhainya. Macam2 artikel pasal kawan saya jumpa dekat FB. Salah satunya pasal ni. Trimas ! pada admin yg sudi berkongsi. =’)

    Reply
    • sama-sama.. We having same problem..:) And i know how it was. Semoga awak bersabar dan doakan sahabat awak. Manusia tak lepas dari silap.

      Hanya Allah yang sempurna. HE will good friend to us, no matter what :)

      Reply
        • Namanya kita manusia tidak ada yang sempurna,dan kemauan kita pun belum tentu menuju kehendak makanya kita ikhlas saja apa yang diberikan oleh allah..hidup jangan dibuat susah ok.

          Reply
            • saya pnh mengalami hal ini seperti berulang2,dah memaafkan dan meminta maaf tapi hal yg sma ttp berlaku.saya sygknkn persahabatan ini tapi saya diperlakukan begini.adkh saya prlu berpisah utk stakat ini?Allah..admin da cdgan?

              Reply

Leave a Comment